29 April 2009

Okay tak?


Saya berkenan sangat dengan rantai tu. Masih baru di pasaran, agak mahal jugak lah. Kalau lah ada sesiapa yang baik hati mahu sedekah rantai itu on my birthday ni kan bagus. Huhu.. Memang i will lebiu u lah.. Haha... Gilak~

the latest of miss zatul.nani (:

salam.

di pagi yang hening, saya tak study pun~!
haa.. duk memain dengan blogger.
sebabnya, saya kan BLOGGEREST!
siapa kisah? hehe.. :p
anyway, okay-okay nak berlalu dulu.
mahu ke MEJA BACAAN hokei~
mahu STUDY lor.. tata.. :)

my precious image~ ILLY AMALIN
my LOVED ones ;)
budak KECIK si rambut MAGGI




..biarlah hanya GAMBAR yang berbicara.
sebab, HATI saya ke RETAILING NOTES.
esok PAPER pagi wei. haa~~
buhbye..

27 April 2009

27 April 2009, 9.13 am

salam.

happy-happy pagi ini sebab kembar saya........ (sila baca mesej di bawah~ tq.)

salam.
Cik Zat, sila buat pengumuman kepada kawan-kawan 5 Adil 2 ye.

Amirah sudah selamat melahirkan baby boy pada 9 April 2009 secara normal.
siapa-siapa yang mahu melawat, sila ke rumah beliau sebelum 2 Mei 2009.
tq.

ehehe~ kembar saya yang seiras tu sudah ada baby.. baby boy lagik. aih~
erm.. macam mana nak pergi ke rumah beliau ye? sebab saya kesuntukan dengan exam papers lagik. tak apa lah.. saya wish dari kejauhan. semoga beliau selamat sentiasa dan bahagia sebagai isteri dan ibu. insyaAllah. wink* :p

26 April 2009

ayyo~!

salam.

selamat tengahari semua..
hari ni tak ada exam paper, so kerja saya hanyalah tidur dan tidur. sebab semalam sampai ke pagi tadi saya mem'browse' servis fotografer berkaitan majlis yang bakal berlangsung akhir bulan Mei ni. fuh~ hajat di hati memang nak bangun lambat. saja-saja malas nak study. tahu-tahulah paper retailing, susah juga wei tapi saya buat tak tahu saja. haha.. kalau tak boleh jawab nanti, padan dengan muka saya.

tadi bangun pukul 10.25 pagi, saya call wan hairy, bertanyakan khabar dia. penat katanya sejak balik dari Temerloh semalam. biasalah kerja PENURAP jalan ni kan? hihi.. padan muka awak. lepas cakap-cakap 5 minit dengan dia, saya on kan lagu NUR KASIH by InTeam. dengar sekejap. dalam hati rasa ingin jadikan ia lagu blog. tapi tak tahu lagi, sebab lagu Thinking of You ni pun masih baru. tengah syok-syok dengar lagu tu, handphone saya senyap. aikk~! pasaipa weeiiii? lorh.. mama call rupanya. huhu..

tapi dalam hati, ALAMAK~!! mati aku.. suara serak ni. kalau mama tahu saya baru bangun, confirm kena bebel tahap dewa ah.. haaa.. kalut-kalut saya cari air nak minum, mana tahu boleh cover suara saya tu. huhu.. katanya kat office dia ada sampai surat temuduga untuk saya. dari SPA. waa... ini link dia.. PENERBIT RANCANGAN B27. camane nih? saya pun tak tahu zaman bila saya minta jadi Penerbit Rancangan ni. kalau dulu adalah, sebab tadi saya log in ke status pendaftaran, tak ada pun dalam list. yang terbaru pun tahun 2008 bulan 8. entah mana dia korek lorh.. yang menjadi masalahnya kepada saya, saya harus ke:

RADIO TELEVISYEN MALAYSIA PAHANG (RTM),

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA
PETI SURAT 152
25710 KUANTAN
PAHANG.

mak aii. jauh tuh~! bukan apa, hari sebelumnya tu on the 10th of May, saya ada paper. my last paper is on that day. camane nak terbang ke Kuantan ni? alahaii... sudah tu, tiket flight saya 14 Mei, sempat ke? sempat ke nak melayang ke sana ni? sempat ke study ni? alahaiii... nak study apa ye kalau dalam hal ni? sudah sudah.. alamak tak lulus lah saya nanti. fuh~! entahla.

sebenarnya bidang ni bidang mama, dia yang tahu semua bab-bab rancangan ni. sebab mama merupakan Penerbit Rancangan di Radio Kelantan FM. saya cuma apply saja. gedik-gedik. huu.. bukan mahu sangat pun. kalau adapun, just teruja sebab saya anak kepada Juruhebah. penyampai radio yang tersohor di Kelantan. masalahnya sekarang, anak mama ni bukan dalam bidang ni. mati sat saya. apalah nak jawab masa exam nanti. apapun, saya akan buat yang terbaik. mana tahu kot-kot ada rezeki kan? hurm.. :) do pray for me friends..

ini dia sukatan peperiksaan. kena berlakon beb~!! mati lah saya nanti. saya ni kalau berlakon, mesti gelak-gelak lah. babak orang nak mati pun saya boleh gelak.. camana nih? aihhh~~~~

SUKATAN PEPERIKSAAN:

peperiksaan ini mengandungi 3 bahagian.

BAHAGIAN 1
seksyen A- aneka pilihan
seksyen B- karangan
seksyen C- terjemahan
seksyen D-penerbit rancangan

BAHAGIAN 2
seksyen A- suara
seksyen B- penyampaian

BAHAGIAN 3
penerbit rancangan radio
penerbit rancangan tv
penerbitan berita
penerbitan filem

haa... macam trigger je ni. mama, help me.. tak reti lah..
entah la. malas fikir lah. relaks je.
nak pegi makan pulak. tata!

tapi, kena berlakon... tanakkkkkk~!

24 April 2009

..thinking of you~

salam.

lama betul saya cari lagu ni, "THINKING OF YOU". akhirnya saya jumpa juga. kalau tak silap saya, masa saya form 3 dulu, sebelum ke kelas malam, saya selalu dengar Pilihan Bersama di Musik FM (dulu di kenali dengan Radio Musik). tiap-tiap malam saya dengar lagu ni. tapi saya tak tahu siapa penyanyi yang menyanyikan lagu ini. tiap-tiap malam jugak saya buka radio mana tahu kalau-kalau penyampai radio ada menyebut.. tapi, hampa.
sehingga sekarang, sudah masuk 8 tahun, baru saya jumpa penyanyi yang membuatkan hati saya mahu menangis (pabila dengar lagu ni).
tak tahu lah, semenjak pertama kali saya dengar lagu ni, saya seakan-akan mahu menangis (tapi,tak menangis lagi okay~!). bukan apa, melodi dia memang membuatkan hati saya relaks. dulu pernah saya tanyakan kepada LIYANA, sewaktu saya di tahun pertama di UiTM Dungun, Terengganu akan siapakah penyanyi lagu ini. liyana suruh saya nyanyikan serangkap, saya nyanyilah~ tapi, dia pun tak pasti. masa tu, alahai... hampa lagi. lama betul saya cari lagu ini. sampaikan terasa seperti buronan. tapi apapun, kini saya puas.. lagu ini sudahpun menjadi nada dering saya (saya cut and edit jadi nada dering dengan sonic).
jom KONGSI lirik.. thinking of you by ATC
.............................................................................................

Thinkin' of you I'm thinkin' of you
All I can do is just think about you
Thinkin' of you I'm thinkin' of you
Whenever I'm blue I am thinkin' of you

No matter how I try I don't find a reason why
Believe me it's no lie
I always have you on my mind
No matter what I see guess where I wanna be
Love is the answer I will find

Thinkin' of you I'm thinkin' of you
All I can do is just think about you
Thinkin' of you I'm thinkin' of you
Whenever I'm blue I am thinkin' of you

No matter where I go
This is the only show
I'd like to be a part
Come on and take my heart
No matter where you are
Baby I can't be far
Cause I'll be with you all the time

Thinking of you
Think about you all the time

This feelin' deep inside
When you're right by my side
I'll always be with you
Believe me this is true
Whenever we apart
You're deep with in my heart
Cause you'll be with me all the time

Thinkin' of you I'm thinkin' of you
All I can do is just think about you
Thinkin' of you I'm thinkin' of you
Whenever I'm blue I am thinkin' of you

No matter where I go
This is the only show
I'd like to be a part
Come on and take my heart
No matter where you are
Baby I can't be far
Cause I'll be with you all the time

Thinkin' of you I'm thinkin' of you
All I can do is just think about you
Thinkin' of you I'm thinkin' of you
Whenever I'm blue I am thinkin' of you

Thinkin' of you I'm thinkin' of you
Whenever I'm blue I am thinkin' of you

Thinkin' of you I'm thinkin' of you
Whenever I'm blue I am thinkin' of you

...................................................................................

nice tak?

salam.

ini sebahagian dari kaktus yang adik saya si tangan sejuk tu jaga.
ada lagi pohon strawberry dia, siap berbuah lagi.
okay then, cantik kan? :)





p/s : tetiba rasa nak FLY ke Kota Bharu lah pulak.. tiket dah beli nii... :p

22 April 2009

lappy's wallpaper

meeting you was fate.
becoming your friend was choice.
but, falling in LOVE with you was completely out of my control.
sayang, JUN bakal menemukan kita.
hope everything will be alright.

21 April 2009

teruja~

salam.

malam ini memang saya sangat teruja.
segala penantian saya bakal berakhir.
kepada yang sudah sedia maklum, biarlah hanya kita yang mengetahui.
okay.
shut-up!!

::merah-merah-kuning-hijau-kilatkilat::

haa.. jom ke SSF Kota Bharu.
:)

man's best friend (:

esok tengahari ye kita ke sana..
ini malam mahu rehat, esok pagi juga begitu.



si chubby izhar hafifi.. (:
si chubby yang selalu gelarkan saya Budak Kecik..
:p

:: perempuan -v- dunia ::

salam.

penatnya hari ni kan? macam-macam benda yang berlaku.. aduhai..
kadang-kadang sampai naik pusing kepala kalau di fikirkan..
hidup di dunia semakin hari semakin rasa tersepit..
kenapalah tak semua orang baik kan?
kalau semua orang baik, alangkah bagusnya hidup ni. harmoni saja.
tak adalah perang saudara mahupun persengketaan seperti peristiwa 13 Mei tahun 69 tu..
aik.. apasal tiba-tiba ada kaitan dengan dengan negara pulak nih? huhu..
kalau nak ikutkan integrasi kaum, memang dah gagal dasar kerajaan ni. urm... entahlah.. masing-masing selalu nak ikut kepala sendiri.
mereka fikir hanya mereka yang boleh menguasai dunia juga keadaan..
kenapa mereka ni kosong sangat?
cubalah sekali-sekala mencemar duli, turun padang, sesekali bergaul dengan golongan bawahan.. tak adalah kita ni jadi macam orang bongkak, tak pun, syok sendiri. kan?
kalau hidup hanya nak fikirkan tentang diri-sendiri, tak kemana pun kamu..
tak melebar otak kecik kamu tuh!
bukanlah saya nak mengata kat siapa-siapa, mahupun sesiapa yang terasa.
saya cuba untuk berlaku adil dengan semua orang. ini pun salah ke?
ada lagi ke manusia yang nak pertikaikan?
salah ke kalau sesekali saya berbuat kebaikan yang tak seberapa ni?
saya sekadar memuaskan banyak hati. yelah.. saya tahu, saya pun macam kamu jugak.
kalau saya cerdik, kamu juga tak bodoh. iyakan?
kita semua tak sempurna waimah kita ni sempurna fizikal dan tubuh badan.
adakalanya kita terpesong jauh, akibat terlalu mengagungkan kebendaan, akibat terlalu banyak gaul dengan golongan atasan.
saya tahu, saya bukannya baik. peribadi saya bukanlah setanding dan semulia wanita zaman Rasulullah dulu. saya hanyalah manusia biasa, manusia yang akan mati sama juga macam kamu nanti. cuma, apa yang saya dambakan, bukalah mata kamu lebar-lebar seluas yang kamu mampu. perhatikanlah juga orang-orang yang dalam kesusahan yang amat memerlukan pertolongan kecik kamu yang juga tak seberapa tuh...
bak kata pensyarah saya, OTAK juga harus di JUSTIFY, jangan hanya assignment..
jangan hanya menganggap kamu tu sebagai ENGGANG yang sentiasa megah di awangan.. fikirkan juga tentang GAGAK yang bakal mati kelaparan..
walaupun ia di anggap KOTOR oleh ENGGANG seperti kamu, namun ia juga punyai hati dan perasaan.. bukan seperti kamu yang beku hatinya.. salam..

(sekian, tazkirah saya kali ini..) hii :p
:: hanya nak bagi KESEDARAN kepada yang BERAKAL sahaja... :)

terima kasih awak~

salam.

mesej 1 - 21 April 2009, 2.15 am
:: laa awak tak tido lagi ke? esok pagi ngantuk kang..
pas cover CTU terus tido tau..
dapat sekejap pun jadi lah..
nanti badan letih, nak jawab soalan pun susah..
and satu lagi, tak mungkin arr saya lupa kat budak kecik-kecik ni.. ::

mesej 2 - 21 April 2009, 4.51 am
:: okay. awak dah tido.
bagus-bagus. saya pun tido gak arr.
good luck esok tau. all the best..
nak cakap, belum buat exam lagi awak dah bagus..
sebab, dengar sini..
excellence means when people ask more of themselves than others do..
so, awak dah excellent arr..
sebab awak dah bekerja keras lebih dari apa yang orang lain harapkan.
good luck lagi sekali..
take care.. nite! ::
.............................................................................................

terima kasih teman.
saya amat mengharapkan sokongan sebegitu.
memang semalam saya bekerja keras.
sebab saya mahu cover semua nota yang belum saya habiskan pembacaannya.
examination papers hari ini membuatkan saya seperti melayang-layang di udara.
saya seperti hilang fikiran. otak saya kosong sekosong-kosong kotak yang kosong~
bukan saya tidur sewaktu awak call, tapi tak mahu awak menemani saya di pagi hari atau mengharapkan apa-apa daripada saya. saya berjaga hingga ke pagi. hingga ke saat saya menuju ke dewan peperiksaan.

izhar hafifi zainal abidin,
thanks for being there for me. makes me happy, makes me laugh, makes me feel alright. honestly speaking, you are my greatest best friend. the only one man's best friend for me. we're here because of Pangkor Island..
wan hairy,
izhar hafifi sahabat kita. jangan sesekali kamu mencemburui kehadirannya dalam kehidupan saya. saya juga amat menghargai kamu. saya hargai segala duka dan suka yang kita lalui..
dan saya akan tetap bersama kamu..

20 April 2009

crave for it.

salam.

i'm waiting for this, this, this and this.
the day after tomorrow maybe~














owh MASA, cepatlah berlalu.
ringankanlah segala kekusutan ini.


ku temukan di sudut malam
ku lihat dia sedang menangis
sedang menangis, sedang menangis


sudahlah~
jangan menangis lagi.
dengarlah~
aku di sini.
sudahlah~
lupakan masa lalumu wahai gadis.

20 APRIL 2009, 8.17 pm

salam.

''HARI JUMAAT NI MAMA BINCANG DETAIL DENGAN FAMILI PASAL AWAK.
LEPAS TU BARU BOLEH TANYA KHABAR. OK.''

message from my mama.

hoh. gapo nih?
gege gepoks wes~!


regret :(

salam.
separate is nothing at all~!

Sejauh mana ikhlasnya hati
ketika lembut senyum diberi
apakah ada tujuan
sebalik senyuman ini

Sejujur manakah kata-kata
ketika kita bertentang mata
bolehkah aku percaya
ini bukan satu sandiwara
kerana sering
pengucapan zahir batin tak seiring
ada rasa
ada jiwa
terluka hilang rasa percaya

Pengalaman telah mendewasakan
mematangkan fikiran
pahit getir yang pernah di lalui
guruku sejati

Bukan dirimu ku curigai
aku sekadar berhati-hati
tidak rela bakal ada
antara kita yang kecewa

biar waspada..

p/s ::
jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilanda ombak!

Stress


:(

19 April 2009

aku terima nikahnya...

salam.

payah sungguh nak cari buku ni. serata kedai buku saya cari, semua habis stok. payah bebenor kate orang Perak. ye ke? (orang Perak tolong betulkan kalau salah. hihi)

but, one day, saya harus miliki buku ini. susah payah saya mencari biarlah berganti kan? bergolok-bergadai pun saya rela. yang pastinya, haruslah duit IBU yang akan melayang. haha..

apapun, kahwin lambat lagi.. hehe (:

Buku ini menghimpun coretan rasa dan pengalaman seorang bapa
dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan.

go girl. u can... :p

.. tolong saya untuk lupakan awak~!
(dialog bersama STARIAN's boy.. ('',)


Girl, girl I'm goin' outta my mind
And even though I don't really know you
I must've been runnin' outta time
I'm waiting for the moment I can show you
And baby girl I want you to know
I'm watching you go
I'm watching you pass me by
It's real love that you don't know about

Baby I was there all along
When you'd be doing things I would watch you
I picture you and me all alone
I'm wishing you was someone I can talk to
I gotta get you out of my head
But baby girl I gotta see you once again, again
It's real love that you don't know about

Girl, girl I'm goin' outta my mind
And even though I don't really know you
I must've been runnin' outta time
I'm waiting for the moment I can show you
And baby girl I want you to know
I"m watching you go
I'm watching you pass me by
It's real love that you don't know about

Every night when I would go to sleep
I couldn't stop dreaming about you
Your love has got me feeling kinda weak
I really can't see me without you
And now you're runnin' round in my head
I'm never gonna let you slip away again
It's real love that you don't know about

Every now and then when I watch you
I wish that I could tell you that I want you
If I could have the chance to talk wit cha
If I could have the chance to walk wit cha
Then I would stop holding it in
And never have to go through this again, again
It's real love that you don't know about

Girl, girl I'm goin' outta my mind
And even though I don't really know you
I must've been runnin' outta time
I'm waiting for the moment I can show you
And baby girl I want you to know
I"m watching you go
I'm watching you pass me by
It's real love that you don't know about

Today when I saw you alone
I knew I had to come up and approach you
Cuz girl I really gotta let you know
All about the things you made me go through
And now she lookin' at me in the eye
And now you got me hopin' I ain't dreamin' again,

Again
It's real love that you don't know about

Every now and then when I watch you
I wish that I could tell you that I want you
If I could have the chance to talk wit cha
If I could have the chance to walk wit cha
Then I would stop holding it in
And never have to go through this again, again
It's real love that you don't know about

Girl, girl I'm goin' outta my mind
And even though I don't really know you
I must've been runnin' outta time
I'm waiting for the moment I can show you
And baby girl I want you to know
I"m watching you go
I'm watching you pass me by
It's real love that you don't know about

You're the one that I want and no one can take

It from me
No, no, no, no, no
Even though I don't really know you
I got a lot of love I wanna show you
And you'd be right there in front of me
I can see you passin' in front of me
No, no, no
Girl I need your love
Baby I need your love

selamat study to all my classmates.
:p

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

15 April 2009

no post~~

salam.

mulai hari ini, no entry lagi.

saya mahu rehatkan diri. menenangkan fikiran. juga merungkai segala kekusutan.

esok pagi saya terbang pulang ke Shah Alam, terus, saya mahu fokuskan kepada study.

exam sudah tiba di permulaan. doakan saya aman dan bahagia.

juga, doakan kecemerlangan saya. tq~

:)


14 April 2009

ada apa dia?

salam.

haa. kenapa?
tunggu saja 22 Mei 2009 nih.
biarlah bulan berbicara sendiri.
jangan tak layan pulak ye.
okeh. bye!

monolog pagi selasa

mohon secebis kasihan, janganlah aku di lupakan.
kerna kita, bercinta di persimpangan...

11 April 2009

owh.. kangen nye!

salam.

ini dia ILLY AMALIN (:
...budak kesayangan saya tao~!

pagi tadi, penat belum hilang, terus saya ke rumah si kecik ini.
culik dan bawa hang-out ke Kota Bharu.
saya bawa dia pusing-pusing in town, sampaikan saya ter'pusing' kepala melayan.
banyak cakap betul si kecik nih. pot pet pot pet.
aihh.. dah maju. dulu nak sebut along pun jadik adommm.. huu (:
anyway, we love you dear.. :p

tengoklah aksi-aksi si kecik nih. lincah. termenung pun ada. dah pandai posing katakan.
yang PENTING, rambut tuuu.. :)
macam MAGGI~~~





on my fiance's birthday... (:

salam.

hari ini bersamaan dengan 11 April 2009, hari Sabtu bersamaan juga dengan tarikh hari lahir Hairy. tak banyak yang ingin saya garapkan. semoga abang sihat-sihat selalu. always mark your word, take this chance and never ever look back! jadikan semua yang lalu sebagai pengajaran dan juga sebagai pengalaman hidup..

:: PENGALAMAN TELAH MENDEWASAKAN, MEMATANGKAN FIKIRAN. PAHIT GETIR, YANG TELAH KU LALUI, GURUKU SEJATI ::

(petikan dari lagu CINTA ITU BUTA)


at the age of twenty, we don't care what the world thinks of us.

at thirty, we worry about what it is thinking of us.
at forty, we discover that it wasn't thinking of us at all.
so dear, make today as your gorgeous day.
i'll be there with you always.. :)


May you live to be a hundred and may the last voice you hear be mine.
I LOVE YOU. insyaAllah sayang!

anyway,

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE - 30 TAHUN

lots of love,
zatul hernani..
your future soulmate! (:

mama oOoo mama.. :)

salam.

pagi tadi saya tiba di stesen bas Machang lebih kurang jam 5 pagi. sakit memang sakit. habis tubuh saya sakit-sakit. tetapi bila terkenangkan rumah, saya happy! memang saya suka balik kampung. menenangkan diri di rumah sendiri adalah terapi paling best bagi saya. okeh. mahu rehat yeah. ops! sampai je kat rumah pagi tadi, terus saya terpandang kaktus yang saya beli di Cameron Highlands tempoh hari. segar. cantik. pandai adik saya si tangan sejuk tu jaga. buah strawberry dia pun berbuah cantik. okay.. nanti saya snap on that okay.. hee.. :)

hurm.. today is my fiance's birthday. yang ke 30 tao~! pstt.. jangan gitau sesape yerk..
hehe... sebab dia sudah TUA.. huhu :p

09 April 2009

selesai jua.... :p

salam..

fuh~! sebentar yup.. mahu tarik nafas lega. pagi tadi selesai sudah presentation BEL 442 saya. slides ada 5 sahaja, tapi menghafal dan mengingat bagai nak rak. sakit anak tekak saya duk mengulang ayat yang sama sejak dari malam semalam. alhamdulillah pagi tadi settle akhirnya. dengan terketar-ketar lutut turun tangga dengan liyana, padahal bukan tak pernah tak present pun. tiap-tiap semester present kat depan, tapi kepala lutut nih asyik ketar aje. huiss.. nervous semacam, walhal semua orang dalam kelas saya tu dah macam adik-beradik. nervous memang nombor satu!! tak suka betul lah.. anyway, tadi saya ada suruh si Ida Farida snap gambar semasa presentation.. haa... esoklah saya uploadkan.. okay~

p/s :: esok visit ke MAGIC TASTE after solat Jumaat. ada siapa-siapa mahu tolong drive ke sana? ke Subang Permai ye.... :) nite!

07 April 2009

bukan cinta biasa.. (:

Begitu banyak cerita . Ada suka ada duka. Cinta yang inginku tulis. Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza. Masalah pun tak sama. Ku tak ingin dia ragu. Mengapa mereka selalu bertanya

Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya..

Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin. Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya

Janji terikat setia. Masa merubah segala. Mungkin dia kan berlalu. Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula. Ku pasti tiada yang curiga. Kasih kan hadir tiada terduga. Hanya yakin menunggu jawapan

cik lin's UP.. (:

salam.

ketika sedang kusyuk mengacau kuah 'green curry chicken' dalam kelas pagi tadi, saya terima satu panggilan daripada teman sekolah rendah dulu, cik marlina ainie. untuk pengetahuan semua, teman saya ini merupakan classmate saya sewaktu saya berada di tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas. lama sungguh dia tak hubungi saya, saya juga begitu. kami sama-sama menunggu dan menanti siapa yang dulu antara kami yang concern.. hihi.. (makanya, saya lah yang tak concern ye?) bukan begitu teman.. waktu yang cemburu sebenarnya.. :p

berbalik kepada cerita teman saya tadi, katanya dia juga tunangan orang. dan dia amat terkejut pabila mendengar 'sesuatu' yang istimewa daripada saya. iya.. saya sudah tidak bersama dengan Hairul Nizam lagi. itu pasti ye.. namun antara kami masih baik dan tidak pernah ada persengketaan. cuma, hubungan 'baru' yang memisahkan saya dengan dia.. :)

sedang asyik ber'pot-pet' dengan cik marlina ainie(dengan tangan kanan memegang senduk mengacau kuah takut kalau-kalau santan pecah), saya di kejutkan dengan kehadiran pensyarah saya dari belakang. hoo masa tu memang kecut perut saya then terus saya tekan CALL END. bukan takut apa, just takut kena CUBIT oleh Encik Ali. iyelah.. Encik Ali selalu cubit saya tao~! sakit maa...tapi Encik Ali baik hati sebenarnya.. tapi yang pasti, kasihan cik marlina, haruslah dia cakap sorang-sorang kan? hii.. sorry dear lin.. :)

selang beberapa minit, cik marlina mesej dan dia cakap dia nak tengok rupa bekas kekasih hati saya tu. untuk tidak menghampakan cik marlina, haaa ini dia Encik Noor Hairulnizam.. saya pun tak tahu mana lagi saya simpan gambar-gambar dia, cuma ini yang saya jumpa..

buat cik marlina ainie, tataplah puas-puas yup dear! jangan lama-lama, nanti kena marah..

:: gambar ni gambar 5 tahun yang lepas, saya baru balik dari Kem Dusun Resort,
Kuala Nerang, Kedah ( Program Khidmat Negara) ::

:: gambar ni sewaktu saya praktikal di Kuala Lumpur 3 tahun lalu, di Wangsa Maju ::

:: ini tahun 2008, means tahun lepas sehari selepas saya bergraduasi. kiranya gambar yang terbaru before kami putus. last saya jumpa Hairulnizam dalam bulan hari lahir saya.. malam dan waktu tu saya hantar dia ke bus station sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. rasanya sebelum hari lahir saya yang ke 22 tahun, kalau tak silap saya, on May macam tu lah.. ::
................................................................................

:: ini sahaja yang ada. sorry lin. kalau nak tengok lagi gambar, sila berjumpa dengan tuannya hokei.. hehehe~~

at last....

salam..

akhirnya habis juga kelas kitchen hari ni.. bolehlah saya rehat banyak-banyak dan goyang kaki setiap hari Selasa nanti.. penat tau kelas kitchen ni.. tenaga, mental dan fizikal kena get ready cukup-cukup.. kalau tak bersedia, maknanya nanti, balik kelas mesti macam orang tak makan seminggu.. (: penat~~~

teringat masa dahulu sewaktu saya berpraktikal di Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur.. selama 4 bulan saya dengan rela hati menjadi kerahan tenaga.. dikerah membuat apa sahaja walau tubuh saya kecil.. apa yang boleh saya katakan, saya enjoy dengan semua orang dan juga suasana di hotel tu.. tau-tau lah Crowne Plaza Mutiara ni 5 stars hotel.. so, mahu tak mahu, saya kena jadi sebahagian dari staff dan bekerja melebihi waktu bekerja saya sebagai trainee.. kadang-kadang saya masuk pukul 7 pagi dan balik pukul 1 pagi.. hee~~ membantu mana yang patut kalau-kalau ada function yang memerlukan banyak staff..

macam-macam perangai dan kerenah yang saya jumpa.. tak kira dia tua atau muda, masing-masing ada fiil yang pelbagai.. sampai naik pusing kepala saya.. apapun, saya kat sana memang menjadi perhatian semua orang dari setiap department.. sampai ke department yang saya tak get involve pun turut kenal saya.. iyelah, saya merupakan satu-satunya trainee dari negeri Kelantan.. satu-satunya trainee Kelantan yang sentiasa tersenyum walau hati terluka (aishh~~) hehe.. :)

setiap hari ada saja orang yang hendak berkenalan.. (ceh! menyimpang jauh nampak..)
huhu.. sampaikan saya berteman kalau nak ke LRT KLCC tu.. iyelah, kalau dah asyik duk ikut saya balik je.. macamlah rumah sekali duduk dengan saya! Tiap-tiap petang ada je jejaka dari hotel yang ikut saya balik menyusuri denai-denai KLCC tu.. sampaikan ada satu ketika, saya rasa macam nak book satu bilik kat hotel mahal tu semata-mata takut nak balik ke rumah..

ada satu hari tu, saya habis kerja lewat around 6 petang.. tahulah kalau kat KL ni, waktu tu is a peak hour.. orang balik kerja pun masa tu lah.. LRT pun sesak macam sardin.. sampai ada LRT yang tersembur keluar penumpang.. haha~

saya balik jalan kaki keluar dari lif hotel, ada mamat ni dari F&B department, ikut saya balik.. setahu saya, tiap-tiap petang dia akan ambil monorel ke Imbi tapi hari tu dia ikut saya sampai ke Wangsa Maju(rumah saya menginap sewaktu praktikal).. jauh sakan dia pusing dunia.. lepas saya keluar je dari pintu LRT, dia turun ke kaunter dan ambil tiket ke KLCC sekali lagi.. dalam hati, saya gelak dan fikir, otak dia ni mereng agaknya.. ada ke patut selama 3 hari dia buat macam tu? duk ikut saya balik sambil borak-borak dengan saya.. nasib baik dia orang yang agak baik dan tak adalah saya takut sangat.. :) sampaikan saya jadi takut nak pergi dan balik dari kerja.. kalau orang tu baik ok lah.. tapi kalau orang tu jahat? tak ke naya saya nanti.... (:

kalau diputar balik memori, rindu juga masa-masa dulu.. saya start praktikal tahun 2006, masa tu umur saya baru 20 tahun.. waa mudanyaa.. huhu :p Sudah 3 tahun kenangan tu berlalu.. best juga kalau masa saya degree ni ada praktikal kan? sudah pasti saya ke Crowne Plaza Mutiara lagi.. the best place to meet.. forever and ever.. :)

tamat sudah kisah 3 tahun lepas tu.. (:

apapun, saya kena bersedia untuk menghadapi final exam yang bakal berlangsung 3 minggu lagi.. doakan saya semoga tamat on time.. semua yang berlaku adalah ketentuan dari Allah yang Esa.. :)

bila di fikir-fikir balik, ramai pulak rakan saya yang akan berkahwin dalam masa cuti ni.. kad jemputan banyak saya terima tapi hanya masa dan keadaan yang menentukan.. kepada rakan yang jauh, yang tak dapat saya hadiri majlisnya, maafkan saya.. bukan bermaksud untuk mengingkari janji, tetapi keadaan yang menghalangi.. hehehe~

selamat pengantin baru saya ucapkan.. apapun, TURN saya lambat lagi.. walau sudah ada ikatan namun saya masih tak nampak bayangnya lagi.. doakan saya dan dia bahagia.. kalau ada berlaku perkara yang tidak di ingini suatu hari nanti, doakan saya semoga tabah menghadapi.. saya ulang, semuanya ketentuan dari Allah.. hidup itu janji dan mati itu pasti... iyakan?

salam.. (:

04 April 2009

Kuala Klawang's wedding~

salam.

pagi tadi bertolak ke Kuala Klawang, Jelebu lebih kurang jam 8.20 pagi.
tiba di Seremban jam 9.20 pagi, terus ke Kuala Klawang dan tiba di sana lebih kurang jam 10. jumpa pengantin perempuan a.k.a Azura sementara menunggu untuk makan. duduk melayani kanak-kanak, makan-makan dan jumpa pengantin(minta diri untuk pulang). Tiba di Shah Alam sekitar jam 2 petang. Azura merupakan teman sekampus saya ketika belajar di UiTM Dungun, Terengganu. anyway, selamat pengantin baru saya ucapkan dan tahniah di atas perkahwinan.. :) Alhamdulillah semuanya selamat..





03 April 2009

PUSPA... (:

putuskan saja pacarmu~!

uhh.. saya suka lagu ni.. tapi, saya tak adalah fanatik sangat.saya mula dengar lagu ni sehari sebelum naik Camerons Highland..

kau gadisku yang cantik.coba lihat aku disini.di sini ada aku yang cinta padamu.

kau gadisku yang manis.coba dekat aku disini.di sini ada aku yang sayang padamu.

walau ku tahu.bahwa dirimu.sudah ada yang punya.namun aku tunggu sampai kau mau.

jangan jangan kau menolak cintaku.jangan jangan kau ragukan hatiku.ku kan selalu setia menunggu.
untuk jadi pacarmu.

jangan jangan kau tak terima cintaku.jangan jangan kau hiraukan pacarmu.putuskanlah saja pacarmu.
lalu bilang I LOVE U padaku..

molek ke lagu macam ni? huhu~ ada otak, fikirlah sendiri..

i've been tagged by SuffyanRazzaq (:

salam..

semalam, sedang saya duduk-duduk depan lappy, sambil-sambil berborak dengan Liyana, saya terima satu mesej.. satu mesej daripada teman sekuliah, SUFFYANRAZZAQ! nak tahu apa dia hantar?? "TAGGED~!".. itu sahaja.. hehe.. :p

pian pian.. hang ni menghabiskan kredit aje.. uhu.. anyway, ini saya jawab ye.. :)

okeh, here we go~!

Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
::: uih.. macam soalan SPM aje nih.. huu (: Nama blog saya sekarang ialah zatul.nani dan saya memilih nama ini kerana sewaktu saya kecil dahulu, my nenek (saya panggil TOKMAMA) selalu memanggil saya zatulnani.. konon-konon nama MANJA saya waktu kecik lah ni.. ehehe~~ :p

Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
::: nama blog masih kekal seperti dulu. senang dan memang mudah ingat sebab itu nama saya. kawan dan teman pun selalu ingat nama ni. so, tak susah nak link blog saya ni. :)
Just nak singkatkan nama panjang saya, ZATUL HERNANI.. panjang sangat tuh.. so, saya pendekkan jadi zatul.nani or sometimes jadi zatnani.. setahu saya, ZATUL HERNANI hanya ada satu dalam Malaysia.. dahulu saya pernah minta teman saya yang bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara untuk check kalau-kalau ada nama seakan nama saya itu.. tapi sampai sekarang masih tak ada.. so, bangga lah jugak kan? haha.. :)

Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
::: methodnya juga amat mudah dan senang untuk di fahami. sedikit additional of gelak-gelak dan kadang-kadang additional of marah-marah, mengumpat situ sana sini.. hehe :p Tak salah sebab ini blog peribadi.. ...dan pabila hati berbicara.. nama pun dari hati kan?

Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
::: dulu pernah. tapi sekarang tidak lagi. sebab saya sayangkan entri-entri lama. banyak jugak entri since saya join blogger bulan Mac tahun lepas.. :) Sudah setahun lebih saya bermanja-manja dengan blog ni.. :p Erm.. terasa nak update dan upgrade jugak tapi entah bila lah masa tu. huhu :) tengoklah keadaan.. apapun, insyaAllah.. :)

Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
::: blog SUFFYANRAZZAQ merupakan pencetus idea kepada kata-kata yang berirama. dia seorang yang memang pandai dan bijak dalam menyusun kata-kata seiring dengan tuannya yang seorang yang tertib dan bersopan.. :) kepada SuffyanRazzaq, teruskan mewarnai blog anda.. :p

Senaraikan 5 orang yang akan anda tag:
::: karina
::: riri rina
::: melmel
::: kisahlynna
::: faudzan

sekian sahaja..
:p

02 April 2009


Can't wait for tomorrow and the day after tomorrow..

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...