24 October 2009

Last but NOT lease~

Salam.

.........cikgu, saya nak sambung KARANGAN ni. Jangan lupa tanda dan semak okei~

Duduk sahaja di kerusi itu, saya tengok dua penemuduga tu belek-belek file berisi sijil itu. Sambil mata saya melirik jam tangan, jantung saya kencang berdebar. Ya Allah masa tu, memang tak tahu nak cakap apa. Cuma saya fikir, matilah aku kali ni. Garangnya muka dua penemuduga tu. Masa tu jugak, hanya selawat Nabi Muhammad saja yang saya ingat. Semua yang lain hilang, terbang bersama khayalan saya. Adeh. Rasa tertekan. Tapi, selawat kan ada. Tak risau lah~ ;)

Soalan pertama yang terpacul dari mulut penemuduga pertama saya iaitu Datuk Ignatius J Bantoi, keputusan SPM bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris saya. Ahaha~ Masa tu jawab je la. Lepas tu, CGPA Diploma saya dan seterusnya ke cerita pedalaman Sabah dan Sarawak. Selesai soalan pertama, saya rasa jantung saya tak berdebar. Pelik jugak. Sebab sebelum tu bagai nak terkucil, ye lah. Sebelum ke giliran saya, berapa kali entah pergi toilet. Padahal bukan nak buang air pun. Gelisah punya hal....

Datuk tu tanya saya macam-macam dan soalan terakhir beliau berkenaan Konsep 1 Malaysia. Saya apalagi, dah memang saya goreng sejak semalam. Siap bagi tujuan-tujuan dan 8 nilai lagi. Senyum saja beliau. Mungkin beliau tahu yang saya ni kaki hafal kot. Haha. Apa-apa sajalah. Yang pasti, walau sedap menggoreng jawapan masa temuduga tu, saya yakin dan pasti yang saya takkan dapat kerja ni, sebab saingan diaa... SENGIT, dan Datuk ada cakap, saya kan masih belajar. Teruskan saja lah belajar. Tak payah kerja lagi. Soalan tricky itu saya jawab. Tapi tak perlu saya state lah. Haha. Sebab itu jawapan karut yang keluar dari mulut saya, tapi Datuk senyum saja. Mungkin dia fikir, eh budak ni.... Hahaha~

Lepas tu, masuk sesi kedua dengan Pegawai dari Kementerian Penerangan. Kalau tak silap saya, Encik penemuduga ni juga seorang DJ, sebab dia kenal Mama. Dia siap cakap lagi dengan Datuk tu pasal Mama saya. Owh~ Malu seh... Lebih kurang macam ni, "Datuk, mak dia ni Deejay radio di Pantai Timur, versatile lagi orangnya, pernah menang Anugerah Juruhebah Versatile di Angkasa. Memang suara mak dia gifted. Dia pelopor dj-dj popular Kelantan".

Hoooo... masa tu, hanya Allah swt yang tahu perasaan saya. Macam mana nak berdepan dengan kawan Mama ni. Mati lah saya nanti. Haruslah soalan kaw-kaw punya yang beliau akan tanya nanti. Sudah lahhh~ Apapun, saya harus bersedia. Wahai mental wahai fizikal, jangan kamu berpaling dariku. Teruskan kesetiaan kamu kepadaku. Aku tengah gabra ni wahai hati dan perasaan. Memang masa tu, kaku sekejap. Tapi, mana boleh tunjuk kita lemah kan? Teruskan pertanyaan wahai Encik Penemuduga... Terfikir jugak, mana beliau tahu yang saya ni anak Mama. Hurmm, fikir punya fikir, baru saya perasan. Dalam file tu kan ada surat beranak, kalau masa interview, kan kita perlu letak di mukasurat depan. Kat situ memang tercatat nama penuh ibu ''Jamaliah bt. Mohd Romi a.k.a Jamaliah Romi", so dari situ la kot beliau cam Mama. Tak kisahlah apa yang beliau fikir. Yang pasti, semua soalan yang ditanya tempoh hari memang killer~

Ada ke patut dia tanya saya soalan yang saya pun pening nak jawab~

- Berikan saya 3 nama Deejay Selangor.fm?
- 2 orang Deejay bagi segmen Sukan di Selangor.fm?
- Berapa frekuensi Selangor.fm?
- Berikan saya nama deejay KL.fm?
- Pencawang radio di Kelantan ada berapa?
- Senaraikan nama segmen radio KL.fm?
- Senaraikan nama slot Kelantan.fm dari pagi sampai tengahmalam?
- Senaraikan segmen/rancangan TV1?
- Tagline RTM di iklaneka Utusan?
- Berapa stesen radio awam di Malaysia?
- Nama-nama Radio swasta & awam di seluruh Malaysia?
- Nama-nama TV awam & swasta di Malaysia?
- cara peningkatan mutu radio di pedalaman Sabah & Sarawak?
- Habit saya mendengar radio?
- Apa langkah kerajaan terhadap KPKK-Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan?
- Plot sosial, ekonomi, politik di Malaysia?
- Kalau saya di ambil kerja dengan KPKK, apa usaha & langkah serta inisiatif diri untuk memajukan KPKK dan RTM?
- Cerita tentang marital status saya. Soal punya soal sampaikan mereka tahu yang saya ni tunangan orang. Macam mana tu? Huhu....
- Ceritakan sedikit Politik di Bagan Pinang, Port Dickson?
- Kalau awak ditempatkan di pedalaman Sabah dan Sarawak, awak nak pergi?
- Macam mana nak tingkatkan jati diri seorang DJ?
- Entah la.. macam-macam lagi soalannya.. Sudah lupa sebab banyak sangat.. Macam-macam dia tanya..

Semua soalan tu saya dapat jawab dengan baik. Jawab je walau tak tahu. Yang penting saya usaha. Dapat atau tidak, berserah kepada Allah. Kalau ada rezeki, adalah tu kan? Saya tak berharap sangat dapat sebab dia nak yang betul-betul menepati citarasa mereka. Ada kakak sorang ni, dah 3 kali dia ditemuduga untuk jawatan yang sama, tapi satu pun tak lekat, yang ini kali-4. Apapun, tawakkal saja. Keputusan temuduga keluar pada 16 November 2009 nanti. Kita tengoklah macam mana ye..

Seusai semua, saya keluar dengan senyuman. Saya tanya Pegawai SPA tu, berapa MINIT giliran saya tadi dan mereka cakap 35 minit. Mak aiii... Lama tuw, sebab yang sebelum ini hanya makan masa 20-25 minit sahaja. Saya pun ada kira jugak calon 1 - 5. Huhu. Tak mengapalah. Asalkan semua soalan terjawab dengan baik. Moga-moga dapat kerja awal dan dapat kahwin awal. Hahahaa~ Poyo ler.... (=

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...