29 November 2008

last weekend's dinner!


last weekend, saya ke Ala Yummy yang terletak berhampiran dengan New Pacific Hotel.
area ke Pengkalan Chepa.
malam tu saya menjamu selera bersama dengan beberapa kakitangan Pingat Harmoni.
saya tumpang makan aje!
:p

x banyak sangat saya makan sebab kenyang dek kerana meja terlalu penuh dengan foods. sampai mata saya x larat nak tengok. entah mana dulu yang harus saya capai. hehe ;)
saya makan steamboat. yang lain makan nasi.

acara makan-makan habis sekitar pukul 9 malam.
then, terus saya balik ke Machang.

inilah antara makanan yang kami cuba habiskan.
berhasil ya!
kami berjaya habiskannya.
rebus sampai hancur!
apa daa chef sorang neh..
huhu ;)





nanti mau datang lagik!
bawa familia pulak.

graduation day ;)



huhu..

jeng jeng jeng!!

masa yang di nantikan telah tiba.
buat sahabatku,

SELAMAT BERGRADUASI
Nov, 29th 2008
Saturday

dengan rasa rendah diri, saya selaku seorang teman, sahabat, kawan merangkap rakan ingin mengucapkan selamat menaiki tangga DEWAN SRI BUDIMAN yang besar tu buat encik mohd hafizi.. hehe ;)

jalan baik-baik atas stage besar tu ye.
lepas tu ambil gambar banyak-banyak okay?

THEN,

jangan lupa uploadkan dalam friendster dan juga facebook.
huhu ;p

27 November 2008

pergi lagi.. ;(


alhamdulillah. akhirnya, dapat jugak saya bukak akaun nih.
banyak halangan betul tau!

tahun lepas, pernah jugak saya ke Maybank Padang Garong.
semata-mata ingin buka akaun ni.
tunggu punya tunggu, dapat le masuk. beratur di kaunter, amik nombor giliran, kena berkejar fotostat i/c ngan lesen kereta. macam-macam lagi lah!!
pastu kena temubual dan beramah-mesra dengan pegawai dia pulak.

hati saya x sabar-sabar nak siapkan cepat.
dahtu, lepas borak-borak kosong dengan pegawai dia, nama saya dipanggil.
kena tunggu lagik.
tunggu dan tunggu.
tengah syok-syok layan SMS dari kawan, orang kaunter buku bank panggil.
owh! nama saya ke? hehe.. yer lah!
saya pun pergilah..
sampai sana, diorang bagi kad manila kecik tertera nombor giliran 5858.
mak aii!! cantiknya nombor!! (dalam hati jer la)..
pastu si pegawai tu cakap, "nanti awak datang pukul 4.30 petang ye.
giliran awak pukul masa tuh!!"


amboi..
garangnya die..
okaylah..

pastu saya jeling jam tangan, MAK AIII..
sekarang baru pukul 8.30 pagi. nak kene tunggu ke??
mana saya nak pergi ni?
8 jam lagik!!
boringnya.. (masa tu saya dengan Hairul)

alahai.. hampeh betul pegawai tu. dah la cakap kurang ajar.
hurm..
tapi x apa. sebab saya willing, saya kena tunggu lah!
ye x?
.............................................................

petang tu seperti yang di janjikan, sampailah lagi saya ke Maybank cawangan Padang Garong tuh.
setibanya di sana, pintu dah CLOSE.
aikk!! cakap pukul 4.30 petang kena datang..
huiss...

saya masuk ke dalam bank, masa tu pakcik guard tu tanye nak buat ape?
saya cakap lah yang pegawai dia suruh datang masa ni.
okeh. saya di benarkan masuk.
nasib baik manila kad kecik yang bodoh terkoyak tu x hilang.
haha.
.................................................................

sampai di kaunter, pegawai tu ada. tersengih-sengih.
okey, saya cakap, "sekejap ye, nak g amik duit kat ATM sebab nak buka akaun ni".
pegawai tu cakap okay dia tunggu saya.
saya pun melangkahlah dengan bangganya menuju ke mesin ATM kat tepi tu.
duit dah ambil. jom kita ke tempat pegawai tadi.
jom! jom! jom!
..............................................................

HAH???!!
kaunter dah tutup?
ciss.. cilakak punya pegawai tuh!
grill besi yang memisahkan ATM dengan kaunter depan pun dah tutup.
saya ke pintu depan.
TUTUP jugak!
hampeh. (dalam hati saya dah menyeranah macam-macam)
tapi, SABAR-SABAR. x ada benda yang x boleh di selesaikan.
okay. kita gerak ke kaunter pegawai tadi.
nasib baik dia ada lagi..

"encik, macam mana ni?
saya tunggu dari pagi sampai la ke saat ni.
mana janji nak buat buku ni?"


urm.. bongok-bongok-bongok!
saya dah naik angin dah masa tu.
dia wat muka bodoh then dia cakap, waktu bank beroperasi dah HABES!!
saya GERAM giler.

terus saya panggil mama. mama tunggu saya dalam kereta masa tu.
mama memang x boleh kalau hal-hal bodoh ni berlaku.
terus dia carik parking, x ada pulak parking.
tapi x apa. mama kemudian masuk ke dalam bank.
dalam 10 minit mama dengan pegawai bongok tu borak-borak.
THEN, saya nampak mama KOYAKKAN borang akaun yang saya isi pagi tadi depan pegawai dan anak kuli dia.
hakhak.. padan muka pegawai tu. terlopong dia.
saya kat pintu utama sebab tengok-tengokkan kereta.
takut kena saman ke apa ke.
yer la.. lagipun kat Kota Bharu ni cepat sangat kena saman.
huis..
semenjak dari tu, MAYBANK memang hampeh bagi saya.
sebenarnya bukan MAYBANK yang hampeh.
tapi, PEGAWAI BONGOK tu hampeh!!

dah la kurang ajar, cakap kuat-kuat bagi orang dengar, gemuk, boroi. hahaha..
jahatkan saya?
yer lah. sebab dah geram masa tu.
tapi apapun, keadaan tu dah berlalu.
saya cuma ingin menghangatkan suasana hari ni je.
hehehe ;p

sebab tengahari nanti saya akan ke Maybank Tanah Merah.
settlekan hal Online Banking yang tergendala akibat 5 ATM rosak tu.
..............................................................

nak mandi tapi sini hujan.
sejuk lah!
:)




yes! dapat jumpa pakcik Wan Hairy tengahari ni.
dia datang pick-up saya ke Maybank.
mama call tadi, dia dah bagi green light.
hehe ;p

saya ke Tanah Merah sebab Machang x ada Maybank.
Machang kan COWBOY TOWN!
alahai... ;p

26 November 2008

yeyey! esok dapat jumpe pakcik.. ;)

You will never know true happiness,
until you have truly loved...
and you will never understand,
what pain really is, until you have lost it...

Love me without fear..
Trust me without questioning..
Need me without demanding..
Want me without restrictions..
Accept me without change..
Desire me without inhibitions..

For a love so free,
Will never fly away...


me,
zatul hernani

budak kecik named, ILLY AMALIN

pakai tudung kak long dia. macam datin pulak.

uit adik, tengok kak nisha amik gambar kite nih.
apa daa adik ni.. hehe ;p

budak kecik ni memang x reti nak beraksi depan kamera.
almaklumlah baru 2 tahun. tapi mulut dia ringan sangat.
macam-macam dia tanya. sampaikan kita orang jawab dengan gelak.
alaa.. cian adik kan? hehe ;p

tengok tangan dia nak wat peace jugak. tapi x pandai. haha.
cian. adik, meh sini kak long ajar ;p

i'm getting bored.. ;(

semalam dan beberapa malam lepas, berpuluh kali saya buka profile friendster saya. entah. boring sangat. macam dah x ada yang menarik minat saya.
terus, saya buka lagi profile myspace. kosong. x tahu apa yang nak di 'update'kan.
terus lagi, saya buka lagi akaun facebook saya. juga kosong. erm.
entah bila mood saya nak datang macam dulu.

iyelah. walaupun saya ni bukan maharani internet, tapi kalau saya buka aje benda-benda alah tu, ade je benda yang saya indahkan.
bukan saya x ada kawan. ramai kawan saya dalam semua akaun tu.
tapi, sekarang dah x macam dulu kan?
memang la kehidupan saya indah dihiasi keindahan hidup. waa.. bermadah pulak!
tapi, adakalanya boring yang amat.

eh.. malas le saya bercerita tentang semua akaun saya tu.
kalau saya bercerita, memang x habis.
penat nanti kamu yang membacanya.. ;) hehehe..

bercerita tentang hari ini..

hari ini, seharian tubuh saya hanya di atas katil. saya x bergerak kemana-mana.
Oops!! bukan malas ye. saya cuma x sihat. x sedap badan. sakit yang amat.
dari awal pagi hinggalah ke saat ini, saya x berganjak. kalau keluar bilik pun, hanya nak ke toilet. adeh! sakit maa... saya x tidur dari pukul 4 pagi. sakit ape ntah! tunggu punya tunggu, terguling-guling saya atas katil ni. huhu.
pukul 5 lebih pagi tadi, saya kejutkan mama. suruh dia urutkan. sakit sampai nangis-nangis ni. haha! cian mama. dah la dia nak p kerja tadi. apapun, dah selamat dah. perut pun dah x sakit. haaa... apalagi.. mengadap internet lah pulak kerja saya. hehe.. tapi, still atas katil lagi. ;)

saya x perlu keluar bilik kalau nak ber'internet' sekarang ni.
ada wireless signal pulak kat area hutan rumah saya ni. hehe.
streamyx kat depan tu asyik adik saya je yang guna. haha!
tapi, xpelah. at least, saya x perlu ke meja laptop kat depan tu.
memang la kalau nak di bandingkan, wireless ni lambat sikit berbanding streamyx line tu.. hehe. tapi, xpelah. duk dalam bilik lagi privacy. hee ;)

erm.. esok mahu ke Maybank lagik. setelkan hal online banking tuh. ATM ada 5, tapi semuanya kehabisan duit. huiss!! ganas betul orang-orang Tanah Merah ni.
dapat je gaji, terus borong DUIT dalam bank. hehehe ;)

pagi semalam dah pergi. malam pergi lagi. sepatutnya malam ni pergi lagi tau.
tapi, saya cancelkan. cian pulak nak ajak mama or abah pergi ke Tanah Merah tu.
jauh jugaklah. dengan orang ramai yang baru dapat gaji lagi. hehe..

saya ingat pagi or petang esok lah saya ke Maybank. ajak pakcik Wan Hairy tu. hehe.
senang sikit. x payah peningkan kepala kan? hee.. ;p

yeyey! esok kalau mama bagi, dapatle saya keluar dating dengan pakcik Wan Hairy tu..
huhu ;p

gatall!!

24 November 2008

ini ceritanya!

ini kesinambungan dari 'saya ke sungai' tadi..

penat seharian di rumah, memasak dan mengemas, saya mengadap laptop. hehe. nasiblah budak-budak ni ralit duk main Ps2. kalau x, alamat berebutlah dengan saya. oho! p main jauh-jauh wahai budak.. hehe ;)

sebenarnya plan ke sungai atau ke waterfall sudah lama saya pendam. sebelum final paper lagi. tapi saya diamkan. entah siapa lah yang nak bawa kita yaa?? hehe. sehari sebelum last paper, saya tengah tekun menghafal ini dan itu tentang Food Writing. tiba-tiba aje rasa nak berborak dengan si Fatin. entah macam mana cepat je saya ajak dia p waterfall. haha. pada mulanya dia nampak macam liat. tapi, petang tu, si 'gewe' dia call saya. tanya 'Zat, awak nak p main air ke esok?'.. haiss. saya tanya Fatin sekadar suka-suka sebab boring sangat study. tapi, cerita ni macam dah menarik plak! haha. terus saya tanyakan pada kembar si Fatin yang namanya Fatin jugak. mereka macam bersemangat aje. so, saya apalagi. mengangguk tanda setuju lah! haha.. terus mereka dua orang tu, merujuk kepada Kak Su dan Angah(kembar Fatin) merancang menu. hoho.. semangat betul mereka nih! hehe.. ;p

menu dah siap. saya senyum je lah. hurm! menjadi jugak lah rancangan mandi ke sungai kita kali ni. hehe. ye lah! kan saya janji semasa first paper dulu, seusai sahaja last paper, saya mahu BERLIBUR kan? owhoo! saya tunaikan janji saya tu tau.. tapi, dengan kawan-kawan sekali jadik mangsa saya.. hehe.. alhamdulillah.. ;) suka-suka!

..........................................................................................
penatlah mengarang nih! okeh-okeh. saya teruskan usaha murni ni..
..........................................................................................

pagi tu, seperti biasa sebelum paper pukul 9 bermula, kami masing-masing menghafal semua terms dan juga pasal penulisan tentang makanan. erm. macam-macam mimik muka. muka masing-masing nampak bimbang + risau, tapi sebenarnya dalam hati siapa tahu gembira bukan kepalang dapat berlibur petang ni ye? hehe..

jawab punya jawab pada hari 16 November tu, kami keluar dari dewan. semua candidates tengok kami. yang kelakarnya kami keluar sekaligus 4 orang (cik zat+cik yana+cik fatin+cik efa). semua orang pandang kami. walhal paper tu susah la jugak. macam dah janji nak keluar sekali pulak. hehe. dan jugak, kami keluar paling awal sekali berempat. mana orang x pelik. haha. semangat punya pasal. huis!

balik-balik! jom..
kami sampai di rumah pukul 11 pagi. dua orang tukang masak kat rumah tu bertungkus lumus menyiapkan mihun goreng. alaa.. menu yang di rancang tu lah! best tau.. ;)

hurm! dalam pukul 1.30 kami berangkat ke Hulu Langat. jauh wei! dah la saya x tidur sedari study malam tu. adeh! penat tau. sebab saya yang drive dari Shah Alam ke sana. jauh jugak lah. agak kejang la kaki saya ni. aha! tapi, enjoy sebab semua ada dan kami happy sepanjang perjalanan. ;) pasang je sinar.fm, terus menyanyi.. ramai penyanyi dalam kereta petang tu.. ;)

kami sampai ke Masjid Mukim Hulu Langat, pick-up kawan cik efa dan solat zohor, kami teruskan ke Sungai Gabai dan setibanya di sana, hujan turun dengan lebat. alahai! x jadi nak main air. haha. melepas lor! tapi kami redah saje. sampai di parking Sungai Gabai, kami turun. memang LENJUN! sape la yang berani macam kami-kami ni.. haha.. penat tau main air hujan. x sempat main air terjun dah main hujan. dah basah dah.. huhu.. memang kenangan terindah betul lah!

kami naik ke tingkat paling atas kat waterfall tu. mak aii! takut giler sebab tinggi dan licin. dengan mengusung bekas-bekas makanan, dengan baju yang basah. hoho. kami ciptakan kenangan paling indah! best sangat even makan dalam hujan.

kami makan-makan dan berborak sementara menunggu hujan. air pun dah macam air milo tanpa susu. wek! hehe. dengan campuran air tanah. urm..

tapi, kami x patah semangat. dengan baju yang basah, kami naik kereta menuju ke Sungai Congkak pulak. nasib baiklah masa tu hujan dah berhenti. x hujan dah. yahoo! nasib baik kereta gewe Fatin tu leather seat. haha. nakal lor!

kami tiba di Sungai Congkak lebih kurang pukul 4 petang kot. main air kat situ best berbanding main air kat Sungai Gabai tu. air memang x leh nak cakap. sejuk giler. tapi, enjoy sangat. gelak punya gelak sampai kami semua dah x ada suara. haha. sakit tekak wei!!
kami di sana selama 2 jam. main air je. x makan pun. padahal perut ni lapar jugak. tapi, main air lagi best. haha..

anyway, itulah sedikit sebanyak kenangan sebelum saya pulang ke kampung. semasa dalam perjalanan pulang, lenguh sangat kaki saya ni. saya pemandunya, saya tahu lah! hehe.. lenguh dan ketar lutut duk asyik main air. haha. sampai ke rumah lewat malam sebab kami lalu jalan jauh. lagi lenguh kaki saya. saya si kurus yang memandu. yang besar-besar semua x ada lesen. hehehe~~~ sorry dear! anyway, kita sangat happy kan??

saya ke sungai!!


sebelum berangkat.
kami ber'posing' sakan.
banyak lagi gambarnya.
tapi bukan dengan saya.
alahai cik mek molek LIYANA, mana gambar lagik?
hahaha~~ ;)

sebelum bertolak ke Sungai Gabai. tengahari yang sangat terik. jam 1.30 petang. saya x makan lagi masa ni. almaklumlah saya exam pagi tuh~~
................................................................................................

acara makan-makan dalam hujan rintin-rintik. best tau! makan mihun goreng ber'SUP'..
....................................................................................

dan kami bergerak ke Sungai Congkak selepas makan-makan.

.....................................................................................................
kisah piknik ini akan saya ceritakan di lain waktu.
masa x mengizinkan saya berlayar dengan lama!
oho.. saya harus ke dapur~~
adik saya yang ber'sunat' tu harus saya kenyangkan.
hehe~~ cian die kene sunat!
tapi bagus jugak, x penat saya melayan. duk asyik baca NOVEL macam perempuan saje!!
heee ;)

Fruit salad!


Hari ni pagi-pagi lagi saya bangun. Menjengah ke dapur sesudah subuh. Saya duduk di meja. X tahu nak buat apa. Adik saya semua enak bermimpi. Saya buka peti ais, buka tudung saji, buka tudung periuk. Urm.. X ada yang menarik. Tengah melayan perasaan yang melayang-layang tuh, saya ternampak mayonnaise. Haaaa! Maka terjadilah fruit salad tu. Hehe. Makan sikit dah kenyang. Sape mau makan angkat tangan? Banyak lagi tu. Saya simpan untuk kamu okey? Hehe.. Nice rainy day!

23 November 2008

full of colors!

Colorful

nak tidur dah.
penat.
mengantuk.

sakit belakang dek kerna TAG-TAG itu.
saya tidur dulu.
bye-bye.
see you tomorrow.
;p

our best time


dah lama saya dengan pakcik tak keluar makan. last kami keluar masa hari sebelum bertolak balik ke Kelantan last few days. best la even the 2 of us. x ada orang kacau rite? haha..
x jauh pun saya dengan pakcik jalan-jalan. ambil angin kota lah katakan. hujan pun takde lah lebat sangat. so, so-so lah! hehe. kami sekadar mengalas perut dengan whopper jr di burger king. okaylah. so far so good. tengoklah pakcik yang besar berbanding dengan saya yang kurus nih. alahai.. macam ape ntah! hehe ;p

P/S: nanti saya uploadkan entry and pictures yang sempat kami snap.
coming soon!

tag by nana ;p

i have been tagged by nana
hehe. penat sebab banyak tag dah buat malam ni.
tulun! saye sakit belakang.. haha!
;)

THE WHO

Who is in the house with you?
semua ada. dah tido. tadi berebut nak YM. haha. cian adik-adik saye!

Who was the last person to IM you?
my best friend. nur halina ahmad. cayang kamu!

Who are you thinking about now?
nak makan cheese cake! i'm craving!!!

Who did you last talk to on the phone?
pakcik sayang! sebelum solat tadi ;p

Who do you wish you were with right now?
pakcik saye jugak!

Who is your favourite teacher?
cikgu-cikgu Bahasa Melayu saye. ;p

Who's birthday is next?
my cool daddy! December is coming..

Who was the last person you told you love then?
pakcik dan pakcik!

Who's yor favourite relative?
semua.. kami sangat close to each others..

THE WHERE

Where do you live?
Kelantan, at Machang.

Where is your phone?
depan mata ni. ;)

Where are your parents?
sleep already. esok keje maa!

Where do you sleep?
in my lovely green room

Where do you shop the most?
saye suke mencuba kedai-kedai baru. so, banyaklah tempatnya!

Where did you get the shirt you're wearing?
owh! saye beli di pasar tani Wakaf Che Yeh before saye ke UiTM Terengganu dulu. dah lama ;)

Where did you last take a car ride to?
ke farmasi, semalam. beli ubat corns! haha. di sahkan terkena ketuat! hohoho ;p

Where in your house are you?
semua tempat, ruang tamu, dapur, bilik tidur dan luar rumah.

THE WHAT

What was the last thing you ate?
KFC with my family. kenyang!

What was the last thing u drank?
pepsi lemonade.

What color pants are you wearing?
dark pink.

What kind of cell phone do you have?
Sony Ericsson and Nokia

What is the closest item near you that is blue?
my cadar ;)

What is your favourite color(s)?
GREEN

What messaging service do you use?
YM and skype

What is your most used away message?
YM on mobile

What is your favourite shoe brand?
B.U.M, i like most!

What do you wear more; jeans or shorts?
jeans

What is the last movie watched?
budak kelantan. best tapi takut!!

What song do you currently hear?
ku tunggu jandamu by irwan shah. adik tengah pasang. saye dengar je lah!

THE WHY

Why are you taking this survey?
erm.. sebab saye kene jawab lah! kalau x, jadi pekasam lah semua tag tuh!

Why do you have a xanga?
x de lagi setakat ni. nak try jugak someday. sabar!

Why does basically half the world have a myspace?
erm.. sebagai madah berbicara dan mempromote muke. haha!

Why are your best friends your best friends?
sebab die kawan saye lah.

Why is wood brown?
tanya Allah swt. ok?

Why do the people on the news repeat the same stuff over-over?
the reason is, to catch the reader's attention lah. betul x?

THE WHEN

When did everyone become obsessed with friendster?
bila dah di invite banyak kali. kan? saye pon teruja dulu. ;)

When did you start school?
1992 (tadika, 6 tahun masa tu)

When did you meet your good friend?
mase sekolah menengah dulu. tahun 1999 (form 1)

When did you last buy a new pair of pants?
hehe.. last week kat Masjid India.

When did you last burn a candle?
last week kot..saye nak men bunge api..

When were you last at school?
tahun 2003. lama dah kan?

When did you last see your dad?
tadi mase p beli KFC. hehe. pokai abah sebab saye rompak duit die beli KFC.

When did you last take a shower?
petang tadi. wangi nih!

i have been tagged by cik ENI

cik eni ni memang rajin menTAG saye.

okeh.

saye akan menjawab tag dari cik eni ni.

scroll down ya!


1. What is the relationship of you and him/her?

ye x ye jugak. relationship dgn sape ni? hehe. :) kalau dgn pakcik saye, kami baik-baik saje. so far, tidak ade lagik makhluk perosak. ;) hahaha!

2. Your 5 impressions towards him/her.

1. sangat-sangat kelakar. biar sakit perut saye gelak.
2. romantika dan serius.
3. x kedekut. suke belanja saye makan. sebab saye suke makan!
4. rajin. bagi die sapu sampah, basuh pinggan, mop lantai. hehe. saye kejam!
5. tinggi. biarlah die tinggi dari saye. nampak macho kan? ;)

3. The most memorable things he/she had done for you.

dia ...............! hehe. rahsia! mane boleh gitau lor ;p

4. The most memorable things he/she have said to you?

abg sayang awk ;) hehe.. poyo saje!

5. If he/she become your lover, you will…

eh.. memang my lover pon. he's my lovely lover!

6. If he/she become your enemy, you will…

insyaAllah saye cuba jauhkan dari berlakunya benda-benda macam ni. ;)

7. If he/she become your lover, he has to improve his/her...

nothing! sebab die sudah sempurna bagi saye. ;)

8. If he/she become your enemy, the reason is…

erm. rasanya x ada sebab-sebab yang pasti. ;p

9. The most desirable thing to do on him/her is?

mahu dengan die. selamanya. insyaAllah jika kami di takdirkan bersama.

10. The overall impression of him/her is…

he is a very nice and relax guy i have ever met! thanx God. ;)

11. How do you think the people around you will feel about you?

erm.. dunno. i'm okay. kadang-kadang perangai manusia ni makes my life happy and colorful. never mind lah! life goes on rite?

12. The character of you for yourself is?

happy go lucky. talkative. serious. loyal lover. observer. ;)

13. On contrary, the character you hate of yourself is?

none! zero! ;)

14. The most ideal person that you wanna be is?

me, myself and i. x kira diri ni hodoh atau sebagainya, saye tetap saye! proud to be me ;p

15. For the people who likes you, say something about them.

only these words ~~~ saya sayang kamu!

16. Ten people to tag:

  1. liyana
  2. faudzan
  3. karina
  4. eira
  5. asrar
  6. suffyan
  7. chempaka
  8. sha
  9. anas
  10. aria

17. Who is no. 2 having a relationship with?

erm.. saye tatau.. kalau nak tahu, nanti die jawab tag ni lah! hee ;) ye kan cik faudzan??

18. Is no. 3 a male or a female?

female lah. kang marah lak cik karina kite.. ;p

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?

Erk... macam mane boleh jadik camni? hehe.. sori dear! UP: aria&chempaka..

20. How about no.5 and no.8?

uit.. x boleh.. sebab dorang masing-masing pencinta yang setia. ape kes plak saye nak temukan jodoh. kang x pasal-pasal saye kene marah kat 'gewe' masing-masing..

21. What is no. 1 studying about?

same macam saye. BACHELOR'S DEGREE IN CULINARY ARTS MANAGEMENT. haha.. ter'capital letter' plak. ahaha!

22. Is no. 4 single?

uit.. eira dah ade pakwe kan? hehe ;p

23. Say something about no. 6

erm.. die ni teman saye mase internship dulu. best berteman dengan die. baik orangnya. ringan tulang. banyak membantu mana patut. nak cross jalan pun die pimpin tangan saye. malu plak. sebab saye ni penakut cross jalan! haha.. ;)

tag by eni

Law & Order~

ONE:
Take a recent pictures of yourself or take a pictures of yourself right NOW

TWO:
Don't change your clothes of fix your hair..Just take a pictures..

THREE:
Post that pictures and no editing..

FOUR:
post this instruction with your pictures..

FIVE:
tag 3 people to do this

liyana
karina


hurm..
inilah saye tanpa sebarang editing and make-up!
mode, natural beauty. bweek!!
saye snap picta ni waktu malam..
so, lighting dia x chantek lor!
hehe..

tengoklah tudung saye yang berkedut-kedut tuh!
hehe.. nampak real kan?
saye berlari-lari kebas tudung adek saye.
huhu ;)
sorry. sebab kamar beradu saye itu bersepah-sepah!
;p


tag from erk888 ;p


What Were You Doing 5 Years Ago?

:: urm. that time i was in form
5.. tahun 2003 masa tu.. tengah bertungkus-lumus bercintan-cintun dan juga struggle for my SPM.. very the happy lor.. ramai kawan-kawan masa tu.. saham pon naik x jatuh-jatuh! haha.. biasa ler.. zaman kegemilangan lah katakan.. hehe.. sekarang ni, semua kawan2 dah jauh.. semua menjaauh dan menghilang. sedih! :(

What Were The 5 Things On Your To Do List Today(23 November 2008)?
:: bangun pagi-pagi gosok gigi.
:: masak dan masak. my fav lauk, singgang keladi. best woo!
:: rebus sweet potatoes. tadi hangit. nasib baik mama x nampak. tapi best woo makan time-time hujan macam ni.. lalu jerk!
:: ingat nak kemas bilik dengan beg dari Shah Alam ari tu, tapi terZZZZ la plak.
:: p cari KFC. tersangatlah mengidam. oho. ;p

What Are 5 Snacks That You Enjoy?
:: Waldorf salads
:: cadburry 0 without any attachment. ;)
:: mister potato, spicy.
:: burger with salad
:: french fries

What Are 5 Things That You Do If You Were Billionaire :
:: nak bina rumah cam TajMahal, tempatkan orang-orang miskin yang x berupaya.
:: mahu shopping.
:: mahu beli kereta idaman.
:: mahu travel entire dunia.
:: mahu tunaikan segala ibadat. insyaAllah. ;)

What Are 5 Jobs You've Had :
:: kerja kat kedai roti masa tengah tunggu masuk U dulu. pandai wat roti ni.

:: kerja kat cc. jaga cc aje. dulu laa..
:: driver adik-adik. p hantar ke sekolah..
:: jaga kedai. dulu mama dan abah ade kedai ubat :)
:: kerja makan dan tido saje lah sekarang ni ;p

22 November 2008

mood :: jawab tag ;)

sebelum bermula apa-apa, saya mahu habiskan tags yang saya perap dan peram selama beberapa bulan ni.. hehe.. ;p

sebenarnya bukan malas jawab tag-tag yang dihantar tu, tapi biasalah.. kalau dah balik kampung, ada kat rumah, macam-macam kerja saya buat..

al-maklumlah, saya ni chef tetap kat rumah ni.. hehe.. menggantikan tukang masak yang keluar bekerja a.k.a mama kesayangan saya tuh.. huhu.. ;)

okeh.. ini dia semua tag yang saya mahu langsaikan.. kalau x, nanti mengamuklah rakan blogger saya..

untuk semua, saya minta maaf sebab melambatkan proses menjawab tag ni..
saya amat busy ok.. hehe.. ;p

again, SORRY dear!

20 November 2008

award from ANAS

Rabu, 2008 November 19

Nice Blog Award

thanks to anas kerna bagi award ni..
;)

have been tagged by sis faralyana

salam to all..
hari ni memang merupakan hari menjawab tag sedunia..
hohoho.. ;p
anyway, saya akan menjawab semua tag yang saya peram tuh.. huhu..
here we go!!
....................................................................................................

here are the rules:

1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks on yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger.

7 facts about me:

- saya sangat teliti. pastikan semua milik peribadi saya dalam keadaan bersih.
- saya sangat suka makan. even body saya kecik! huhu..
- saya suka memasak. bagilah apa jenis menu. pasti saya cuba!
- saya amat suka kaler HIJAU. apa sahaja berkaitan dengan hijau. i like!
- saya sangat suka membeli dan terus blah! biasanya saya akan beli baju..
- saya sangat suka dengan ulam-ulaman. apa saja termasuk petai, jering dan semua sayur!
- saya suka rabbit. rabbit cute kan?

7 unspectacular quirks about me:

- saya tak suka main teka-teki. sebab saya selalu x boleh jawab. huhu ;)
- saya tak suka dengan orang yang menipu. menyampah!! bwek!!!!
- saya tak suka buat kerja sekolah. tapi, sekali saya buat, saya pastikan ianya complete!
- saya tak suka baca novel, sebab ia boleh membuatkan saya mengantuk.. ;p
- saya tak suka orang tegur saya pabila saya bermasalah. saya pasti diam.
- saya tak suka dengar orang membebel. sebab saya x suka membebel. saya menyampah!
- saya tak suka kalau tidur saya di ganggu.

7 people to tag;
:: liyana
:: chempaka
:: anas
:: aria
::
eira
:: hana
:: karina

19 November 2008

mood : natural

salam to all bloggers!

alhamdulillah. akhirnya sampai juga saya ke negeri kelahiran saya yang tercinta ni.
penat selama 3 hari saya x berganti lagi.
banyak updates yang bakal saya poskan ni. hehe. sabar ye.
dari hari saya tamat peperiksaan sehinggalah di saat ni.
penat sangat. banyak memori yang sempat saya ciptakan bersama teman-teman.
okeh. sabar ye cik kak cik abang. all pictures will be uploaded soon.
saya akan menjadi maharani INTERNET di rumah ni. hehe!
sehinggakan adik lelaki saya mengomel. kalau saya ada kat rumah, dia pasti kena p cc.. haha. ciannya! okay. saya berlalu dulu. mahu makan nasi. lapar sangat. dalam tren pagi tadi,
saya sempat makan KFC saje. ;)

16 November 2008

jalan-jalan


warh!

pagi-pagi lagi saya sudah bangun.
menyeka mata yang mengantuk.
huh!
maka hari ini tamatlah sudah paper yang membelenggu hidup saya.

DAN


dengan segala hormatnya..

saya akan BERLIBUR!

ya be da be duuuuu...

yahOo!!!


15 November 2008

bulan dan bintang

hype!
i'm just nothing to say.
waiting for my pakcik kesayangan.
erm.
tomorrow is my last paper.
my morning's paper.
so gelabah.
haiss... xmau gelabah-gelabah like labah-labah.
just relax dear!
do pray for me.
me, having a faith!
hee ;p
to ZATUL HERNANI, do the best among the best.

13 November 2008

cerita 4.30 petang 4.30 pagi saya!

sedang saya main kemas-kemas baju semalam, Fatin A.K.A housemate saya mesej, ala-ala macam ni.. 'Zat, tido ke?'. saya x jawab. bukan x mahu jawab, tapi saya hanyalah beberapa cm saja dengan si Fatin tu. sebelah-sebelah saja bilik dengan dia. lagipun, ini rumah. bukannya kolej. hehe. saya x jawab, selang 2 minit, dia masuk bilik saya. masa tu saya tengah berpeluh dengan kain baju yang sedikit tersusun (dah sudah mengemas laa..).
dia tanya saya, 'awak busy ke zat?'. saya cakap, 'x lah. sudah siap pun. cuma nak mandi dan menggonyoh bilik air saja'. bilik air tu x ada orang yang nak basuh kalau bukan saya. adeh! asyik-asyik saya. dah kebal tangan saya memberusnya.. huhu ;)

berbalik kepada cerita si Fatin tadi.

saya tanya dia, 'kenapa awak?'. dia jawab, 'saya nak g amik motor kat Setiawangsa ni. nak suruh awak drive kereta bawa balik ke Shah Alam'. owh.. itu ke? boleh je saya jawab.. tapi saya ni x mandi lagik(masa tu dah pukul 4 petang. hehe) dalam busuk-busuk tu, saya ke bilik air. mandi. siap saja, terus saya turun. kereta Myvi WQN 6610 milik 'gewe' si Fatin sedia menanti saya depan Restoren Molek. okeh. here we go!!

dari Shah Alam, kami ke Setiawangsa. kedai motor yang Fatin dan 'gewe' dia ingin serbu. banyak motor kat situ. so, saya apalagi. bergambar kenang-kenangan dengan jayanya! semalam hujan agak x lebat. lebih kurang 1 jam berbincang, akhirnya motor tu sah menjadi milik mereka. hee ;) tahniah-tahniah!!

saya di arah memandu kereta menuju ke Pertama Complex, ingin mencari topi katanya.
di situ banyak jugaklah pilihan. tapi, harga paling murah berharga RM 2800. aduh! pokai saya kalau saya yang beli topi tuh! huhu... saya bukanlah biasa dengan jalan KL ni. sampai saja di hadapan PC, saya ternampak tempat yang JAHA berlakon dalam cerita Budak Kelantan tu. nampak besi-besi warna biru + golden, tempat duduk bermozek. alahaiii... teringat pulak kat JAHA.. hehe ;)

berada di dalam PC, membuatkan mata saya melilau. tiba-tiba ternampak sekumpulan ahli korporat tengah berbincang. siapa la lelaki berkot hitam tu?? agaknya saya pernah lihat dia. tapi entah di mana. saya x layan sangat perasaan saya masa tu.. owh! Dato' Noh Omar rupanya. saya tahu sebab ada nama di nametag dia. hehe. garang jugak! alaa.. yang selalu berbalah dalam Dewan Parlimen tu. huhu. (kalau ada saudara-mara beliau yang terbaca, maaf ya. saya suara demokrasi..)

dari PC, kami bergerak ke Ampang. mahu melunaskan hajat lapar. kami ke Cafe Bonda di Ampang. best jugak even in small portion. kami makan je! lapar katakan. masa tu jam menganjak ke 11 malam. sesudah makan, saya pula di arah memandu masuk ke Lebuhraya Persekutuan. saya follow di belakang. tapi, WRY 6610 asyik hilang dari pandangan saya. adeh! nasib baik saya di temani oleh si kembar Fatin yang namanya Fatin jugak! kalau x, alamat sesat la saya kat Ampang tu sorang-sorang! kami menaiki Myvi WQN 6610. ikut saja laa. mereka gerak dengan kelajuan 180 km/jam. saya hanya 120 km/jam. mana boleh saya kejar??

sampai ke satu simpang, mereka berhenti. dan bertanya. 'mahu ke downtown cheras ke?' haaaaaa???? DOWNTOWN CHERAS??? saya dah lama betul x ke situ. so, saya angguk saja, dengan wajah menguntum senyuman. haha. terlepas hajat saya kali ini. yahoo!!

ingat x ingat, saya terus memandu. agak lucu pabila saya terpusing jalan yang sama. yelah! motor hijau tu dah tinggalkan kami berdua terkontang-kanting. saya pusing lagi depan GIANT Cheras tu. adeh! kenapa lah tinggalkan kami? nasiblah saya sudah biasa dengan jalan-jalan kat situ. huhu. dengan berbekalkan keyakinan diri, saya teruskan. owh. jumpa akhirnya motor hijau tu. masa tu dah pukul 12.30 tengah malam. erm..

sampai di downtown, saya memborong itu dan ini dan dalam pukul 2 pagi kami pulang. sekali lagi saya mamai! sampai depan Midvalley, saya asyik berborak dengan si kembar Fatin. dah la saya mengantuk giler-giler masa tu! fuhh... saya naik ke Bandar Sunway! alahai.. tapi dalam masa 15 minit, saya berjaya. haha. terpaksalah saya masuk Bangsar lagik! aduh.. padahal sikit lagik mahu sampai ke Petaling Jaya. nasib lah saya ni jenis yang cakna jugak hal-hal jalan nih. kalau x, sampai mana-mana dah kami melalut! saya ambil Jalan Seputeh. terus saja then saya berjaya. alhamdulilah. itulah! bawak kereta asyik menyanyi je kalau pasang Sinar.fm.. hehehe! masa tu dah 2.30 pagi..

saya sampai di Shah Alam dalam 3 pagi. sempat jugak saya merasa naik motor hijau tu. x delah mengidam kalau tengok orang naik kan?? hehe ;p

sampai saja, kami ke Barra. minum saja. dahaga sebab duk asyik sesat dan menyanyi dalam kereta. hehe..

kira-kira, kami bertolak pukul 4.30 petang dan sampai ke rumah 4.30 pagi.
saya cakap dengan fatin, "maghrib saya atas jalan dalam kereta". ;)
terus budak-budak ni diam dan senyum. balik semalam, terus saya lunaskan. moga-moga di ampunkan ;p

ini antara pictures yang sempat saya snap.. ;p




























































--------------------------------------------------------

dan ini pula masa saya di traffic light Cheras.

12 November 2008

my busy day ;)

adeh! bukan busy apa pon. saya cuma x mahu ber'blogging' sangat hari ni.
mahu main kemas-kemas baju sikit. lagipun, tinggal 5 hari saja saya di Shah Alam ni.
selebihnya, saya akan berada di negeri kelahiran saya selama 1 bulan lebih.
harap-harapnya begitulah. semoga saya lulus semua papers yang telah saya duduki.
risau jugak saya. entah macam mana la result saya. hadoi... takutnya!
haaa.. okaylah. saya berlalu dulu yaa. mahu kemas baju dan baju dan baju.. ;)
salam..

opss! today is my EX birthday.
12 NOVEMBER 2008
HAPPY 24th BIRTHDAY
wishing you with luck!

11 November 2008

Yummy!


Laparnya perut saya ni. Malas nak keluar cari nasi. Adeh! Nak tidur nak tidur. Mengantuk lagik! Eh hari ni hari rabu kan? Bestnya.. Ada pasar malam kat seksyen 7 nih! Urmm.. Saya mau carik nasi kerabu. Waa.. Serius! Saya x boleh tinggal menu kelantan tau.. Memang sudah menjadi kewajipan saya.. Waa nasi kerabu, nasi dan kerabu tambah budu sikit okay!! Opss.. Saya mau 3 bungkus.. Yehuuu... ;)

10 November 2008

..budOk KLATE ;)


Pengarah: Wan Azli

Pelakon:
Danny (Buchek)
Bienda (Che Nor)
Mohd Asrulfaizal (Jaha)
Md Eyzendy Li bokbong

Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu

Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 30 Oktober 2008

Filem ini yang pada asalnya dinamakan sebagai ‘Koya Best’ kemudiannya ditukarkan kepada "KB-KL-US’ dan ditukarkan lagi kepada "Budak Kelantan".

Dibarisi dengan pelakon yang sudah di kenali dan akan di kenali seperti saudara Asrulfaizal , Bienda dan Danny X-Factor.

Buchek dan Jaha, dua teman sekampung dengan kehidupan berbeda.

Buchek, seorang graduan manakala Jaha, lepasan Sekolah Henry Gurney.

Zaman kanak-kanak dan ketenangan di bumi Kelantan ditinggalkan hanya untuk dipertemukan kembali di Kuala Lumpur, kota idaman yang juga kota penuh dugaan.

Pertemuan itu mendedahkan kehidupan hitam Jaha – pedagang dadah, perempuan dan liar, mendorong Buchek untuk membantu sehingga sanggup mengorbankan cintanya apabila menyedari temannya itu jatuh hati pada kekasihnya, Che Nor.

Buchek rela melepaskan Che Nor, namun mampukah cinta mengubah manusia seperti Jaha yang selama ini hidup berkiblatkan Barat itu? (AMERICAN GANGSTER)

Salahkah Che Nor mempertahankan cintanya pada Buchek dengan alasan soal hati bukan sesuatu yang boleh diperdagangkan?

Sedang Buchek pula mempertikaikan pendirian Che Nor yang dianggap lebih mementingkan diri daripada perintah Tuhan.

Satu pembunuhan berlaku lalu mencetuskan satu transisi dalam episod cinta dan hidup Jaha, Buchek serta Che Nor.

--------------------------------------------------------------

P/S ::

walaupun JAHA tu JAHAT, tapi saya tetap suka dia. ehee.. ;) sebab dia COMEL sangat.

paling benci masa babak dia nak ROGOL ana dalam bilik, buka seluar then nampak REAL giler!! eee... geram rasa nak bunuh je JAHA yang JAHAT tuh!! menyampah. TAPI, bila tiba saat JAHA mati kemalangan, memang sedih giler. hilanglah seorang PENJAHAT bernama JAHA yang CUTE tuh!

uhuuu... ;)

nak p tengok JAHA JAHAT lagik!! suka tengok dia even dia JAHAT giler!!

JAHA, JAHA, saya suka kamu!

(tapi, JAHA dah kawen bulan 8 lepas.. MELEPAS lor saya!)

ahaa.. ;)

(kalau chempaka baca entri ni, mesti dia gelakkan saya GILA-GILA)

kalau nak tahu, nama kawan baik JAHA tu sama dengan link member saya kat bawah ni..

LIBOKBONG

ehee.. check it out!!

http://bokbongtuyuk.blogspot.com

anyway,

saya suka JAHA JAHAT tuh!!!

ohoo..

;p

09 November 2008

ehee..

minyak owh minyak


minyak dah banyak kali turun, tapi BARANG?
haiss.. x pernah-pernah nak turun. mahal gilew! sampai student macam saya ni terpaksa makan nasi separuh. kedekut taik hidung masin punya tauke kedai! tapi harga charge mahal. hampeh! erm.. apapun, terpaksalah berkorban untuk hidup kan? kan? kan?
bukan malas masak, tapi tau la.. masa tersangatlah cemburu. saya x cukup masa untuk masak. dulu iyelah! semester ni jam kredit saya melebihi 22 jam kredit. 24 kot kalau x silap saya. hoho! jam otak saya.
berbalik kepada harga barang pulak, x nak turun ke? cekik darah betul.. ;(
saya tengah marah ni.. marah tau x? MARAH!!
oho.. ;p

ting tong!



When i say i love you, i mean, i accept you the way you are, and i expect the same from you syg!

08 November 2008

kene sOund!!

aksi sengal yang x keterlaluan hokay!!

sebentar tadi saya log in ke Facebook.com, untuk meng'approve' semua requisition dari bakal teman.
saya sebenarnya tidak berapa suka dengan Facebook saya tu. saya x reti cara nak 'touch-up' untuk 'mencantikkannya'.. macam x user friendly saje. owh!! kenapa dengan ayat-ayat saya ni? tunggang-langgang pulak.. adeh! terbelit-belit lidah saya. okay-okay..

di pendekkan cerita...

saya telah di 'add' oleh 2 rakan sekolah rendah masa saya bersekolah di Sek. Keb. Pasir Hor(SKPH) dulu.. dulu-dulu ye.. ;) sudah lama mereka request tapi baru hari ni saya log in dan 'approve'kan. biasala. saya amat busy dan busy dengan blog saya. mana ada masa ingin kemana-mana. hatta ke Friendster sekalipun. jarang sekali saya update profile saya tu. kalau dikira dan dihitung, saya ada friendster, myspace, blogger, netlog, flickr, facebook dan macam-macam lagi lah! sampai saya naik pening. mana satu harus saya 'update'kan dulu. dan mana satu yang aktif. huh! bosan juga walaupun banyak benda yang boleh saya buat dengan benda alah tu semua..

ehh... sampai ke situ pulak saya. bukan ke saya cerita pasal kawan sekolah rendah saya dulu??
oho... sorry-sorry. saya x nak naik LORI tau! okay-okay. sambung-sambung! ;)

haa.. setelah mereka menunggu dan menanti, hari ni a.k.a petang tadi, saya telah meng'approve'kan mereka. selang beberapa saat, salah seorang dari mereka menulis sesuatu di 'wall' saya. katanya..(lebih kurang beginilah skripnya).. ;p
-----------------------------------------------------------

zatul... do u still remember ur long lost fwen...
i miss u sooo much... after 10 years..


erm.. salam.. sape eh? sy betul lupa la.. tp nama awk ni mcm familiar je.. ehe!

yanie.. serious mum xingat aku? skph, 5mawar.. eip bia btol xingat aku..
aku xpnah 4get mum tau dop!!!


ya allah.. betul sy lupa.. tp sy rasa nama awk ni familiar.. awk pengawas ko dulu?
sy duk skph sapa darjah 4 jah.. :)

-----------------------------------------------------------
P/S dialog,
kaler hijau : si kawan saya
kaler merah : saya la tu.. ;)

ingat x ingat, saya cuba untuk ingat dia. adeh! mereng sekejap kepala saya. siapa dia ni? nama dia memang popular. WAN IRYANI ASYRAN. nama yang sangat familiar. rasa saya, saya pernah sebut nama dia dan saya macam pernah hidup di kelahiran yang lepas (macam India la pulak) huhu... betul saya lupa. ada ke patut saya tanya housemate saya? erm.. nasibla mereka x layan sangat otak saya masa tu. aduh dan aduh! seketika, otak saya beku... oho!

duk tengah layan gambar-gambar dia dalam facebook, tiba-tiba saya tersentak! Owh!! baru saya ingat dia ni. nama IRYANI memang familiar. sebabnya, dia adalah teman baik saya masa kecil-kecil dulu. oho! ke hulu dan ke hilir saya dan dia naik basikal masuk kampung! ehee.. baru saya ingat dia. apa daa saya ni.. walhal IRYANI tu teman baik saya, dan kami selalu 'mengumpat' bersama-sama. sehati sejiwa la katakan. barulah saya ingat. dengan dia, saya ke kantin, saya ke tandas, ke bilik guru, ke padang sekolah(main lompat tali), ke taman bunga dan taman ikan, hatta menunggu bas pulang ke rumah setelah tamat waktu sekolah! huhu.. ;) ingat dan saya memang ingat. saya cam muka dia. sudah! memang saya ingat. yahoo! saya sudah ingat. yeyey!

dan, satu perkara yang saya paling ingat masa berteman dengan IRYANI dulu, saya kena marah dengan mak dia sebab saya telefon waktu maghrib.. (lebih kurang cam ni lah dialog dengan mak dia)
---------------------------------------------
saya : heloo, iryani ado?

mak : iryani mandi. sapo ni?

saya : sain yani ni. nok kecek nga yani buleh?

mak : dio mandi. oyak dok key sakni.

saya : oo. xpolah mokcik.

mak : eh, lain kali jange telepon rumoh ore maso-maso maghrib gini deh. ore x bua maso-maso gini. ingat tuh!

saya : ho.. (sambil angguk)
-------------------------------------------

masa tu rasa macam nak nangis sebab kena marah. hehe. padan muka saya. sape suruh call masa maghrib. ehe.. ;) masa tu pukul 7.20 petang. saya pun hampir lupa apa sebab saya call yani. hehe.. just lupakan. :)

apapun, dalam facebook tu saya sudah berjaya menjejaki kawan-kawan saya. harapnya, ramai lagi yang akan menjejaki saya.. hehe!

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...