18 January 2010

Salam.

Sejak kebelakangan ni, mood menulis tak nak datang. Puas saya pujuk. Puas juga saya bermain dengan perasaan. Namun, tak jua mereka kemari! Huh. Saja je nak biarkan blog ni bersawang-sawang. Tak mengapa. Kita tinggalkan sejenak lagenda MOOD yang MALAS tu. Jom kita berkisah tentang hal kahwin saya yang berbaki 4 bulan lebih lagi tu.

Semalam, 1/4 dari persiapan perkahwinan telah saya selesaikan bersama Encik Tunang. Banyak lagi benda-benda yang harus cepat-cepat kami selesaikan berdua. Saya tak mahulah nanti, semua jadi terabur. Kucar-kacir nanti, kacau-bilau lah hidup saya. Huhu. Biarlah selesaikan semuanya dari awal. Bila tarikh dah dekat nanti, bolehlah saya rehatkan diri dari kesibukan dunia perkahwinan tu. Banyak tau kerjanya. Banyak juga perkara yang kita kena fikir dalam-dalam. Tapi, ikhlas saya katakan, menguruskan sendiri adalah lebih manis! Saya teruja buat semua tu. Saya tak susahkan Mama & Abah kalau nak kemana-mana. Biar saya selesaikan sendiri. Itu yang lebih elok. Tapi ada juga saya merengek minta dibawa ke tempat itu ke tempat ini. Mereka turuti, asalkan semuanya nanti tak huru-hara.

Setiap 2 minggu, Encik Tunang saya yang bekerja di Kuantan tu balik. Iyelah. Siapa yang nak uruskan semua ni kalau bukan tuan empunya badan? Huhu. 2 minggu sekali tu kira okey lah. Nak kemana-mana pun senang. Nasiblah saya bakal bertemu JODOH dengan orang yang tidak cerewet! Huhu. Sudah dulu ye~

Ketika di Lyianaz Bridal Wakaf Che Yeh Ahad lalu!

oh. baru ku tahu erti rindu :)

Salam. 1 Okt 2016. RINDU. Rindu sebab dah lama tak bersua. Sepanjang 2 tahun ni banyak benda berlaku dalam hidup. Ada suka. Ada duka. Tapi...