30 November 2009

Adeh. adeh. adeh. (=

Salam.

Fuh. Penat. Yeah.

Sangat penat ke hulu ke hilir mengemas kotak-kotak minyak TYT kat ruang tamu tu. Banyak tau!! Bertingkat-tingkat. Sebentar tadi ada panggilan daripada kawan Mama, katanya mahu datang beraya ke rumah. Alamak!! Daku belum mandi lagi, baru saja sudah keringkan baju. Jemur pun tak lagi. Nampak saja van masuk ke halaman rumah, terus berlari masuk dalam rumah, mujur tak tersadung kaki di anak-anak tangga tu. Kalau tak, naya la saya hari ni. Rumah dah la tinggi macam bangunan pejabat. Aduhai penatnya. Badan ni dah la buchuk-buchuk. Al-maklumlah, nak mandi time hujan-hujan macam ni memang jauh panggang dari api. Huhu~ Bukan malas mandi okei.. Takut sejuk jee... ;)

Owh. Berbalik kepada cerita kemas rumah tadi. Fuyyoh! Macam PUYUH je. huhu. Penat okei masa proses kemas-mengemas tadi. Sampaikan adik lelaki saya yang macam cina tu turut sama mengemas. Kami angkat, kami angkut, kami sepak, kami terajang, kami tendang kotak-kotak minyak TYT tu letak ke tengah ruang kat tempat makan. Kalut macam apa entah tadi. Penat sungguh..

Tengah-tengah elok duk terajang KOTAK-kotak tu semua, makcik dan pakcik dan jugak anak-anak beliau yang ramai tu dah naik rumah, siap tengok lagi kami duk tendang-tendang kotak tuh. Alahaiiiiii~ Malunya muka. Dia orang intai kami melalui pintu sliding yang kat tengah tuh! Hahahaha..

Macam tak betul je tadi, boleh plak kami gelak-gelak? Memang la kena gelak. Rumah macam tong sampah aje. Bersepah-sepah! Ada anak dara, bukan boleh harap. Asyik duk blogger aje. Haha. Mama jangan marah, anak sulungmu sudah MALU dan tebal MUKA. Tak nak keluar bilik. Alasan saya, SAYA NAK MANDI... Dari pagi tak mandi-mandi lagi ni.. Haha~ Sakit! (kena gariskan sebab memang tak mandi pon!!) huhu....

Okei lah ye, mahu mandi dulu, kemas diri pula. Sudah penat angkut kotak tadi hokei. Moral of the story, jangan biarkan rumah bersepah-sepah macam sarang TIKUS! Kalau orang datang tiba-tiba, tak ke NAYA nak kemas SEMUA?

Itulah ceritanya. Okei mahu mandi dan nak wangi-wangi. Esok ke Tumpat. Teman universiti saya akan melangsungkan majlis pertunangan. Jom la kite~ JOM mandi....


Kenape mengintai? Malu la tu... Ada budak tak mandi wooo~

ini MooD raya~


Salam.

Haa.. ini pulak saya yang berbaju kurung moden dalam mood raya. Hurm. Kalau nak tahu, sehari pada hari raya baru-baru ni saya tak BERAYA pun. Tidur saje kat rumah sorang-sorang. Tidur sampai pukul 4 petang. Hahaha. Orang lain sibuk bergulai bagai, saya sedap je baring-baring kat rumah. Seorang diri pulak tu. Kawasan rumah saya ni dah la sunyi sepi. Rileks je beb. Tidur lagi sedap kan? (=

Oho~ Jangan salah sangka ye. Bukan saya malas nak menyiang daging lembu atau membasuh perut lembu kesukaan saya, tapi saya sakit. Hari sakit tu pulak jatuh pada hari RAYA. So, nak tak nak, kenalah saya rehat. Kalau tak, boleh collapse. Penyakit yang saya alami ni boleh menyebabkan saya pucat dan pengsan. Hurm.. Wahai gadis-gadis di luar sana, mungkin kamu dapat agak apa penyakit saya ye? Huhu~ Itulah kejadian manusia kan?

Dan gambar-gambar di bawah ini ketika saya menghadiri majlis perkahwinan teman universiti saya di Kota Bharu. Pakai cantik-cantik lah sikit. Masa ni sakit lagi la kot. Huhu~ Okei, selamat melihat gambar saya. Hehe. POYO (-_-)

 

Sekian sahaja gambar yang tak cantik ini. 
Terima kasih daun keladi ye~ (=

...from Sony Ericsson C 903 (=

Salam.

Nak tengok rumah orang tu banjir tak?
Okei..  
Scroll down ye~ 
(=






Salam.

Sedar tak sedar dah 1 tahun 5 bulan 5 hari saya berpasang-pasangan dengan Encik Wan Hairy ni. Lama jugak ye. Gaduh baik gaduh baik, nanti akan tiba hari bahagia kami. Huhu~ Bila tu? Biarlah menjadi rahasia antara kami.. Kalau ada yang tahu, diam-diam sudah... (=




Hari ini genap 6 bulan saya menjadi tunangan beliau. Syukur Ya Tuhan, saya dipertemukan dengan seorang lelaki yang SANGAT PENYABAR. Iya, saya akui, tunangan saya seorang yang SABAR orangnya. Macam-macam kerenah saya, namun tidak berubah perangainya. Hehe~



hujan pula~

Salam.

Selamat tengahari ya!

Seriously tak tahu nak buat apa kalau balik kampung. Haha. Kerja saya yang pasti adalah makan, tido, makan, tido, bangun tak terus mandi, tapi pergi tengok tv, lepas tu masuk dapur balik, lepas tu makan. Lepas tu? TIDO lah~!!

Anak dara apa entah~ huhu. Hurm.

Bukanlah! Yang saya maksudkan adalah ketika hari HUJAN saja. Memang saya akan jadi MALAS yang amat kalau HUJAN turun lebat. Mana tidaknya, keadaan yang SEJUK menyebabkan saya lemah. Terus lemah, dan katillah tempat yang selamat! Iya bukan? Memang katil akan menjadi tempat persinggahan kekal, sementara menunggu hujan berhenti. Sejuk membuatkan saya LENA selena-lenanya... Jom beradu!

Ahaa. No no no..

Kalau saya tidur lagi, memang sah tak sudah baju saya dalam machine tu. Banyak tau. Tak larat nak tengok dah. Kalau tengah-tengah basuh, saya pejamkan saja mata ni. Tak nak tengok secara rasmi lambakan baju-baju tu semua. Kalau tak, mesti saya pergi rehat dan tinggalkan semua. BANYAK okei~ Campur tolak kali bahagi, ada 3 bakul. Siapa nak tolong basuh, siram, jemur, angkat, lipat? Meh-meh sini saya bagi upah nak? RM SERINGGIT cukup? Huish~

Okeilah.. Mahu memenuhkan perut yang kecik ni. Lapar ler kalau hujan macam ni. (=

Tengok la langit GELAP ni?
Kan best kalau tidur masa-masa macam ni
.. (=

27 November 2009

kalau tak banJIR~

Salam.

Inilah keadaan rumah kalau hari biasa.
Habis pokok bunga rosak dek banjir. Dulu rumah ni ada laman bunga, hijau saja.
Tapi habis rosak akibat banjir besar dek Tsunami dulu. Kasihan~

owh banJIR~

Salam.

Banyak lagi gambar-gambar yang mahu dipertontonkan. Untuk kali ini, cuma hanya 3 sahaja yang berjaya di edit. Pixels besar sangat la dear. Tak sempat nak kecilkan saiz. My lappy pula buat hal, terpaksalah pinjam lappy mama sementara lappy tu TIDO kejap. Lagi dua hari, saya baling dalam laut. Menyampah aiihh asyik rosak aje. Bukan saya paksa dia buat keje pun. Hoh~

Tentang banjir rumah saya, inilah kejadian dan mainan langit. Semuanya dari Allah swt kan? Dia lah yang menentukan segalanya. Rumah saya tinggi, jadi air banjir tak adalah masuk dalam rumah. Paling kurang pun, habis 10 anak tangga yang tenggelam. Saya dan famili kena pindah jugak walau air takat pinggang. Sebabnya, takkan kami nak mengharung air setiap hari? Mama dan Abah kerja Kota Bharu, rumah pula di Machang. Tak kasihan ke kalau kena redah banjir hari-hari? Lenjunlah mereka. Sampai kerja pula lewat. Itu sebab kami kena pindah.

Encik-encik pacat dan makcik-makcik LINTAH pulak berpesta la mereka. Habis digigitnya kaki tok ayah saya! Aih. Nasib baik saya tak kena gigit. Takut. Geli pun ada. Dia sedut darah tu. Darah saya dah la kurang, ini kan pula nak derma kat pacat dan lintah? Tak rela aihh~

Mujurlah 3 hari sebelum raya, langit di Machang panas. Tak seperti selalu. Selalunya, GELAP macam MALAM. Takut tengok langit. Hujan turun memang tak henti-henti. Nak jemur baju pun payah. Kalau basuh baju pagi ni, tulat baru kering! Tak ke naya macam tu? Huhu.

Tapi, tak boleh nak salahkan sesiapa. Dulu rumah ni tak banjir. Tak pernah banjir sekalipun. Tetapi, setelah siap PUSAT PEMULIHAN AKHLAK dekat rumah saya ni, tiap-tiap tahun banjir. Sebabnya, AIR dah tersekat! Dah tak boleh nak lalu kawasan tu lagi. Mereka dah ratakan tanah dan tinggikan kawasan. Jadi, NAK TAK NAK, rumah kami terpaksa terima akibat. Hoho~ Sangat geram dengan mereka lah! Rumah saya tanahnya sampai ke hujung hutan. Panjang. Tapi, panjang hanya tinggal panjang. Tanah sawah. Tahu-tahulah. Apa sangat boleh buat dengan tanah sawah kalau tak dipadatkan dengan pasir? Bukan berguna pun. Alih-alih, jadi tempat pengaliran air sungai yang entah dari mana datangnya. Akhirnya, BANJIR lah akibatnya....

Huhu. Luah perasaan lah sekejap sementara menunggu mata layu.

Adik lelaki saya terpaksa mengharung air banjir akibat kecuaian beliau sendiri.
TERTINGGAL slip peperiksaan SPM!!
Padan muka... Huhu~
Tengok tu, air paras pinggang.
Tapi, tak masuk rumah laa.. Takat itu saja airnya..

Pandangan dari jauh, kalau masukkan kereta bawah rumah, confirm tak kan nampak BUMBUNG kereta.. Huhu~

Best la ye kamu tido kat pagar rumah saya ye?
Mentang-mentanglah sejuk, berpelukan pulak kamu ni.
Ish ish ish.... (=

Tidurlah sebelum mentari naik!

17 November 2009

=)

Salam.

Sudah lama tak ber'blogging'. Sibuk punya pasal. Semua kerja tertangguh. Alhamdulillah, semuanya sudah. Semuanya lepas. Semuanya lancar. Hurm. Tapi, temuduga tempohari tak berjaya. Huhu~ Bukan rezeki saya la kan? Apapun, nanti saya ceritakan esok lusa. Banyak nak cerita ni. Macam-macam. Tapi tak adalah havoc sangat. Biasa-biasa saja. Rasanya memang tak sabar nak balik Kelantan Sabtu ni. Rindu dengan semua wajah-wajah kesayangan saya. Huu~

Okei. Ini gambar saya ambil rawak. Enjoy la. Gambar pergi Genting Highlands, Bukit Tinggi, jalan-jalan KL belum pun saya uploadkan lagi. Tunggu la ye. Ada masa, ada la tu... =p


13 November 2009

Canon tersayang~

Salam.

Layan lah gambar "hudus-hudus" ini~

Memandu menyusuri Lebuhraya MRR2.
Sesak!
Menyesal sungguh masa ambil alih tugas memandu daripada Encik Tunang.
MENYESAL....

My new gadget.
SATU BULAN cukup saya menjadi owner kepadanya!!
Hurm.
Duit yang ada LEBUR macam emas kena pateri~

Broadband saya hilang entah kemana.
Agaknya misplace di Kolej Melati UiTM Malaysia.
Ada orang tu amik.
Huis~ Gigit kang!!

Ahaks!
Rumah saya berhadapan dengan Restoren ini~
RESTOREN MOLEK, Pusat Komersial Seksyen 7..
Harap MAKLUM... Huhu~

dua setelah yang satu tadi... (=

Salam.

- 2 -
Bilik yang pada mulanya AGAK bersepah.
AGAK laa.. (=

Sampah sana-sini.
Buku rata-riti.
Baju pulak macam bukit.

Uhuks~

bila sudah kemas, lupa pulak snap!

saja nak tunjuk kesucian bilik dari sebarang NODA dan CELA.
Tak gitu?


Hurm, esok saya poskan entri barang-barang yang sudah disusun RAPI serapi-rapinya..
sabar la sayang~

satu dari beribu-ribu lemon!

Salam.

- 1 -
KASUT-kasut saya yang entah dari mana datangnya.
Jatuh dari LANGIT agaknya..

gedebok!!

Itu pun sudah dibuang separuh darinya..
Naya la jadi perempuan ni.. Memang habis fulus..
Haha~


itu baru kasut. barang yang lain?

06 November 2009

Salam.

Tengah-tengah mengemaskini folders dan files dalam lappy kesayangan Encik Tunang saya ni, terjumpa la pulak gambar-gambar lama ni. Oleh itu, mengikut kerajinan saya sebelum saya off lappy ini, apakata saya share kan? Hehe. Ini gambar lama. Okeh, jom layan~

Gambar ini diambil ketika saya berada di Radio Malaysia Terengganu FM berbulan-bulan yang lepas. Jabatan Penyiaran Terengganu atas bukit kan? Jalan-jalan ke Kuala Terengganu then Mama nak singgah rehat dan solat di ofis lama dia dulu. So, seusai solat, saya tak rehat. Terus capai camera, paksa si lelaki handsome itu sebagai fotografer. Nasib baik mood dia okei. Kalau tak, payah jugak nak click 1 gambar ni.
(=


Ini pula masa makan-makan with my siblings di Noodle Station KB Mall. Bawak jalan-jalan si kecik Illy Amalin ni. Saja-saja makan angin dan habiskan duit Mama. Mama memang tak rela duit dia habis, tapi anak-anak kesayangan dia ni DEGIL. Nak tak nak, kena jugak bagi. Huhu~

Ini pula masa tengah tunggu Mama habis conty. Conty petang biasanya habis pukul 5.30, tunggu punya tunggu, apakata kita habiskan tenaga dengan click sana-sini kan? Tak rugi woo~ Huhu
=)


Agenda main tarik-tarik beg ni berlaku di Pantai Merang, Terengganu. Sesaje nak tarik beg orang sampai putus. Huhu~ Kalau nak tahu, dia ni peragut. Peragut hati wanita. Ala, boleh la ye..

Dan yang ini, ketika kami sengal dan terasa nak lompat tinggi. Hurm, yang baju putih itu adalah ADIK ke LIMA (5) saya tau. Bukan KAKAK okei. Huhu~ Tapi dia besar dari saya 5 kali ganda. Dia baru habis PMR ye... Erks, boleh ke gitu? Boleh laa.. Huhu... (=
Salam.

Fuh. Siap jugak Independent Study ni. Buat kira-kira, buat carta pai, buat kotak-kotak, sampaikan saya terasa macam tinggal dalam kotak tuh. Senget jap kepala. Sudah la tidur pun tak menentu. Buat kerja, kemas bilik, kemas baju-baju, siapkan nota untuk my last paper on 11th November nanti. Banyak jugak nak kena hayunkan tangan-tangan ni. Kena cepat, kena pakat-pakat, kena cermat-cermat, kalau tak, nahas la kena repeat Independent Study ni. Huhu~

Okei, mahu rehat la dulu.

DAN yeay!!

Esok saya berlibur. Sesuai dengan kepala saya yang agak tak betul dua tiga hari ni. Baik juga kalau saya lepaskan segala bebanan yang ada ni kan? Teman, jom kita!!

(=

05 November 2009

Bila nak release tension ni?


Penat buat kerja. Mahu tidur. Bye bye..
Salam.

ENGKAU tak payah nak berPURA-PURA baik!

dan sudah, sampai di sini saja.
Aku diam.



04 November 2009

03 November 2009

i heart PHOTOGRAPH~

Salam.

Tak sabar weh nak gi jalan-jalan this coming Sabtu. Mahu melepaskan gian bergambar dan klik sana-sini. i heart i heart i heart YOU~
camera, i'm here to be with you~

ini hari PUNYA kerja daa~

Salam.

MY.wish.LIST for 3rd November 2009

1 - Kutip baju bucuk then pergi Kolej Melati. Nak basuh baju SATU almari!
DONE dengan JEMUR sekali~

2 - Ambil duit di ATM, pergi kedai accessories kereta. Setel di situ.
DONE, duit pun dah habiss..

3 - Cuci kereta, luar bagi KILAT-kilat, dalam vacuum sampai tak ada HABUK okei!
UNDONE - Sebab tadi hujan LEBAT...

4 - beli MAKANAN lah. Nak lembik ke tak makan?
DONE - Makan-makan di Molek Restaurant.

5 - Balik rumah. Buka lappy, main facebook jap. Baca blog.
DONE - Sebab ini perkara harus..

6 - REHAT sekejap bersama NASI dan ulam-ulaman.
DONE - Banyak lauk makan tadi.

7 - MANDI dan solat.
DONE - Sudah wangi okei~

8. TIDUR. huhu~
UNDONE - Mana boleh lagi. MALAM masih MUDA.

9. TENGOK televisyen dengan housemates.
UNDONE - Saya di Kolej Melati, tak ada TV. Membawa diri setelah air rumah kena POTONG. Haha~

10. BILA NAK BUAT INDEPENDENT STUDY NIH?? huhu~

11 - memang sah sengal... (=

02 November 2009

Salam.

Terasa kekok dan TIDAK selesa tatkala menggunakan laptop sendiri. Huu~ Laptop Encik Tunang saya tinggalkan di dalam almari tingkat 8, Kolej Melati, UiTM Malaysia. Semalam saya di situ, menghabiskan sisa-sisa ilmu "Organizational Behavior" serta berebut meja belajar dengan adik kesayangan. Mentang-mentanglah paper kami jatuh pada hari yang sama.

Uh~ Pukul EMPAT pagi baru saya dapat meja tuh! Hampeh punya adik. Dia study laju-laju tinggalkan saya terkontang-kanting atas katil, atas lantai, atas simen dan macam-macamlah. Dush!! Kena jugak budak nih. Huhu. Lenguh bontot sampai sekarang tak hilang! (=

Erm, anyway, paper tadi memang killer dan challenging! Sangat-sangat memerlukan otot tangan yang sihat. Mana tidaknya, mengarang untuk soalan berharga RM 20. Sakit tuh~ Berhelai-helai mukasurat bukan bermakna sudah berjaya. Huhu. Tapi tak mengapa kalau ianya datang dari USAHA sendiri, dan tidak melibatkan 'THIRD PARTIES', seperti TOYOL dan segala macam yang berkaitan dengannya. Allah swt pasti tolong hambaNya yang berusaha. Usaha la jugak, dengan tak tidur malam, membaca sampai lebam bawah mata. Huhu. Semoga usaha sedikit itu mendapat keberkatan dari Allah.

Opps! Lupa. Terima kasih kepada teman-teman yang memberikan TIPS berharga sepanjang peperiksaan berlangsung. Terima kasih TEMAN. Semoga hanya Allah yang membalas jasa kalian. Bak kata pepatah Inggeris, Sharing is Caring. Tak rugi kalau kita berkongsi ilmu. Ada keberkatannya di situ. InsyaAllah.. USAHA+DOA=TAWAKAL.

Okei~ (=

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...