31 March 2009

so mean~! :p


cuba perhatikan gambar ini betul-betul..
apa yang saya dan teman lakukan?
huhu~
really nice shoot.. :p

30 March 2009

EOS 450D

salam..

selesai Retailing test pagi tadi, saya terus jumpa Encik Ali. menanyakan hal berkaitan promosi Canon tu. dari apa yang saya lihat, Encik Ali macam menyokong je apa yang saya tanyakan.. means, dia suruh beli lah tu.. huu~ lagipun dah namanya broker slr kan? :p

test pagi tadi memang superb! saya dapat set soalan 2B, buka-buka terus dapat jawab. walhal semalam saya baca pasal Human Resource Management aje.. (copet note punya pasal~!)
itupun sampai ke pagi muka surat tu aje.. haha.. :) Dah la tak khatam-khatam..
apapun, itu juga satu usaha kan? cuma murni atau tidak sahaja yang membezakannya.. :p
Dapat soalan terus jawab soalan.. memang syok ahh! cuma terpulang kepasa Encik Ali samada saya dapat markah penuh atau separuh penuh.. huhu :)

berbalik kepada slr tadi, borang dari EOS Digital sudahpun saya ambil dan juga sudah diisi. rasanya tak sampai the end of this month saya dapat benda alah tuh. hope so lah!

29 March 2009

Visit lagi daa~


Salam. Kena keluar lagi, maknanya, duit pun keluar lagi.. Macam mana ye nak sekat duit dari terus terlabur? Huhu.. Jumaat ni mungkin, tapi depends on situation lah..

27 March 2009

CANON vs NIKON

salam..

antara dua pilihan ini, hanya Nikon yang melekat di hati..
NIKON NIKON CANON NIKON NIKON CANON CANON NIKON NIKON...
Canon pun cantik jugak.. entah la..
sila bagi pendapat untuk saya rungkaikan ke'mereng'an otak nih..
adeh~!


NIKON~!


apapun, i'm stick with Nikon..
okay~! :p

salam..

sepatutnya pagi ini saya harus ke Fakulti Hotel dan Pelancongan Uitm Shah Alam, ada forum dengan Chef Wan. sepatutnya lah.. TAPI....
bangun pagi tadi mata macam nak terus tertutup rapat-rapat.
macam tak nak terbukak. haih~!
sebabnya, saya tidur dalam pukul 4.30 pagi tadi.
duk menggatal dengan lappy dan internet men'browse' DSLR..
haa.. inilah kegilaan saya dua tiga menjak ni.

kalaulah mama tahu akan niat saya tentang DSLR ni, mampus saya.
mesti saya kena bantai dengan hanger.. hadoi!
tapi kan, kalau hati sudah berkenan, nak tidur malam pun asyik angau tentang DSLR tu, macam mana?
bagaimana lagi harus ku lalui hidup ini? chewwah~!
haaa... mama, help your daughter please..
saya sudah kemaruk ingin memiliki DSLR..
by hook or by crook, saya MAHUUUU~~!

pagi tadi saya dikejutkan oleh Chemps.
dia ketuk bilik tidur saya, katanya "zat, bangun cepat. cepat-cepat bangun"..
saya terjaga, tapi mata macam kena gam dengan gam gajah..
mak aii, berat sungguh nak bangun!
kuat betul penangan encik syaitan ni..

saya bangun, terus ambil kertas senarai nama dalam beg (pasal nak buat intersesi) dan terus bagi kat Chemps..
then, saya cakap apa entah.. chemps gelak.. erm..
mengigau agaknya mek zat nih..
"kak efa, orang tak nak pergi forum, sebab mengantuk.. boleh ke?"
itulah soalan yang terpacul dari mulut saya ni..
then chemps balas, "ikut awaklah zat"...
yeyey~~!! boleh sambung tidur balik.. (dalam hati ajelah)
kalau depan-depan takutlah.. huhu..
haa, sape suruh tido lambat?
itulah, duk menggila survey DSLR dalam internet..
hehe :p

semalam masa nak tidur, saya off handphone.
kasihan saya tengok si Sony Ericsson cyber-shot saya tu asyik on aje..
semalam jugak, saya biarkan dia tidur dengan saya.
lena dia tidur sampai pagi dengan tuannya sekali.. haha~!

saya terjaga jam 11.50 pagi tadi, itupun setelah dikejutkan oleh call dan mesej daripada Chemps.. lebih kurang macam ni lah mesej dia....
.........................................................................

mesej 1 ::
zat, awak ingat tak, ada talk dengan Canon yang Encik Ali suruh datang hari ni. wajib.

mesej 2 ::
kena jugak. baru nak start dengan Encik Ali.

mesej 3 ::
yang betul tu talk dengan Tesco. ingat tak yang Ikmal cakap dalam kelas kitchen?

mesej 4 ::
tak tahu la. baru start ni. kak tak dengar pulak orang kata betul. yang betul under kakak yang UPENA tu (kak Azatul Husni). okay kot. awak dengan yana aje yang tak datang. tadi pun ambil nama jugak.

mesej 5 ::
tak pe lah. awak jawab je lah dengan Encik Ali. bukan tak biasa monteng. hehe.

mesej 6 ::
baru je start. pukul 12.

mesej 7 ::
rugi tak datang. camera awak ada ni. hehe. specification dia.

mesej 8 ::
zat, awak kena beli model 450. Canon bagi fullset termasuk CD for editing. macam adobe. CD free with every purchase system. diorang akan bagi kat master kamera kita. bukan beli saja tapi tak tahu nak guna. dapat raw picture editor, boleh bubuh color sendiri.
..............................................................................

haa.. gila kan? sudah mereng otak saya..
asyik terkenangkan pasal DSLR ni je dua tiga minggu ni.
nak makan pun teringat pasal menda alah ni, tapi lalu aje saya makan.
cuma berat badan aje yang tak nak naik.. huhu (:

erm.. sekarang tengah fikir, tak tahu nak pilih yang mana satu..
whether Canon EOS 450D or Nikon D60..
walhal, harga sama aje.. haa, mana molek?

dari yang Chemps cakap tadi dan dari hasil survey saya, Canon bagus..
Nikon ni manja sikit.. itu saya tak tahulah betul ke tidak..

haa, dengar cerita mek Liyana pun dah berubah angin..
dari Nikon jom lah kita ke Canon..
bersemangat dengar Chemps bercerita tadi..
Canon kot yang menjadi pilihan saya..
tapi, saya dalam proses survey lagi..
tak nak lah terburu-buru, kang tak pasal-pasal saya rugi..

Canon Talk tadi adalah anjuran FPHP UiTM Shah Alam ni. rugi jugak saya tadi..
sekarang Canon ada buat promotion untuk student, dapat lah harga runtuh..
tapi, hanya lecturer sahaja yang berhak menjadi orang tengah..
means, kalau saya nak beli Canon EOS 450D tu, saya kena lah berurusan dengan Encik Ali tuh.. :)

anyway, hope my dreams come true.. insyaAllah..
my Mr Engineer nak support.. tq dear.. :)
hadiah sempena kerja baru yerp?

25 March 2009

jauh.. dan tak mungkin kerana SAYANG..


Setiba di
persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi

Yang patah tumbuh

Yang hilang berganti

Kau telah jauh.. jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harus ku akui
Ada ketika di minda, kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

(ALyah, TAK MUNGKIN kerana SAYANG~!)

.........................................................................................

jumpa juga akhirnya lagu siulan saya nih~~ haihhh..(mengeluh sikit)
lama jugaklah proses mencari, mendownload tapi tak pernah berjaya..
haa.. hari ini saya kongsikan dengan semua tentang lirik lagu ini..
pertama kali saya dengar lagu ni sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kelantan 2 bulan lalu..
saya jatuh hati terus..
entah, mungkin ada sedikit kena-mengena dengan hidup saya sejak kebelakangan ini..
erm.. anyway, i am keeping all my secrets..
kalau ada yang tahu pun, tak banyak lah.. :)
tentang rahsia hati kali ini, saya cuba sorokkan.. alhamdulillah.. dan saya berjaya..
bagi saya, kali ini tak perlulah saya kongsikan..
sebab ia akan melukakan hati banyak pihak..
saya relakan CINTA itu pergi.. bak kata seseorang yang saya kenali, I LET YOU GO..
go girl~! (:

21 March 2009

ini kenangan terindah.. :p

salam...

haa... jumpa jugak akhirnya off record picture nih..
itu pun saya curik-curik dari my friend's Facebook.. huhu~~
tengoklah budak kecik si baju hijau tuh.. dia lah yang lemas dalam laut takat peha tuh..
walaupun takat peha, tapi bergelen-gelen air masuk dalam perut tao~! masin gilak.... =)
haa.. tu je lah gambar yang ada..
:) kenangan di Pangkor Island.. (:


cerita PANGKOR ::: part 3

salam..

hari ketiga di Pangkor meninggalkan memori buat saya.. mungkin saya ni CUTE sangat kot sampaikan mereka semua berminat nak kenakan saya.. muahahaha~~! gila angkat bakul sendiri ahhh!!!
dihumban ke dalam laut oleh 5 jejaka yang bertubuh tegap dan besar macam giant..
terselam dalam air yang cetek (paras pinggang) membuatkan saya selsema untuk 3 jam.. huhu :p

sakit hidung saya tau.. pedih semacam aje.. :) tapi, itu juga kenangan kan?
dan kenangan itu tidak sama sekali membuatkan saya takutkan air laut..
kalau diberi peluang, ingin sekali lagi saya ke Pangkor.. tapi, entah bila kan?
honeymoon maybe.. huhu :)
:: saya cuba cari gambar ketika saya lemas, off record tapi saya tunjukkan juga ::

tak banyak aktiviti berjalan pada 8 Mac di sebabkan kami akan pulang ke Shah Alam..
so, semuanya buat hal masing-masing.. makan-makan untuk kenyangkan perut.. ada yang tak habis-habis shopping.. menghabiskan duit masing-masing termasuklah saya..
sampai ke Lumut saya shopping lagi.. haha~~ ;)
LUMUT is reminds me of someone.. huuu.. (:
hope i can see and meet him again.. who knows..
but, Allah knows better right? hihi~~

gambar pun tak banyak yang saya snap on the 3rd day sebab kamera saya dipegang oleh yana after saya basah lenjun.. huh~ anyway, nasib baik masa saya dihumban tuh semua barang tak ada dalam poket.. kalau ada handphone ke apa ke, habislah rosak.. wah.. hah~! masa tuh 5 jantan tuh haruslah ganti barang-barang saya tu.. nasib tak mati saya.. kalau tak, tersebutlah suatu kisah, seorang budak MATI lemas di Pangkor.. huhu :)

(semua gambar ada di FRIENDSTER hokei.. do visit me.. tq~~)

oOps satu lagi..
Restu Barakah yang saya naik hari tu memang best ahh.. serak suara saya tao~!
duduk saja di seat Restu Barakah, terus abang BAS pasang lagu..
hah apalagi geng saya memang gila melalak!
habis satu, satu kami nyanyi.. naik serak suara siap kena suruh cas bateri lagi.. haha..
memang trigger ah.. but, it was happening.. sudah la bawak bas macam naik roller coaster saja.. naik mual perut saya terpusing-pusing dalam bas tuh~!

semua orang sporting termasuk lecturer sekali.. siap tepuk-tepuk tangan lagi after habis nyanyi..
sampai kat Shah Alam, kami tak habis-habis menyanyi.. lepas geram gamaknya.. :)
semua orang tak tidur.. kalau ada pun, tak ramai lah.. agaknya bising dengar orang melalak, depa pun melalak sama.. hehe~~ semua lagu ada, melayu rock kapak, hindustan, moden, dangdut, irama malaysia dan macam-macam lah.. best kan Restu Barakah? huhu~~ :)


bye..
penat bercerita, mahu ke kamar dulu..

wahai mata, pejamlah seketika..
jam sudah 3.20 pagi..
:: ada mesej daripada IHZA ::
tidur-tidur!

19 March 2009

... (: ...

.........................................................................................................




.............................................................................................

cerita PANGKOR ::: part 2

salam..

ini pula cerita Pangkor part 2..

kalau nak ikutkan, saya memang tak cukup masa nak update semua sekali..
tapi, di sebabkan tak mahu entri jadi kulat dalam kotak draft, saya cuba sedaya upaya untuk 'publish'kan.. =)

hari kedua di Pangkor amat memenatkan saya dan seluruh ahli keluarga BCA 5..
on that day, bermula dari pagi sehinggalah ke petang, aktiviti kami padat dan pergerakan sangat terbatas di sebabkan kajian yang dilakukan menuntut kami untuk terus setia berada di Kampung Sungai Pinang Besar..
sebuah kampung yang penuh dengan penduduk..
(rasa saya, Pulau Pangkor ni sarat dengan penduduk sahaja, berbilang kaum pulak tu)

kami bertolak dari Pangkor Inn Chalet pada pukul 8.15 pagi dan tiba di kampung jam 8.40 pagi.. tak lama perjalanan yang diambil..
sebelum sampai ke kampung, kami dibawa oleh pakcik-pakcik van merah melalui (denai-denai dan gaung-gaung) yang memang menyeramkan dengan jalan yang bersimpang-siur.. laluan dalam hutan(macam jungle tracking pulak)..
sampaikan nyamuk pun gigit saya~! huhu..

sampai sahaja di kampung, kami terus dibahagikan kepada kumpulan yang telah di tetapkan (walaupun saya dan rakan adalah grup organizer, namun kami juga ada tugasan yang sama yang harus kami selesaikan).. saya dan Fatin Farah bergerak dalam satu kumpulan dan kami habiskan masa membuat kajian bersama selama kurang lebih 4 jam.. memang penat dan sangat dahsyat..
habis semua longkang kami langkah dan habis semua parit kami lompat~! hihi =)
but, it was really nice... kenangan tu.. :)

rumah pertama yang saya serang dengan Fatin Farah ialah rumah seorang surirumah seterusnya rumah-rumah termasuk rumah Tok Sidang, rumah orang India and so on..
habis semua soalan dalam Questionnaire paper tu saya tanya.. sampaikan naik serak suara saya.. pedih anak tekak saya.. nak bercakap dengan si Fatin pun saya teragak-agak.. simpan sikit suara untuk bercakap dalam dewan nanti.. nanti kang tak ada suara pulak saya nih.. =)

selama 4 jam lebih tu, macam-macam jawapan daripada respondens.. suka juga kalau jarang-jarang jadi pengkaji yang tak bertauliah sebegini.. macam-macam ulasan dan juga berbagai rintihan daripada penduduk kampung yang terpaksa kami dengar.. kalau ikutkan hati, mahu menitis airmata saya.. tapi saya tahan.. sedih betul kalau lihat kehidupan para nelayan.. jangan ingat nelayan tak ada perasaan tau.. mereka juga macam kita, hendak hidup senang tapi takdir berbicara lain.. dari apa yang saya dengar, mereka hanya berharap kepada keajaiban.. (kalaulah ada ahli politik yang turun padang kan? alangkah bahagianya mereka walau hanya sementara..)
sesudah kajian berlangsung, kami dikumpulkan di dewan dan makan tengahari bersama..
kami dijamu dengan laksa mee yang disediakan oleh penduduk kampung..
selesai sahaja makan-makan, saya dan Fatin Farah teruskan usaha untuk memenuhkan kolum kiraan kalori yang terpaksa saya isi untuk biro data analisis nanti (saya dengar-dengar repot sudah hampir siap..) tahniah untuk biro data analisis.. =p

seusai hal di kampung, kami bergerak dalam kumpulan menuju ke Tokong Cina, Kota Belanda, Kilang Sate dan macam-macam lagi lah.. yelah~!
takkan datang jauh-jauh tak nak enjoy kan?
di sana, situ dan sini, saya dan rakan memang tak lepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan.. bila lagi kan?? ;)

tamat sahaja bergembira, kami bertolak pulang ke chalet.. masing-masing hanya ingat katil aje kan?
sampai sahaja saya ke chalet, terus mandi dan bergerak ke kedai-kedai baju kat depan jalan dengan Liyana dan Fatin Farah.. mata ni macam tak nak pejam, padahal penat yang amat..
saya dengan selamba memborong itu dan ini sambil menghabiskan duit dalam dompet..
memang syok ahh~~! hihi ;p

malamnya, masing-masing buat hal sendiri.. ada yang karaoke then macam-macam lagilah..
saya dengan mimi dan ikmal ke gerai depan sana.. just duduk-duduk minum air.. :)
saya di kejutkan dengan ular kayu daripada ikmal.. hah~!! menjerit saya..
makcik owner kedai tu pun ikut menjerit.. (amboi.. melatah ye makcik?) huhu :p
semua orang dalam kedai berpusing ke arah saya.. haaa... siapa suruh menjerit..
nasib baik tak kena sampuk..
kalaulah saya kena sampuk, ikmal ibrahim lah yang kena bertanggungjawab.. huhu :)

penatlah bercerita.. saya nak pergi beradu dah.. buhbye!~
mengantuk.. =p

pose depan dewan~~ :)

budak-budak group 11

dengan Tok Sidang
(suka dapat hamper ye Tok?)
huhu.. :p

yana :: zat :: fatin :: chemps

halem :: zat :: fatin

me with liyana.. zoom by alem.. :)

credits to Liyana.. really nice with tired face.. huhu :)

hadapan Tokong Cina

with Fauzan.. nice edge.. :)

proses menghabiskan duit-duit..

16 March 2009

jom-jom makan!

salam..

baru sekejap tadi saya terima panggilan daripada seorang jejaka yang saya kenali dalam Restu Barakah.. kalau tak silap saya, semenjak pulang dari Pangkor tempoh hari, dia tak putus-putus menghubungi saya hatta tengah malam sekalipun.. bukan saya kisah.. sekadar ingin berkongsi sedikit rahsia hati.. (sikit aje okay~!) hihi :p
.............................................................................

sedang saya memungut baju-baju untuk dimasukkan ke dalam beg untuk tujuan hari esok, saya di kejutkan dengan satu panggilan dari IHZA.. jam waktu itu menunjukkan pukul 12.30 tengahmalam.. saya jawab.. berboraklah saya dengan dia kurang lebih 4 minit..
dalam rancak perbualan itu, dia bertanya apa yang akan saya lakukan selepas habis bercakap dengan dia on the phone.. then saya tak banyak fikir terus cakap yang saya nak makan nasi.. sebenarnya saya sangat lapar tapi saya tak ada selera nak makan.. (tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini saya jarang dapat habiskan nasi dalam pinggan..)
tak baikkan?? erm...
..............................................................................

selang 10 minit bercakap dengan IHZA, saya ke dapur..
ambil pinggan kaca warna merah, buka tudung periuk dan saya senduk hanya 1 senduk nasi sejuk.. (sikit kan untuk orang kurus macam saya nih?) huhu~~

lauk tadi hanyalah ikan patin masak tempoyak sejuk, budu dan nasi lah~!
itu sahaja menu saya.. saya jamah kombinasi tadi dan saya menangis.......
setiap suapan nasi yang saya jamah, berderaian airmata saya jatuh..
rupanya saya menangis laju.. memang saya menangis dan bukannya saya buat-buat..
dalam fikiran saya, inilah SESUATU yang saya cari selama saya berada di Shah Alam..
saya rindukan masakan mama~!!!!
saya rindukan semua yang berkaitan dengan mama saya..
saya rindukan MAMA!!
setiap suapan itu membuatkan saya terasa seperti tak mahu pulang ke Shah Alam lagi..
(tapi itu hanya mainan hati saya..)
mana mungkin saya hampakan mama..
.......................................................................................

dan saya menyesal kerana menolak ajakan mama untuk makan malam bersama-sama tadi..
(saya sibuk dalam bilik, sampaikan saya lupa akan mama dan abah yang sedang menanti saya di meja makan..)
mama, ampunkan saya..

dan esok, semoga kita bergembira seadanya..
walaupun saya pulang tergesa-gesa dan menangis kepenatan, namun di hati saya gembira!
gembira menatap semua wajah kesayangan dan kebanggaan saya...

:)

selamat malam semua!

15 March 2009

selesai juga HUTANG saya~!

salam.

tak tahu kenapa, hari ini saya sangat gembira. setiap saat saya senyum. dari saya turun bas jam 6 pagi tadi, saya tak berhenti senyum. perasaan itu datang bukan saya yang paksa. itu saya rela dari jiwa. mungkin juga saya dapat melupakan orang yang telah 'sedikit mencuri' hati dan perasaan saya sejak balik dari Pangkor.. alhamdulillah.. tak sikit tak banyak, cerita dia sudah hilang dari fikiran saya.. sedikit demi sedikit, saat ini saya mulai rasa yang jiwa Wan Hairy sangat mulia. dia faham hati saya.. dan saya tahu saya silap... :)
maafkanlah sedikit khilaf itu..


dan hari ini, saya keluar DATING dengan LELAKI ini...
peace~!!! hihii... :)
wan hairy, jangan jealous okay!


p/s :: esok saya bercuti ke................ selamat tinggal Shah Alam dan Machang~
wan hairy ikut jugak.. haha~! suke-suke.. :p

satu pesanan dari kotak mesej.. :)

salam.

" helo awak...best bercuti di Cameron? hehe..
sebenarnya saya mesej ni pasal nak cakap TQ atas kata-kata perangsang awak - ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MATAHARI, UNTUK BERIKAN KITA PELANGI YANG INDAH..(walaupun concept dan idea dia dah banyak kali saya dengar, tapi saya paling suka dan ingat yang ini..hehe..)
Sepanjang semalam, saya memang rasa marah dan kecewa, tapi bila saya teringat balik kata-kata awak tu, saya mula akur dan redha dengan apa yang dah jadi... Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya, dan satu hari, pelangi itu pasti akan tiba =) Alhamdulillah, saya dah bertambah okay hari ni, dan saya harap awak pun dapat release sikit stress awak. hehe... "
.............................................................................

mesej ini saya terima daripada seorang kawan saya.. dan saya harap dia baik-baik saja.. jangan di kenang orang yang tak sudi, kita juga yang akan merana.. saya juga akur dengan kata-kata itu.. lupakanlah cinta yang kita tidak pasti arah tujunya.. :)

14 March 2009

permisi untuk 3 hari




salam.

keputusan saya, mahu terbang ke kelantan!

selamat tinggal Shah Alam.. (:




=(


salam.

i'm not in MOOD today.

no idea.no entry.no no no.

saya mahu pergi menjauh...

13 March 2009

dan dia CINTA SESAATku.. (:


It must have made you so sad
To know that I was in love again
You saw the days that we had
Just wasn't good enough for you
When I gave you my world
You turn around and you hurt me tell me why..

Thought that she was my girl
I guess that they have seen the same

I was the one that gave you my heart
How did you turn around and play these games
No baby don't you cry look in my eyes
How did u feel when u gave my love away...

Now that I'm doing better, moving on with my life
You want to try to come around just to see you own it
You say you make me better, but all you do is lie
Cause every night you gone been creeping with another man

I don't want to be there waiting every night
Wondering if you are with another guy
If I was stick with you all my love again
You would only turn around leave me lonely

cerita PANGKOR ::: part 1

salam.

ini janji saya, banyak juga kisah dan hal yang saya ingin kongsikan masa sebelum, sedang dan selepas di Pangkor.. jom-jom kita pakat dengar dan baca okay.. :)

saya dan teman bertolak dari Shah Alam lebih kurang jam 8.30 pagi..
oleh kerana saya dan teman merupakan geng organizer, so kami tiba paling lewat..
orang lain dah sampai dan ada yang dah tido dalam bas lagik.. hihi~ biasalah organizer kan?
datang lambat-lambat barulah syok~!
malam sebelum malam bertolak tu saya and the gang tido lambat membungkus itu dan ini sebagai cenderahati untuk orang-orang kampung..
penat tu tak usah ceritalah..
yang penting, kami enjoy masa part MELILIN plastik tuh.. huhu :p
best sangat-sangat.. rasa macam duk tolong nenek kat kampung MELILIN kerepek ubi je..
hihi :)
pastu, malam sebelum bertolak tu, saya tido lambat jugak..
sambil-sambil tengok Keliwon, kami bahagikan goody bag biar sama rata..
supaya esok pagi senang nak angkut masuk bonet kereta..
dekat-dekat jam 2 pagi kot baru saya dapat lelapkan mata..
baju-baju pulak entah kemana lagik.. hihi :p
hati beria-ia nak pergi, tapi baju dan barang still tak kemas lagik..
rasa macam malas dan penat sangat dua-tiga minggu ni..
but then, sangatlah berbaloi.. :p

okay-okay..

panjang pulak cerita behind the scene nih..
saya nak cut the story ni.. malas karang panjang-panjang..
jap-jap.. nak tenangkan hati.. (sebenarnya tengah mereng malam ni.. tak tahu kenapa..)

waktu sore sesudah check in dan makan-makan..
wajib bergambar hokei.. hihi :p
saya ketika ini on my way to pulau apa entah kat depan teluk nipah tuh..
sayangnya, saya tak ber'snorkeling'..
tak pandai dan saya takut LANDAK LAUT..
kang tak pepasal saya menangis tak berlagu macam Diana..
Diana antara teman sekuliah saya yang diserang landak laut.. huhu :)
cian dia..

after turun bot, saya pergi serang Suzanne.. suruh dia jadi tukang fotografi.. sebab dia tak nak mandi laut, so kami pakat-pakat denda Suzanne.. senang aje dendanya, kami POSING cute-cute then Suzanne tukang 1 2 3 and CLICK~! huhu.. :p
naik jemu minah tu.. sabar lah Su.. geng gila kamera dan gambar.. biasalah.. haa ;)

si Faudzan ketatkan safety jacket saya sampai saya tak boleh nak bernafas.. saya dah la si kurus yang kecil molek.. lagi lah nampak kecikkk~!!
adeh.. :p walaupun jacket ni dikecilkan oleh si fauzan, tapi masih lagi nampak besar.. dan kalau saya jatuh ke dalam laut sekalipun, harus lah saya lemas.. :)

i like this pose.. gambar ni di 'snap' oleh cik Azizah, biro kebajikan saya..
huhu~~ tengah-tengah saya kusyuk main air, dia panggil and dia click..
really candid!

huhu~~ asyik-asyik gambar minah ni aje.. tak ada gambar orang lain ke? hihi :)
(dah ini blog saya.. nak buat maca mana lagik?)
mak huihh.. menjawab nampak! haha.. enjoy then... :p
..............................................................................................

PANGKOR's story part 2 akan menyusul... :)

12 March 2009

sebuah DIARI.. (:

salam..

hello there~~

malam ini saya mahu bercerita tentang kisah-kisah di Pangkor last few days.

but then, izinkan saya makan dulu ya!

lapar nih.. tadak sapa dalam rumah nih.. adeh laa.. (:
duduklah kamu sorang-sorang wahai cik zatul..
makan aje ape yang ade dalam peti ais tuh..
huhu..

erm.. bangun sahaja dari beradu tadi, saya jenguk ke ruang tamu, SUNYI dan SEPI..
sah-sah depa tadak.. menghilang entah kemana lah..
tinggallah saya seorang diri ( cett~~! macam sedih la pulak yee.. )

biasalah orang-orang yang berpasangan ni.. hii~~ :p
tak macam saya.. duduk goyang-goyang kaki aje kat rumah ni..
ye lah.. malas keluar punya pasal..
orang ajak pun kadang-kadang saya refuse~! :)
lagipun no money lah!
kalau keluar kang, money pun gatal nak keluar sama...


haaa... malam ni bukan ke ada Keliwon?
huhu~~ sah-sah NANTI saya bukak lampu banyak-banyak then saya duduk aje dalam bilik tu..

takut sat.. (:
okay-okay..
tak sabar untuk bercerita-ceriti ni..

:p

11 March 2009

salam.

hari ini lagak saya seperti tiada apa yang berlaku walhal dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu betapa saya di duga.. walau dugaan ini tidaklah seberat yang di sangka..
saya cuba yakinkan diri bahawa itu semua dugaan buat saya..
mana mungkin saya tinggalkan orang kesayangan saya kerna CINTA SESAAT itu?

:: walau BERIBU temanku,
CINTAKU
hanya SATU ::


cerita-ceriti di Pulau Pangkor akan saya karangi setelah semua tugasan dan urusan hidup saya selesai.. buat masa ini, masa seakan mengejar saya kesana-kemari.. penat dan penat~
sedaya, saya akan cuba untuk pastikan semua orang kesayangan saya dan orang sekeliling saya bergembira.. insyaAllah~~!

dan.. saya mahu melelapkan mata buat seketika :)
selamat siang semua~~!

morning~!

salam..

pagi ni saya bangun seawal jam 4.30 pagi.
niat di hati mahu menghabiskan pembacaan nota CTU yang tergendala akibat rasa mengantuk yang amat.
entah mengapa perasaan saya pagi ini lain macam.

huh~ tak payah la saya cakap apa perasaan tu.
kita lupakan.
tak berapa penting pun kalau saya bincangkan di sini.. (:

pagi ni saya hanya mahu hadiri kuliah CTU then saya mahu pulang, ponteng 2 kelas : Research Methodoly dan Food Law.
rasa tak ada semangat nak hadir 2 kelas tu.. bolehkan?
tapi, saya bukan jenis yang lemah semangat~~
saya mahu tenangkan hati dan perasaan. tekanan dan tekanan..

okay then, saya pergi dulu..
banyak benda yang nak kena fikir lately.
otak saya tengah jam~~
saya mahu MAMA ada di sisi..
hanya dia bisa leraikan kekusutan fikiran saya..
MAMA, i really miss u.. :)

dan..
RESTU BARAKAH menemukan saya dengan jejaka idaman..
terima kasih... :)

09 March 2009

tag from suffyan razzaq

salam..

balik sahaja dari Pangkor semalam, terus saya di tag oleh mr.suffyan..
penat pun masih ada tapi tak mengapa..
mari-mari kita kongsi sama-sama k.. :)


1. hubungan anda dengan si dia?
::: sepasang 'pasangan' yang di restui..

2. di manakah kali pertama anda dan si dia bertentang mata?
::: BBQ at his office. tak pernah jumpa pun sebelum ni.. (:

3. bilakah dan dimanakah lokasi terakhir anda dan si dia menghabiskan masa bersama-sama?
::: at PANTAI CAHAYA BULAN with my siblings last few months..

4. berapakah usia perkenalan anda dan si dia?
::: 8 months 14 days..

5. berapakah usia perhubungan serius anda dan si dia?
::: 8 months 5 days.. (:

6. umur anda/si dia pada tahun 2009?
::: 30 tahun / 23 tahun (ok kan?) hehe~~

7. tugas hakiki anda/si dia sekarang?
::: pelajar UiTM Shah Alam / jurutera wilayah timur (roadcare)

8. dalam masa 5 tahun dari sekarang, apakah yang anda/si dia sedang lakukan?
::: Allah knows better. mungkin dan mungkin. menjadi sepasang pasangan... :p

9. adakah anda/ si dia cinta pertama si dia/anda?
::: tidak.. he's not my first LOVE.. tapi dia sebaliknya.. :)

10. jika si dia berada di samping anda sekarang, apakah yang anda mahu lakukan?
::: bagi 'hadiah' yang saya beli dari Pangkor semalam.. just for him.. (:

11. pesanan terakhir dari anda kepada si dia?
::: relax dan baca ayat Kursii banyak-banyak. 1 hour 15 minutes, good luck my dear (pukul 1.45 petang/Isnin/9 Mac 2009)

12. pesanan terakhir dari si dia kepada anda?
::: za, wish me best of luck~! (abang pergi jumpa mama hari ni)

13. perkara yang paling membuatkan anda mengingati si dia?
::: lagu Hanson ' I WILL COME TO YOU'...
::: cincin dan subang
::: white cap
::: noodle station KBMall and KB
::: silap panggil nama, not khairi but hairy..
::: lagu MAIN HATI by andra and the backbones
::: peristiwa 4 JULAI 2008, Jumaat pagi..
::: banyak lagi lah~~!!

05 March 2009

ke PANGKOR ISLAND...


salam.

bermula hari esok, saya akan berada di Pulau Pangkor selama 3 hari.
apapun kawan, doakan saya dan teman-teman sejahtera aman damai tanpa persengketaan.
maklumlah, kita tidak tahu apa nasib yang bakal kita hadapi.
semoga ianya baik-baik saja.
sesungguhnya, saya sudah tawar hati...
apa berlaku, biar berlalu.

semoga saya selamat pergi dan kembali pulang.. :)

selamat jalan teman~~

p/s ::
saya sungguh tidak sabar dengan keputusan tengahari esok..
dan saya mohon semoga ianya juga baik..



wedding card

salam.

mesej pendek daripada mama pagi tadi,


long, ada kad jemputan kahwin atas nama long.
mama tak buka pun lagi.



siapa yang nak kahwin pun saya tak tahu.

apapun, saya ucapkan selamat pengantin baru buat si dia..

02 March 2009

Hati saya kering!



Salam.

Sejak dari hari perbalahan budak-budak kelas saya pasal trip ke pulau pangkor, hati saya menjadi tersangat kering.

Hancur.

Remuk.

Berkecai.

PECAH seperti gelas kebanggaan saya itu..
(dalam gambar)


Saya malas ambil pusing hal kelas saya lagi.
Kini saya menjadi saya, yang tiada siapa boleh menjadi saya.
Selagi terdaya, selagi itu saya senyum.
Saya tinggalkan hati parah saya itu bersama langkah-langkah baru yang bakal saya derapkan.. Tiada siapa yang boleh mengubah pendirian saya.
Teman, maafkan saya kerna hati saya sudah menjadi batu..
Terciptanya sikap ini dek kerna perangai bodoh semua..
Apapun, terima kasih kepada wan hairy kerna menamakan mereka semua kepada 'stupid idiot'...
dan ketika entri ini diposkan, saya sudah tiada kena-mengena dengan mereka.
mereka masih sahabat saya.
cuma entri ini sengaja saya biarkan berkulat!

01 March 2009

dine out..


salam..

semalam, saya bersama teman sekuliah ke restoren ini..

:: PASSAGE THRU INDIA ::

ini sebahagian dari kerja sekolah saya untuk kursus Asian Cuisines..
biasalah.. nama pun 'student chef'..
kenalah saya merantau dan merempat di kedai makan even dengan tangan kosong!
al-maklumlah duit pinjaman saya belum release lagi..

kedai ini memang kedai makan orang india.. (perlu ke saya state? hehe~~)
apa yang saya tengok, ramai jugak pelancong asing dan sebahagiannya Cina dan juga Melayu..
Indians tu tak ramai mana lah!
kedai yang paling klasik bagi saya.
sangat malap dan gelap.
sesuai untuk jiwa-jiwa yang kosong, yang perlukan kedamaian..
live performancenya sungguh menawan hati saya dengan buaian lagu-lagu india..
jika saya di beri pilihan, kedai ini akan menjadi pilihan ke-7 dari 10 pilihan..
harap maklum~!
hihi...
lain orang lain ragamnya kan??

malas mahu omong kosong~
jom kita layan gambar~!
(sila layari friendster untuk gambar lain)
(:


@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...