20 October 2009

Awak, kita STOP di sini dulu~

Salam.

Okeh. Ini kesinambungan cerita PAGI tadi, cerita di mana saya merapu seMalaysia. Haha. Saya sambung serba-sedikit al-kisah saya diTEMUDUGA Selasa lepas (13 Oktober 2009). Tak banyak songehnya, cuma kisah gugup dan gementar sajalah yang mahu dicoretkan. Tak kisah kan? Haa. Ada orang request nak baca karangan dari saya, so saya penuhi akan permintaan itu. Okei, bagi saya 5 minit. Nak korek idea, fikirkan tentang PENDAHULUAN, ISI PENTING 3 PERENGGAN dan juga PENUTUP.

Okei..

Satu.
Dua. Tiga. Mula!

Selasa lalu, saya tiba di perkarangan Wisma Negeri, Negeri Terengganu sekitar jam 7.30 pagi. Awalkan? Tak ramai orang pun waktu tu. Sebelum tu, saya dari Hotel Midtown Kuala Terengganu diajak ke Coffee House untuk bersarapan oleh Abah, tapi saya menolak. Sebab, saya tahu, kalau saya makan, memang harus RAPAT ke pukul 8 pagi. Entah-entah tersasar ke 8 suku. So, saya tolak ajakan Abah. Mama tak cakap apa. Sebab dia pun tahu, kita orang kalau makan, MEMANG lama, dan dia jugak tahu akan perjalanan temuduga macam mana. Itu sebab dia suruh Abah terus hantar saya ke Wisma Negeri. Memang saya sampai awal. Sesampai sahaja saya di pintu utama, saya di kehendaki mendaftar sebagai calon temuduga SPA, memang sudah disediakan borang untuk semua bakal calon. Ketika mendaftar, hanya 3 orang nama diatas nama saya. Eh, apasal tak ramai ni? (saya omong-omong dalam hati). Takkan sikit sangat calon yang datang. Betul ke temuduga untuk jawatan itu di buat di situ. Owh, macam-macam saya fikir. Tapi, tangan tetap menulis.

Siap semuanya, Mama dan Abah cakap yang mereka akan datang ambil saya balik sesudah saya siap. Saya kata, OKEI~ Sebelum Abah dan Mama berlalu, sempatlah saya minta RESTU dulu, itu WAJIBKAN? Kalau tak, haruslah saya tak boleh TENANG nanti. Seusai salam-salam semua, saya berdoa dalam hati, semoga di permudahlan segala urusan saya hari itu. Hati saya tak usah cakap, memang berdebar sangat-sangat. Sebabnya, seumur hidup saya, saya TIDAK PERNAH di temuduga macam ni. Saya kan pelajar. Masih lagi belajar. Tak pernah ada tawaran temuduga buat saya setakat ini. Itu yang membuatkan saya semacam hilang kawalan. Rasa macam kena tinggal dek Mama dan Abah pun ada. Haha. Memang penakut betul la kan? Malu dek budak kecik. Doa saya menenangkan perasaan dan hati saya tempoh hari.

Berjalan seorang diri, tanpa ditemani sesiapa membuatkan saya mengantuk. Iyelah, tak ada teman nak berbual macam selalu. Memang sayu je muka saya pagi tu, menguap pun ada gak. Huhu. Tapi, masa dalam lif menuju ke tingkat 7 Wisma Negeri, saya disapa oleh seorang pegawai kerajaan di situ. Beliau bertanya setelah terlihat file yang saya pegang. Terus, saya rungkaikan setiap persoalan beliau. Angguk tanpa geleng ajelah beliau. Cuma pesannya, JANGAN TAKUT. Senyum kan pengubat LUKA. So, senyumlah. Hehe. Kata-kata beliau saya sematkan dalam hati sebelum beliau ucapkan selamat maju jaya kepada saya. Kalau ada rezeki, tak kemana kata beliau. Iya, itu saya yakin. Tapi, saya tak yakin dapat menjawat jawatan ini kerana, BANYAK sebabnya.. Huhu~

Ting-Tong. Lif dah sampai weh. Dup dap dup dap jantung saya. Tak berhenti berdebar. Berdegup tu haruslah, kalau berhenti, alamatnya memang saya ARWAH la kan? Hehe. Sampai sahaja di Tingkat 7 tu, saya pusing ke kanan, ke Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu. Wah, cantik jugak pejabat ni,(dalam hati macam-macam doa yang saya baca di tambah lagi dengan fikiran saya yang menerawang tu). Semuanya jadi satu, sudah bercampur aduk.

Mak aii, gelisah sungguh tengok pegawai kat kaunter SPA tu, tak keruan perasaan saya. GELISAH, bak cacing kena bakar. Kejap bangun, kejap duduk, kejap senyum, kejap sengih. Macam-macamlah MIMIK muka saya, bukan dibuat-buat. Ter'buat' dengan sendiri okei. Fuhh~ Saya baca ayat Kursii, tenanglah sekejap hati saya. Di kaunter ada 3 orang calon SPA untuk Jawatan yang sama saya pohon, wah! Memang bukan calang-calang mereka ni. Habis lah saya kali ni, sah-sah tak dapat jawatan ni.

Saya diminta ke kaunter untuk menyusun atur semua sijil dan dokumen, supaya temuduga hari itu berjalan lancar. Tengah-tengah menyusun, saya terlihat senarai nama calon-calon. Ehh, 10 orang je ke calonnya? Biar betul? Mujur jugak, pasti habis awal. Jam ketika tu kurang lebih 8 pagi. Setelah semua calon datang, saya dengan sukarela mengira balik bilangan calon. Ermm, semuanya 9 orang. Boleh balik awal ni. Ingatkan ramai berpuluh-puluh. Seorang tak datang, so jadilah 9 calon. Yeye~ Boleh balik awal. Girangnya!

Panjangnya karangan, ini dah lebih ni. Huhu. Okei, saya skip~ ;)

Saya dipanggil masuk ke bilik temuduga pada jam 11 pagi, setelah 5 calon ditemuduga. Lama la jugak. Tak BOLEH BALIK AWAL jugak.... Akhirnya, tibalah pula giliran HATI dan JIWA saya jadi tak tentu hala. Sebelum pintu saya ketuk, hanya selawat yang saya baca dalam hati, minta dipermudahkan. Biar apa yang terjadi, buatlah yang terbaik. Mungkin ada rezeki dan mungkin juga tidak ada. Saya cuma tawakal sahaja.

Saya melangkah ke bilik itu dengan satu perasaan aneh. Tak tahu apa perasaan itu. Saya biarkan saja. Setelah memberi salam dan mengucapkan selamat pagi, terus saya ke meja penemuduga, saya hulurkan file berisi sijil dan juga kelayakan saya. Yang pasti, waktu itu, saya tengah senyum. Huhu. Lepas tu, saya terus DUDUK tanpa saya minta keizinanan para penemuduga. Hahaha..

............... Penat lah tulis karangan ni. Nak rehat jap cikgu. Petang nanti, saya sambung balik okei~ Tata... (=

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...