11 January 2010

jumpa jugak ye?

Salam.

7 tahun kami terpisah dengan perjalanan masa! 7 tahun kami tidak bertemu muka bertegur sapa. 7 tahun kami membawa haluan masing-masing. 7 tahun juga memutuskan persahabatan dan perhubungan yang tersedia ada.

Rabu minggu lalu, hari di mana saya terpaksa ke Shah Alam kerana temuduga di ECE Technology telah menemukan dia dengan saya! Gadis yang telah berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur 5 tahun lalu. Alhamdulillah, akhirnya kami dapat berjumpa dua mata. Gadis ini merupakan bekas teman sekolah semasa saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota, di mana saya pada ketika itu menjadi fasilitator Orientation Week untuk budak-budak tingkatan satu. Saya juga merupakan Ketua Fasilitator untuk kelas dia. Kalau saya tak lupa, waktu itu saya di tingkatan 5, tahun terakhir saya bersekolah di situ sebelum saya sambung belajar di Dungun, Terengganu & Shah Alam, Selangor.

Tak sangka juga dapat berjumpa lagi dengan gadis comel ni! Suka sangat-sangat. Waktu sekolah tu dia sangat rendah dan kecik daripada saya, dan tak sangka masa jumpa baru-baru ni, dia BESAR dari saya. Owh! Saya yang masih kecik dan kecik. Huh! =p

Kebetulan rumah dia di Greenwood, Gombak. Semacam memang senang nak jumpa sebab saya pun stay rumah famili di Sri Gombak, Gombak. Huhu~ Allah SWT mengizinkan pertemuan kita... =)

Waktu jumpa ni sebelah malam.
Lepas balik dari temuduga tu, tak terus mandi, salin baju pun tak.
Tido petang dengan baju kebaya neh. Lepas tu, bangun solat asar, tunggu saja waktu Maghrib, terus keluar pergi jumpa dengan bau buchuk-buchuk..
Nasib tak ada lalat okeh! huhu~

oh. baru ku tahu erti rindu :)

Salam. 1 Okt 2016. RINDU. Rindu sebab dah lama tak bersua. Sepanjang 2 tahun ni banyak benda berlaku dalam hidup. Ada suka. Ada duka. Tapi...