07 January 2010

itu hakikat ~

Salam.

Tadi petang sampai di Machang dari Kuala Lumpur sekitar jam 5.30 petang. Terus amik 'prebet sapu' ke rumah nenek di Pangkal Meleret. Sampai saja, terus menghadap meja makan! LAPAR yang amat. Nasib dah solat jamak di Merapoh. Lepas makan terus baring-baring sambil bercerita pot-pet pot-pet!

Pukul 7 malam, sampai saja di rumah kesayangan, bukak lappy! Bukak facebook berkisah hal kahwin. Ingat malam ni mahu tidur awal, seawal yang mungkin. Esok ada meeting pasal majlis NIKAH-KAHWIN saya dengan buah hati pengarang jantung tu! Bukan tak sabar, tapi cuak! BENARKAH saya, si gadis kecil kurus kering ni nak JADI bini orang? Hoho~

Sememangnya, JODOH saya telah tiba.................... (^_^)

oh. baru ku tahu erti rindu :)

Salam. 1 Okt 2016. RINDU. Rindu sebab dah lama tak bersua. Sepanjang 2 tahun ni banyak benda berlaku dalam hidup. Ada suka. Ada duka. Tapi...