28 December 2009

Kasihan juga :(

Salam.

Petang tadi, Mama ada cakap sesuatu kepada saya. Berkenaan kerja saya di Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM) tempoh hari. Kata Mama, Novo Nordisk di HUSM Kubang Kerian masih mahu menggunakan khidmat saya sebagai research assistant memandangkan saya cepat faham. Memang. Situasi kerja sangat bagus dan medium yang digunakan adalah all in english. Itu tak susah bagi saya. Yang susah bagi saya adalah, ULANG-ALIK dari Machang ke Kubang Kerian sangat-sangat memenatkan badan saya. 3 hari cukup untuk saya sesak nafas. Saya tak larat dengan keadaan jalan sesak di sana. Saya tak suka. Saya selalu tersangkut dalam kesesakan selama 35 minit untuk sampai ke Wakaf Che Yeh. Bukannya jauh pun Wakaf Che Yeh dengan Kubang Kerian. 10 minit cukup untuk ke sana. Tak nak!

Kasihan jugak pabila dengar orang-orang HUSM terutamanya Unit Kajian Klinikal Novo Nordisk. Mereka tekun mengajar saya cara-cara dan juga protokol research tu. Hurm. Tapi, apa daya saya. Saya sudah hilang minat. Tak mahu lagi saya ke sana. Cukuplah 3 hari tu. Yang pastinya, saya happy bekerjasama dengan mereka..


@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...