03 January 2010

selamat jalan kekasih gelapku!!

Salam.

Tadi petang jalan-jalan dengan Encik Tunang, ingat nak cari terus barang-barang untuk kahwin kami bulan 6 ni. Jalan punya jalan, terpandang la satu kedai TELEKOMUNIKASI kat KB Mall tadi. Terus lupa niat nak beli barangan tu semua (padahal dalam hati memang nak beli PHONE tu kan?). Hurm. Tadi niat di hati nak rembat Blackberry phone yang cute tu, tapi tukar plan, pergi amik Nokia E 71. Oklah tu kan?

Bila tiba saja bulan 6 ni, phone tu dah murah. Hurm. Phone tu sah jadi hak milik saya untuk dijadikan hantaran untuk majlis perkahwinan nanti. Simpan saja walau lambat lagi masa dan hari kejadian tu. Satu sudah settle, tinggal lagi 12 hantaran. Maklumlah. Nak buat grand sikit memandangkan saya ni anak sulung juga merangkap cucu sulung kedua-dua belah keluarga. Bakal suami saya pun anak sulung. Umur pula sudah masuk 31 tahun, kena lah buat besar sikit. Bukan nak membazir, tapi nak merasa sedikit kepuasan dalam merancang. Kalau merancang, biarlah sempurna kan? Fikir punya fikir, banyak lagi barang-barang, perancangan yang harus disusun rapi. Kalau boleh serapi-rapinya. Saya tak nak nanti ada yang kucar-kacir. Sebolehnya, saya mahu semua tentatif program is under my control. Huhu~ TAPI, takut tak terkawal saja nanti. Okeh, more cerita pasal wedding ni akan di update dari masa ke semasa. Adios amigos! (=

Dan, SELAMAT tinggal kekasih gelapku! (eh eh, ada kekasih GELAP ke?) Huhu~

oh. baru ku tahu erti rindu :)

Salam. 1 Okt 2016. RINDU. Rindu sebab dah lama tak bersua. Sepanjang 2 tahun ni banyak benda berlaku dalam hidup. Ada suka. Ada duka. Tapi...