21 October 2009

Ini kisahnya....

Salam.

Ini kisahnya. Kisah saya bersahabat baik dengan seorang LELAKI, sebaya saya, kami satu kuliah, dulu kami sekepala, dan sekarang sudah tidak bersama lagi. Saya tak sedih tak jadi kawan dia, saya cuma terkilan kerana dia berkawan bersebab. Saya nak cerita banyak tentang dia(bukan untuk burukkan dia), tapi masa tak mengizinkan saya menulis panjang. Selama saya bersahabat dengan dia, sebolehnya saya jaga perasaan dia, sebab saya tahu, lelaki yang saya kenali ini cepat sangat hatinya terasa. Risau juga kalau-kalau dibuang kawan sebab hati. Hati dan perasaan bukan boleh dibuat bola. Bukan boleh disepak ditendang sana-sini. Saya hormat dia, saya jaga hati dan perasaan dia. Tapi, dia tak pernah sekali menjaga hati saya. Selalu dia buat saya terguris. Tapi, saya tahu, bukan saya sahaja yang perlu dia jaga hati. Itu saya faham. Saya pun tak pernah memaksa dia. Saya bercakap akan hal ini bukan sebab apa, sebab saya pernah MENJADI salah seorang dari hidup dia dulu. Kami sama-sama berkongsi perasaan. Walaupun pada ketika itu, saya mempunyai kekasih hati(kini bekas kekasih). Saya layan dia seperti sahabat yang paling baik. Sebab, dia memang terlalu baik bagi saya. Apa sahaja saya minta, dia boleh tunaikan. Kemana sahaja saya ingin pergi, dia sukarela menjadi pemandu. Sayang saya kepada dia sebagai seorang sahabat memang tak berbelah bagi. Saya pernah melihat dia menangis di hadapan saya, dan saya pun pernah mengalirkan airmata di hadapan dia. Buat apa malu? Dia sahabat saya.

TAPI..

Itu dulu. Itu semua dulu. Bukan sekarang. Sekarang sudah lain. Sekarang keadaan sudah berbeza. Sangat lain, dan tidak akan kembali seperti dulu. Saya tahu itu, dan saya yakin. Saya dan dia tidak akan kembali bersatu seperti dulu. Bukan saya melayan perasaan saya di tika ini, tetapi sekadar ingin berkongsi duka.

Saya tak tahu mengapa antara kami bermusuh. Kami berbalah. Bergaduh. Bermasam muka. Saling tidak kenal. Seakan tidak pernah menjadi teman. Dia berlalu begitu sahaja setelah hidupnya diisi oleh rakan-rakan lain. Iya, dia pernah guriskan perasaan saya ketika saya masih bersama HairulNizam dulu. Tapi, saya tahu itu kawan. Buat apa saya mahu marah-marah? Tak ada sebab saya mahu marah dia. Biarkan. Sebab itu mungkin keseronokan dia. Saya tak pernah ambil hati.

Dan semalam, setelah 150 hari kami tak bertegur sapa, saya menghulurkan salam kemaafan andainya saya bersalah. Bukanlah niat mahu teruskan permusuhan. Niat saya ikhlas, mahu maafkan dia jika dia juga ada salah dan silap terhadap saya. Saya maafkan dia bersebab. Sebabnya, selepas ini antara kami tidak MUNGKIN akan bertemu lagi. Saya dengan hidup saya dan dia dengan kehidupan dia. Semoga dia berbahagia dengan apa yang dia lakukan. Saya doakan dia aman harmoni dengan bakal kehidupan dia. Kami sudah di semester akhir sebagai pelajar. Dan saya tahu, dia terpilih ke luar negara akhir November ini. Saya doakan dia bahagia selalu. Bergembiralah wahai teman. Saya akan tetap menganggap dia sebagai teman terbaik dalam hidup saya. Mungkin sampai mati, saya akan terus senyum sebab dia pernah menjadi sahabat baik saya.

Ini bait-bait salam kemaafan saya semalam~

.................................................................................

Salam.

Pertama sekali aku nak mintak maaf kalau selama ni aku ada buat salah dgn ko. Aku taknak gaduh lg dgn ko. Memang dulu aku akui yg aku sakit hati dgn ko, tp skrg, hati aku dah sejuk. Dah boleh maafkan ko. Walaupun aku jarang ckp dgn ko waktu dlm kelas, itu tak bermakna aku marah ko lg. aku dah tak marah lg kat ko. Skrg ni bukan kira salah siapa atau sape menang, yg pasti aku dah maafkan ko dan aku sendiri nk mintak maaf. Aku taknak antara kita bermusuh lg. yg lepas biar lepas. Lagipun, antara hal aku dgn ko aritu, aku simpan sorang2 diri. Aku tahu aku pn xsempurna, berdarah muda dan panas. Cpt nk marah org. tp skrg aku bkn jenis mcm tu, aku belajar utk tak marah org n jd tenang.. apapun, aku mntak maaf untuk selama ni. Aku tau ko kecik ati ngn aku kan? Okei, aku mtk maaf. Yg lps biar lps. Dulu mmg nk marah. Tp bila pk balik, buat apa nk marah. Bukan dpt pape pn. Erm.. aku xtahu la ape respon ko dgn msj aku ni. Kalau ko still tak senang dgn aku, aku xkisah. Cuma yg penting, aku taknak ada gaduh2 lg dgn ko.. kalau ko taknak ckp lg dgn aku, ok aku faham.. apapun, thanks sbb sudi baca msj ni… (=

..................................................................................


Di akhir mesej itu saya senyum.
Semoga hati saya tenang dengan apa sahaja yang bakal berlaku.

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...