31 December 2008

selamat tinggal 2008

salam...

tinggal hanya beberapa jam lagi ke tahun 2009.
tahun baru yang bakal merubah dan mengubah nasib semua orang termasuk saya. banyak betul kenangan 2008 dan sebelumnya.
tipulah kalau saya kata saya tidak sedih dengan detik-detik terakhir tahun ni.
berakhirnya tahun 2008, maka berakhirlah juga kisah duka dan perjalanan hiba hidup saya.
banyak cinta dan cita melankolia yang telah saya tempuh sepanjang tahun 2008.
banyak juga kenangan manis sepanjang tempoh tahun ni..
bukan sikit dan bukan sekejap.
tapi apapun, yang telah berlaku, saya biarkan berlalu.
biarlah ianya berkubur dengan langkah luas saya satu ketika nanti.
apa gunanya saya tangisi pada sesuatu yang x akan kembali??
pasti saya lupakan semua kenangan itu.
bak kata mama saya pada AIRMATA, 'keringlah dikau wahai airmata kalau hanya untuk berduka. bertakunglah dikau dalam kesedaran. menitislah nanti kalau KETAWAKU akan terlalu LEBAR'...
saya akan sentiasa pegang kata-kata ini.
kisah cinta 8 tahun saya akan saya KUBURKAN sebelum detik 12 tengahmalam.
cinta itu saya biarkan ianya berterbangan seperti angin lalu.
memang pahit dan memang perit.
tapi apa daya saya?
ketika saya berumur 16 tahun, ada sebuah lagu nyanyian daripada Siti Sarah, KESETIAAN yang selalu menjadi teman ketika saya berduka.
dan ketika ini, lagu itulah yang menemani saya seperti memberi motivasi untuk terus melupakan kisah itu..
saya lepaskan dia dengan kerelaan hati....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kesetiaan..
menghalangi...
kupindah ke lain hati..
dan tak ingin ku melukai...
ku dambakan..
CINTA ini..
hanya kekalnya denganmu...
tapi KUDRAT..
tak di tanganku..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kini saya temui cinta baru.
cinta yang mengajar saya erti sebenar kehidupan.
apapun, semua perkhabaran gembira terpaksa saya tangguhkan atas alasan tertentu. doakan saya dan dia bahagia.
saya tahu dan saya mengaku, saya masih baru dengan dia.
kami bersama meniti maksud hidup.
kepada Tuhan saya memohon, jangan ditarik semua yang saya miliki.
biarlah dia menjadi milik saya..
kerna, ajal dan pertemuan saya pasrah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku jatuh cinta lagi..
untuk yang kesekian kali..
dan ku rasa tapi kali ini..
kutemukan cinta sejati..
yang tinggal dalam palung hati..
mahligai cinta yang sejati.
kurasa aku cinta dia..
lelakinya seorang setia..
kutemu dia di kerlingan mata..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
esok bermulalah cinta, cita, hidup dan semangat baru. insyaAllah.
zatulhernani, jangan menangis lagi.
aku ada disini dan lupakan masa lalu kerana jodoh berbicara lain!

sayonara 2008..

dan

selamat tahun baru 2009..

30 December 2008

me.&.love

kami bersama.
kesana-kemari.
mencari identiti.
sebagai remaja~~
erk!! remaja atau dewasa?
owhoo~~ saya masih remaja dan DIA sudah dewasa.
beza umur kami amat jauh dan jauh.
semoga kami serasi seia sekata.
aii~~ macam lirik lagu kebangsaan pulak!
haa.. nite!

adorable awards from anna~~ ;)


anna, terima kasih ya dik sayang!
dapat award tapi x dapat nak gantung kat dinding rumah..
hehe~~ so nice laa.. ;)

dengan ini saya sebagai tuan tanah, mengumumkan bahawasanya saya merupakan BLOGGER PALING HARMONI dan dengan itu, saya dianugerahkan Anugerah Si Bintang Popular..
haha~~ macam masuk pertandingan main lompat tali plak..
okay-okay..

terima kasih banyak-banyak buat anna kerna mewariskan harta pusaka yang amat bernilai ni..
sekali-sekala diri di hargai~~ x salah kann?
hee~~~ ;)



soalan-soalan dari anas!

tag from anas..
tenkiu jugak tuk kamu~~ ;)
kangen bangat!
bila mau ketemuk lagi anas??
mau berpergian lagik ke Sungai Congkak ituw? huu~~


Rules : Once You’ve Been Tagged, You Are Supposed To Write A Note With 16 Random Things, Facts, Habits, Or Goals About You.

  1. owh! saya gile tomyam+ayam halia+kailan ikan masin+tempoyak bersambal jantan even saya x makan DURIAN.. saya x boleh telan durian. nanti saya mual terus MUNTAH!! haha~~~
  2. suke berblogging dan berfriendster~~ ;) Ramai kot member di sana..
  3. saya suke susun barang. (nanti saya try uploadkan susunan barang saya yeah!!)
  4. hormat orang yang menghormati saya. :)
  5. mahu berjaya seperti kebanyakan orang~~
  6. sangat manja dengan mama. sampai adik-adik saya jealous!
  7. chit-chat dengan my Pakcik Kesayangan.. ;p
  8. sangat giler melancOng!! sangat sengal..
  9. juge sangat gilekan camera.. currently browsing new cyber shot camera~~
  10. sangat sukakan budak-budak.. mau anak-anak yang cutiest!! hehe~~ insyaAllah..
  11. suke habiskan duit mama. saya beli hadiah hari ibu dengan DUIT IBU.. huhu~~ gilak!!
  12. sangat suka cover tido time study. sebab masa banyak terbuang dan terluang dengan assignments sahaja!! hohoho~~
  13. suke makan tapi x pernah-pernah naik badan.. cett~~ apa daa..
  14. suke jalan-jalan menghabiskan masa jika terlalu bosan!~~
  15. bawak kete laju-laju 130 km/jam. tapi kalau mama ade sebelah, kompem saya bawak 89 km/jam sahaja! hehe~~
  16. suke calling-calling mama and kacau kerja die.. hehe~~ rindulah same mama!

am i funny? hehe~~


this is from chempaka.. tq ya sista~!!

I REALLY APPRECIATE MY FRIENDS

THIS AWARDS IS TOO SPECIAL BECAUSE BLOGGER NEVER RECEIVED IT AND IT IS EXCLUSIVELY DESIGN TO APPRECIATE BLOGGER WHO MAKE ME LAUGH, SMILE AND MEANINGFUL WHEN IM READ THEIR POST..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tenkiu so much to Chempaka..
i appreciate them too.. hee~~
next time give me award lagik yeah?
huhu ;)


penat lorh dan saya kembali....

salam to all..

fuhh!! lama betul saya x meng''hapdate'' ini diari.. adeh~~
penat dan sibuk bangat sejak kebelakangan nii.
selesaikan hal adik-adik walau saya hanya sebagai peneman dan penyibuk mama dan abah.. hee~~ ;p
x bernafas saya. tertekan pun ada. ada juga tu~~~
biasalah.. dah x dapat nak larik lagi dah.. ;)

hari ini bermula semester baru saya.
macam-macam program untuk semester ini.
nak completekan this current semester, pasti saya mengalirkan airmata..
itu sudah pasti saya lalui sebagai dugaan dan cabaran hidup..
apa gunanya airmata jika tidak dititiskan ye? hehe~~

gamaknya, akan habis duit saya.
bukan mahu berbelanja besar.
tapi untuk ''assignments'' yang bakal kunjung tiba..

anyway, saya wish all the for my self..
ada kenalan yang bertanya apa azam tahun baru saya untuk tahun2009 Masihi dan 1430 Hijrah ini..
saya tiada jawapan pasti lagi...
saya pun masih lagi menggarap kata apalah azam saya??
hehe.. :)

cuma, apa yang saya mahukan hanyalah yang terbaik dan terunggul dalam seluruh proses kehidupan saya.. saya akan pastikan hidup saya seperti orang-orang kebanyakan yang senantiasa bahagia dan ceria.. sebab manusia selalu lupa dan berfikiran pendek..
selalunya macam tu kan?
pada saya, hanya keberkatan dari mama dan abah penting untuk saya hidup tenang dan harmoni selain dari Dia Yang Esa..

aku mohon kepadaMu Tuhan, berkatilah hidup aku dan tenangkanlah aku ketika aku kegelisahan.. jauhkanlah aku dari kepincangan kehidupan.. Ya Allah, janganlah aku dihukum di sebabkan oleh semua kekeliruan yang aku lakukan. ampunkanlah aku. lindungilah perjalanan pulangku kepadaMu. amin~~

25 December 2008

peace!


sorry to all...

salam..
maaf kerana semua komen dan tag x dapat saya selesaikan buat masa ini.
saya akan pulang ke Shah Alam.
pagi esok saya dan famili akan berangkat ke Gombak.
hari berikutnya balik ke Shah Alam.
selesai semuanya, saya buat marathon ok.. hehe~~
petang tadi saya keluar dengan Pakcik Wan Hairy.
for the last meeting katanya!
sedih. ;( sob sob sob..
bila lagik mau ketemuk dear?
rindu sama kamu nanti... ;)
till we meet again~~~ tata!

22 December 2008

seluruh jagat raya tahu.. ;)


all comments will be replied and tags still in progress!

sangat sibuk menguruskan diri lately..

dan..

jangan risau, pasti saya sudahkan!

currently listening to,

YAKINLAH AKU MENJEMPUTMU by KANGEN BAND

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG by IMRAN AJMAIN

REAL LOVE by MASSARI


these songs are my favorite song by this moment here!

with luv, zatul hernani mohd nawi.

tenang sayang, ku tepati janjiku!!

i like IMRAN!! ;)


Selamat Ulang Tahun Sayang


Written & Composed by Imran Ajmain & Ahmad Fedtri Yahya, Arranged by Eddie Marzuki

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
.....................................................

buat rakan-rakan blogger, akan saya respons semua comentos itu.
masa sangat suntuk sudah!
akan saya ceritakan nanti..
anyway, i like this song very much!!

- selamat ulang tahun sayang! -

hee~~ ;p
alhamdulillah akhirnya dapat jugak saya dengar lagu ni..
suke-suke!
i like it.. hehe~~
i've told you that i like Imran Ajmain very much!
only his VOICE ok.. hehe~~
but he's my penyanyi pujaan hatiku! ;p

sudah 2 malam saya menanti dan menunggu bilalah DJ Radio Era nak putar lagu ni..
tunggu punya tunggu, saya tukar ke siaran Radio Kelantan FM, tengah syok-syok dengar lagu hindustan, saya tekan remote radio then this song sudah habissssss... huuuu! sedih..
saya cuma sempat dengar pabila Imran menyebut, SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG........
then, ishh! geram betullah.. silap saya pergi main tukar-tukar siaran..
adeh la!

saya mencari lagu ini seluruh kedai CD dan Musik di Kelantan..
tapi x jumpa!
sedih kan?

hehe.. but anyway, x payah pusing-pusing kepala..
saya dah ade lagu ni..
enjoy the song then!

buat Imran, wishes you with a glorious day!!
:)

19 December 2008

meet my new close buddy!


Hari Rabu lepas, saya ke KB Mall berjumpa dengan my new friend from Tumpat.
enjoy the photos then..
sebenarnya sudah lama kami ingin berjumpa empat mata dan berbual bersama-sama.
akan tetapi, masa seakan cemburu!
this Malay girl saya kenal hampir 4 bulan tapi kami x pernah bersua muka.
hehe~~~
yang kami selalu buat ialah chatting, sms, chatting, sms...

apapun, berkenalan dengan dia membuatkan saya begitu teruja.
dia sangat baik, lemah-lembut dan sopan.
selalunya saya tengok dia dalam photo saje..
tapi pada hari tu, saya jumpa dan dia sangat comel kat luar!
heee~~ ;P

sorry iza, i've to puji-puji you sayang!
sebab memang betul pun..
hehe ;)

acara pertemuan kami di akhiri dengan mengabdikan kenangan bersama!
chewwah!
memang saya selalu macam ni pun kann kann kan?
hehe ;p

si cute lil sis ni plak adik cik iza.
so cute kan?
hehe..

insyaAllah by this coming Thursday or Friday, will meet again.
by here, masing-masing bawak cik abang lah pulak!
ini idea Pakcik la nih!
hehe ;)

i'm willing cause next week i have to return to Shah Alam for my last year degree!
do pray for me..
:)
okay cik iza sayang, till we meet again yeah?!

my nephew to be.. huhu~~

hoho.. ini saya lah! yang memegang baby Adam tu..
kuruskan saya?
alahaiiii.. si kurus yang kecil molek!
itu kawan saya bagi gelaran semasa saya ambil diploma dulu..
hehe ;)

yang baju pink tu mak Pakcik Wan Hairy..
Pakcik kesayangan saya tu laa~~ ;p
rumah Pakcik keseluruhannya warna PINK..
hoho.. saya x suka sangat warna PINK ni..
x suka PINKY and PINKISH ni..
heee~~ ;p
but anyway, i used to like PINK..
actually, my mama ada kat sebelah saya masa ni.
ehehe ;)

opss!
my hand looks like blur..
for once, rasa kekok sebab semua mata tertumpu kepada saya dan Adam!
ramai dalam rumah ni tau..
bukan hanya orang-orang dalam gambar ni saje tau..
adehh~~~ mau larikkk!!!
hehehe ;)

karenah saya & adik-adik!


ini janji
saya kan?
okay.. saya tunaikan!
ini antara gambar-gambar yang sempat saya fokuskan.
:0

adik ke-5 dan ke-6 saya sedang menjamu selera di kedai makan Kak Wo belakang IPD Kota Bharu.
xdelah sedap sangat makan kat sini tapi mungkin di sebabkan oleh orang ramai kot.
selalunya mama akan bawa saya dan famili ke sini untuk makan pagi.
:p

adik ke-2 saya.
baru keluar wad baru-baru ni.
tahniah ye sebab dapat Anugerah Dekan walaupun banyak dugaan semenjak kemalangan jalan raya tempoh hari. :)

adik ke-3 dan ke-5 saya. cuba korang teka mana satu adik mana satu kakak?
ehehe ;)
mesti confuse kan?
hee ;)
kami seakan sebaya even umur jauh-jauh.
sebab saya ni kecik bangat!
macam umur 16 tahun saja saya nih..
huhu ;p

yeah! ini driver terhormat kami!
hehe~~
adik saya yang ke-4.
woo.. banyak aweks tuu ;)
uhuu ;p
.................................................................................

nak tengok x kisah kesengalan kami ber-ENAM?
hohoo :)

jap-jap!

MULA-MULA MACAM NI...

LEPAS TU,

MACAM NIII
.....


heee~~~~ gilakk!!

DAN KOTA BHARU tersangat sesak!!

.....

exam's result..

salam..
semalam saya dan famili ke Kota Bharu.
memborong itu dan ini untuk adik-adik saya yang masih bersekolah.
x banyak pun yang kami borong. kami banyak jalan jee.. hehe. ;)

dari Kota Bharu, kami ke Pasir Mas, dari Pasir Mas, kami ke Pasir Pekan, dari Pasir Pekan, kami ke Tumpat dan dari Tumpat, kami balik ke Machang..
satu Kelantan kami terokai..
penatnya memang ler x terkata.. adeh!!

kami ada 3 orang driver terhormat, tapi, 2 orang aje yang aktif.. hehe~~
yang x aktif tu saya lee.. hehehe!.
penat dan mengantuk!

adik saya yang lelaki itu, yang x dak lesen itulah yang memandu kereta!! haha..

padan muke Amirul.. mujurlah dia ada! kalau x, kasihan mama, mesti penat!
penat woo.. sampai je kat rumah semalam, terus mengadap laptop.
nak check result periksa kononnya..

dah buka website Uitm, sikittt lagi nak masuk ke Gerbang Pelajar, terus rumah saya blackout!
tadak letrik plak.. alahaiii..
memang tension!
dah le berdebar x leh duduk seharian dalam kereta.
hampess betul la blackout tu.. huhu (aitt, marah letrik plak)

haa.. memang berdebar gile tau!
x boleh nak duduk.
rasa macam punggung ni panas sangat!
ahaha.. ;)
takut dan risau hanya Tuhan saja yang tahu.. huu ;p

petang tu saya ke Pasir Mas, melawat adik Pakcik dan juga baby Adam.
saya, adik-adik dan juga mama. abah kerja! x leh ganggu dia.. hehe~~
Pakcik jugak kerja, so x dapat la saya bergambar dengan dia.
alaa.. lagipun mama saya ada. seganlah!
mama yang beria-ia nak pergi. (padahal saya yang nak!)
hehe.. gatalnyee...

sempatlah saya pegang dan dukung sekejap baby Adam tu..
(dapat pujian dari mak mertua beb!) hehe.. sengal! haha ;p
mak Pakcik cakap saya ade bakat jadi ibu, dia tengok time saya dukung Adam kot.
huhu.. Adam baru berusia 13 hari, hari ini.. :p
comel saje dia..

owh.. berbalik pasal result uitm tadi yee.. :D

erm.. sebenarnya saya teramatlah x sangka dengan keputusan peperiksaan saya!
saya budget saya akan failed 1 atau 2 paper.

sebabnya, saya x yakin dengan ability saya menjawab peperiksaan hari tu.
dan jugak, saya budget saya akan dapat pointer kurang dari 3 semester ni, sebabnya juga, saya x dapat jawab dengan baik semua papers..

semacam ada perasaan malas nak continue lagi.
hanya Tuhan yang tahu macam mana perasaan saya semasa saya dalam minggu final dulu..
memang putus asa sangat masa tu. hari-hari saya menangis. saya lalai sangat masa tu!

tapi alhamdulillah.. mungkin berkat dari doa mama dan juga abah kot.
akhirnya saya berjaya juga walaupun x dapat dean list..
saya berjaya mendapatkan 3 pointer ke atas lagi untuk semester ni.
takut jugak kalau-kalau pointer jatuh. malu beb! saya x pernah dapat bawah dari 3 point..
yer lah! saya nakkan degree first class.. ;)
berkat doa kepada Allah.. alhamdulillah.. ;)
alhamdulillah.. syukur!

buat adik kedua dan ketiga saya, saya ucapkan berbillion TAHNIAH kerana berjaya mendapatkan Anugerah Dekan untuk semester ni..
saya jugak le x dapat dekan. tapi x mengapalah!
asalkan saya berjaya juga dan looking forward for first class degree nanti.. hehe :)
dulu pernah sekali saje saya dapat Anugerah tuu.. huhu ;)
dulu laa..

eh! sudah-sudah..
sebenarnya saya mencuri masa ni...
sepatutnya saya berada di rumah Tokmama sebab malam ni ada majlis solat hajat untuk famili besar kami. okay-okay saya pergi dulu yaa.. tata!

semua gambar will be uploaded petang-petang sikit!
tunggu yee... ;)

commentos!

sejak saya mengepos entry berkaitan lagu 'kekasih yang tak di anggap' by Kertas Band, ramai juga yang memberi respons.
bagi saya, ianya memang x salah. sekadar suka-suka saje kan?
lagipun kita berhak bersuara. hehe.. x gitu?
kitakan negara demokrasi.. :)

sebenarnya lagu ini memang saya pernah dengar 2, 3 tahun lepas.
bagi saya, setiap lagu lama ada keistimewaan tersendiri.
ada irama yang tersendiri yang membuatkan saya begitu teruja untuk mendengar lagu-lagu lama berbanding dengan lagu baru yang entah apa-apa muziknya.
lagu lama membuatkan saya mengingati semua kenangan lalu.
betul, saya x bergurau.

banyak lagu lama yang mengheret saya balik ke zaman-zaman dulu.
kadang-kadang rasa semacam sesuatu yang mengetuk fikiran saya. ehehee ;)
banyak kenangan zaman muda-muda saya yang ada kaitan dengan lagu.
hee ;)

semenjak saya poskan entri 'by, KERTAS' tempoh hari, ada blogger seakan memberi respons pelik. kenapa ya? kenapa? tidak bolehkah saya sekadar memberitahu orang-orang yang tidak tahu? atau saya memenuhi permintaan rakan-rakan saya yang tidak tahu akan lagu ini dan siapa penyanyinya?

sebenarnya, bukan saya tidak tahu bahawa lagu itu lagu lama.
saya tahu itu.
sudah lama saya tahu.
bukan saya x pernah lagu tu.
bukan ianya x pernah disiarkan di radio. :)

saya anak kepada seorang insan berkerjaya yang bekerja untuk memutarkan lagu itu setiap kali bertugas. setiap cakera padat dari mana-mana BAND Indonesia hatta Malaysia sekalipun saya ada. hehe. (bukan berlagak yee)

'by, KERTAS',
banyak testi dari profile Friendster saya yang menanyakan akan lagu itu.
banyak komen di shoutout box blog saya juga ingin tahu akan lagu itu.
banyak mesej dalam Friendster akan hal lagu itu.
banyak mesej masuk ke handset saya juga berkaitan lagu itu.

sebab itulah saya mengepos entri berkaitan lagu itu.
rasanya x salah kan?
kalau x percaya, kamu semua boleh tengok dan view saya punya profile Friendster.. :)

hehe. tapi saya tidak kisah akan komen-komen itu.
betullah. kitakan negara demokrasi.. banyak suara yang boleh dilaungkan!
itu saya tidak ambil pusing. jangan marah ya sayang!

ini antara komen-komen yang saya terima.
ada yang positif juga negatif.

"by, KERTAS"

7 Comments - Show Original Post

Blogger iKa said...

huhu..

saya dah hafal.

kah kah kah.

lagu nie. sangat2 best ok.

Monday, December 15, 2008 2:26:00 AM

Delete
Blogger Cik Mira said...

heee sis mira ade lagu band kertas lagi hehehe
ade lagi 2 lagu die pon best
tp yg paling best juge tajuk penantian
bes gileeeeee

Monday, December 15, 2008 6:54:00 AM

Delete
Blogger goasop said...

yup~ lagu ni mmg best. lirik perenggan 1st pun da sedap~ ehe

Monday, December 15, 2008 7:39:00 AM

Delete
Blogger AdZ said...

lagu ni saye da denga 2 taun lepas ok??
hahahaha..

Monday, December 15, 2008 10:41:00 PM

Delete
Blogger zatul.hernani said...

ika :: hehe.. hafal2.. lgpn lirik die pendek sgt.. akak hafal chorus aje.. hehe ;)


cik mira :: mira, penantian slow motion sgt. haha, nnt akak mengantuk dgr.. tp sume lagu die best kan? hehe.. ;)


goasop :: yups! perenggan mcm berpuisi plak kan? hehe ;)


nurul :: yes! this is an old song.. tp bile akak upload, almost seems like xtahu n thought a new song.. heee ;p.. btw, i changed my blog's song oredi.. hehe ;)

Monday, December 15, 2008 11:11:00 PM

Delete
OpenID afdsmkad said...

lgu ni da lme le cik zatul..
lmbatnye kamoo dapt tau sal lgu ni...

Wednesday, December 17, 2008 6:52:00 AM

Delete
Blogger zatul.hernani said...

yup cik afdsmkad, this is an old song.. almost 3 years ago rite?

but when uploaded this song in my friendster n blog, almost ppl seems like curious n asking me what is the tittle..

i known it already..

hehe..

just to tell ppl..


hari2 msj or call sy menanyakan lirik n tajuk lagu ni..
so, x salah kan kalau sy meng'upload' this song just for ppl that didnt know yet..

sekadar suka2 je..

tq 4 ur concerning..

nice 2 noe u n salam kenal..

Wednesday, December 17, 2008 2:45:00 PM



tapi, saya x marah tau. eheheheee ;)
jangan kata saya marah.
saya pun suara demokrasi.
hehe.. ;)
sayang kamu semua....
dan, salam hari JUMAAT!

p/s :: saya sangat busy hari ni. banyak entri yang saya save sebagai draft. okay-okay. nanti saya poskan yee..

16 December 2008

tukar lagu pless!

pertama kali saya dengar suara mamat arab ni, terus saye jatuh cinta!
die lelaki dan berbangsa arab, namanya beerti MONEY in english..
hee ;)

nice to hear his songs! semuanye best bangat!
first time dengar kira-kira 5 bulan yang lepas, dari hari pertama sehinggalah ke hari ini, saya x pernah jemu. hehe ;)

buat rakan blogger, do hear this song!
hope you like it..

i opened up my heart to him.. yak!
pakcik jangan marah naa..
haha.. ;p

15 December 2008

by, KERTAS


semenjak saya meng'upload' lagu ini dalam Friendster dan juga Blogger saya, ramai yang memberi respon baik. memang ramai dan bukan seorang atau dua. thanks ye kerana terlalu concern. oleh sebab itu, saya ingin berkongsi lirik dengan kamu semua.
ye lah! sape suruh bagi respon banyak sangat?
hehehe.. ;)
sebenarnya lagu ini x memberi makna kepada saya. lagu ini juga tiada kena-mengena dengan hidup saya. saya sekadar asyik pabila mendengar irama lagu ini.
boleh di katakan membelai kalbu.. bwekk!! haha ;)
ok then.. enjoy the song!

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

selalu itu yg kau ucapkan padaku

sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

opss! lupa nak bagi tajuk pulak!

hehe..

'KEKASIH YANG TAK DI ANGGAP'

by, KERTAS BAND

makan-makan di Noodle Station ;)

Last Tuesday, Pakcik and I went to Noodle Station located at KB Mall.
second hari raya tuee.. ;)
oleh kerana ianya bersebelahan dengan Pacific Bowl, so kami usha-usha lah budak-budak bowl kat situ.
bising yang amat! ehe..
biasalah yee..
sape suruh makan kat situ?
huu ;)

hari tu saya teringin sangat nak makan mee/mihun.
kalau ke gerai cikai pun saya rela!
saya gemarkan mihun celup siam. hee ;)
bestnya hingga betul-betul menjilat sudu dan garfu.

di Noodle Station, saya memilih Small Mee Wantan with Seafood dan Pakcik pula, Small Mee Wantan with Egg and Veges..
for the beverages, we ordered Ice Tiramisu Coffee and Peach Limonade.

anyway, ianya memang berbaloi dengan price and decoration inside that restaurant.
ye lah.. usually, we also paid for their good services and ambience right?
hehe ;)

okeh-okeh, jOm intai-intai apa yang kami makan kat situ.
enjoy!

yang ini Pakcik Wan Hairy punya,


yang ini pulak SAYA punya,

thank you and please come again!
heee.. itulah kata-kata from their waiter.
thanks ya for your good food and services.
;)

14 December 2008

good morning again.. ;)


selamat dan selamat saya ucapkan kepada semua bloggerest!

semoga hari ini akan membawa seribu makna kepada semua.
insyaAllah!

"jangan sesekali kita menghina orang lain, kerana kebiasaannya, balasan penghinaan itu akan kembali menerjah kepada diri kita sendiri. kerana juga, begitulah yang seringkali terjadi"

lots of LOVE,
:: zatul.hernani ::

an appreciation. more and more!


yeyey!
saya jenguk-jenguk ke blogspot liyana then dikurniakan lagi sweet candy award ni.
ehee.. ;p
i like i like
ini adalah tanda penghargaan dari liyana saya yang cun itu.
anyway, thanks ye liyana.
next two weeks we meet yeah..!

13 December 2008

breakfast @ MoOn Kopitiam ;)


MOON KOPITIAM


semalam 12.12.2008 bersamaan hari Jumaat, saya ke Moon Kopitiam yang terletak di Jalan Long Yunus berdekatan dengan Balai Bomba Kota Bharu.
kalau x silap saya, waktu tu jam 11 pagi.
ramai jugak lah pelanggan yang datang bertandang.
secara overall, food's taste saya bagi 3.9 bintang.
hehe.

:: saya order Thick Bread with Hot Milo ::


:: pakcik order Nasi Lauk Ayam with Hot Coffee ::

............................................................................

these are the pictures of MOON KOPITIAM.
bukan saya or pakcik snap these all picts.
saya search on.. ;)
cantik sangat design inside this kopitiam.
looks like English style.
saya bagi 4 bintang for the kopitiam's design!

owh! that cigarette x ada kaitan dengan saya dan pakcik.
pakcik x smoking dear!
me too.. ;)
ini gambar saya cari dalam blog seorang hamba Allah.

very the nice place to hang around.
for Kelantanese, kalau ada masa lapang, do go there!
pasti ada sesuatu yang menanti anda.

ouch! Please =P

Assalam. 24 Oktober 2017 - Selasa So remember me, i will remember you.