20 October 2009

entri paling cikai!

Salam.

Hehe. Jap nak gelak. hehehehe. (entah apa-apa gelaknye~) Hurm.. sebab saya rasa ini entri yang paling entah apa-apa. Tak ada maksud dan makna langsung. Sekadar menghabiskan masa saya saja. Hurh~ (=

Sebenarnya saya bangun awal pagi ni nak update blog ni, nak update sikit masa pergi temuduga tempoh hari. Tapi, TERSANGKUT di FACEBOOK dekat 1 jam, terus tak jadi update. Huuu~ Apalah punya kuat TARIKAN facebook ni. Selalu saja DAN terpaksa mengalah dengan datuk/datin/encik/puan facebook ni. Apa sangat yang facebook ni ada sampai blogger kesayangan saya ni terpaksa jadi 'gewe' nombor dua? Owh men~ DAHSYAT weh.

Eh, tadi nak cerita pasal temuduga tu kan?

Wah. Selalu tersasar jauh, menyimpang itu memang HOBI saya. Hee~ So, terpaksalah update petang-petang sikit ye. Apapun, saya nak ucap GOOD MORNING la kepada semua. Nak upload satu picture aje pagi ni, sekadar melepaskan gian ber'blog'ging~

ini picture sewaktu saya muda remaja, kalau tak silap masa ni saya berumur dalam 18 tahun...

HAHA..
poyo ajelah, tengok la date tu..
tahun LEPAS kan?
So, umurnya 22 lah~
;p

p/s :: Semua kawan lama saya cakap yang saya dan berubah sekarang. Memang saya nampak lain. Itu saya akui ye. Huu. Tang muka itu yang pasti! Dulu saya GELAP okei. KUSAM, SURAM, MURAM. Hahaha... Kalau sekarang saya GELAP, dulu lagi GELAP. Memang sejak dari kecil, saya tak suka muka ni di tempek dengan pelembab-pelembab bagai. Ishh.. Geli-geleman la.. Sekarang pun sama. Tak ada yang berubah. Cuma cerah sikit dari DULU laa.. Itu yang mereka maksudkan kot. Mungkin. Huu~ Apa-apa sajalah! Mahu berlalu dulu. Salam~

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...