- I love you beyond paint, beyond melodies, beyond words. Hope you will always feel that, even when I am not around to tell you so -
27 June 2009
26 June 2009
kernamu, CAMELIA~
sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu hari ni, lagu ini seakan basi di telinga saya dan adik-adik. suka akan rentak dan melodi lagu ini~ walau lagu ini tiada kena-mengena langsung dengan saya. dengarkan, CAMELIA... =)
camelia maafkanlah aku
karna ku tak bisa
temani tidurmu
camelia lupakanlah aku
yang tak
kau temui aku
kau wanita terhebat
yang pernah singgah di hatiku
kau wanita yang tegar
aku mohon lupakanlah aku
sudahlah jangan menangis lagi
ku rasa cukup sampai di sini
mungkin di suatu saat nanti
kau temui cinta yang sejati
sudah cepat lupakanlah aku
jangan pernah ungkit masa lalu
ku takut kekasihku pun tahu
kau pernah menjadi simpananku
camelia
kau wanita terhebat
yang pernah singgah di hatiku
sudahlah jangan menangis lagi
ku rasa cukup sampai di sini
ku takut kekasihku pun tahu
kau pernah menjadi simpananku
camelia
25 June 2009
happy day.
fuh. lega. lega. fuh. huhu~
baru je balik dari Kota Bharu ni. penat tak hengat sikit hari ni sebab teruja ke Kota Bharu untuk bertemu teman baik. baik orangnya secantik tuannya. serius comel. memang dia comel. alahai, proses puji-memuji ni memang memakan masa yang agak lama lah~ haha.
sebenarnya, plan nak jumpa Cik Iza dah lama. seminggu yang lepas pun plan dah ada, cuma nak memastikan masa yang cukup tu yang payah. erm*.. akhirnya, payah-payah hari ini, jumpa juga dengan beliau. kalau ikutkan masa, memang sekejap sangat. sebabnya, saya jugak lah! siapa yang suruh lambat-lambat bersiap pagi tadi? huhu. dari rumah saya di Machang ke Kota Bharu mengambil masa lebih kurang 35 minit(kalau saya memandu lah~). kalau orang lain, saya tak tahu. dan kalau mama tahu, memang tahu-tahulah akibatnya. huhu... tak adalah laju sangat. cukup-cukup untuk sampai ke Kota Bharu.
pagi tadi bukak Astro Ria, tengok siaran ulangan AF yang ada Dafi tu. huu~ siapa yang tak teruja tengok Dafi tu kan? dah la comel je. sekali tengok, dua kali tengok, tiga kali tengok, memang Dafi sah-sah macam muka adik saya yang ke-4 tu. sebijik~ seiras! kalau tak percaya, tengoklah sendiri. erk! angkat bakul adik sendiri pulak ye.. huhu.. alah~! tak apalah, bukan orang lain pun. adik sendiri, kalau saya tak sayang adik-adik saya, siapa lagi yang nak sayang adik-adik saya? erm.. fikir-fikir~ nak harap orang lain sayang? siapa mereka tu?
okay~ kemana kita tadi? ish ish. melencong nampak.
haa.. tujuan yang sebenar saya pergi ketemu Cik Iza tadi untuk bertemu 2 mata, sekaligus untuk mengucapkan selamat tinggal kepada beliau. katanya Sabtu ini dia akan bertolak ke UPSI, Tanjung Malim untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perguruan bimbingan dan kauseling. itu sebenar tujuannya~
tapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Cik Iza tak jadi sambung pengajiannya di sana. al-maklumlah Cik Iza ni merupakan salah seorang daripada Board of Director sebuah syarikat perumahan tersohor di Kelantan. kalau orang Kelantan tahu akan nama Pingat Harmoni Sdn Bhd, pasti mereka kenal dengan orang-orang yang saya maksudkan. teman baik saya ni merupakan orang penting dalam mengendalikan hal-hal berkaitan perumahan.
betul jugak kan? kalau Cik Iza pergi ke Tanjung Malim, siapa pulak yang nak uruskan office dia di Pasir Pekan tu? erm~ bidang yang beliau bakal ikuti ni mengambil masa 4 tahun. umur Cik Iza sekarang sudah 24 tahun, kalau dia sambung, bila dia nak kahwin? huhu~ masalah jugak tu.. masalah kan kan kan? tapi, pssttt~~ dengar-dengar cerita ayah beliau dah setuju dengan buah hati Cik Iza tu, alhamdulillah.. semuanya ada hikmah kan? kita rancang lah macam mana pun, yang tentukan adalah Dia. kalau dia cakap macam tu, macam tu lah.. 'kun fayakun' kan?
apapun, i tumpang happy for u iza. hope hubungan u dengan incik wan pun akan selamat sampai ke jinjang pelamin.
p/s: sekian sahaja cerita saya tentang kawan baik saya. hehe~ ada lagi cerita tentang kawan saya ni, dia LELAKI. baik jugak dengan saya. rapatlah jugak. tapi sekarang tidak lagi, sebabnya dia sudah selamat bernikah dengan gadis pilihan hatinya merangkap teman baik saya juga. huhu~ saya tumpang happy jugak kat diaorang, nik faizal+ wan suhaila. mereka ni teman baik saya masa di SK Seri Chempaka dulu~ sama-sama berlumba basikal dalam hutan hujung kampung di Padang Tembak. serius lamanya masa-masa tu. rindulah~
23 June 2009
rombongan peminangan~
tepat jam 12.30 tengahari, rombongan peminangan tiba.. (tak BERDEBAR pun).. hehe =)
kalau nak tahu, saya a.k.a gadis yang bakal ditunangkan TERCEGAT depan pintu masa pihak lelaki datang~ haha.. dengan muka tak malu, siap lambai-lambai tangan lagi dekat kawan-kawan yang tiba sekali dengan pihak rombongan lelaki.. dahtu, makcik saya yang tertengok saya duk melambai-lambai terus hambat masuk bilik.. adeh~! kena hambat masuk bilik beb.. ingatkan saya duk depan-depan sambut rombongan bersama dengan mereka.. mana nak tahu.. tak ada orang cakap.. haha ;) sengal*
dialog my auntie pabila terlihat saya tersengih-sengih depan pintu ;
- "Ya Allah minah ni, isshh.. pergi masuk dalam bilik lah.. apa buat kat sini? ish ish ishh.."
bila saya fikir balik, a'aa ye.. buat apa saya tercegat tersengih-sengih kat tangga tu? huhu.. nanti saya upload gambar sebelum saya di halau yerp.. ihi ;) malu malu malu~
22 June 2009
berhenti sekejap bole?
the 'hantaran's..
the 'hantaran's..
nak tunai JANJI ni~ hehe =D
ini hantaran pertunangan daripada pihak Cik Zatul Hernani kepada pihak Encik Wan Hairy..
serba biru la kan.. dah janji kata nak persalinan biru untuk tunang.. huhu~
semuanya saya buat sendiri dengan bantuan adik-adik(sikit-sikit je la kan? sebab korang buat hantaran anak Datuk Wel).. hihi ;p
petang dekat-dekat pukul 7 malam dengan Encik Wan Hairy.
huhu~
boleh pulak kami keluar pergi beli yek?
erm.. sebelum jadi tunang dia lah..
tatau nak decorate macam mana bakul ni, saya just put in je coklat tu. bole la kan?
juga saya masukkan saja.
pastu letak kain organza ala-ala selimutkan baju ni.
ada butterflies tau..
bakul ni besar sebab tak muat kasut. so, ada 2 bakul besar, 3 bakul kecik.
katanya walau bukan untuk tunang pun, dia sanggup beli sebab memang minat ahh~
perrhh.. minat ye? saya pun minat jugak. bak sini satu... uhuhu =)
cerita tentang kisah 'hari pertunangan' saya~
owh! panjangnya title tuh. uhu :p
hari ni saya nak kongsi dengan semua kisah tunang saya hari tu. so sorry sebab lambat update.
okay-okay~ izinkan saya ke dapur dulu ya. sudah tengahari, mahu siapkan lunch for my lovely brothers. depa sat lagi balik dari sekolah la..
dan sebagai kakak yang baik hati, saya kena prepare foods for them lah~
huhu =)
dan buat my sweetheart, so sorry kalau abang pun tak sempat nak tengok gambar-gambar kita tunang hari tu..
okay, today, i'll true my words.. uhuu..
janji janji janji~~
please laa~~
mintak tolong sangat-sangat ni. boleh tolong tak?
to my blogger's friends yang saya belum link kan lagi, sila tinggalkan link kamu.
saya nak add nie.. please please please... =)
**nota kaki : tolong jangan hampakan saya okei.. hihi
21 June 2009
yezza~!
alhamdulillah. lama tak blogging, saya rindu sangat dengan blog ni. tapi apa daya, malas update punya pasal kan? ehe~ biarlah blog ni bersawang-sawang. nanti esok lusa saya beli penyapu okei? nanti lah saya sapu sawang-sawang ni.
apapun, selamat hari bapa buat abah dan saya LULUS ujian suara untuk jawatan penerbit rancangan tempohari. alhamdulillah again.. =)
16 June 2009
selasa ye?
selamat hari Selasa semua.. selamat pagi!
hari ni kalau tak ada aral melintang, sampailah saya ke Jeram Linang. tapi bukan pagi la, mungkin tengahari or petang sikit. lagipula, sana bukan panas. kalau pergi tengahari lagi syiok, boleh main air lama-lama kan? uhuhu~
ingat tak semalam pasal layout blog saya yang keluar photobucket tu?
rupa-rupanya owner dia yang nama Lina tu lupa nak renew dia punya kad kredit. mula-mula tu kad kredit dia expired, then dia renew. lepas tu, lupa nak update information akaun paypal dia. so, jadiklah macam tu. huhu~ alright sis Lina, awak di maafkan okei.. hihi =p
dia sudahpun contact photobucket team untuk settlekan hal ni secepat mungkin..
anyway, mau ke dapur lah. mama tak kerja ke hari ni? ada je dia kat dapur tu? huhu~
p/s : pic tunang lah tu~ huhu :p
15 June 2009
haha~
tetiba pulak saya terpaksa tukar layout baru. huhuhu~
nak nangiss~ cedey... =(
semalam baru ada design baru. cess~ tak compatible ke apa ntah!
tadi tengah syiok tengok cerita hindustan kat Zee, terasa macam nak bukak blog. entah.
bukak-bukak, keluar background yang entah apa-apa. nasib lah.
malas nak komen panjang-panjang..
tukar ke layout biasa, nanti ada masa free, saya tukar balik. malas lah nak tukar-tukar.
14 June 2009
selesai selesai~
fuh. suka. suka.
siap jugak elemen baru blog ni. ehee~
so, kepada rakan blogger yang 'link'nya tak ade, just comment me. tinggalkan link awak, nanti saya add kan. banyak sangat sampai lupa link yang lain. link yang ada dalam blog ini adalah link members lama.
happy reading~! =)
Sunday's morning~
selamat pagi semua.
di harapkan hari ini membawa 1000 erti dalam kehidupan kita.
apapun, mulakan hari ini dengan senyuman ya!
semoga ceria-ceria selalu~ =)
13 June 2009
UP :: semua orang lah!
tak lama lagi, blog saya akan di 'private' kan. tapi bukan untuk selamanya, hanya seketika sahaja. untuk memberi peluang kepada tuan tanah mendekorasi elemen baru~ (chewwah!!). malam ini mungkin kalau saya sempat lah~ ;)
saya pun tengah mencari elemen apa yang patut saya tambahkan.. huhu~
alaa.. bukan pakar pun. sekadar suka-suka sahaja hokei.
got to go~
mau ke Tanah Merah, ada acara makan-makan kenduri. jom-jom.
12 June 2009
alahai pengantin gegirl~~
sesudah ketiadaan...
pagi kelmarin tepat jam 11.15, sedang saya berbual di telefon dengan Wan Hairy, satu panggilan masuk daripada teman lama saya. kata saya kepada Wan Hairy, saya mahu jawab panggilan teman saya dulu, petang nanti saya call lagi. terus saya letak.
saya jawab panggilan teman lama saya. Halina namanya. belum sempat saya cakap 'Hello', tersentak saya pabila mendengar suara teman lama saya menangis teresak-esak. sebak hati saya. saya tanyakan kepada beliau 'kenapa menangis awak'?. jawab beliau, 'mami saya sudah tak ada lagi, Tul. (sambil tersekat-sekat). pagi tadi dalam pukul 10 lebih mami pergi'. Ya Allah, baru semalam.......
saya juga sedih, tapi saya tahan airmata. saya tak mahu Lina menjadi makin sebak. saya tenangkan beliau. kata saya, 'sabarlah na. awak sabar. sabar ok'. hanya ungkapan SABAR sahaja yang mampu saya ucapkan. saya terasa bersalah. selama saya pergi melawat arwah mami di hospital, tidak pernah sekali saya masuk melihat keadaan arwah depan mata, saya tidak masuk ke bilik di mana arwah mami di tempatkan. saya hanya berada di luar wad ICU, Hospital USM Kubang Kerian. bukan saya takut mahupun gerun, tapi saya risau kalau-kalau saya yang rebah pengsan. saya tak mahu susahkan orang lain. saya tahu saya lemah semangat. saya amat-amat lemah pabila melihat pesakit kemalangan jalan raya yang kritikal. dua kali saya pergi tetapi hanya menunggu di luar wad. cukuplah kalau saya hanya pergi menemani dan memberi semangat kepada keluarga teman baik saya itu.
hari Rabu kami pergi melawat arwah. arwah mami koma sejak dilanggar oleh penunggang motosikal di Pengkalan Chepa seminggu yang lalu. cukup seminggu, arwah mami pergi meninggalkan kami. saya juga terasa kehilangan arwah. kerna saya selalu ke rumah arwah dan arwah seorang yang amat baik dan peramah. itulah penangan seorang ibu. dulu masa saya masih bergelar seorang pelajar sekolah, hampir setiap hari saya ke rumah teman lama saya. hampir setiap hari juga saya berbual-bual dengan arwah mami. arwah mami memang suka melayan rakan anak-anaknya. sampai saya rasa, dia sepatutnya ibu kandung, bukan ibu tiri. takdir Allah Maha Hebat, arwah pergi di saat semua anaknya berjaya. mami, masih saya ingat semua kenangan itu. maafkan saya andai saya juga ada menyakitkan hati mami.
buat Nur Halina Ahmad sekeluarga, redhakanlah pemergian mami awak. tabahkan hati awak. kuatkan semangat awak. doakan arwah tenang dan bahagia di alam sana. jangan ditangisi kehilangan ini, kerna takdir Allah berbicara begini. Na, saya akan selalu bersama awak, selalu menemani awak. dan, redhakan akan diri arwah. awak, saya juga terasa sepi dengan gurauan arwah yang makin lenyap di telan masa. apapun, jangan ditangisi. redhakanlah ketiadaan arwah mami.
SALAM TAKZIAH~
10 June 2009
with my UP & DOWN L.O.V.E
just to say, I LOVE the person inside this picture very much~
he is my everything.. he is my lovely soulmate to be~
he always electrify my LIFE~ (macam lirik lagu jek!) huu..
but anyway, I LOVE HIM.. from the first time i met him~
no one else comes close to me like he did..
no one can makes me happy all the way through~
hubby, i wish you were here to be next to me~
i will LOVE him till my last breath~ insyaAllah..
07 June 2009
ouch~ =)
fuh. lega. baru saat ini dapat meluangkan masa dengan blog. 2 minggu ke hulu ke hilir menghabiskan minyak kereta. ini hari baru dapat update blog. so sorry to rakan blogger sebab saya tak balas komen-komen yang dihantar. bukan tak mahu, tapi tak sempat. ada-ada saja kerja saya kat kampung ni. yang pasti, kerja saya ialah menghabiskan duit mama. =)
bukan sekali sekala, tapi selalu..
hari ni genap 1 minggu 1 hari saya menjadi tunangan orang. alkisahnya, saya tak janggal. huu~
esok pulak ke kenduri pakcik sepupu kahwin. Kemuning. sape orang Kemuning, jemput-jemput.. hehe. macam saya pulak tuan rumah. apapun, saya berlalu dulu. mata sudah sepet semacam jek..
05 June 2009
1.month.LEFT
entri pembuka for month of June~
semalam ingat nak update blog, ye lah.. semalam genap 11 bulan kami bersama berdua..
tapi, balik aje dari rumah tok ayah, mata tak nak buka~ sudahtu, katil pula duk melambai-lambai suruh tidur.. apalagi, off lappy then terus lelap.. sedar pukul 3 pagi, terus teringat cerita Keliwon semalam ( tikar mengkuang~) huhu.. :p
anyway, we have been in LOVE for 10 months, 3 weeks, 5 days before we are getting engaged! satu jangka masa yang amat cepat dan pantas.. sekejap bukan?
esok, genap 1 minggu saya menjadi tunangan orang~ rasa macam tiada apa yang berubah.. haha.. saya masih saya yang dulu~ tapi harus saya ingat, don't play-play eyes hokei~! huhu ..
haa.. esok jugak my Mr.Heart balik.. so, mau pinjam kereta my abah la.. jom kita jalan-jalan and menyesakkan jalan Kota Bharu.. =)
02 June 2009
haa.. nak CAKE.. :p
happy birthday to me~
pagi-pagi lagi saya bangun, buka lappy kesayangan yang saya tinggal di Shah Alam ni. niat di hati mahu membalas semua komen di facebook. syukur semua beres~ tinggal mahu update blog aje. tapi sama macam semalam jugak, tak boleh nak gedik* lama-lama dengan blog kesayangan ni. sebab pukul 11 pagi nanti kena siap-siap pakai baju cantik-cantik dan cute-cute nak ke Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam. biasalah orang nak bergraduasi ni. teringat saya dulu, seminggu sebelum graduasi, macam-macam buat persiapan. baju baru lah, contect lense baru lah, kasut baru lah, tudung baru lah, apa lagi lahh lah.. huhu :)
duit pun terbang melayang ikut sama lahh.. :p
ops~ bukan mahu cerita pasal tu. pasal birthday saya lahh..
SELAMAT ULANG TAHUN KE-23 buat saya!
terima kasih kepada member-member baik yang wish happy birthday semalam. thanks friend.. nak hadiah nak hadiah nak hadiah nak hadiah.... :)
hehe :p
01 June 2009
@herneesa.hijabs coming near you sooner!
Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...
-
Salam. Pagi 18 Julai 2012 - Rabu, kami kru Radio Malaysia Kelantan FM ke Rumah Seri Kenangan di Pengkalan Chepa. Kami ditugaskan untuk ...
-
Salam. Hehe. Saja nak tayang gambar IBU mengandung . Jangan marah ye. Kalau tak suka, jangan tengok. heee.. Masa ni pose melekat kat dindin...
-
salam.. saya ada cerita kurang enak yang mahu saya kongsikan dengan semua.. tetapi nama-nama yang terlibat terpaksa saya rahsiakan demi m...