30 December 2009

Lens Test - Part 2

Salam.
Lens test part 2
Menguji kepakaran orang yang kurang pakar.
White butterflies yang saya beli di SSF Lundang, Kota Bharu semasa mahu menghiasi hantaran pertunangan saya dulu.
Satu plastik hilang entah kemana.
Baru jumpa setelah 7 BULAN saya bertunang.

Gambar ini tidak di ''blur-edit'' kan.
Sekadar menguji lens tanpa menggunakan AM.
Saya fokuskan kepada butterfly yang nombor 3 dari bawah.

Yang ini, saya fokuskan kepada yang nombor 1.
Cute jugak masa kecik-kecik kan?
Semuanya comel saja~

Diari yang saya ingini selama ni.
Saya copet daripada Abah.
Thanks~

...dan pabila rama-rama menghiasa hidup saya 2010 nanti.
InsyaAllah.
May Allah bless me.

- Gadis sunti yang bakal menamatkan zaman daranya -

eh eh eh!

Lambat lagi ye~

Lens Test - Part 1

Salam.

Lens test part 1:
Menguji kepakaran orang yang tidak pakar.
Canon kesayanganku.
Owh my darling!

Juga kesayanganku.
Owh my hubby!
aik~ ish! (=

Kerongsang mutiara dari Sabah pemberian Syamimi, classmate saya yang cute!

Lagi kerongsang mutiara.
Satu untuk saya, satu untuk Chempaka Exora.
Thanks Mimie~

Camera case yang free.
Saya dapat masa beli Sony Cyber-Shot W Series di Harvey Norman Midvalley last year!
Owh God! Saya RINDUKAN Midvalley..

Salam.

Semalam (29 Disember 2009 - Selasa) saya bawa Mama pergi buat hair treatment kat Delight Saloon. Saya heret dia sebab nak buat rawatan kulit kepala sekali. Selama 2 jam kat sana saya just duduk-duduk, jalan-jalan, intai-intai, tengok-tengok, main phone dan sewaktu dengannyalah sebab tak tahu nak buat apa. Adik lelaki saya kusyuk main bola dalam handphone. Mama tengah buat treatment. Saya pulak, senyap-senyap saya pergi cari cermin then TADAA....

Saya snap gambar lah! Apalagi kan? Huhu~

Gambar-gambar ni tak edit kaw-kaw pun. Sebab kat Delight Saloon tu, lighting dia terang benderang. Saya pun ada buat hair treatment jugak kat Delight Saloon tu as suggested by my bestfriend Cik Rohaiza last few days. Kat situ okei lah. Price and services memang tip-top! Semuanya produk Loreal Professional.. (=



Fuyyoh!
Pergi saloon rambut pakai baju kebaya okeh~
(:

smile lah!

Salam.
i'm so excited to know what will be happened next!!
God, bless me~ (=

28 December 2009

Kasihan juga :(

Salam.

Petang tadi, Mama ada cakap sesuatu kepada saya. Berkenaan kerja saya di Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM) tempoh hari. Kata Mama, Novo Nordisk di HUSM Kubang Kerian masih mahu menggunakan khidmat saya sebagai research assistant memandangkan saya cepat faham. Memang. Situasi kerja sangat bagus dan medium yang digunakan adalah all in english. Itu tak susah bagi saya. Yang susah bagi saya adalah, ULANG-ALIK dari Machang ke Kubang Kerian sangat-sangat memenatkan badan saya. 3 hari cukup untuk saya sesak nafas. Saya tak larat dengan keadaan jalan sesak di sana. Saya tak suka. Saya selalu tersangkut dalam kesesakan selama 35 minit untuk sampai ke Wakaf Che Yeh. Bukannya jauh pun Wakaf Che Yeh dengan Kubang Kerian. 10 minit cukup untuk ke sana. Tak nak!

Kasihan jugak pabila dengar orang-orang HUSM terutamanya Unit Kajian Klinikal Novo Nordisk. Mereka tekun mengajar saya cara-cara dan juga protokol research tu. Hurm. Tapi, apa daya saya. Saya sudah hilang minat. Tak mahu lagi saya ke sana. Cukuplah 3 hari tu. Yang pastinya, saya happy bekerjasama dengan mereka..


the 3 of us

Salam.

Tercapai juga hasrat ingin bertemu dengan Cik Shafiza Irdawati yang saya kenali beberapa bulan lepas melalui laman sosial, Blogger & Facebook. Rancangan untuk bertemu dua mata sudah lama dirancang, namun masa yang menghambat kami untuk bersama selalu cemburu. Semalam, dapat juga kita jumpa bertiga ye? Hehe~ Okeh, enjoy our pictures.

Semalam memang shot banyak, tapi semua macam blur. Huu~
Anyway, scroll it! (=

Ops! Lupa nak cakap sesuatu. The 3 of us will continuing our ''WAN'' legacy to our child.. boleh ke gitu? Huhu~



Credits to Encik Wan Zubir kerana menjadi jurugambar bidan terjun! (=

26 December 2009

teruk la~

Salam.

Ini hari saya ke Kota Bharu satu famili satu kereta. Paling syok hari ni sebab dapat lunch satu famili di Four Seasons Kota Bharu. TAPI, all the dishes are quit tak sedap to me. Bukan apa, semuanya rasa TAWAR dan tak ada KICK langsung! Hurh~ Inilah saat atau waktu paling saya menyampah kalau first day datang bulan. Memang menderita tahap maksima. After membeli-belah barangan dapur dan juga barang-barang sekolah my adik, saya semacam nak pitam. It waktu paling dahsyat bagi saya. Benci. Tapi, itulah yang harus saya lalui setiap bulan. Sakit hanya Tuhan yang tahu. Saya ni, kalau period pain, memang boleh collapse. Itulah penangan senggugut teruk yang saya alami sejak zaman sekolah lagi. Memang tak tahan okeh!! Tuhan saja yang tahu betapa peritnya sakit ni.

Tadi petang, selesai membeli, saya terus masuk kereta. Berjalan berpimpin tangan dengan adik ke-5 tu. Nasib baik dia besar daripada saya. Masuk saja dalam kereta, duduk sebelah Mama. Tak tahan woo! Siap nangis-nangis lagi. 3 helai TISU hancur lebur saya kepal. Memang tak tahan sangat dah! Bila la nak sampai ni............... (hati dah tak kuasa nak merintih)

Sampai saja di rumah, dengan tak salin baju, terus saya ke bilik Mama, then tidur atas katil Mama sambil menangis tak hengat dunia. Huhu~ Biasala kalau jadi Mak kan? Mama tungkukan saya dengan tungku panas. Hurm.. Nyaman rasa walau sekejap sampai saya tertidur. So sekarang, everything dah okei, cuma sakit masih lagi terasa. Kalau saya ditakdirkan hidup untuk beberapa tahun lagi, banyak lagi lah BULAN-BULAN yang harus saya hadapi bersama senggugut ni... Sakit!

p/s : macam mana taknak sakit ye? ada cadangan tak? saya tak ambil ubat PINK tu. Just take traditional medicine sebab saya taknak ada efek teruk kemudia hari... (:

24 December 2009

Amin......

Salam.

Saya tak tahu apa akan jadi kalau saya B.E.R.K.A.H.W.I.N awal...................

Mungkin ini tindakan yang betul? Ataupun memang suratan jodoh saya dengan dia?

Doakan saya walau apa jua keadaan mendatang. Sesungguhnya, tidak pernah saya ketahui akan akibat dari semuanya. Doakan juga semoga saya bahagia dengan dia kalau betul JODOH saya begini...
Ya Tuhan, permudahkanlah semua urusan hidupku~ Amin

today's tentative

Salam.

Sekian lama saya tinggalkan blog jualan tudung saya tu. Uhuks! Bukan apa. Masa sungguh menghambat saya. Kehulu-kehilir tanpa saya hiraukan keadaannya. Sakit dan bangunnya. Kasihan. Sungguh kasihan. Tapi tak mengapa. Ini hari mahu saya ''selesaikan'' kesayangan saya tu. Mahu update and add some kecomelan! Jangan ler saya berubah fikiran lagi ye. Huu~

Dan ada offer YES (Year End Sale) untuk regular customers mahupun new customer. Ada new product to be sold ye. Jangan risau. Oleh kerana saya pun sudah quit dari kerja di HUSM tu, bolehlah saya tumpukan sepenuh perhatian kepada www.bag-boutique.blogspot.com ini. Owh, sebelum saya lupa, bag-boutique will be changed tu www.zatnani-shoppe.blogspot.com ye~

Tahun baru, agenda barulah kan? Apapun, jangan lupa singgah dan membeli at my shoppe! Jangan risau, sale tetap ada.... (=

23 December 2009

(=

Salam.


.just for fun.

saya penat =(

Salam.

Bekerja di HUSM baru saja 3 hari tetapi rasa saya, sudah lama semacam 3 minggu 3 hari. Nasib saya sungguh baik sebab cepat dapat kerja berbanding dengan rakan yang lain. Tapi, makin hari makin bosan pulak dengan kerja tu. Kalau boleh, cepat-cepat saya nak quit. Bidang kerja bukan lah skop yang saya minat dan memang menyimpang jauh dari apa yang saya ingini. Saya tak SUKA tengok darah!!!

Tadi petang saya call my mom dan kepadanya saya mengadu tentang kerja. Mama cakap, dia tak kisah. Dia bagi green light kepada saya untuk berfikir. Dalam otak dan kepala saya ni, tak ada benda lain lagi. Memang saya akan quit dari kerja tu. Hurm. Saya tahu yang saya tak akan menyesal walaupun saya quit awal. Mungkin saya akan tersenyum gembira tatkala terlepas dari kerja tu.

Kadang-kadang terfikir jugak. Kerja tu tak sesuai untuk saya ATAU saya yang tak sesuai untuk kerja tu? I am a degree holder. Bukan budak lepasan SPM mahupun PMR. Saya tak ubah seperti mereka. Saya tak suka dengan keadaan kerja di situ. Bukan sebab saya orang baru atau tak familiar. They treats me like budak lepasan SPM. Memang saya tahu yang saya masih baru untuk kerja tu dan memang saya TIDAK tahu apa-apa. Tapi, janganlah pandang serong dengan saya. Memang pada mulanya saya tak tahu posting itu sesuai dengan my degree level. Saya terima sebab my mom beria-ia suruh saya kerja. Kalau saya tahu macam ITULAH kerjanya, memang awal-awal lagi saya reject!

Owh! Tak sanggup lagi saya ULANG-ALIK dari Machang ke Kubang Kerian semata-mata kerana kerja yang tak sesuai + gaji ciput tu. Merana hidup saya nanti. Saya turun dari rumah seawal jam 7 pagi dan pulang lewat 7 malam. Kalau begitu setiap hari, makin kuruslah badan saya. Hari-hari macam tu boleh buat saya tergolong dalam pesakit mental. Nak fikirkan tentang jalan yang sesak waktu pagi dan waktu pulang dari kerja. OWH my GOD!! Saya tak sanggup lagi. Saya penat. Machang ke Kubang Kerian bukannya dekat. Bukan boleh dibuat main. Bukan main-main. Memang saya penat, dan memang saya akan BERHENTI dari kerja tu.

Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkan semangat ana.... Amin~

19 December 2009

Today's stuff


Salam. Hurm hari ni dapat jugak beli perfume favorite saya ni. Set perfume ni dulu pernah saya jadikan hantaran pertunangan bulan Mei yang lalu. Baunya sangat fresh dan best.. Mesti cuba okei. Perfume R series...

18 December 2009

Nice ke? :)


Salam. Akhirnya jumpa jugak yang nice macam ni. Cute macam tuan dia. Ahaks! Esok kerja, boleh ler berjalan dengan yakin.. Murah tapi sangat selesa. Hah, esok kerja?!!

15 December 2009

a.gift.from.HEART

Salam.

YezZa! Semalam dengan jayanya, saya telah menuntut ''sesuatu'' seperti yang di janjikan oleh Encik Tunang-tunang saya. Hurm. Apapun, bulan dan bintang sungguh bercahaya! Nampak gayanya, kena kerja keras la ye? Huhu~

Thanks love!

Encik Tunang-tunang yang happy semacam!
hoho~

dari situ ke sini (=

Salam.

Kelmarin (13 Disember, 2009 - Ahad), saya terima panggilan daripada Mama (my mom). Beliau tidak terus menghubungi melalui phone saya sebaliknya menggunakan phone adik kedua saya. Dari nada suaranya, beliau semacam gembira. Masa tu saya tengah potong sayur, lauk untuk tengahari. Dengan tangan dua-dua belah sedang potong daging+sayur+bawang, saya minta adik saya letakkan di telinga. Hurm. Kata Mama, ''ada jawatan kosong ni. Awak nak ke?''.

Lepas tu, dia cerita la serba sedikit pasal kerja tu. Katanya, tempat kerja di USM Kubang Kerian. Ada nak pakai orang. Kerja macam biasa, office hour, 5 hari seminggu, dan gajinya tak banyak. Perlu ke saya sebut nilai? Hehe. Tak payah la kan. Bukan apa, rate gaji memang tak sesuai dengan kelulusan ijazah saya. Tapi, disebabkan tak nak menjadi penganggur hebat, saya terus terima kerja tu. Zaman sekarang, kalau duk asyik pilih-pilih kerja, satu kerja pun tak jalan. Nasi pun payah nak beli. Semuanya duit tau. Takkanlah nak bergantung hidup dengan Mama dan Abah saja? Tak ada tapi-tapi lagi. Saya terima kerja tu. Tak kisah la kerja apa. Janji dapat hidup tanpa meminta-minta. Nak bayar hutang, nak makan minum pakai yang sedap-sedap. Kena kerja la jawabnya.

Semalam, nasib menyebelahi saya. Saya diterima bekerja setelah melalui proses temuduga. Alhamdulillah. Mungkin itu rezeki saya. Thanks to my mom and her friend sebab tolong bawa saya ke Hospital USM. Terima kasih daun keladi. Saya sebenarnya bukan apa, saya ni jenis yang PENAKUT masuk hospital. Saya tak boleh tengok orang-orang sakit kat hospital. Kalau tak, dengan saya-saya masuk wad sekali. Saya gerun tengok orang sakit, gerun tengok darah, gerun tengok orang mati, orang kemalangan. Entah la. Silap haribulan, boleh terjelepuk kat lantai. Senang je nak pengsan, tengok la orang yang kemalangan teruk-teruk, terus saya boleh collapse. Huhu. Apa punya penyakit lah. Kes naya!

Ops lupa. Kerja saya tu senang saja. Alaa, macam tutor kat UiTM je la. Tapi yang membezakannya, saya hanya menolong Professor dan juga pembantunya untuk menyiapkan penyelidikan mereka. Tak ada kena mengena dengan nak sambung Master ke apa ke. Tapi saya harus study tentang protokol research tu. Saya kena tahu keseluruhan protokol research tu. Semuanya pasal Diabetes Mellitus. Hurm. Jauh menyimpang nampak gayanya ye. Tapi, nasib baik juga, Bis Boss saya tu tak kisah, dan beliau tahu saya dari program Seni Kulinari. Okay la tu. Ada juga saya belajar pasal penyakit ni masa ambil Diploma dulu. Faham la juga serba-sedikit. Tak sikit tak banyak, boleh la saya belajar pasal dunia perubatan pulak ye. Huu~

Apapun, wish me all the best. Saya ikat kontrak dengan Jabatan tu 1 tahun. Lama juga tu kan? Yang pasti, berulang-alik dari Machang ke Kubang Kerian sah-sah memakan masa yang lama. Kubang Kerian pasti sesak dan penuh dengan kereta. Hoh! Jauh jugak. Alah bisa tegal biasa lah..

cerita itu hari.....

Salam.

Itu hari....., saya ada ketemu sama ini Kakak cantik. Kalau ikutkan, sudah 3 kali saya bertentang mata sama ini kakak. Tetapi dalam keadaan yang berbeza-beza. Sangat berbeza.

..................................................................................
First meeting ::
Ketika dia belum menjadi isteri kepada suaminya. Masa tu dia keluar dengan ex-boy dia. Encik Q. Hurm. Itu kisah dulu la kan Kak Lynna. Masa jumpa tu, memang dah mesej dia, cakap nak jumpa kat KB Mall. Saya ada beli cardigan dari ''wardrobe-us''. Hehe. Sempat juga la cakap-cakap & click gambar-gambar dengan dia. hihi~

Second meeting ::
Ketika di Lyianaz Bridal Wakaf Che Yeh. Masa tu saya belum bertunang lagi. Tengah-tengah kalut mencari pakej pertunangan, saya ke Lyianaz Bridal, tak sangka jumpa pula kat situ. Masa tu dia dah jadi tunang kepada suaminya sekarang.

Third meeting ::
Saya ke rumah mertuanya di Bayam Baru, Kota Bharu. Pergi ambil skincare set yang hangat dijualnya sekarang ni. Hehe. Masa ni dia sedang hamil anak kembar. Congratulations Kak Lynna. Setiap pertemuan tu ada hikmah tersendiri.
......................................................................................


Kalau ikutkan, kulit muka saya tak bermasalah langsung. Jerawat pun tak ada. Bak kata adik saya, "licin dan aku cemburu dengan kau". Kulit saya tak cerah dan tak gelap. Yang sedang-sedang saja. Kak Lynna pun ada beritahu, buat apa nak pakai set ni, kulit okay je tu. Huu. Entah. Terasa macam nak pakai je. Saja-saja nak cuba produk keturunan daripada keluarga beliau. Serasi jugak la sebab setakat hari ini, tak ada menggelupas seperti yang di ceritakan oleh customers yang lain. Sabun pun wangi. Kiranya, best la guna produk yang dia jual ni. Ops! Jadi promoter jap ye. Hehe.


Inilah Kakak Cantik tu. Hah. Tengok perut dia.
Dah makin besar. Tuannya pun makin comel.
I'll pray for you & your babies.
(=

14 December 2009

saya seorang anak perempuan.

Salam.

Sekali-sekala melaram tak salah kan? Sudah lama tak edit gambar sebenarnya. Hilang mood buat seketika weh. Dan, yeah! Hari ini mood bergambar + gedik-gedik sorang diri dah datang. Huu~ (=




Takde keje nak cari keje la pulak.
Haish (^-^)
Habis panas Sony Ericsson C 903 kesayangan saya tuh!
Nasib tak meletOp.. huhu~
Anyway, lokasi penggambaran ini berlaku ni YIK, Nilam Puri pagi tadi sebelum temuduga.
(Yayasan Islam Kelantan)

07 December 2009

togetherness~

Salam.


1 year.
5 months.
1 week.
5 days.

:: dengan secara kebetulan ::

06 December 2009

My new 'pinKy'


Salam. Kalau ikutkan, saya bukanlah peminat PINK. Memang tak minat, dari zaman kecil sampailah ke hari ini, saya tak suka dengan warna pink. Ada yang memerli dan ada juga yang mengusik. TAPI, haaa... Comel tak sandal pink ni? Hehe. Saya beli di Shah Alam dua hari lepas ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan. Comel tak comel tak? :)

03 December 2009

Tak sudah-sudah ''minah'' neh! =(

Salam.

Semalam hampir jam 2 pagi baru saya tidur. Tidur dalam keseronokan yang amat! Mana tidaknya, bilik saya sudah KEMAS okei~ Tenang jek tidur, otak pun tak serabut macam selalu. Rasa macam tak nak bangun dari tidur pagi tadi.

Wah! Yeyey!
Bilik Hijau Muda sudah cantik. Dah lama hati ni berhajat nak kemas bilik tidur ni, tapi TAK PERNAH kesampaian. Semalam, sesudah solat Isyak, saya kerah tenaga adik ke-5 saya untuk sama-sama menyertai projek GERGASI ni. Projek kemas-kemas yang tak pernah nak SUDAH. Memang naik minyak betul semalam. Pukul 8.30 malam projek bermula, tak henti-henti sampai lah ke pukul 2 pagi. Lepas tu, memang LENA kami zZzzzz!! (=

Hah! Inilah hasilnya. Tadaaa~

KOSONG!
Posisi perabot sudah 100% berubah dari yang biasa.
Katil pun dah berpusing KEPALA.
Memang syioknye tidur~
hehe.. (=


TETAPI

ada

TAPI

dan

TAPI
........................

TAPI,

Siapa nak KEMAS ini SEMUA?
Saya ke?
Atau sesiapa yang ada rasa tanggungjawab?
Urh~

Dan ini....

Dan juga yang ini....Ini semua barang SAYA..
Dari zaman sekolah, zaman kerja sementara, zaman diploma, zaman degree....
Huuuu........... (T_T)

Penatnya. Hurm.

Fuh~ Mengucap panjang... Semenjak saya belajar jauh dari keluarga tahun 2004, saya jarang balik dan jarang sekali nak kemas rumah. Apatah lagi nak kemas bilik. Saya biarkan saja bilik bersepah macam tak ada orang duduk! Huu~

Itulah, malu tau kalau tiba-tiba ada saudara yang mahu tumpang solat di bilik saya. Awal-awal lagi saya pesan, kalau nak solat, SILA KE BILIK MAMA ye. Bilik saya dalam proses ''pemansuhan'' yang tak pernah sudah...

Semalam, setelah hampir 5 tahun belajar jauh di perantauan, saya tergerak hati nak kemas dan ubahsuai perabot. Saya dah bosan tengok keadaan bilik ni. Tak ada style langsung. Kali ni, semua barang-barang dalam kotak yang kat luar tu, yang mana yang tak nak pakai, SAYA NAK BUANG, dengan kata mudah, nak BAKAR. Tak adalah pening kepala nanti dengan semua tu. Kan?

Hurm~ Sekali lagi mengucap.... (=

02 December 2009

Salam.

Inilah cerita yang mahu di kongsi. Tapi, macam tak larat nak terus lama-lama depan lappy ni. Banyak kerja nak buat ni. Nak cepat-cepat update dan off lappy terus ke dapur. Nak kemas bilik ni. Macam bilik stor sekolah yang lama tak dikemaskan. Buruk dan hodoh kalau ini kategori bilik gadis. Huhu~

Macam mana pun, ini hari harus kemas jugak BILIK HIJAU MUDA ni. Kena dan harus!
Tapi air tengah-tengah padang macam makin naik. Serius saya dah tak nak jadi mangsa banjir lagi. Penat ulang-alik dari rumah saya ke rumah nenek. Tak jauh, tapi tak larat. Banyak nanti barang kena angkut sekali. Fuh~

Banyak nak kena decor balik bilik hijau muda ni. By hook or by crook, siap okeh!
Nak ubah katil dan juga almari. Sudah 2 tahun macam ni. Bosan dan lemas. Tak nak decor macam ni lagi. Siap SIAGA wahai Cik Zatul Hernani.... (=

............................................................
okeh, here we go!
...........................................................................

Gambar pertama;
Dari kiri: Ain, Zat dan Iza.
(They are my Besties, Love you friends!!)

Gambar kedua & ketiga;
Pasangan Tunang-tunang (=
Sahabat perempuan saya dari Universiti Teknologi Mara Terengganu sehinggalah ke UiTM Shah Alam, merangkap classmates, housemate dari zaman Diploma hingga ke akhir zaman Degree. Bakal menyertai ''ISTERI-ISTERI to be club!''
welcome~

Gambar keempat;
Bergambar beramai-ramai sebelum berangkat pulang. Majlis besar-besaran yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan.
Thanks a lot to Iza, sebab memang saya tak tahu dewan ni kat mana. Hehe.
Padahal dah selalu datang situ. Hii~

&

Gambar kelima;
Dari kiri: Fatin, Zat, Ain, Iza & Abil

-SELAMAT BERTUNANG dan semoga kekal ke jinjang pelaminan nan indah-

Jalan alternatif vs Jalan biasa

Salam.

Hajat di hati mahu cerita pasal majlis tunang teman saya tu semalam. Tapi serius, saya tak larat nak menghadap lappy. Penat seharian memandu pergi-balik dalam hujan. SERIUS penat. Dalam pada memandu, mata saya kena liar. Pandang sana pandang sini. Mana tahu ada 'sesuatu' yang bakal menghalang perjalanan kan? Saya memandu menyusuri jalan kampung. Jalan Kemubu, jalan BAWAH bak kata keluarga saya. Itu jalan alternatif kalau nak ke Kota Bharu. Saya, kalau ke Kota Bharu, memang akan melalui jalan itu. Sebabnya, senang dan cepat walaupun jauh 15 km berbanding jalan biasa. Kalau ikutkan masa, memang jalan BIASA cepat dari dari jalan bawah, tapi, jalan biasa PENUH dengan kereta, motor, bas, lori, lori kecil, pejalan kaki, teksi, prebet sapu, ambulans, truck dan macam-macam lagi lah. Memang penuh dan melimpah-ruah atas jalan biasa tu. So, saya lebih senang menggunakan jalan alternatif yang berakhir di lampu isyarat Tendong.

TAPI.... Haa, ada TAPI ye...

Kalau ikut jalan Kemubu tu, kena BETUL-BETUL berhati-hati dan cakna. Sebabnya, sepanjang jalan sampailah ke Tendong, jalan berlubang-lubang dan pecah sana-sini. TERUK rosaknya. Memang kena hati-hati dengan jalan bawah tu. Tak pasal-pasal rosak tayar dan rim. TERUK sangat ye, tambah-tambah hujan tak henti macam sekarang. Memang sakit kereta kalau tak hati-hati. Nasihat saya, jangan laju kalau guna jalan tu. Nanti, nangis la tengah memandu tu.

Wah, ini untuk bacaan orang-orang Kelantan saja. Sebab jalan ni jalan Kelantan. Hehe~

01 December 2009

tapi, duit tak ada.... (=

Salam.

Tajuk post atas tu MEMANG ada kena-mengena dengan entri ni okei. Baca dan faham elok-elok, lepas tu, buat lah RUMUSANnya. Tak susah, baca je lah yang tersurat, kamu pasti jumpa yang tersirat. huu~

Pagi dan tengahari ni tak boleh nak berblogging lama-lama. Bukan apa. Kena siapkan makanan untuk tengahari, sebab saya akan ke Kota Bharu, dah janji dengan teman untuk ke majlis pertunangan Fatin Farah Syazana & Mohd Nor Abdillah. Dah janji beb! Kena pergi la. Pergi saja lah. Bukan jauh pun. Kalau boleh saya nak bawa budak kecil rambut maggi tu. Teringin rasanya nak bawa dia jalan-jalan hari ni. Cakap saja suruh pakai BAJU KURUNG, mesti macam belangkas nak pergi.


Inilah pasangan yang akan ditunangkan tengahari nanti.
Satu orang Tumpat dan satu lagi orang Ampang.
Jauh bebenor ye~


 ILLy AmaLin

Ini pula, buah hati rambut maggi saya. Merangkap anak saya.
Eh eh eh, haha. Saya asuh dia sedari dia tak boleh bukak mata lagi tao!
ehe...

Banyak agenda pagi ni. Fuhhhh~ Erks! Tak sempat apa-apa dah mengeluh?

Harap-harapnya Bandar Kota Bharu tak sesak lah tengahari nanti. Nak ke rumah Fatin, saya kena lalu Jambatan Sultan Yahya Petra berhadapan dengan Tesco Kota Bharu tu. Haruslah NAYA. Sebab jambatan tu selalu sesak, dari 5 lanes nak dijadikan 1 lane atas jambatan. Berebut-rebut tau. Haih! Bilalah nak siap jambatan yang bawah tu kan? Hujan selalu pun susah jugak, ditambah dengan proses pembinaan yang LEMBAB lagi lah payah!! huhu~

Okei~ I got to go. Basuh baju, kemas rumah, sapu lantai, jemur baju, gosok baju, lipat baju, tanak nasi, gosok gigi. Erks, tetiba jek! Huhu. InsyaAllah nanti saya snap picture banyak-banyak okei.

Wah!

Nak CAS bateri kameraaaaa... Apa pasal boleh TERLUPA ni? Owh my PRADA! Eh silap... Owh My Sony Cybershot!!! hohoho...(^,^)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...