23 December 2009

saya penat =(

Salam.

Bekerja di HUSM baru saja 3 hari tetapi rasa saya, sudah lama semacam 3 minggu 3 hari. Nasib saya sungguh baik sebab cepat dapat kerja berbanding dengan rakan yang lain. Tapi, makin hari makin bosan pulak dengan kerja tu. Kalau boleh, cepat-cepat saya nak quit. Bidang kerja bukan lah skop yang saya minat dan memang menyimpang jauh dari apa yang saya ingini. Saya tak SUKA tengok darah!!!

Tadi petang saya call my mom dan kepadanya saya mengadu tentang kerja. Mama cakap, dia tak kisah. Dia bagi green light kepada saya untuk berfikir. Dalam otak dan kepala saya ni, tak ada benda lain lagi. Memang saya akan quit dari kerja tu. Hurm. Saya tahu yang saya tak akan menyesal walaupun saya quit awal. Mungkin saya akan tersenyum gembira tatkala terlepas dari kerja tu.

Kadang-kadang terfikir jugak. Kerja tu tak sesuai untuk saya ATAU saya yang tak sesuai untuk kerja tu? I am a degree holder. Bukan budak lepasan SPM mahupun PMR. Saya tak ubah seperti mereka. Saya tak suka dengan keadaan kerja di situ. Bukan sebab saya orang baru atau tak familiar. They treats me like budak lepasan SPM. Memang saya tahu yang saya masih baru untuk kerja tu dan memang saya TIDAK tahu apa-apa. Tapi, janganlah pandang serong dengan saya. Memang pada mulanya saya tak tahu posting itu sesuai dengan my degree level. Saya terima sebab my mom beria-ia suruh saya kerja. Kalau saya tahu macam ITULAH kerjanya, memang awal-awal lagi saya reject!

Owh! Tak sanggup lagi saya ULANG-ALIK dari Machang ke Kubang Kerian semata-mata kerana kerja yang tak sesuai + gaji ciput tu. Merana hidup saya nanti. Saya turun dari rumah seawal jam 7 pagi dan pulang lewat 7 malam. Kalau begitu setiap hari, makin kuruslah badan saya. Hari-hari macam tu boleh buat saya tergolong dalam pesakit mental. Nak fikirkan tentang jalan yang sesak waktu pagi dan waktu pulang dari kerja. OWH my GOD!! Saya tak sanggup lagi. Saya penat. Machang ke Kubang Kerian bukannya dekat. Bukan boleh dibuat main. Bukan main-main. Memang saya penat, dan memang saya akan BERHENTI dari kerja tu.

Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkan semangat ana.... Amin~

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...