30 October 2008

having faith.. ;)


have faith!

As life goes on..
i'm starting to learn more and more about responsibility..
i realize everything I do is affecting the people around me..
so i want to take this time out to apologize for things i have done..
and things that have not occurred yet..
and the things they don't want to take responsibility for..
sorry for my wrongdoings..

i'm sorry for the times i left you there..
i was on the road and you were alone..
i'm sorry for the times that I had to go..
i'm sorry for the fact that i did not know..
that you were sitting at home and just wishing we..
i'm sorry for the times i would neglect..
i'm sorry for the times i disrespect
..

i am me, zatul hernani mohd nawi


29 October 2008

saye rindu suasana itu.. ;)


salam to all blogger..
hope you are doing well..
on what?
dun no..
just saying something that i really don't know..
;(

alhamdulillah..
akhirnya, berakhirlah sudah my first paper..
penat sangat dan sangat..
FOOD SCIENCE..
paper yang menuntut saya untuk menghafal semua terms yang ada..
macamlah saya ni nak jadi DOKTOR atau mana-mana AHLI KIMIA!!
oho..
penat, penat dan letih!

ada lagi 6 papers on going..
cepat-cepat!
saya nak balik kampung..
mahu menatap wajah-wajah kesayangan saya nun jauh di sana..
:)
--------------------------------------------------------

apapun, janji saya, selesai sahaja paper yang terakhir, saya mahu lari dan berLIBUR..
mahu hilangkan selamanya tekanan-tekanan yang PERNAH singgah dalam hidup saya either directly or indirectly..

hoho.. ;)

--------------------------------------------------------

oleh kerana masih dalam mode "tertekan", izinkan saya berlalu..
salam..
;p

27 October 2008

sangat boring stadi... ;(

Are u smiling?
++ yerp! i'm smiling rite now.. ;) why asking me haa? haha...

When was the last time u met someone new?
++ someone new? erm.. last 2 nite.. not new at all.. hehe ;)

What is irritating u now?
++ stomach pain.. huhu.. sakit yang amat.. ;(

When did u last eat pizza?
++ waa.. long time no eat them.. masa kuar ngan adik no 3 p KBMall.. hehe.. mau makan PIZZA HUT!!!

Did u drink beer last night?
++ nOpe! what for? root beer pon dah lama x minum.. beshnye... ;p

Are u good at poker?
++ not really.. i'm not.. hehe..

Are u tired?
++ erm.. by this time, nope!! badan penat coz study saje.. ;)

Last spoken words u heard?
++ luv u my dear sayang.. dear God, i hope she always next to me..( tau kan dari sape?) hehehe... ;) sayang dia.. ;p

Have u ever kissed anyone named John?
++ nope.. sape john tue?

Besides ur bed, what is ur favourite thing in ur room?
++ wOod wardrobe form my mama & the bigger cermin tilik.. hehe ;p

Pepsi or Coke?
++ i prefer pepsi ;)


Did u ever throw up while kissing someone?
++ never! huhu..

Do u enjoy piercings and tattoos?
++ just enjoying my ears piercing.. tattoo x la kot..

Taco Bell or McDonald's?
++ of course McDonald’s

Are u restless?
++ nope.. maybe after my last paper.. insyaAllah.. ;0

Is ur computer a laptop?
++ yurp.. my sweety laptop..

Are u allowed to stay up later than 10pm on a weeknight?
++ huhu.. I am 22 years old now.. so what? but i have to be alert.. ;p

Do u believe dreams come true?
++ ermm.. ye kot.. apepun, berdoa kpd Allah swt tu penting.. =)

Last song u heard?
++ all i ever wanted by basshunter.. best lagu tu.. ;)

Do u like.. Batman?
++ erm.. i like his black car.. kui3~~

Who is in the room with u?
++ my housemates.. since they're struggling for the first paper.. ;)

What are u wearing on ur feet?
++ nothing.. silap bawak selipar dalam rumah p kuar makan.. aduhai.. tersilap plak..

What was the last thing u ate?
++ mee hoon soup at Ani sup utara.. x habes.. ;(

What were u doing before this?
++ just doing some notes.. hehe.. not remember them yet.. alamak! sehari aje lagi.. takutnya.. ;(

What is the closest item that is blue?
++my secret book.. huhu ;p

What instant messaging service do u use?
++ Yahoo Messenger, phone sms..

Whose house did u go to last night?
++ house of mine.. RBS with housemate.. ;)

What do u wear more, jeans or sweatpants?
++ jeans of course..

What is the last movie u watched?
++ Evolusi KL Drift.. dh lame x p tgk wayang.. uhuh!

What do u currently hear right now?
++ my housemate's voice.. since she's sad.. hoho.. pity of her.. ;)

When did u last buy a new pair of pants?
++ erm.. masa nak raya ari tu.. kat LENO...

When did u last take a shower?
++ this morning..

Have u ever heard of the band Soul Fly?
++ pernah.. dalam Putra dulu-dulu.. ;)

Where is ur mom?
++ in my sweety home.. ari ni kan deepavali.. so off la.. ;)

Where do u sleep?
++ on my bed la.. xkan katil org len plak.. hehe

Where do u shop the most?
++ kalau kat Kelantan, byk dekat KBMall laa.. kat cni, kat area umah je kot..

Are u happy with where u are?
++ of course la.. I’m happy for being me.. wherever I go I must be happy laa..

Would u ever take someone back if they cheated on u?
++ i dun know.. love is bLind!! hoo.. may i? erm.. insyaAllah.. i'm not a perfect human.. ;) juz let them go one by one.. ;)

Have u ever talked about marriage with someone before?
++ huhu.. ini soklan paling best nak jawab.. OF COURSE laaa... when talking bout marriage, i'm the first person who like to talk a lot!! hahaha.. gatai... ;)

25 October 2008

they are my colors... luv them vm!!







colors of my life.. ;)

salam..
selamat hari sabtu!
haa.. hari ni panggung sabtu kan?
colors of ranggoli.. ;)

happy deepavali to all indians..
may god bless u.. ;)

hari ni macam-macam planning saya..
macam-macam kerja yang mahu saya settlekan..

aduss.. yang mana satu harus di utamakan? huhu..
poyo ajerkkk..

sebelah petangnya saya akan di angkut menuju ke Taman Kemensah di Ampang..
ada open house katanya.. ;)
bab-bab makan ni memang saya gila.. haha!
walaupun tubuh saya kurus dan kecik, tapi saya makan banyak..
hehe ;)

sebelum itu, saya harus selesaikan pasal tiket balik kampung saya..
saya kena pakai cantik-cantik ke?
malu la kalau singgah KL Sentral nanti..
x pasal-pasal nanti orang tengok saya..
apesal pompuan ni pakai cantik macam ni?
kang x pepasal malu saya....
hehehe... ;)

pakcik kesayangan saya tu x bising pun pasal tiket..
tapi saya pula yang kalut-malut.. huiss..
bukan apa, saya risau kalau-kalau tiket tu habis..
bukan ada orang mahu hantar saya pulang pun..
hoho..

my last paper is on 16th Nov ni..
duduk sini lagi 1 hari then terus balik..
malas la duduk sini lama-lama..
sebabnya, banyak planning yang saya dan rakan-rakan sekolah rendah dan menengah mahu rancang.... ;)

saya mahu segala yang di rancang itu menjadi dan berhasil... insyaAllah..
maklumlah.. saya di lantik menjadi kepala majlis.. oho!
risau plak takut x jadi.. malu nanti.. mereka mengharapkan saya..
insyaAllah.. akan saya usahakan..

okay then, saya berlalu makan dulu yaa..
lapar ler perut kecik ini!
huu.. ;)

sampai jumpa lagi..
tata...

salam..

24 October 2008

penat+pening+kasihan

salam..
selamat tengah malam yee!

balik dari kelas petang tadi, saya tertidur.. mengantuk sangat dan sangat.. sampai saja di rumah lepas kuliah tadi, terus saya lelap.. zzzzz... mulanya saya ingat mahu baring-baring saja.. maklumlah hari ini saya berkeseorangan ke kelas.. geng saya yang 3 orang lagi tu x hadir..
hari ini hari last kuliah, so masing-masing macam x menunjukkan minat.. hehe..
iyelah, kalau datang pun buat apa?? lecturer dah x mengajar apa pun..
saya pergi pun sebab saya sorang aje yang x buat French oral..
budak-budak ni semua sudah.. hehe.. ;)

bangun pagi tadi, saya terus bersiap.. dalam hati mahu ke pejabat pos.. kali ini biarlah kali terakhir saya naik ke Menara SAAS tu.. jauh tao!! acap kali saya turun-naik naik-turun bukit ke post office, tapi x pernah-pernah debit card tuw.. ;(
Kalau di kira, sudah 5 kali kot saya ke sana.. semata-mata kerana debit card tu.. leceh betul.. penat tau... ;(
hah! kali ini dan akhirnya dapat juga.. ermm.. huh! malas saya ke sana lagi.. jauh dan tersangat lah penat.. sesudah turunkan signature dan semua yang abang post office tu minta, terus saya TURUN.. malas duduk lama-lama.. nanti gayat!! tinggi ye.. ;p
selamat tinggal Menara SAAS.. ( untuk kali ini saja tao!) hehehe.. ;)
------------------------------------------------------------------------------------
setelah bereskan mende alah si debit card tu, saya ke surau Kolej Seroja..
di sebabkan berkeseorangan, saya hanya beli makan roti gardenia yang harga 60 sen itu saje.. ;)
sob sob sob.. ;(
malaslah makan di cafe.. lagipun, saya masih lagi dalam proses menghafal skrip oral saya.. maklumlah petangnya mahu berceloteh depan encik comei saya tuw!! ;)
dalam 2 kali saya belek-belek kertas, terus saya terlelap.. hohoho..
mata saya ni memang saja kan kan?? saja je buat saya enak di ulit mimpi panjang..
lama juga la saya terlelap.. kira-kira 2 jam.. haha! poyo sangat.. :)
malu plak kat orang-orang dalam surau..
------------------------------------------------------------------------------------
saya ke kelas pada jam tepat 2.15 petang.. hoh! x ada orang pun.. huhu.. takut pulak rasa.. lagipun, hanya kelas saya saje yang ada petang tadi.. kelas lain dah gulung tikar!
siap balik kampung kot.. huhu.. ;)
2 minit kemudian banyaklah pulak derapan tapak-tapak kaki..
haaaa..
ramailah pulak yang datang.. ingatkan x ada yang hingin.. hihihi ;)
selang 5 minit, sampailah encik comei saya tu.. masuk-masuk terus mengajar..
nak kejar oral katanya.. kalau mengajar banyak pun, comfirm otak kami dah melayang entah kemana-mana.. ;)
habis aje mengajar, kami keluar ke foyer..
kata encik comei saya tu, dia memang suka ambil gambar kenangan dengan students.. hehe..
ade la jugak gambar saya dan rakan sekuliah.. (nantilah saya bluetooth dengan sorang mek selangor ni) hehe.. ;)
sebab dia saje yang sempat bluetooth dengan encik comei... ;p

siap saja bergambar kenangan, terus masuk ke kelas.. sambung-sambung oral!! huhu.. ;)
cabut aje undi, saya dapat Le Weekend.. yahoo!! senang saje nak ingat... ;)
settle oral tadi, terus saya balik... pening sangat kepala.. berdenyut-denyut..
sudah la tunggu bas sorang-sorang.. mau nangis saya.. tapi saya tahan..
sakit sangat kepala tadi.. dalam hati saya berdoa semoga bas 604 cepat-cepat sampai..
x tahan dah rasa.. :(
memang dah bergenang airmata saya tadi.. sangat sedih..
saya x tahu nak mintak tolong dengan siapa..
memang!! saya memang tiada sesiapa kat sini.. hanya kawan-kawan..
tapi, mereka pun sibuk mengacarakan hal diri masing-masing..
dalam saya merapu-meraban fikir macam-macam tu, saya ternampak bas 604, terus saya bangun..
nasib saya baik, masuk je dalam bas, terus dapat duduk.. hehe..
bukan apa.. saya kan pening... ;)
duduk je atas seat, terus saya pejam mata..
memang x boleh tengok orang dalam bas hatta orang luar bas, saya bertambah pening..
pening yang teramat.. ;(
------------------------------------------------------------------------------
dalam saya pening-pening tu, tiba loceng berbunyi.. bunyi yang menandakan ada orang nak turun.. AIKK!!! apa kejadahnya turun kat sini (hati saya terdetik)..
mana abang bas ni nak turunkan kakak ni?? kereta berbaris-baris kat belakang.. huiss..
apa kakak ni.. ada ke dia nak turun kat depan bangunan Canseleri?
depan bangunan Canseleri tu mana ada orang pernah turun!!
(itu pengalaman saya setelah berpuluh-puluh kali saya menggunakan Rapid KL)
mana pernah orang turun kat situ.. aii kakak ni kenapa la pulak!! (getusan hati saya aje)
kat luar, kasihan jugak saya tengok kakak tu.. hehe..
-------------------------------------------------------------------------------
bunyi loceng dalam 15 kali.. menunjukkan 5 kali kakak tu tekan.. abang bas buat bodoh aje.. dahtu, kakak tu menjerit.. (jap, saya cuba ingat balik dialog-dialog dalam bas tadi)
lebih kurang macam ni bunyinya... ;)
owh lupa.. kakak tu orang indonesia.. rasa saya, dia cleaner kat UiTM ni...
-----------------------------------------------------------------------------------
kakak indon : ahhh.. ahhh... ahhh.. saya mau ke jatttiiii... saya mawwuuuu!!

abang bas : eh.. mane boleh!! mane boleh turun sini!! ko x tengok ke kete kat belakang tu?? (kata abang bas sambil perlahankan bas.. kereta kat belakang tu honk dah... alamak!! abang bas terus jalan x hiraukan kakak tu..)

kakak indon : ahhh saya takutttt.. turukan sayaaaa.. mana jatiiiii?? saya jattiiii!! musang tu.. musang tuuu.. jattiii musangg!!!!!!!

abang bas : eh dia ni x dengar ke ape.. orang cakap x boleh, x boleh laaa.. x nampak ke kereta banyak kat belakang tu? apa niiiii? haiiiisssss!!!

kakak indon : turunnn... musang... jattiii... saya takutttttt!!!

abang bas : musang ape ni? (sambil gelak kat kakak indon tu) musang berjanggut ke?

(semua students dalam bas gelak.. kasihan plak saya tengok kakak indon tu.. muka dia macam mahu menangis.. memang dah menangis pon!! memang kasihan kat kakak tu..)

abang bas : hah.. turun kat sini!! (masa tu, bas berhenti di bus stop fakulti statistik..)

kakak indon : x mahuuuuu... saya takuttt.. ini manaaa jattiii? saya mauuu jattiii....

abang bas : eh x fahamm keeee???

kakak indon : x fahammmm.. musang x fahammm.. apa jattii? saya nak jattiii..

abang bas : ya Allah.. penatnya layan pompuan ni.. eeee jangan pegang!!! apa pegang-pegang ni?? ( kakak indon nangis-nangis sambil pegang abang bas.. terus abang bas bangun dari tempat duduk..)

kakak indon : saya jatii.. (sambil muka nangis) oho.. cian sangat saya tengok!

+++ pastu, ada la sorang budak pompuan ni p cakap kat kakak indon tue..

pompuan tudung putih : kak, ini bas 604.. bukan bas 603.. kalau kak nak ke jati, kak kena naik bas 603!! fahamm???? bas 604 x lalu depan jati...

kakak indon : xmauuuu.. takutt.. nak jatiii... abang, saya mau jatiii...

abang bas : susahnya cakap ngan dia ni.. aduh!! turun kat sini, pastu ko naik bas 603.. okay??

kakak indon : x mahuuu... (sudah nangisss) ermm...
(kata-kata pompuan tudung putih tu dia wat x heran.. siap duduk-duduk lagi kat tangga bas.. bas bergerak, kakak tu siap terjatuh-jatuh lagi.. kasihannnnn)

abang bas : yelah-yelah.. naik!! (abang bas dah geram terus tutup pintu!) (bas jalan..)

kakak indon : (muka sedih lagiiik)
------------------------------------------------------------------------------------
x berkesan pun apa yang pompuan tudung putih tu cakap..
bukan x berkesan, tapi, kakak INDON tu TAK FAHAM bahasa kita!!!!
dia tu orang indonesia dari mana entah.. (pening kepala saya..)
------------------------------------------------------------------------------------
sampai saje dekat bus stop mawar, budak-budak dalam bas paksa kakak tu lari kejar bas 603..
selamat la ada bas 603 kat mawar tu.. kalau x, alamat duk peluk-peluk lagi abang bas tue.. hehe..
cian betul!
------------------------------------------------------------------------------------
insiden ni berlaku dalam kurang lebih 10 minit jugak laa..
lama jugak.. sampai bertambah-tambah sakit pening saya..
oleh kerana saya duduk berdekatan dengan kakak indon tu, sempatlah saya curi-curi amik gambar dia.. :) kasihan..
------------------------------------------------------------------------------------
itulah serba sedikit pengalaman saya berkeseorangan petang tadi..
best jugak jalan sorang-sorang ni.. banyak benda yang saya fikir..
x sikit x banyak, dapat juga saya menginsafi diri.. ;)

nak tengok gambar kakak tu x? tapi x clear sangat sebab dia x duduk diam.. kejap gerak kesana.. kejap pusing ke sini.. almaklumlah, orang tengah takut.. ;)

hehehe... ;p






































*p/s: kakak indon tu pakai baju kurung warna merah.. memang kasihan... ;)

aku sayang dia!!

Posted by Picasa

21 October 2008

jangan bilang tidak..

(^ . ~)

oho..
salam..
selamat malam..


++penat++
++happy++
++mengantuk++
++mau tidur++

penat dah okay..
mengantuk memang kena dengan penat..
pergi tidur lagi la sesuai..

TAPI, apa kena dengan HAPPY pulak?

------------------------

erm..
bila emosi stabil macam itulah..
bila emosi kritikal, macam itu jugaklah!

------------------------

minggu ni selesai sudah bebanan presentation saya..
semua beres.. sebab itu saya HAPPY..
hanya tinggal take home test dan French oral saje..
sesudah itu, boleh le saye bergedik dan bersantai..
walaupun saya tau final exam saya hanya ada 6 hari saja lagi..

malam ni sebenarnya saya x terasa seperti mahu berblogging..
yang menjadi masalahnya, tangan saya ni memang gian nak ketuk-ketuk keyboard..
padahal tau saje yang dia tu penat.. ntah apa-apa kan?
gatal jugak nak mengemaskini blog inih!
huh! apa daa.. ~~~

hari ini x ada yang menarik sangat..
x ada cerita yang mahu di kongsi..
bosan sangat semenjak dua menjak nih..
maklumlah..
saya x ada sesiapa kat shah alam ni..
hehe... ;)
xde teman mahu di ajak keluar..
masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing..
iyelah.. x mengapa..
saya mengerti dan sangat mengerti..

oklah..
saya pergi dulu..

daa~~~

saya sangat bosan dan x tahu nak ketuk-ketuk huruf apa lagi di keyboard nie..

20 October 2008

lagi-lagi update!


















at Normala..
..................
waiting for nasi goreng ikan masin..
my favorite fried rice ever!!
..................
lambatnya.. cepat-cepat!
sangat lapar perut ini..
berkeroncong lagu ANA.. ;)
uit cik kak, mata tu ke sini!!
masa ni saya tengah tengok kereta MyVi yang drebarnya sangat kurang ajar.. pompuan yeee!
memang kurang ajar..
huh! entah la.. macam-macam perempuan sekarang ni..
hurmmm... ;)


















ini pulak nak promote this phone!
saya nak jual handphone ni boleh x?
x laaa.. gurau aje..
mana mungkin saya jual phone yang orang bagi ikhlas kepada saya.. ;)
alkisahnya, phone ni hairulnizam bagi masa saya part 4 diploma dulu..
jarang guna.. sebab tu nampak baru lagi..
sekarang selalulah guna.. tapi still nampak handsome lagi..
saya jaga dengan elok okay?!!
saya sayang phone ni tau.. sangat-sangat sayang..
mujurlah ada juga kenangan saya dengan dia kan kan?
xdelah saya nak lupakan dia terus..
pahit manis, biarlah berkubur bersama langkah-langkah saya..

=========================================

ok..
mau tidur..
melelapkan mata sementara menunggu terbitnya mentari..
:)
yang pasti, saya sangat mengantuk...
nite!!

19 October 2008

cerita 55 minit saya!


when talking bout blogger, i'm bloggerest maybe!
hee.. ;)
scroll down..





................................................................................................................

pictures di atas sewaktu saya dalam penerbangan dari LCC Terminal, Sepang ke Kota Bharu 25 September 2008 yang lepas..
pictures ini saya rakam sewaktu 5 minit sebelum flight mendarat..
ini lah pemandangan negeri Kelantan dari atas..
;p

..................................................................................................................

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
dan ini pula kisah ''hyperaction'' kami ketika berawan!
huhuhu.. ;)

x salahkan?
ke salah?

hoho..
pada yang berasa itu dan ini salah, please go away larh!
don't ever 'jenguk-jenguk' my blog okehh?
anda x mahu, saya lagi laa x hingin!!!

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
hoo.. emo la plak!
kui3~~~~
x adalah..
saya gurau saja ye..

* jangan amik hati tau!
makan hati ayam sudah ler..
hehehe.. ;p

----------------------------------------

saya dah janji dengan diri saya, bahawasanya....

JENG JENG JENG

yang saya x nak masuk campur hal orang lagik!
cukuplah apa yang saya tahu dan dengar setakat ini..
hoho.. iye ke?
(apa yang kamu dengar tuw?)
huhu.. ;)
lets it be my secret okay..

and

I'M KEEPING ALL MY SECRETS

DAN

jangan tanya apa-apa
sebab..
saya memang x ada jawapan sahih untuk semua pertanyaan itu!
heee.. ;)

dan juga, saya dah lupakan apa yang berlaku..
saya x nak kecoh-kecoh tau..
biarlah dunia ni aman saja!
hehe.. ;)

------------------------------------------------

okaylah..
saya berlalu dulu ya..
good bye!
tata..

salam..
;p


:(


Saat ini saya memang x boleh pejamkan mata.. Hati saya sangat berdebar.. Dup dap dup dap.. Saya takut dan saya takut serta amat takut menghadapi 1 bulan ini.. Saya seperti kehilangan sesuatu! Saya hilang keyakinan diri.. Ya Allah, kurniakan aku kekuatan untuk melawan arus-arus deras ini... Amin..:(

angan dalam sedar!

++ ketika menziarahi kubur datuk di Tumpat.. uit pakcik, tengok kamera nih!! ++

------------------------------------------------------------
mau jumpa dia..
mau jumpa dia..

mau jumpa dia..


:)

boleh kan??
-------------------------------------------------------------

rindu sama dia!
sangat mahu jumpa..

aii!

sudah mereng kah saya?
ohooo.. ;)

owh tidak-tidak..

..dan saya masih waras!

........................................................................................................

this song is dedicated for him..

JANGAN BILANG TIDAK

ku pernah punya cinta.. namun kini ku sedang suka kamu..
cintaku dulu telah kubuang jauh... kini ku ingin kamu..

ku pernah menyendiri.. di sini ku akan terasa sepi..
walaupun bibir penuh gelak tawa.. namun hatiku sepi..

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba..
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku..
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga..
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi..

jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung..
namun dada ini bergetar..
makanya sungguh aku mohon..
jangan bilang tidak..


.............................................................................................................

salam sayang,
ZATUL HERNANI

18 October 2008

lagi eid mubarak..

salam..
ini lagi kisah dan cerita eid mubarak saya..
;)
saya bercerita tentang my great grandmother yang saya dan familia panggil NENEK..
moyang saya yang seorang ini masih lagi sihat walafiat..
alhamdulillah..
NENEK masih lagi sihat dan dapat melihat keletah cucu dan cicitnya membesar..
hee..
NENEK ingat nama-nama cucu dan cicit dia even ada kurang lebih 100 orang..
(anggaran saya secara kasar sebab saya x boleh nak agak)
memang kali terlalu ramai..
sebabnya 1 saja, kami KELUARGA yang sangat BESAR!
ohooo.. ;)
hatta nama saya sekalipun NENEK ingat..
nama penuh tao!!
huu... ;p

sayang NENEK!

saya x pasti berapa umur NENEK yang sebenar..
agak saya 80 tahun kot..
entah.. ( jahatkan saya?)
umur NENEK pun saya x tahu..
hehe..

okay-okay x apa..
balik cuti nanti, saya tanya tokmama saya..
tokmama pun nenek saya juga..
anak kepada NENEK dan mama kepada MAMA saya..

oho!

jangan pening-pening..

++ nenek dan cicit-cicitnya..
ramai lagi cicit nenek, tapi ini saja yang memang x malu bergambar!! huhuhu ;) ++


++ inilah NENEK saya.. sekali tengok, macam kakak tokmama saya! hehe.. ;) ++

saya ber'titih'....

malam tadi saya ke BARRA..
BARRA yang sentiasa panas memBARRA..
kedai mamak yang paling femes kat kawasan rumah saya ini..
kalau nak di kira, BARRA bukanlah kedai kegemaran saya..
heee.. ;)
saya sangat tidak suka BARRA..
entah mengapa..
sebenarnya, jarang sangat saya kesana..
sangat-sangat jarang..
:p

akan tetapi, ajakan dan jemputan ikhlas dari teman sekolah RENDAH saya menggamit saya kesana..
hee.. ;)
sekadar memenuhi permintaan si dia yang terlalu sukakan BARRA, saya ikutkan saja..
mahu saja saya ajak dia ke Bintang Side Walk Cafe, tetapi, memandangkan dia yang menawarkan diri untuk belanja saya dan liyana, terpaksalah saya matikan impian saya itu..
x kisah mana-mana pun kan?
huhu.. ;)

BARRA pun BARRA lah!
janji saya kenyang!
hohohoo.. ;)

owh ya!
berbalik pulak kepada cerita teman sekolah RENDAH saya ni..
saya sememangnya lupa akan dia, wajah dia, nama dia.. HATTA dia sekali..
entah... ('',)
pabila tengok dia, saya seperti dapat mengingati kenangan-kenangan sekolah RENDAH saya dulu..
walhal, saya x ingat pun dia.. huhu.. macam mana tuh?

dulu, masa saya kecik-kecik, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka, Panji..
alaa.. area Pengkalan Chepa tuw!
oho...

x lama saya di situ..
2 tahun saja..
darjah 5 dan 6..
akan tetapi, banyak kenangan yang saya dan teman-teman ciptakan di sana..
berlumba basikal, masuk kampung orang dan macam-macam lagi lah!

SKSC banyak meninggalkan 'sesuatu' yang mendalam kepada saya..
hehe.. (ayat-ayat jiwang menggantikan ayat-ayat cinta yang selalu saya karangi..)
sekali-sekala, tidak ada salahnya kan??

kawan saya yang seorang ni namanya Mohd Hafizi..
(itupun selepas saya tanya dia masa berYM 30 minit sebelum turun ke BARRA)
nakal jugak rasa saya.. haaa... ;)
tapi, x mengapalah..
sekurang-kurangnya saya x segan!
hoh.. malu saje..

dia sangatlah okay..
enjoy jugaklah saya tadi..
anyway, berborak dengan dia dapatlah sedikit sebanyak saya mengimbau memori semasa bersekolah RENDAH dulu..
kira-kira, sudah 10 tahun saya tinggalkan sekolah itu..
tahun terakhir, 1998 sewaktu saya darjah 6..
x ramai yang saya ingat tentang teman-teman..
ingin juga rasa hati ini mencari dan mengumpul mereka semua..
termasuklah bekas-bekas 'kekasih' saya dulu..
huhuhu.. gatalnyaaa!!
hehe.. ;)

=========================================

inilah rupa kawan saya..
handsome x dia?
hehe..
(awek dia cantik tau!)
;p


































++ Hafizi yang berbaju HIJAU dalam dua-dua gambar ++
tengoklah lama-lama, tenunglah sepuas hati yaa.. jangan jatuh hati sudah! ;)

okay then, selamat malam..

-- mahu menghabiskan bateri handphone saya dengan pakcik kesayangan saya!

tata

titi

tutu..

nite!

15 October 2008

Blogging from mobile


Saya malas mau update guna laptop.. Lambat x lambat,saya terus jatuh hati pabila berblogging via mobile.. Senang! Gambar di atas di ambil ketika saya dan pakcik kesayangan saya bersantai bersama.. Bila mau begini lagi wahai pakcik? Hehe.....

i'm going to BED..

owh bantal bucukku..
mana kamu pergi haa?
mengantuknya mata..
sekarang ni jam sudah merangkak-rangkak ke pukul 5 pagi..
saya sudah siapkan bahagian saya..
risau kalau-kalau kakak saya yang cutelitist itu mengomen..
hehe.. ;)
kak efa jangan komen-komen yaa..
tengah sakit perut ni..
kembung masuk angin plak.. :(



















nak tidur dah..
esok nak kena bangun awal-awal lagi..
sudahlah esok kelas cik JITA tu..
adeh... ;(
takut x terbangun saja..

iyalah..
saya risau kalau terlewat bangun..
lecturer saya yang satu itu TERSANGATLAH garang..
gerun tau..
dalam kelas dia, saya dan teman-teman hanya diam membisu sejuta bahasa..

okaylah..
nak tidur sekejap..
2 jam pun cukuplah yee..

salam..
nite~~~

EHHH....

morningg!!

wish good morning buat pakcik kesayangan saya..
dia masih lagi di tempat kerja..
kasihan pulak..
banyak kerja katanya..
harus di selesaikan secepat yang mungkin..
lagipun, perumahan kat sungai tu sudah masuk ke peringkat terakhir..
cepat-cepat la siap ya..
hehe.. ;)

~~~ tata!

14 October 2008

Dalam rapidKL

Dah pukul 6.50 petang.. Masa untuk pulang!

----------------------------------------

ini pula masa kami buat marathon dengan pakcik bus..
laju betul dia bawa bas..
tergolek terguling terlentang saya di buatnya!

nasib lah dia lalu depan rumah..
x adalah saya and teman-teman... mari kita sama-sama melintas!
tengok kiri tengok kanan, JOM MELINTAS!!!
huhuu.. ;)

penat sangat ini hari..
izinkan saya melelapkan mata buat seketika..
kerna esok masih banyak janji-janji yang belum tertunai!

saya tidur dulu ya..
tatatititutu!

;p

Dalam kekalutan menghafal.. =)


Nanti saya update later ya! Hee..

+ picture dalam surau seroja +

---------------------------------------------

ini gambar ketika saya dan liyana mengkalutkan diri menghafal BEL..
hafal punya hafal, turn kami next week pulak!
hati ni berdebar bagai nak rak..
kalau boleh, nak cepat-cepat habiskan public speaking ni..

gerun!
kecut perut!
takut!
GEMURUH!!
huh...


kenapa la group saya paling last present?
huiss..
mesti banyak songeh Assoc.Prof tu..
confirm x boleh tengok or even jeling-jeling kertas pun..
eee..
geram betul!

anyway, saya nak hafal sampai muntah!

opPpss!!

(kalau saya betul-betul muntah, bawa saya ke klinik ya.. mana tahu kalau-kalau saya TERDEMAM dek terkena panah ASMARA dari Assoc Prof tu..)

kui3~~~~

daa..

;)

13 October 2008

minggu ini dalam sejarah!

sekejap yee..


......................................................................................................

saya mahu tarik nafas panjang-panjang dan dalam-dalam..

......................................................................................................

fuhhh!!!

dah hembussss..


tapi x lega juga..

adeh..

panahan minggu ini betul-betul merosakkan rancangan saya untuk membiarkan 2 mata cantik ini terlelap.. (pstt! cantik sangat ke mata u tu? uiss.. hampess!!) uhuuu.. ;)

saya wish to sleep walaupun untuk sementara..
semalam saya bermimpi..
eh eh bukan! pagi tadi laa..


pagi tadi saya bermimpi yang saya bersama mama dan abah entah pergi mana then kami stuck dalam jam.. jam teruk jugak laa..
saya pun x tahu di mana saya berada dalam mimpi saya tika itu..

yang pasti, saya ada lagi 30 minit nak masuk ke dewan peperiksaan..
masa tu situasi tengah kalut-kalut..
dan-dan aje kereta abah rosak tepi jalan, dan tiba-tiba datang penjahat yang nak rompak kami..
dorang acukan senapang.. machine gun plak tuw..

aduss..
x semena-mena saya terlepas nak ambil final exam ari tu..
first paper plak tu..
uiss..
mimpi apa ntah..
dan...
sedar-sedar terus saya ke toilet dan study..

OWH!!
ada test rupanya petang tadi..
hahaha..
mimpi itu sebagai petunjuk la yee..

okay-okay..

ini saya nak bagitau sesuatu ni..

minggu ini adalah minggu paling sibuk antara minggu-minggu yang lepas..
hatta sepanjang saya bergelar pelajar sekalipun...

nak x tengok jadual minggu ni?
okay...
sekejap ye..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

ISNIN ::
- test hospitality procurement (tadi saya dengan jayanya telah MENIRU!! lantaklah nak jadi apa..kui3~~~)


SELASA ::
- test food safety ( mau tiru jugak~ itupun kalau ade kesempatan.. sebab lecturer ni kerek sikit! huhu..)

- public speaking on GARLIC ( ada dalam 5 helai nak kena hafal.. saya ni kalau x hafal, sampai british india saya pergi.. sebenarnya, sudah 3 minggu saya menghadap dan menghafal benda alah ni, tapi sampai ke saat ini saya masih belum dapat ingat! huhu.. otak saya kan dah melayang-layang!)


- lepas tu apa ya? kelas encik razak x ada apa.. esoknya baru submit assigment kitchen planning dia tu.. jawabnya, x tido malam la saya esok! mati sat...


RABU ::
- group presentation for puan zabedah..
food writing.. ini assignment ke-3.. banyak kan assignment? yeyey! saya sudah mereng..
malam esok jugak kena buat report dan berlatih untuk lakonan yang saya and the geng akan cuba layarkan... entah jadi entah tidak.. saya ni kalau bab-bab berlakon, fail!!! sebab saya suka gelak even itu babak sedih or someone yang nak mati.. entah la.. x reti la saya nak berlakon..

- owh.. lupa sat.. hari ni hantar assignment untuk cik razak.. ermm.. memang mereng nak siapkan report dia tu.. tebal macam kamus DEWAN!! aduhhh... ;(


KHAMIS ::
- hari ni plak ada test untuk food science.. entah apa la yang masuk.. dah la kelas kat INTEKMA.. jauh tu nak pergi.. aduw... ;)


JUMAAT ::
- hari ni petang ada French final oral.. individual.. skrip x buat lagi ni.. entah nak cakap apa laa..
erm..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

akan tetapi, sedikit pun saya x rasa gusar..
hahaha.. ;)

kenapa ya?
entah..


saya hanya membiarkan sahaja benda ini datang dan pergi..
uiss... bleh plak gitu?

alaaaa..
bole laa..

janji, saya happy sentiasa.. ;)

even hati ini terluka..
uit.. LUKA??
huhu..

adalah satu rahsia tu..
sangat-sangat terluka..
terguris... sob sob sob~~~~ :(

tetapi, saya hanya membiarkan perkara itu..
bak kata kawan saya, untuk memaafkan memang mudah..
tetapi untuk melupakan, amatlah berat bagi saya..


okay-okay..
saya mahu sambung kerja sekolah saya yang tergendala akibat BLOG ini..

tata..
dan..
sampai jumpa lagi ya!

salam...

At last..


Nobody knows & thanx to all..

in love again...


Hehee... ;)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...