30 October 2009

sebelum kita pening sekali lagi........

Salam.

Tadi ke McDonald Seksyen 3, makan-makan dengan housemate. Tak ramai. Seorang saja. Melepaskan gian. Lama tak makan burger. Walhal minggu lepas, 3 bijik burgers saya telan memenuhkan tali perut. Tak kisah makan banyak. Bukan saya AKAN jadi gemuk pun. Makan banyak sekalipun, telanlah apa sahaja, tapi body saya maintain. Kurus kering. Macam lidi. Lebih elok kalau cakap macam kerengga. Elok ke? Huhuu~

Saya ke McD kerana mengidamkan GELAS berwarna-warni itu. Kalau boleh, saya mahu kumpul sampai penuh kabinet dapur. Bagi Mama suka tengok gelas warna-warni. Setakat hari ini, sudah 8 biji gelas yang telah saya kumpul. Kalau boleh, nak lagi dan lagi dan lagi. Suka hati saya tatkala melihat gelas tu tersusun. Cantik. Kemas. Bergaya. Hurm..

Dan di bawah, candid pictas of me dan juge GELAS itu~





P/S :: saya ke kamar dulu. BERADU dan terus beradu. Encik Tunang buah hati saya entah kemana menghilang. Mungkin tidur dek kepenatan. Esok mahu STUDY. Blogger & facebook akan diharamkan dari OTAK saya, hanya seketika saja. Mahu fokus. Ini subjek susah, bukan susah apa. Dek kerna lecturer itu, semuanya dipersalahkan. Jatuh talak kalau boleh. Saya tidur dulu. Tata~ (=

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...