30 September 2009

happy newly weds dear kazen!

Salam.

Raya ke-5 saya terisi dengan menepung tawar pasangan pengantin baru serba kuning nih. Kuning raja ni. Apa nak lawan warna di raja ke? Huhu~

Pertama kali dalam hidup saya, saya menepung tawar pasangan pengantin. Serius saya tak pernah buat. Teruja sangat masa buat hari tu. Rasa macam nak buat lagi renjis-renjis air mawar tu. Macam best la pulak. Buat kawan-kawan, best okeh~

Apapun, SELAMAT PENGANTIN BARU ye. Semoga kekal jodoh kamu sampai akhir hayat.




Seorang dayang hilang.
Sepatutnya ada 6 orang semuanya. Hilang ye?
Nak lari la tu. huhu~
Serius berpinar anak mata saya tengok dayang-dayang ni. Kuning weh!


P/S :: Nak kawen nak kawen nak kawen~~ Hahaha ;p

28 September 2009

bila nak buat reunion ni?

Salam.

Raya ke-4 saya ke Kota Bharu. Hasrat hati ingin bersama-sama merayakan hari raya dengan teman lama saya. Lama tak jumpa, rindu jugak la kan. Tapi tak tahulah hati mereka. Sama ada rindu atau tidak, itu terpulanglah. Yang pasti, saya selalu ingatkan kepada diri bahawa jangan di lupa teman-teman lama. Bersama mereka sewaktu waktu dahulu banyak mengajar saya erti kehidupan dan persahabatan. Mujur sampai sekarang mereka tidak pernah melupakan saya. 11 tahun saya tinggalkan alam sekolah rendah, 11 tahun juga saya tinggalkan kenangan bersama derapan langkah kaki saya. Saya tinggalkan memori yang tercipta di sana tanpa saya sedari yang saya pasti payah untuk bertemu mereka. Memang payah sangat nak berjumpa dua mata dua hati dengan mereka semua kalau bukan dengan usaha yang sedikit ini. Saya ke sana, rela hati dan angkut adik-adik saya bertemu teman-teman lama saya. Kalau saya tak buat, siapa yang nak jadi ketua untuk arah itu arah ini kan?

Semua yang dalam gambar ni merupakan teman sekolah rendah saya semasa saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka sekitar tahun 1997 - 1998 dulu. Ada yang saya ingat-ingat lupa akan wajah mereka, mujurlah nama mereka masih tersemat indah dalam kotak fikiran. Tak adalah saya terkapai-kapai mencari nama mereka, meng'google' di serata internet kan? Alhamdulillah, Allah kurniakan saya kelebihan mengingat nama walaupun sudah terpisah berbelas-belas tahun. Ya itu saya. Saya selalu menghafal nama-nama teman saya sedari saya kecil sampai sekarang. Mungkin saya terlalu obses dengan nama-nama cantik agaknya. Mujur kan? Kalau tak, susah jugak nak recall nama-nama nih. Ramai sangat teman saya, seakan satu dunia nak kena ingat.

Dua orang gadis dalam gambar ni merupakan teman baik saya semasa darjah 6 dulu. Kami seperti kembar 3 yang payah nak dipisahkan. Kemana kami pergi, pasti kami bersama. Walau terpisah selama 11 tahun, tak pernah rasa kekok. Apatah lagi nak bersembang bagai. Lelaki dalam gambar ni juga teman saya, cuma kami tak satu kelas. Mereka kelas A dan kami kelas B. Tapi keakraban itu merapatkan lagi jurang perpisahan. Teman, janji saya, KITA KAWAN SAMPAI MATI. Hanya ajal yang mampu pisahkan kita~


Sekian cerita 1998 ye. bye~ Huhu

July Qaseh Kita~

Salam.

July Qaseh Kita? Hurm. Correct!
July yang menemukan kita kan? Semoga kekal selamanya.
Biarlah takdir yang menentukan ye~






Malam Ku Bermimpi
Hai Dengan Satu Bintang
Berkata-kataku Di Jendela
Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang
Asmara Bergelora Meresap Ke Dada
:: Qaseh pada ini Teruna ::

ooh mama, saya mahu KAWEN~

Salam.

Owh Mama, bila turn saya nak naik PELAMIN nan INDAH ni? Haha. Saya bukan nak sangat kahwin-kahwin ni, saya nak NAIK PELAMIN aje. Boleh laaa. Haha. Sengal. Sakit ke? Huu. Bilalah masa nak merasa duduk di pelaminan ni kan? Mesti masa tu pakai baju cantik-cantik tayang kat tetamu yang datang. Owh God! Tak sabarnya. Hehe. Nak bersanding jugak ke? Eh, tanya pulak. OF COURSE laa.. Nak nampak nomei-nomei on my big day. Nak nak nak okei. Jangan di halang keinginan ini. Kalau tak, boleh terbalik kerusi besi tu tau! huhu..

pose *gedik sebelum naik pelamin esok hari. Huhu.
Sah-sah gambar basi!
Mana pengantin LELAKI?

Haa.. inilah pengantin LELAKI. Muda dari saya beb!
owh bebey, i lap u lah~
aweksnya, jangan jelez ya!

Mak aiii.. rapat la pulak minah ni. Weh, jauh la sikit.
Sah-sah tak jadi kawen ni.
Sebelum kawen dah *gedik semacam.
Hoho~

Buat muka poyo. Jurugambar pun dah boring amik gambar i tau. huhu
Alah, jurugambar yang upahnya hanya GULA-GULA. Tak kisah la kan?

Okei.
Selesai sesi wedding fotoshot.
Semua dah penat. Dah, dah boleh balik semuanya.
Tata titi tutu~
.............................................................

P/S :: Pengantin LELAKI itu merupakan buah hati saya selamanya. Adik lelaki saya yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Wish him LUCK okei. Dia kalau nak kahwin, memang lambat lagi. Tunggu saya beranak-pinak dulu la.. Haha. *Gatai!

kerana kau TOBLERONE putih~

Salam.

Tajuk yang memang larik terus. Tak ada kena-mengena langsung. Haha. Apa ke hal la minah ni? Huhu... Teruskan pembacaan anda.. :p

Dari malam sampai ke pagi mata ni tak nak terkatup. So, apalagi kan? Saya edit semua gambar dengan jayanya. Huu. Habis semua folder saya selongkar dan saya edit. Alah, color enhance saja. Bukan reti sangat edit gambar. Tak pro lagi. Biarlah hanya orang-orang yang pakar edit guna software yang mana semuanya jadi cantik mantik tuh. Saya setakat bagi kaler sudah. Kan? Hehe.

Tengah-tengah edit gambar, kusyuk weh sambil makan, siap minum air kopi lagi tak nak bagi mata layu. Sudah saja edit gambar, tengok kat text kat gambar tu tertulis "zatulnani.fotography" instead of "zatulnani.photography"... sob sob sob *nak nangis kejap*

Alahai, silap haribulan la pulak. Macam mana boleh tersasul pi tulis Melayu+English ni? Urm, terima saja lah. Saya memang Melayu asli, tak reti nak speaking-speaking bagai. Haha. Sorry for that lah~ By the way, enjoy the photos then.. Hehe (=

Fruit Salad made by Jessica @ Kota Bharu D'Gertak!
Jessica ni budak Jerman, anak angkat kepada keluarga bakal adik ipar saya.

My favorite dish. Memang power lah Laksa Penang.
Serius saya gilakan Laksa Penang.
Balik cuti nanti, nak buat dan makan sampai puas!!
Nanti kau.. Haha (=

Suka jugak dengan Laksam ni. Tapi kalau air tangan Tokmama saja.
Orang lain buat, memang tak menyengat!

Photography tu betul ye~
Ini picta awan, saya captured melalui my bilik beradu pada hari raya yang ke-2 kalau tak silap.

Sama seperti di atas. Suka tengok kepulan awan.
Macam-macam yang tersirat dan tersurat di sebaliknya.

P/S :: Gambar RAYA nanti lah dulu. Tak sempat nak upload semua. Kat Facebook juga Friendster pun nanti dulu ye.. (=

25 September 2009

yey! balik sudahhh.. :p

Salam.

ESOK balik SHAH ALAM.

yeay!

Ramai orang yang tak puas beraya di kampung, tapi saya sudah puas walau hati liat nak balik Shah Alam. Saya nak cepat-cepat balik ke Shah Alam dan cepat-cepat habiskan pengajian ijazah saya ni. Tak sabar nak tunggu bulan November ni. Bulan di mana saya selesai semua pengajian saya. InsyaAllah. Wahai masa, cepatlah berlalu pergi ye.... ehehe (ada MAKNA tu), tapi bukan nak kahwin ye... huhu :)

Tidur-tidur. Esok pagi-pagi lagi bertolak ke Shah Alam. Moga-moga lancarlah perjalanan kami. InsyaAllah..

23 September 2009

my LOVE story

Salam.

Tarikh hari ini 23 September 2009, hari Rabu, 4 Syawal 1430 Hijrah.

Pejam celik pejam celik, dah masuk 3 bulan, 3 minggu, 3 hari saya menjadi tunangan kepada Wan Hairy. Bakal teman hidup saya, sampai saya mati. InsyaAllah, kalau Tuhan izinkan. Doakan saya selamat hingga hujung usia ye. (=

22 September 2009

Salam.

Raya!! Raya!! Raya.. RAYA? RAYYAN?

Hati saya teringin nak menamakan bakal anak lelaki saya (kalau saya sudah kahwin lah..) dengan nama RAYYAN.. ar-rayyan.. cantikkan nama tu. Nama arab. Nama satu pintu ke syurga bagi orang-orang yang berpuasa. Hanya orang yang betul-betul berpuasa akan masuk syurga melalui pintu yang bernama AR-RAYYAN. Serius cantik nama tu. InsyaAllah, kalau satu hari nanti saya dikurniakan seorang anak lelaki, akan saya namakan dengan Ar-Rayyan. Bolehlah kan?

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan . Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.

Tapi bakal suami saya nama pangkalnya ada WAN. Macam mana nak masukkan dengan Rayyan? WAN RAYYAN? Gitu? Cantik ke nama Wan Rayyan tu? Hahaha. Apapun, berserah kepada Allah untung nasib saya. Tengoklah nanti macam mana ye. Hehe. Cik Zat, tak usah nak mengada-ngada reka nama anak weh. Awak tu bujang lagi. Belum sampai masa nak kahwin lagi. Lambat lagi tarikh kahwin awak. Haha. Jangan duk perasan nak kahwin. Belum cukup duit lagi tu. Tunggu masa yang sesuai okei. Hehe~

Cuti raya ni ramai pulak teman yang naik pelamin, sepupu pun tak ketinggalan meninggalkan saya untuk mendirikan rumah tangga. Tinggallah saya seorang diri yang tak sudah-sudah duk mengira haribulan. Haru-biru jadinya. Bila la nak mendirikan MASJID ni kan? huu... Kepada teman-teman, sepupu sepapat, sanak-saudara jauh dekat, selamat pengantin baru. Yang nak bertunang pun begitu juga. Saya ucapkan tahniah. Semoga jodoh berkekalan abadi. InsyaAllah.

Ramai yang bertanya bilakah giliran saya nak naik pelamin? Saya tiada jawapan pasti. Hanya senyuman yang membalas setiap pertanyaan. Uit, macamlah Mama saya bagi saya kahwin awal-awal. Mama pun still tak puas nak bermanja dengan anak degil macam saya ni. Hihihi...
Degil ke? Degil budak.... Hehe~

Okei, mahu melelapkan mata. Esok nak beraya ke Kota Bharu. Nak menziarahi teman lama, agak-agak mereka ingat lagi tak saya ni? Huhu.. Sakan berubah ni... :p

Tata~

19 September 2009

Salam Eidulfitri (=

Salam.

Sedar tak sedar, Ramadhan sudah berakhir sekitar beberapa jam yang lalu. Pastinya saya dan kamu semua akan merindui kehangatan Ramadhan yang lalu dan semoga ianya menjadi sebuah memori yang paling indah.

Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir & Batin. Maafkan segala sikap keterlaluan yang pernah saya lakukan selama ini. Semoga Syawal tahun ini membawa keberkatan buat semua. Juga semoga Syawal kali ini memberi kemenangan buat saya dan keluarga. Salam Manis daripada, Zatul Hernani, Keluarga dan Tunang. Wassalam.

16 September 2009

kalau umurku panjang~

Salam.

Fuh. Penat. Lenguh kaki saya kehulu kehilir mengemas baju untuk dibawa pulang tengahmalam esok. Bukan apa, baju saya bertimbun-timbun, kalau saya jual semua tu, mahu ratus-ratus saya untung. Banyak woo. Sampai saya tak tahu nak pakai baju mana kalau mahu outing, ayat yang selalu keluar dari mulut saya, " alaa, tak ada baju la nak pakai", haha..

Itulah, baju saya berguni-guni, ada yang tak boleh pakai, ada yang boleh lagi. Tapi semuanya saya masukkan dalam beg besar. Serabut dengan timbunan ni, saya ambil keputusan untuk bawa pulang semua baju-baju lama saya. Biar terbeliak mata Mama, dan haruslah saya kena bebel kan? Beli banyak, macam awak tu Mak Datin, tapi pakainya sekali saja, terus, simpan buat harta pusaka.

Tambahan lagi, saya bertunang dengan lelaki yang begitu PEMURAH, setiap kali jumpa, setiap kali itulah lelaki pemurah tu bermurah hati membeli saya itu dan ini. Baju jangan cakaplah. Tapi, saya tak pernah nak menolak, alah rezeki tu. Huhu. Tapi adakalanya saya tolak juga, tak cukup badan lah nak pakai banyak-banyak. Alahai... Bilalah nak sudah kisah baju-baju saya ni. Semakin hari, semakin banyak. Memang tak cukup tempat nak simpan. Tahu-tahulah bilik bujang saya kecil saja, lagipula berkongsi dengan adik ke-5 saya, almari pula ada satu sahaja. Nasib la jugak almari tu besar. Bolehlah juga saya sumbat selagi terdaya, siap termuntah lagi dengan baju yang berlambak tu. Mak aiii. Tapi bagus juga saya bawa pulang semua baju yang tak pakai tu. Nanti akhir semester, tak adalah saya kalut nak simpan semua itu nanti. Ini kan semester akhir saya. Haruslah semuanya dibawa pulang. Eh, merapu. Panjang pula karangan BAJU ni. Aduh! Huu. Layan je lah..

Wah, mengantuk. Stop writing okeh. Kalau sempat buat entri sebelum bertolak pulang esok, saya karang lah bagi sedap ye! huu~ Takut tak sempat saja. Sebabnya esok pagi, saya ke Masjid India, sambung my previous shopping sebab itu hari tak sempat nak shopping. Gaduh-gaduh manja dengan Wan Hairy hingga ke malam. Haha. Itulah, tak dapat nak merasa baju FREE ye tak? Eh, esok harus ye. Esok pun Wan Hairy akan turun ke KL dari Kuantan, belah malamnya kami bertolak pulang ke Kelantan. Agak-agak jalan ke Kelantan sesak tak? Haha, jangan ditanya OKEI. Sebabnya, INI RAYA maaa.. Kalau tak sesak, tak MERIAH namanya! Saya berlalu dulu. Jumpa nanti ye.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Di entri lain, saya sambung cerita ''maaf maaf maaf'' ye.. InsyaAllah kalau umurku panjang~
(=

15 September 2009

terbelek lah!

Salam.

this picture taken by me while i am on my way to Shah Alam last 2 months.
if i'm not mistaken, ini jalan ke Gua Musang, tak pun sudah melepasi Gua Musang.
Saya suka hijau. Hijau memang mendamaikan. Kan?

This picture also taken by me masa balik dari shopping di Rantau Panjang together with my fiance and my families. Hujan lebat sekitar jam 5 petang sampai ke malam.
Sejuk sampai ke tulang hitam tau!

Ini pula sebelum saya set my SLR setting. Terus BLUR yek? huu~
Ini pun ketika hari hujan sebelum sampai Machang. Nampak langit macam nak runtuh je.
Ini di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas. Rumah pangsa tu merupakan perumahan abang-abang askar ye..

Mood raya suda TIBA~

Salam.

Tak lama lagi semua umat Islam dunia akan beraya, tinggal beberapa hari je lagi, lebih kurang 4 hari je lagi. Wah! Tak SABAR haih. Sabar-sabar. Kalau sebut pasal raya ni, semua orang tak nak ketinggalan, begitu juga dengan saya. Macam-macam yang berlegar di kepala. Mahu itu dan mahu ini. Tapi semua itu, dengan DUIT baru dapat release kan? huu~ Sadis betullah dengan orang yang tak ada duit ni. Bukan fakir miskin yang saya maksudkan, tapi orang-orang yang ada duit yang tidak pernah simpan untuk kegunaan masa hadapan. Lebur macam ais kalau DUIT tu depan mata. Haaa... memang SADIS. Kalau fakir miskin tu, memang di maafkan la. Sebab kadang-kadang bukan mereka yang minta untuk duduk di kedudukan tak selamat tu. Hanya Allah yang berkuasa menentukan apa terjadi. Kan?

Cakap-cakap pasal raya ni, lately saya jarang bukak lagu raya on my own. Sekadar dengar-dengar dalam kereta masa tengah drive. Tak pun, masa members buka kat their lappy. Itu je lah. Kalau nak harapkan saya bukak, tunggu mood COMEL ni datang dulu la. Kalau ikutkan keadaan, memang dah meriah dah dengan lagu raya ni. Owh tak sabarnya nak balik kampung. Bestnya raya.

Semester ni merupakan semester terakhir saya sebagai student. Harap-harapnya tak adalah papers yang tersangkut tersekat terjerut kan. InsyaAllah. Memang kalau ikutkan jam kredit, tak banyak mana pun semester akhir ni. Kuliah pun 3 hari saja untuk seminggu. Tapi, akhir-akhir ni, terasa jugak bebanan kerjanya. Assignments yang diberi oleh lecturers awal semester belum pun nampak batang hidungnya. Itulah penangan kalau berkumpulan kan? Masing-masing nak nampak sempurna walau pada dasarnya, pemalas tak boleh tegur! Huu.. Erm, saya pun malas jugak, bak kata seseorang yang saya kenal dari kecil, "MALAS ni memang lumrah MELAYU, sampai ke liang lahad pun akan dibawa sekali". Iya la kan? Sudahtu memang itu perangai kita, memang sampai mati pun akan sebati dengan kita. Betul tak? Tapi saya tak adalah sampai tak tanya perkhabaran terus. Ada jugak saya selit-selit dalam paculan kata-kata saya. Saja nak bagi faham. Kalau tak faham, eh, memang tak ada DERIA rasa, kosong anggota badan lah kot. Haha. Eh, malaslah nak cakap pasal ni. Kang naik darah pulak kan? Baik diam, kalau nak tegur, perli-perli lah sikit. Nak buat macam-mana lagi, tegur dengan cara yang betul buat-buat tak reti, baik guna BAHASA nan INDAH kan? Baru nak faham kut. Huu.. Tapi itulah, manusia ni macam-macam, ada yang baik, ada yang nampak baik, ada yang hipokrit, ada yang berdrama setiap masa, ada yang tak pernah nak reti bahasa, ada yang buat-buat tak RETI bahasa pun ada. Macam-macam kan? Propaganda je tu semua. Hurm, yang pasti saya pun tak sempurna, saya pun ada buat salah jugak. Saya pun macam mereka semua, termasuk juga dalam golongan kebanyakan ni kan? Kira-kira masih dalam zon selamat la kan? Maksudnya, tak adalah nak terpesong sangat. Haha. Apa-apa je lah Cik Zat oii~

Owh tak nak merapu lagi, kang di salah anggap oleh mana-mana pihak. Biarlah kita begini, tak berubah dan tak tahu bila nak berubah kan? Kadang-kadang naik menyesal dan menyampah jugak joint venture dengan benda alah ni, tapi nak buat macam mana, dah selalu depan mata. Terima sajalah. Owh men, bilalah nak berakhir ini semua.. Owh owh owh..

Haa, untuk tarik mood dan emosi raya, saya hadiahkan Selamat Datang Sayang buat semua. Lagu favorite saya dari dulu hingga sekarang. Layan saja perasaan tu, kita kan nak raya lagi 4 hari ni. Sungguh tak sabar. Tak sabar mahu pulang ke Kelantan dan lagi lah gembira kalau orang-orang tersayang menunggu saya depan pintu rumah. Macam yang Mama, Abah dan adik-adik saya buat setiap kali saya pulang ke Kelantan. Tak pernah mereka tak buat, setiap kali saya sampai di hadapan rumah untuk setiap kepulangan saya, mereka akan berada di beranda rumah. Menunggu dengan senyuman walau pukul 3, 4 pagi. TERIMA KASIH sayang. Memang kamu semua cinta MATI saya sampai saya MATI. Sampai mati, saya hargai itu semua. Muah! Sayang tak terucap ya~

Okei, banyak pot-pet pula ye? Owh ini raya pertama saya sebagai tunangan orang. Rasa macam tak complete selagi tak kahwin ni. Huu~ Tapi kalau kahwin pun, susah juga, nak-nak kalau raya, mesti kena ikut si hubby kan? ayo~ Tak nak tinggal my Mama. Nak raya kat rumah saya jugak walau dah kahwin nanti. Raya pertama, rumah Mama, raya kedua, rumah Mama, raya ketiga, rumah Mama, Raya keempat, rumah Mama, raya kelapan baru rumah Mak. Heheeeee. Tapi jangan dok berangan lah! Lambat lagi woo kahwin ni. Tunggu saya betul-betul ada komitmen dulu ya.

Tapi raya kali ni pun, kena bersedia lah untuk ke rumah encik Wan Hairy, haruslah saya kesana ye. Tunjuk muka ler untuk keluarga kembangan dia. Tak kan lah saya nak raya seperti selalu kan? Alaaa, seperti zaman bujang-bujang dulu. Tiap kali raya, mesti dapat duit raya walaupun RM 1.. haha, macam budak pun ada. Eh lupa, saya kan masih berumur 16 tahun. SERIUS, setiap kali raya dan jumpa kawan-kawan Mama, mesti dia orang tanya FORM berapa sekolah? Haha, of course la FORM 4 kan? Hahaha. Itulah, kecik molek sangat kan? Kurus pun kurus. Macam tak cukup makan walau setiap minit saya mengunyah. Hadoi.. Bila la nak besar ni?

Hehe, okeilah. Enjoy the latest songs~ RAYA RAYA RAYA~ owh men.. hihi =p

10 September 2009

jom tidur (=

Salam.

Whoah. Tengah-tengah syiok layan FarmVille di Facebook, tak sedar jam sudah ke pukul 1.15 pagi. Oh sukanya macam budak-budak plak. Haha. Bak kata housemates saya, rumah kita ni macam-macam bunyi ada, bunyi LEMBU, KAMBING, AYAM dan semualah yang ada kat FarmVille tu. Huu~ Pukul 3, 4 pagi pun still lagi kambing mengembek. Ahaha~

Eh, nak tido nak tido. Esok nak bangun awal-awal pagi nak ke post office nak selesaikan penghantaran items. Esok tak ada kelas! yeay~
Kang kena marah pula kang. To my customers, sorry yerp. Hehe~
Inilah kerja saya kalau time free macam ni. Main aje kerjanya. Study entah kemana. Huh~
Kalau ikutkan perut ni terasa seperti mahu dipenuhi dengan CHAR KUEW TIAW TTDI Jaya tu, tapi jauh sangat lah nak kesana. Ish. Apalah perut ni. Boleh pulak mengidam malam-malam buta macam ni. Okei-okei, saya mahu tunggu Encik Tunang saya datang, dia boleh jadi driver ke sana. Kan kan kan? Suka-suka.

Okei, mahu bersahur awal. Nak bersihkan diri apa yang patut dan terus beradu. Rasanya tak cukup kalau tidur tanpa baca Yaasiin. Kitakan sudah berada di 10 malam terakhir Ramadhan. Kepada semua, banyakkan amal ye. Semoga perjalanan hidup kita sentiasa dilindungi dan diberkati. InsyaAllah.

I'm looking forward for my wedding's themes next year, nak ready awal-awal. Nanti senang nak book or hire some of jurugambar.. peace! Sape nak kahwin tuh? huu~

ini ke budak yang nak kahwin tu?
Ahaha. Macam budak aje~

Budak jangan di sangka budak ye..
bak kata pepatah merapu,
CLEAR water don't SANGKA ni BOYA! ;p

kerna saya bukan PAKAR! (=

Salam.

Sudah berminggu saya tinggalkan jejak untuk kelas Food Styling, tapi satu habuk pun tidak pernah saya uploadkan hasilnya. INTERNET meragam! Itulah yang paling tepat rasa saya. Memang kadang-kadang naik menyampah dengan wireless area rumah saya ni. Apa guna pasang wireless sana-sini kalau tak mantap keberkesanannya? Bila fikir nak pasang line, tak berbaloi pulak. Baik guna wireless, lagipun saya akan tamat belajar bulan November nanti. Tuan rumah pulak macam lepas tangan. Huh! Dari saya merana dengan bil tertunggak, baik stick aje dengan wireless kan? Itu pasal, pernah dulu saya khabarkan yang saya RELA tidur dari merana jiwa dan raga. Dari saya sakit hati dan stress, baiklah saya ke kamar beradu dan melayan mimpi-mimpi INDAH, walaupun siang hari. Itu sudah pasti kalau tidak ada kerja. Huu..

Entah mengapa, hari ini saya terasa seperti mahu berkongsi hasil kerja saya di Kitchen 6, UiTM Malaysia. Kalau ikutkan gambar, memang banyak lagi termasuk yang lepas-lepas. Tapi, entah kemanalah perginya semua. Yang ini belum di masukkan ke slideshow untuk presentation this coming Selasa, so sempatlah saya calit-calit dengan warna sikit, make-up kan sikit bagi berseri. Huu.. sadis!

Okei, tak mahu membebel macam nenek, saya tunjukkan serba sedikit hasil kerja saya dengan Chempaka, iaitu Double Layered Honey Pudding! Bukan puding sedap apa pun, sekadar telur dan susu tanpa gula, juga sedikit syrup bagi menggantikan honey. Alah! Dah namanya pun Food Styling kan? Nasib baik tak taruk JARUM peniti yang seperti pernah saya buat untuk tutup punggung AYAM tempoh hari. Itupun tak set jugak walau berjam-jam dalam chiller. Tapi okeilah dari terus tak jadi kan? Huu~

Pstt~ ada lagi entri baru yang nak saya kongsikan since blog ni sudah bersawang-sawang. CERITA tentang NIKAH dan KAHWIN. Owh bilalah GILIRAN saya nih tiba? Sungguh tidak sabar! ;) ahaha... enjoy the photos then!





p/s :: Rasa saya, ada je professional photoghrapher yang terbaca this blog buruk dan juga gambar-gambar buruk yang saya hasilkan. Hurm, kalau ada yang kena, MAAF di pinta, kerna saya bukan sebagus anda.. (=

08 September 2009

Salam.

Tengah-tengah tak ada kerja tadi, saya terbelek this pictures. Owh, terasa baru semalam aje saya ditunangkan. Hoh! gediks*... ahaha (=

Bukanlah! Saya just tertarik dengan warna sedondon yang kami pakai on that day. Tak janji pun nak pakai warna yang sama, haaa sebagai bukti, Abah pakai hijau, adik-adik laki pakai coklat. Memang lari terus warnanya! Belah Wan Hairy pun warna merah pekat. Hoo... Biru hanya ilusi lah jawabnya kan? ececehh~

Sebenarnya, saya RINDU kat Mama, itu pasal saya upload this picture. Sudah tu, mata pulak tamau kuyu. So, apalagi kan? Update ler sikit-sikit. Kalau nak ikutkan hati, malas ler nak update. Tak ada cerita yang best yang nak dikongsikan buat masa ni. Huu.. Tunggulah nanti mood bagus datang, saya ceritalah lagi. owrite~ Mahu rest la dulu. Esok kelas pagi dong! Encik tunang pun dah bising-bising saya tak pejam mata lagi ni. Ok got to go. tidurlah walau sekejap.. ;)


p/s :: bulan 6 tahun depan ke dear encik hairy? ahaha ;p

07 September 2009

Majlis Pengagihan Bubur Lambuk~

Salam.

Sabtu lalu saya dan juga teman sekuliah seramai 20 orang ke Mydin Mall, USJ Subang Jaya yang jauhnya kira-kira 20 minit dari Seksyen 7, Shah Alam. Kami ke sana atas tuntutan kerja di mana kami akan memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan juga surau dan masjid berdekatan. Kalau nak cakap penat tu, memang penat sangatlah. Sangat-sangat penat. Mengacau bubur lambuk seakan mengacau dodol yang pekat melekit, terasa bahang api di sekeliling. Memang panas. Berpeluh-peluh badan. nasib tak masam aje.. haha. Sampaikan saya yang payah nak berpeluh ni, terasa seperti MANDI~ memang dahsyat!

4 jam mengacau dari mula menumis bawang hinggalah ke saat di mana beras dimasukkan. whoah~ Terasa semacam nak minum air pun ada. Dahaga yang amat. Itu pasal saya kurang bercakap. Risau kang ada je orang yang tadak suara nanti. Simpan sikit suara untuk berbuka petang kang. Hahaha~

Dalam penat-penat tu, ada je budak-budak lelaki yang mengelat! Siap minum air Coke lagi. DAHAGA kata dia orang. Macam-macam alasan sebab terlalu penat kan? Ohh~ Bagus betul la bakal-bakal suami mithali ni kan? Esok-esok macam manalah nak jaga anak bini kalau sekarang pun sudah buat perangai. Haha. kalau tengok muka dia orang, memang tak nampak muka segar pun. Konon-konon berlakon letih la tu kan? Huu.. Macam-macam la kamu. Hurm, nasib la geng perempuan tak ada yang ngelat macam geng lelaki tu, kalau tak, menyesal je kan puasa penat-penat..

Owh, iman saya masih kuat. Tak adalah sampai ke hasrat berbuka di tengah hari. Semua nasihat mama dan abah saya akan pegang sampai mati. Tak mahulah saya menyesal dengan apa yang mengelirukan saya. Puasa sajalah selagi termampu walaupun banyak yang datang menggugat keimanan.

8 jam di perkarangan Mydin Mall membuatkan saya dan teman happy walaupun cuaca panas terik. Dengan bantuan rakan dan promoter dari Maggi memudahkan kerja kami. Promoter Mydin pun turut serta memeriahkan majlis. Siap dapat berdampingan dengan Tauke Mydin lagi, Dato' Mydin Mohamad kalau tak silap nama beliau. Masih handsome dan bergaya tau.

Seusai semua kerja memasak, kami di beri penghargaan dari Dato' Mydin berupa baucer membeli di mana-mana Mydin sebanyak RM 50. Banyak la tu kan? Daripada tak dapat habuan langsung kan? huu~ dengan duit gaji campur dengan duit baucer tu membuatkan kami hilang penat. owh! gembira bukan kepalang. Happy je semua yang ada kan? hehe.. Boleh lah shopping di Mydin, beli air banyak-banyak pun okey ape? Buat beraya nanti lah..

Tak banyak gambar yang sempat saya snap. Macam mana nak snap banyak-banyak? Sibuk mengacau bubur aje kejenya.. huu.. enjoy!

with Fatin Farah Syazana, senyum plastik bak kata Chef Muluk. haha ;)

Hah! Inilah dia bubur lambuk sebanyak 20 periuk yang kami hasilkan itu hari. Banyak kan?
Penat giles mengacau sorang-sorang. Saya ni dah le kurus kering. Adohaii.. ;p

Haa.. ini dia Chef Muluk, rasanya Ex-Student Uitm jugak.
Kami ke sana atas permintaan dari beliau lah. Handsome kan Chef Muluk ni?

Inilah geng UiTM Malaysia yang turut serta dalam majlis tu, ada lagi 5 orang, tapi dia orang kena dera basuh periuk gajah tu.. huu.. Kasihan~

Sebelum balik itu hari, sempat lagi saya snap bangunan Mydin Mall ni.
Alah, buat kenangan kan?
Ini pertama kali saya ke sini walau sudah banyak kali lalu. haha ;)

06 September 2009

kisah.BOSAN

Salam.

Semenjak dua menjak ni, hidup saya di Shah Alam terasa sangat BOSAN. Betul-betul bosan. Bilalah giliran saya mahu pulang ke Kelantan dan hidup seperti sediakala seperti dulu-dulu kan? Mahu aje cepat-cepat habiskan belajar ni. Kosong rasa hidup tanpa ibu ayah di sisi. Kalau di hitung, kurang lebih 5 tahun saya berjauhan dengan keluarga. Memang la adakala saya pulang ke Kelantan, tapi itu tidak pernah memuaskan hati dan perasaan saya. Kadang-kadang terfikir jugak, alangkah gembiranya rasa jiwa kalau saya dapat tinggal berdekatan dengan keluarga esok hari ye? Tak payah saya fikir itu dan ini. Mungkin akan tenteram lah jiwa, dan mungkin tidak seperti keadaan sekarang. BOSAN. Tekad saya dari zaman sekolah, saya tak akan cari jodoh selain dari orang-orang lelaki Kelantan. Biarlah hanya lelaki terpilih Kelantan yang bakal jadi teman hidup saya sampai mati. Saya nekad, biarlah juga hanya Kelantan yang menjadi sumber rezeki dan pendapatan saya esok hari. Biarlah saya mati di sisi sanak-saudara saya. Tidak rela rasanya berada jauh dari mereka. Serik. Saya ingin bahagia sampai hujung usia. InsyaAllah. Doakan ya!

Hoo~ Kalau bercerita kisah BOSAN ni, sampai bila-bila pun takkan habis ye? Urm, baik saya kemas-kemas katil, tepuk-tepuk bantal, buka selimut, terus TIDUR kan? Haha. Itulah yang terbaik. Dengan mata yang sedikit layu, mulut yang luas menguap, tangan penat menaip serta otak yang letih berfikir, alangkah bahagianya kalau terus TIDUR.. Owh kamar, tunggu kedatanganku. Mengantuk haih! okay, ke kamar dulu lah. Daa (=

03 September 2009

Bazar Ramadan Seksyen 17, Shah Alam

Salam.

Assignment kali ini menuntut saya untuk ke Bazar Ramadan Seksyen 17, Shah Alam.
Tak banyak gambar yang diambil, sekadar cuci mata dan habiskan duit sahaja. Mana lah cikgu yang nak ajar saya capture gambar terbaik ni kan? huhu.. ;)














@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...