10 October 2009

DOAKAN saya. Ini yang terakhir~

Salam.

Temuduga yang bakal berlangsung minggu hadapan betul-betul membuatkan saya meraba-raba. Entah mana info perlu saya korek lagi, lagipula bukannya saya tahu apa isi kandungan pertanyaan dan soalan yang bakal diajukan. Ada juga saya bertanya kepada yang pernah ditemuduga untuk jawatan ini, namun jawapan yang diberi juga tidak menepati apa yang saya mahukan. Saya pun tak tahu apa yang perlu saya buat untuk berhadapan dengan panel penemuduga pada minggu depan. Macam mana atur hidup saya nanti? Semuanya macam satu beban yang terpaksa yang hadapi dengan senyuman. Entahlah. Mungkin saya tidak pernah mengalami keadaan ditemuduga menyebabkan saya hilang arah dan punca. Bagaimana ye nanti? Dapatkah saya memuaskan hati mereka? Mampukan saya yakinkan mereka bahawa saya juga BOLEH walaupun ada ketika saya gelabah semacam? Itulah yang difikirkan sekarang. Semacam tiada semangat pun ada. Apapun, doakan saya berjaya dan dapat menjawab dengan tenang semua soalan yang bakal diajukan. Persediaan belum saya buat. Mungkin esok semuanya selesai sebelum bertolak ke Kuala Terengganu Isnin nanti. Semua dokumen harus ada salinan dan disahkan. Semuanya masih kemas di dalam file di meja. Ish~ Bismillahirrahmanirrahim.... Dulu pernah saya berkata, LULUS mahupun KANDAS bukannya persoalan. Hanya Yang Maha Esa mengetahui. Takdir saya di TanganNya. Saya tidak meletakkan seribu harapan untuk kali ini. Bukan senang untuk 'lepas' sekaligus 'berjaya'. Doakan saya ye. Saya tahu, hati saya berkira-kira yang saya TIDAK YAKIN. Saya ada keyakinan, tapi semakin hari, keyakinan itu pudar.... Yups! Saya berhenti di sini. Izinkan saya berlalu dan DOAKAN kejayaan saya walau di mana saya berada. Semoga Allah merahmati kamu semua... Salam sayang, ZatulHernaniMohdNawi...

Persiapan (=
  • Kad pengenalan :: DONE!
  • Sijil Kelahiran :: DONE!
  • Sijil SPM/SPM(v) :: DONE!
  • Diploma & Transkrip Akhir :: DONE!
  • Sijil Kegiatan Luar (Asal) :: DONE!
  • Resume bergambar, ringkas padat :: DONE! in english boleh ke? ;p

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...