27 August 2009

nak cakap APA?

Salam.

Pertama sekali, terima kasih Tuhan! Terima kasih berjuta-juta lemon kepada Mama, Abah, adik-adik di atas kejayaan ini. Juga tidak lupa kepada Encik Tunang tersayang setelah bertungkus-lumus memastikan saya berjaya. Cessss~ macam SEKAPUR SIRIH // SELAYANG PANDANG yang budak sekolah menengah buat je kan?

Haha. Bukan lah. Sekadar menyebut ucapan itu kepada semua yang memberi sokongan dan harapan buat saya tempoh hari. Ya. memang ada saya ceritakan di entri ini tentang hati tidak tenteram saya itu hari.

Saya down! Saya gembira bukan kepalang sementelah usai PEPERIKSAAN pertama itu LULUS. Tetapi, untuk kali PEPERIKSAAN kali yang KEDUA, saya tidak YAKIN akan kejayaannya. Saya hilang keyakinan diri.

Seakan tidak percaya pabila semakan semalam menunjukkan saya layak. Akan tetapi, ini bukan lah saat untuk saya bergembira sakan dan melupakan tugas dan kerja saya sebagai seorang pelajar. Semahunya, kalau lah saya KANDAS, saya pasti meneruskan kehidupan seperti biasa. Kalau lah saya berjaya, hanya Tuhan yang tahu isi perjalanan hidup saya. Apapun, terima kasih semua!

Bercerita tentang kejayaan semalam, saya ada seorang kawan, juga calon untuk peperiksaan ini. Kami sama-sama mengambil peperiksaan yang sama akan tetapi kejayaan memihak kepada saya. Apa yang saya perhatikan, dia tidaklah menunjukkan perasaan sedih mahupun sebak sementelah mengetahui akan keputusan semalam. Sejuk hati saya pabila dia mengucapkan, "saya redha apa sahaja keputusannya". Walhal, dia masih belum semak akan keputusan itu. Saya bantu dia, saya tolong semakkan, dan dia sendiri tahu tahap dia. Dia kandas. Tetapi, pengucapan yang terpacul dari mulut dia membuatkan saya sebak. Owh Tuhan! Kenapa begitu tulusnya hati perempuan ini. Saya tahu hati dan perasaan dia. Apapun, teruskan perjuangan anda di medan penyiaran. Untuk pengetahuan semua, dia merupakan seorang juruhebah di salah sebuah radio kerajaan di Pantai Timur. Semoga kejayaan suatu hari nanti berpihak buat kamu!

Urm, nak tahu jugak, untuk Peringkat ke-3 apa ye? Ada peperiksaan lagi ke? Atau temuduga? Serius, saya tidak tahu. Moga lancarlah segalanya. Aminn~

25 August 2009

Eh terbalik lak!


Salam. Hehe. Itu penangan kalau ber'blogging' via hp. Malas haih nak buat 90° rotation bagai. Haha. Apa yang patut je la kan? Hehe. Anyway, selamat berbuka petang nanti. :)

G0od m0rning!


Salam. Selamat hari Rabu semua. Miss my Mama. Hehe. ;)

21 August 2009

Happy fasting ye~

Salam.

Happy Eid-Mubarak!
May Allah swt protect us always.
=)

Salam sayang,
Zatul Hernani Mohd Nawi, Keluarga & Tunang.

oh penat weh!

Salam.

Selamat hari JUMAAT semua. Alhamdulillah, saya baru sahaja tiba di Machang sekitar jam 5.30 pagi tadi. Terasa kebas seluruh anggota badan. Hurm, hari ni memang tak ada apa-apa rancangan since esok puasa kan? Mahu makan banyak-banyak, esok dah puasa kan?

Sampai rumah terus buka lappy mama, pinjam kejap ye? Hehe. Update mana-mana sesawang yang ketinggalan zaman ni. Hehe. Eh, mahu tidur. Tata titi tutu~

20 August 2009

alahai~ gediknye*

Salam.

YAHOO! Mahu pulang ke kampung. Wah. Kelantan, i am coming~ uhuhu.






p/s : pendek ke? eh, tak lah. adik saya yang tinggi. huhu

19 August 2009

Tanjung Harapan lah!

Salam.

Hujung minggu lepas saya betul-betul mahu makan apa sahaja makanan yang dibakar. Keberadaan tunang saya di Shah Alam membuatkan saya betul-betul lega. Haa, mana tidaknya, dapat jugak melepaskan gian saya tu. Kalau dah mengidam, macam-macam alasan yang saya bagi. By hook or by crook, SAYA NAK PERGI. Kan dah kata saya ni degil! Hehe.

At last, dapat jugak makan untuk kali kedua di Medan Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Port Klang. Kalau ikut jalan belakang ke Klang dari rumah saya di Seksyen 7, Pusat Komersial ni, hanya ambil masa selama 30 minit untuk sampai. Itupun, kalau pecut 120 km/jam lah. Kalau tak, boring jugak mahu ke sana. Jalannya lurus dan kosong tanpa kereta. Tahu-tahulah sana semuanya LORI dan TRELLER. Mana tak takut? Risau kang di rempuhnya kami yang kecik-kecik comel lote ni. Hehe.

Kali pertama saya pergi pada minggu lepas, juga dengan tunang dan juga Liyana. Waktu itu saya puasa, so biasalah kalau namanya pun puasa kan? Macam-macam dalam kepala. Semua sedap. Kalau boleh semua saya nak makan. Padahal tak sedar yang perut awak tu kecik aje. Haha. Memang nafsu sungguh!

Untuk kali yang kedua, saya bawa adik kedua saya. Bawa jalan-jalan lah! Asyik duk dalam bilik aje kan? Sekali-sekala bawa la dia keluar makan angin. Hurm, bertolak dalam 7 petang dan sampai di sana dalam 7.30 petang dan terus duduk. Siap cup nak duduk tepi laut lagi. Ahaha~ dapat jugak tengok matahari terbenam kan? Terlepas satu keinginan hati. Hehe. Memang poyo!

Ini antara gambar yang sempat kami snap. Malu lah nak ambil banyak-banyak. Orang ramai beb. Sekeliling penuh dengan orang. Kamera pulak duk asyik keluar FLASH. ish! Tapi nasib baiklah makanan yang kami order cepat sampai. Kalau tak, hangin jugak menunggu masa lapar kan? Hee~

Here we go! =)
Posing paling tak best sebab lapar sangat.

Haa, ini dia cawangan dari Umbai, Melaka.
Muara Ikan Bakar adalah cawangan daripada HQ di Melaka yang namanya SELERA KITA kalau tak silap saya.


Sabar menanti makanan yang di order. Huh.
Lama betul menunggu sampai habis ais cair.

18 August 2009

BBQ punya kisah.. =)

Salam.

Wah. Semangat betul minah yang pakai seluar jalur-jalur hijau tu kan? Erm. Tukang bakar ayam yang ayamnya tak berapa nak masak. Haha. Eh, masak tau ayam-ayam tuh. Haa, jangan main-main dengan yang pakar tao! haha. Poyos~ Gadis manis sebelah saya tu adalah Suzana, member lama sejak dari zaman diploma sehingga last year degree ni. Baik dan bersopan saja dia. Kami bergembira sakan malam bbq tu, esoknya, ayah Suzana meninggal dunia. Innalillah... Kita tak dapat nak jangka kan? Ajal maut Allah swt yang tentukan. Redha saja lah.


Inilah resort yang kami tinggal selama di PD tempoh hari.
Ala-ala pent house gitu. Cantik la view pantai dari pent house tu~

Kalau ikutkan bilangan orang, memang lagi ramai.
Tapi entah ke mana menghilangnya depa semua.
Seramai 13 orang yang datang untuk bbq malam tu.

Hah! Inilah antara ayam-ayam yang menjadi mangsa kami ber-13.
Sedap je tengok kan? Hehe. Bila la dapat bbq lagi kan?

P/S :: Ade lagi ke gambarnye? Ada. Tapi, bukan malam ni lah. Dah penat. Tidur dulu. Bubye!

lagi cerita dari Negeri 9~

Salam.

Kali ini entri saya bukan mahu bercerita ye. Semalam puas hati jiwa raga betul saya mengarang ayat-ayat cintun tu. Sampai mata nampak kunang-kunang. Hehe. Sakit Mata dan belakang semasa mengarang tu. Ahaha. Lama tak mengarang neh. Terus saya buat marathon! Haa.. Kali ini hanya gambar sahaja yang berbicara. Bukan malas, tapi dah tak larat. Semalam punya cerita membuatkan saya kekeringan idea terus. Haha. Hurm, tengok ajelah gambar tu yek! =)





P/S :: Tak nak TIDO lagi. Nak upload lagi gambar-gambar. Haha. Sengal* =p

;)


Helo, cakap dengan sape tu? Huhu. Owh, ada aweks lain yerp? Bahaya neh! Hee ;)

17 August 2009

sebuah kisah dari Negeri~

Salam.

Sekadar berkongsi gambar ketika dan semasa saya di Negeri Sembilan tempohari. Enjoy juga kalau jarang-jarang dapat keluar berjalan ke negeri orang ni. Bukan apa, dapat jugak tengok keadaan negeri orang dan perangai orang dalam negeri tu. Lupa seketika akan hal pandemik H1N1 yang sedang menular serius di negara kita ini. Hurm, itulah penangan BERLIBUR mungkin. Terus lupakan apa jua yang terjadi. Hehe.

Saya dan rakan seramai 9 orang bertolak ke Negeri Sembilan lebih kurang 9 pagi. Tempat pertama yang kami singgah ialah di daerah Kuala Pilah, kami ke air terjun Ulu Bendul, bermain air sungai seketika sebelum bertolak menuju ke bandar Kuala Pilah untuk merasa keenakan Cendol dan ABC Special, kata orang-orang Kuala Pilah, itu sahaja yang ''TOP in TOWN'', kalau tak silap saya, kedai itu berhadapan dengan stesen bas dalam bandar Kuala Pilah. Erm, sedaplah jugak sampaikan kawan saya siap order lagi satu mangkuk cendol!

Sesudah makan-makan ringan di situ kami bertolak ke Istana Seri Menanti. Mak aii, berbukit-bukit betul jalan sana. Naik berdengung telinga saya. Haha. Di sana, kami di bawa melawat istana lama yang sudah berpuluh tahun ditinggalkan. Kata orang, istana itu penuh dengan "lagenda" dan "kenangan" yang rata-ratanya tak dapat dilupakan kalau sudah "terkena". Iya ke? Hehe. Tak tahulah lah pula saya. Tapi biasalah, kalau sudah namanya ISTANA LAMA kan? Macam-macam lah kejadian kan? Ye tak? Erm.

Selesai program "bergambar" di Istana Seri Menanti, terus kami menuju ke Port Dickson, mahu ke apartment Corus Paradise Resort di mana tempat kami bakal menginap. Tak lama perjalanan yang di ambil, sebabnya masing-masing memecut 130 km/jam di atas jalan. Jalan lengang, so apalagi kan? Cuma, saya banyakkan baca ayat-ayat suci al-Quran, takut-takut hilang pertimbangan dan semoga semuanya dilindungi olehNya.

Alhamdulillah kami sampai di Port Dickson lebih kurang 6.30 petang dan saya serta Chempaka tergesa-gesa dek kerana kami belum jamak solat lagi. Huu. Itulah, siapa suruh tak solat awal-awal tadi kan? Tiba di Port Dickson, saya lihat keadaan sekeliling begitu sibuk dengan pasar malam yang ada di situ, dengan kereta yang banyak di tepi jalan, membuatkan saya rimas dan berjaga-jaga. Risau juga sebab jalan di situ agak sempit dan kereta keluar simpang dengan sesuka hati. uh~ geram juga sambil mata duk melilau mencari manalah Corus Paradise ni.

Kereta kawan saya sudah selamat park di dalam resort tu, hanya kereta saya dan si Fatin sahaja yang masih di jalanan. Tepat jam 6.45 petang, saya tiba di resort dan terus ke apartmen, mandi, solat serta berehat seketika sementara menanti belah malam. Ada bbq dan juga program kanak-kanak Ribena. haha. dan sebelum itu, saya MAHU ke PASAR MALAM. boleh pulak saya mengidam mahu makan NASI KERABU di pasar malam PORT DICKSON? Memang kes naya. Huhu.

Nasi Kerabu memang ada, tapi tak sempat saya nak rembat. Sebabnya, orang kat Port Dickson ni suka makan nasi kerabu kot. Memang LICIN, sampai saya telan air liur aje pabila tengok bekas-bekas nasi tu. Huhu.

Pukul 10.30 malam, bbq mula dan di selangselikan dengan permainan. Memang enjoy sebab grup saya menang! Majlis makan-makan tamat sekitar jam 1 pagi. Owh lupa, kami bakar ayam di pantai di belakang Bayu Beach Resort, lebih kurang 10 kilometer dari Corus Paradise Resort. Jauh sakan pergi bakar ayam ye? Huu.

Balik dari bbq, terus tido. Esoknya, pagi-pagi lagi bertolak ke Teluk Kemang, niat di hati mahu merasa ikan bakar. Tapi, tak ada. Kasihan kepada yang mengidam tu. Huu. Tak apa, kita ke Umbai lah next time ye? Hihi. Di sana, saya rembat baju untuk adik-adik saya sebanyak 6 helai. Pokai tiba-tiba. Tapi untuk adik-adik. Saya ni jenis yang tak kisah sangat.

Dari Teluk Kemang, saya bergerak awal dari member lain untuk ke Nilai, mahu juga shopping di sana. Tak pernah sampai tau. Teruja tengok semua lawa-lawa baju dan tudung. Hurm, kalau bawa mama saya ni, memang dengan bank-bank dia bawa sekali. Memang tak habis shopping sungguh!

Saya tak beli apa-apa dari Nilai sebab pokai tadi. Jalan-jalan jamu mata sahaja. Tengok-tengok kedai hiasan perkahwinan, terasa TERUJA dan TERUJA. Huu. Sudah cakap dengan encik Wan Hairy, barang kahwin kita beli kat sini tau. Haha. Tak kira tak kira. Bukan jauh pun, dekat saja. Boleh ye nanti.

Dari Nilai, saya pulang ke Shah Alam. Sampai di Shah Alam lebih kurang jam 6.30 petang. Penat memandu dari Shah Alam ke Kuala Pilah, dari Kuala Pilah ke PD, dari PD ke Teluk Kemang dan ke Nilai, dari Nilai ke Shah Alam, terus saya tidur. Penat yang amat. Lain kali nak gi jalan-jalan lagi, tapi dengan housemates pula. Kemana tu, biarlah rahsia. Hehe.

Banyak gambar yang nak di kongsikan, tapi tunggu lah dulu. Tak sempat nak kecilkan saiz. Tahu-tahulah kalau guna SLR kan? Besarnya mak aiii.. Huhu. Sudah dulu lah, mahu ke kamar. Penat cerita ni, memang tak akan habis... Hehe~




P/S : Jom tidur =)

16 August 2009

a special dedication to HIM

Salam.

Haih. Baru sebentar tadi saya ke Seksyen 17 menghantar tunang saya pulang ke Kuantan. Sedih betul lah. Hurm. Banyak betul songeh saya semasa keberadaan tunang saya di Shah Alam, macam-macam rengekan saya. Seakan budak kecik pun ada. Dari hari Khamis sampailah ke malam tadi, dia sekejap senyum dan sekejap memaksa untuk senyum. Mungkin fikirannya kusut memikirkan kerenah saya yang entah apa-apa ni. Mungkin juga dia sedang menahan perasaan amarah. Hehe. Ada ketika saya mahu ke situ, sekejap mahu ke situ, tengahari pulak mahu ke situ, petang ke situ dan malam juga ke situ. Sampai minyak kereta kering dan terpaksa diisi untuk beberapa kali. Memang saya tahu, dia penat. Tapi, dia layan jugak kehendak saya sampaikan senyum pun tak nak. ehe~ Saya pun satu, sudah tahu tunang saya penat tapi saya tetap berdegil mahu ke serata tempat. Sampaikan dia tak mahu cakap dengan saya. ehehe~ Diam sebab banyak sangat perangai saya yang harus dilayan. Mujur juga dia memahami, kalau tak, naya saya ke sekeh! huhu~ iya, saya tahu dia sabar melayan kerenah anak-anak seperti saya ni. Hurm, tapi apapun, saya happy lah dengan dia. Saya bertuah mempunyai tunang seperti Wan Hairy ni, jejaka berusia 30 tahun yang begitu menyayangi saya seadanya saya. Terima kasih sayang. Kamu, cinta mati saya. Juga, maafkan sikap tak matang untuk 3 hari ini. Maaf ya! Nanti jumpa lagi. Sayang selalu~ ;)

haa.. itulah tunang saya. Wan Hairy namanya, ada iras Hritik Roshan tak?
ahaha~
Owh, nak dedicate satu lagu untuk tunang tersayang saya ni..
............................................
Gelisahnya Hati Ini
Bila Saling Berpandang
Oh Rindunya Tika Ini
Tak Bersua Muka
Kau Buat Hatiku Resah
Bila aku fikirkannya
ku Percaya Kau Kan Cinta
Pada Diri Ini
.............................................
Misha Omar, TERPANA

jalan-jalan ULU BENDUL~

Salam.

Sudah lama tidak melaungkan "I NEED A VACATION", Sabtu dan Ahad lepas memang penuh dengan kegembiraan dan kepenatan! gembira sebab dapat berlibur dan penat sebab saya kena drive dari Shah Alam ke kemana sahaja destinasi perjalanan geng kami. huu~ memang penat tetapi saya enjoy selama 2 hari itu. seramai 8 orang daripada kami bergerak ke PD dan macam-macam aktiviti berjalan. enjoy je lah pictures bawah ni. ;)



14 August 2009


Salam. Alala bila lah meeting encik tunang saya nak sudah ni. Penat, mengantuk, boring tahap dewa dah ni. Habis 1 paper utusan saya khatam. Naik jemu tengok jam dinding yang cantik tu, orang sekeliling pun mungkin bosan tengok saya duk picit punat handset! Aduh, malu sungguh la. Mana wan hairy ni, katanya lepas meeting nanti akan ada 1 lagi meeting. Urm, kalau la sofa tetamu ni tersorok, dah memang lama saya lelap! Haih, mengantuk sungguh mata ni. Bosannya!! Eh, sabar-sabar cik zat. 2 jam menunggu terasa macam sehari! Ahh tak kira, balik nanti nak ajak encik tunang ke thailand exhibition kat midvalley. Nak jamu mata sikit lah. Boleh? Huhu

12 August 2009

Hee~


Salam. Wah! Best cerita ni. Sedih dan kasihan si lurus bendul Wikus ejen MNU tu. Nak tahu? Tontonlah DISTRICT 9 ni. Ehehe..

10 August 2009

ni update ke TAK ni?

Salam.

Owh~ bila lah nk update blog kesayangan saya ni?
sayang, i jaga kamu sudah nk masuk 1 tahun 5 bulan tao!

hurm, nantilah! ada masa nanti, saya cerita serba ringkas short trip to PD okei..
nak ke Amin Thai, buka puasa kat sana.. wah! tonyam kung.. ;p

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...