28 March 2010

hambar~

Salam.
Entah.
Rasa macam tak sedap hati.
Rasa macam dah tak suka.
Rasa macam menyampah.
Rasa dan rasa ini membuatkan jiwa makin bergelora tak nak dan tak mahu.
Rasa MENYESAL pun ada.
Macam mana nak hilangkan semua rasa-rasa ini?
Owh Tuhan, please give me your guidance.

facebook : zatul hernani mohd nawi

26 March 2010

Salam.

Ingat tak, itu hari, ada saya kisahkan di facebook tentang pelajar-pelajar SPM dari SM(J)K Chung Hwa Kota Bharu datang ke dapur Kolej PTPL? Hurm. Inilah menu yang sempat saya hasilkan hari tu. Ada 2 sesi memasak. Satu sesi dihadiri seramai 20 orang pelajar dan satu lagi sesi juga seramai 20 orang pelajar. Setiap sesi diberi masa selama 1 jam untuk menyudahkan menu ni. Hoh! kalut jugak lah kan? Sebab dah lama saya tinggalkan western food ni. Mujur semuanya sempurna. Suka-suka. So then, enjoy all the photos. Banyak lagi photos, tapi tak tahu saya masukkan dalam folder apa. Okeh. (=




p/s : kalau di hotel, tak kisah la mana-mana hotel. 3 bintang ke, 4 bintang ke, 5 bintang ke, menu ini berharga dalam RM 30 dan ke atas. Maklumlah! HOTEL kan??? Huhu~

cerita - Genting Highlands 2009

Salam.



p/s : gambar sekadar menceritakan kegirangan hati selepas final exam final semester tahun lalu ke Genting Highlands. Rasa tak puas. Rasa mahu pergi lagi. Boleh ke rasa-rasa macam tu? Huu~

today is Friday~

Salam.

Owh My God! Jumpa jugak saya dengan hari Jumaat ni yek? Setiap hari saya mohon agar di pertemukan dengan hari Jumaat. Penghulu segala hari, juga hari yang mana saya betul-betul dapat merehatkan MINDA. Owh Jumaat, i needs you. Hari Jumaat saja lah hari yang mana saya dapat berguling-guling di atas katil kesayangan. Huhu. Nak rehat sungguh-sungguh! Esok dah kerja lah. Tata. (~_~)

25 March 2010

sesi menggilai Big Apple~

Salam.
Serius,
Nak lagi
. Nak lagi. Nak lagi!!
Haa. Petang ni mau ke Tesco, mau borong ini donut.
Yabedabeduu~
Duit gaji habis macam tu jek lah kan?
(-_-)





balas dendam!

Salam.

Gambar di bawah ini diambil seusai saya melakukan facial di Nicque Boutique tempoh hari. Tengok bahagian pipi tuh! Merah weh. Serius sakit masa dia nak buang whiteheads okeh. Huh! Terus pipi jadi merah dan membengkak. Ayoo. Pedih gile masa nak cuci muka. Masa tu kulit muka memang cantik dan tak ada jerawat langsung. TAPI, hari ni, 25 MAC 2010, jerawat dah gatal-gatal PLUS miang-miang duk melekat kat muka. Sejak sibuk kerja, saya abaikan penjagaan muka. Padan muka! Habis jerawat menyinggah nak ucap hai-hai bye-bye~ Sadissss! Ini hari saya mahu habiskan fulus dengan memborong set pencerah + De-toxin + Body scrub. Haha. Baru puas hati okeh! Chow~

11 March 2010

Food Village, Thai BBQ @ Chim Chum :)

Salam.

Ketika menjamu selera di Chim Chum, Food Village, Pengkalan Chepa dengan familito~
(=

With my 3rd sister. Makan jangan tak makan. Pipi pun kembung!

Ketika si Baju Hijau memanggang!

Abah yang tak suka tengok kamera.
Orang tengah bilang 1,2,3 dia terus alihkan mata. Huh!

Lapar sangat sampaikan chopstick pun nak telan! (=

Kekenyangan DAN apalagi, jom BERGAMBAR lah! :p

Abah dengan mukanya yang taknak tengok kamera.
Mama yang berdiri taknak duduk-duduk sebab NAK BALIK~ :p

Peace sesudah kenyang perut.
Muka nampak tembam di sini.
Walhalnya, tidak sama sekali.
Kalaulah begini, aduh! Sukanya :p

Jom makan!

Hurm. Dengan semangat yang ada, mari kita memanggang!!

Peace saja? Cepat-cepat makan ;)

Terperap :: 1

Salam.

Memang saya tersangat-sangat-sangat sibuk sejak kebelakangan ni. Setiap hari, waktu balik dari kerja, nampak saja KATIL, terus mata jadi kuyu. Layu-selayu yang mungkin! Penat usah di persoalkan lagi. Memang penat. 40 minit berada di jalanan menuju kerumah tercinta membuatkan fikiran saya jadi kosong! Apa yang saya tengok sepanjang perjalanan pulang, hanyalah dengan pandangan kosong. Sebolehnya, saya mahu TERBANG dari Machang ke Kota Bharu, juga dari Kota Bharu ke Machang. Kalaulah saya boleh terbang.....................kan?? Huhu (^_^)

Sila ''jangan cemburu'' dengan eye-bag saya yang sangat tembam itu!
Saya bagi makan makanan yang berkhasiat sehingga ''badan'' eye-bag itu mencecah berkilo-kilo gram~
--------------------------------------

Seminggu yang lalu, selesai sahaja para pelajar Kolej PTPL Kota Bharu menjalani peperiksaan akhir semester, saya bergegas turun ke Bahagian Peperiksaan dengan niat mahu mengutip skrip jawapan pelajar-pelajar saya. Bangga sekejap dengan jawapan-jawapan mereka. Pandai jugak pelajar-pelajar saya ni ye? Siap bagi nota kaki dengan niat mahu membodek agar mereka diluluskan. Haih. Teringat semasa saya menjadi pelajar dulu, nota kaki saja berjela-jela saya karangi, juga dengan niat agar di luluskan oleh pensyarah. Mujur semua subjek berjaya saya lepasi sampai ke ijazah saya. Risau juga kalau-kalau GAGAL, susah lah hidup nanti. Memang susah, nak kena mengulang subjek yang sama. Fuhh. Hanya Tuhan saja yang tahu hati dan perasaan students yang repeat paper. Mahu tak mahu, DUIT harus ada. Kalau tak, memang susah nak survive!

Gambar di bawah ini menceritakan betapa otak saya dipenuhi dengan jawapan-jawapan yang berterabur + bagus oleh anak-anak didik saya. Selalu saya pesan kepada mereka, kalau nak markah tinggi, TULISAN harus kemas dan cantik. Tulisan yang buruk saya tak layan! Huhu. Bukan nak ugut, sekadar mahu menggertak. Mujur semuanya tak macam cakar ayam. Kalau tak. ada jugak yang GAGAL nanti.

Pelajar saya ramai. Susah jugak nak berdepan dengan pelbagai jawapan dari skrip jawapan ni. Kena hati-hati dan sabar dalam menanda. Harap-harap markah yang saya bagi dapat membantu mereka menaikkan CGPA mereka. InsyaAllah. Apapun, bukan senang jadi CIKGU ni..... (",)


p/s :: Sekadar membalas dendam menulis entri panjang-panjang. Sebab dah lama merindukan suasana ber''blogging'' macam zaman DEGREE dulu~ Hukhuk! =p

10 March 2010

Topaz Brown - my choice!

Salam.

Hari ni masuk 2 minggu saya memakai kanta sentuh dari Blincon dengan niat mahu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Memang tak salah pilihan saya kali ni. Produk kanta sentuh dari Blincon tak macam jenama yang lain. Seingat saya, saya mula memakai kanta sentuh sedari saya di Tingkatan 4 lagi. Dahulu, kanta sentuh berwarna tidak begitu popular di pasaran, teman-teman saya juga jarang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni. Saya memberanikan diri untuk mencuba, dari saat itu sehingga kini, lebih kurang 8 tahun, bermacam warna, bermacam ukuran diameter dan juga pelbagai jenama telah saya cuba.

Dari semua jenama yang pernah saya cuba, saya jatuh hati dengan jenama dari Blincon ni. Sebabnya SATU sahaja. Hanya SATU sebab sahaja yang membuatkan saya terus jatuh hati dengan Blincon. Nak tahu? Sebabnya..........

Kanta sentuh dari Blincon TEBAL! Tidak seperti kanta sentuh jenama lain. Itu mengikut keselesaan saya lah si pemakainya. Mungkin orang lain selesa dengan yang nipis. Mungkin juga selesa dengan yang tebal. Terpulang kepada rasa selesa individu tersebut. Tapi, saya syorkan, cubalah guna kanta sentuh dari Blincon ni. Tak rugi. Mata tak rasa penat sangat. (=

Saya sukakan warna hazel @ dark brown.
Dulu pernah saya pakai warna grey, nampak macam mata kucing.
Meow! TAK MAHU jadi meow okeh.. :)
Biarlah warna tu tak menonjol dan tak sangat menampakkan kepalsuan.

09 March 2010

Salam.
Wajahmu Mengingatkanku,
dengan kekasihku dulu.
Wajahmu mengingatkanku,
dengan masa laluku.

( Pernah dulu ada seseorang yang tujukan lirik lagu ini kepada saya)
Siapa dia? Biarlah rahsia.
Hehe (=




07 March 2010

spa moOd

Salam.

Hari ini tak kerja, so dengan semangat yang ada ni, saya mahu ke SPA!!!! Mahu merehatkan badan dan juga otak + kepala yang tak berapa nak sihat 2, 3 menjak ni. Owh, girangnya rasa hati. Hari ni akan ke Nicque Boutique sekitar jam 10 pagi. Sudah janji okeh dengan mereka. Saya ambil pakej lengkap badan + facial muka. Okeh, nanti akan di story yeah! Oh ya, sebelum my wedding nanti, saya nak ambil pakej pre-wedding shooting. Ala-ala ambil gambar berdua gitu. Hurm, masih mencari jurugambar yang sesuai di sekitar Kota Bharu. Siapa ye? Kalau shooting di studio gambar nampak CANTIK ke? Dan jugak, mahu mencari frame gambar yang boleh letak gambar banyak-banyak. Harap-harap jumpa lah nanti.

Sudah di sini dulu.

04 March 2010

heart to soul~

Salam.
Tuan padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-RINDUAN....


03 March 2010

could we?

Salam.
Today's date, 3 . 3 . 2010!
if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn't risk my love
even just one night
our love will stay in my heart~

Love you Mr. Fiance!

02 March 2010

Aminn!

Salam.

Rasanya sudah lama saya tidak berceloteh panjang di blog kesayangan ni. Sejak akhir-akhir ni, sejak saya mula bekerja, sejak saya mula kenal erti KESIBUKAN, saya jarang update cerita dan berkisah hal saya. Iyalah, ini blog saya, merangkap diari saya. Tidak ada salahnya kalau saya selalu berkisah. Ada orang yang suka, ada orang yang menyampah dengan cerita-ceriti saya. Hah! Persetankan itu semua. Huu~ Dahsyat weh! Buat apa nak puaskan hati orang-orang yang tidak sukakan kita ye? Kalau dah tahu menyampah, kenapa masih membaca CORETAN-coretan saya? Sudah tahu muak, kenapa mahu dan masih lagi SETIA dengan cerita dan kisah-kisah saya? Haha. Sungguh tak munasabah langsung. Sudah tahu benci akan saya, masih lagi klik-klik blog kesayangan saya. Tak masuk akal. Haha. Itu maknanya, saya masih di HATI kan? Kan kan kan? (=
Okeh! Berbalik kepada cerita saya.

Pejam celik-pejam celik, sudah masuk 1 bulan 1 hari saya bekerja di Kolej PTPL Kota Bharu sebagai tenaga pengajar. Sudah sebulan juga saya berulang-alik dari rumah di Machang ke Kota Bharu. Hari-hari saya pulang lewat petang, sampaikan saya macam orang tak sihat. Haha. Penat weh! Hari-hari dari situ ke sini membuatkan saya keletihan. Tapi, yang pasti, berat badan saya sudah mulai naik. Hari-hari saya makan nasi habis sepinggan PENUH berbanding dengan waktu dulu~ Hah! Malu nak mengisahkan kiraan BMI saya. Pasti ada yang akan tergelak kecil. Iya, saya kurus. Tapi sekurus-kurus saya, saya BEBAS dari penyakit KRONIK okeh! Alhamdulillah. Syukur Ya Rab di atas kurniaan kesihatan saya. Saya memang jarang demam, apatah lagi jatuh sakit. Kecuali, SENGGUGUT. Hoh! Perihal itu membuatkan saya perit~

Lagi satu, sejak saya mula sibuk dengan kerja-kerja mengajar di Kolej, saya jarang ada masa untuk majlis nikah-kahwin saya awal bulan Jun 2010 nanti. Semua itu, saya serahkan kepada masa dan keadaan. Serius saya tidak ada masa langsung. Kalau pun ada, hanya hari Jumaat sahaja. Itu membuatkan saya terhenti seketika dari meng'update' hal itu semua. Tapi, mujurlah dulu sewaktu belum mula bekerja, saya sudah selesaikan separuh. Buat masa sekarang, tak banyak PERKARA tentang majlis yang harus saya fokuskan. Semuanya masih di bawah kawalan saya. Perbincangan antara tunang pun saya selesaikan secepat yang boleh, agar semuanya nanti tidak menjadi hura-hara.

Berbicara tentang kad jemputan, semuanya sudah siap ditempah dan dikira. Hanya tunggu masa untuk diedarkan sahaja. Cuma sekarang, saya masih belum punyai masa yang sesuai ke arah itu. Saya tidak cukup masa untuk meneliti senarai tetamu yang bakal saya undang. Andaikata saya terlupa, silalah ingatkan saya. Jangan risau, saya akan mengundang semua sahabat yang saya kenal sedari saya kecil sehinggalah ke saat umur saya menginjak 24 tahun. Bukan mudah untuk mencari dan mengumpul kalau tidak di sertakan dengan sedikit ingatan. Yup! Ingatan saya terhadap rakan lama kian pudar. Bertahun-tahun tidak bertemu muka, mana mungkin saya dapat menjejaki mereka semua dalam masa sesaat? Saya bersekolah di 5 buah sekolah di seluruh Kelantan. Mana mungkin saya dapat mengingati rakan lama. Hurm. Akan saya layangkan jua kad undangan itu, cuma masa sahaja yang dapat membantu saya saat-saat begini. Serius, saya tidak cukup masa. Saya ulang, jangan risau...

You are invited to celebrate wedding of WAN HAIRY & ZATUL HERNANI on 6th June, 2010.

Banyak lagi cerita yang mahu saya kisahkan. Tengok! MASA memang sentiasa iri hati dengan saya. "DIA" langsung tidak memberi saya ruang untuk berbicara panjang. Kasihan. Okei. Semoga jumpa lagi. Saat ini fikiran saya hanya menjurus kepada para pelajar saya. Mereka sekarang sedang bertungkus-lumus menghadapi waktu-waktu getir. Saya doakan semoga mereka sentiasa diberkati Allah Ta'ala dan doa saya mengiringi keresahan jiwa mereka. Jangan berputus asa, teruskan menelaah wahai anak-anak didikku. Kejayaan tidak akan datang bergolek kalau tidak disertakan dengan usaha + doa + tawakal. Kejayaan mereka juga adalah kepuasan hati saya dan juga tenaga pengajar yang lain. Do your best among the best!

Sudah di sini dulu.

01 March 2010

Salam

TUDUNG NIKAH + TUDUNG SANDING, mana nak cari?

Anyone please help me~

Mahu tahu kat mana boleh saya dapatkan tudung nikah yang elegan?

Saya ada berkenan di blog VISPERA, tapi tak tahu macam mana nak mulakan dulu.. huu~

SENGAL!
(*_*)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...