06 October 2009

bila KERJA SEKOLAH stop sekejap~

Salam.

Seminggu yang lepas, kerja saya hanya menghadap Facebook, dan kalau ada kerja yang menuntut saya bertahan untuk tidak tidur, saya fokuslah dan saya tinggalkan sekejap Blogger dan Facebook. Iyalah, takkan seharian saya menghadap benda alah ni kan? Harus naik tinggi power cermin mata saya. Sekejap sungguh masa berlalu. Minggu lepas, masa saya hanya di Machang. Kalau ada keizinan, sekejap saya ke Kota Bharu, sekejap saya di mana sahaja yang saya suka. Tak kisahlah kan? Merata-riti saya jalan. Duit pun, dengan bangganya berjalan sekali. Berjalan untuk negara la katakan.

Tapi, berlainan dengan minggu ini. Seharian saya menghadap laptop untuk siapkan assignments bak bukit-bukau dan jalan simpang-siur di Bukit Tujuh menghala ke Merapoh tu. Pening kepala saya. Habis lenguh otot-otot di badan. Badan pun kehabisan tenaga, mengharap untuk dapat sudahkan semua kerja dalam waktu yang tepat dan cepat. Semua kerja still in progress. Hanya Tuhan yang tahu betapa letihnya mata dan otak saya sekarang. Itulah pasal, siapa suruh siapkan last minute? Huhuhu~ Kejap, saya nak gelak. Jangan marah, jomlah gelak sekali. Biar happy saja hidup ni kan?

Hehe... SAH SAH SAH. Saya dah sakit. Harap-harap tak mereng lah otak saya dalam menyudahkan kerja yang terbengkalai ni. Jiwa saya tak ada untuk semua kerja ni. Haaa, jiwa saya duk kalut menanti hari saya akan di temuduga pada minggu hadapan. Owh JIWA, kentallah dikau. Jangan hanyut lah wahai JIWA. Eh, bermadah pula ye ini HATI. Hehe~ Tak mengapa, layanlah wahai HATI akan JIWA itu. Tawarkan kegelisahan HATI itu wahai JIWA.

Eh, dah dah dah!


Jangan duk mengarut Cik Zat Nani, siapkan kerja tertunggak awak tu, tak mengapalah kalau terpaksa terkepit, terjerut, terjerat ke ter apa lagi hah? Biarlah tu semua. Dah namanya STUDENT, jangan ler duk mengelip-ngelip aje kejenya... SIAPKAN! Haha. Ini arahan dari BADAN tuan empunya diri. Hii~

Tengahari tadi, sewaktu saya isi borang pengecualian kuliah untuk minggu hadapan, ramai yang bertanya nak cuti buat apa lagi? Seminggu saya menghilangkan diri, macam biskut marie, eh bukan, biskut chipsmore tu. Tak sudah-sudah nak PONTENG kelas. Haha. Bukan ponteng la sayang-sayang semua, saya ke Machang balik ambil sijil-sijil untuk di sahkan.

Tambahan lagi, teman baik saya bertunang, jadi apalah salahnya jika saya hadirkan diri untuk majlis teman baik kan? Hehe~ Bolehlah saya jadi pembantu pengantin. Eh, tiba-tiba macam mak andam pulak ye? Huhu.. Berbalik kepada cerita Encik Ali tadi, pensyarah dapur saya, sewaktu saya ingin meminta dia meluluskan ketidakhadiran saya ke kuliah beliau pada minggu depan, sekali lagi saya kena CANTAS (bahasa indah ye), katanya, "Kau balik nak bertunang lagi ke Zatul?, ish ish ish, tak habis-habis nak balik bertunang". Hahahaha~

Apalah Encik ni, buat apa nak bertunang banyak kali. Saya ni tak ada orang nak encik. Cuma seorang saja yang mahukan saya. Hahaha. Poyo jawapan tuh~

Tapi, saya tak jawab macam tu, dalam HATI saja jawapan tu. Tak berani nak LAFAZ depan-depan. TAKUT kena tibai! Encik Ali suka sangat tibai saya. Habis lengan saya sakit kena cubit tau. Entahla, sakit weh. Selalu kena dengan Encik Ali ni. Kena buli owh! Huhu~ Tapi tak apa, saya tak amik kisah semua tu, mungkin di suatu hari, saya jadikan KENANGAN paling INDAH. Kan? Siapa tahu...

Dah la mengarang, ini yang saya duk kalut-kalut nak hadir minggu depan tu. Banyak kali saya cuba masuk website SPA tapi tempat temuduga tu tak keluar-keluar. Sabar menanti petang tadi, Mama call saya, katanya cuba call SPA sendiri dan tanya. Letak gagang, terus saya call SPA, dapat terus jawapan! Tak payah belek website tu lagi. Lambat owh. Huu~

Tempat tersebut adalah di Bilik Mesyuarat SPA Kuala Terengganu, Kuala Terengganu. Maksudnya, haruslah saya balik KELANTAN lagi minggu ni. Hadoiii, penatnya lah. Tapi apapun, doakan yang terbaik buat saya okei. Risau pun ada sebab saya tak pernah ditemuduga niiii~ Takut sangat. Hanya doa yang bisa saya sandarkan kepada Allah. Ya Allah, permudahkanlah setiap urusan hidupku~ Amin... (=

Banyak persiapan sebelum bermula segalanya~

(=

Okeh, sambung buat KERJA SEKOLAH!
Tata...

eh, mengumpat ape tu? Tuhan marah tau mengumpat!
Hahaha~ Just for fun!

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...