10 January 2010

pusat B.E.B.A.S cukai

Salam.

Sabtu lepas satu famili ke Rantau Panjang sekadar jalan-jalan sambil mengorek fulus yang kian tandus. Kesana dengan satu niat! Ingin mencari bekas souviner untuk majlis kahwin saya nanti. Kalau ikutkan hati saya, satu pun saya tak berkenan! Sebabnya, HIDUNG saya tersumbat. Sakit jiwa tao! Tapi saya gagahi juga untuk berjalan kesana-kemari. Al-maklumlah, untuk hari bahagia itu, akan saya turuti apa jua kehendak para penaja! Mujur penaja saya tak lokek tau. Untuk hari Sabtu tu, dapatlah cekup 500 pieces bekas souviner. Lagi 500 pieces akan diambil minggu hadapan gara-gara habis semuanya saya kutip. Terkejut pakcik tuh. Untuk bahagian teman-teman saya pulak, 500 pieces adalah lain dari yang para penaja saya taja okeh! ISTIMEWA lah sikit kan? Bahagian saya, saya dengan Encik Tunang yang akan pergi carik sendiri. Hehe. Dah siap bahagi tugasan dengan ibunda tercinta. Bahagian dia, dia beli. Bahagian saya, saya beli. Tapi, bukan dengan duit saya. Sebab saya tak ada DUIT lagi. Huhu. Duit Mama ler~


Minggu depan kata Mama, mahu ke Pengkalan Kubur pulak. Cari-cari sampai jumpa apa yang nak dicari. Tak beli luar KELANTAN pun tak apa katanya! Kalau ke luar Kelantan, haruslah duit banyak melayang. Katanya lagi, banyak lagi duit nak guna untuk benda-benda lain. Saya setuju tu. Betul kata Mama saya. JIMAT. JIMAT. JIMAT okeh~ Owh! Sangat banyak dia berKATA-KATA ye.. Hurm~

Psst! Lupa nak cakap, Rantau Panjang tu bukan ke Pusat Bebas CUKAI? Tapi itu hari, ada je kena BAYAR.. Apa kes? Huhu~

Sudah dulu....

oh. baru ku tahu erti rindu :)

Salam. 1 Okt 2016. RINDU. Rindu sebab dah lama tak bersua. Sepanjang 2 tahun ni banyak benda berlaku dalam hidup. Ada suka. Ada duka. Tapi...