31 May 2010

list list list

Salam.

Selasa - 1st June 2010
  1. Ambil barang-barang perkahwinan di Lyianaz Bridal pukul 4-5 petang - 1st June 2010.
  2. Call Nazri for cakes confirmation.
  3. Call Nicque Beauty for making an appointment - body scrub only.
  4. Call Nony Pengantin - persalinan 3 pasang + baju akad nikah.
  5. Confirm make-up dengan Kak Chik Desa Permai Wedding planner - 2X.
  6. Pelamin + hightable + bilik tidur akan dipasang pagi Rabu - 2nd June 2010
  7. Hiasan khemah petang Rabu - 2nd June 2010.
  8. Berinai pagi Sabtu pukul 10 pagi.
  9. Make-up Ahad pagi pukul 9 dengan Kak Chik Desa Permai Wedding Planner.
  10. Banyak lagi...... (:

27 May 2010

meh-meh nak cerita lagi ;)

Salam.

Hari ni memang puas hati yang amat sebab dapat pergi cuci gigi. Mama temankan sampai siap. Yippie! Hoh, macam kanak-kanak je kan? Haha. Dah lama sebenarnya saya tak pergi scaling gigi. Kali terakhir, masa darjah berapa entah. Siap bawak buku hijau (borang pemeriksaan gigi kat sekolah) kehulu-kehilir. Dulu memang SERIUS takut nak jumpa dentist dan cik misi. Kalau cikgu bagitahu esoknya ada dentist nak datang ke sekolah buat pemeriksaan, terus saya PONTENG sekolah. Olok-olok sakit perut. Ada sekali tu, siap main sembunyi-sembunyi belakang kantin lagi. Hadui. Gerun punya pasal kan.

Masa saya tadika lagi la haru-biru. Masa tu, dentist datang dengan cik-cik misi yang cun, mereka suruh semua pelajar termasuk saya memberus gigi ramai-ramai. Berus gigi + ubat gigi memang diberi percuma. Banyak sangat berus gigi sampaikan saya kutip masukkan ke dalam beg sandang saya. Haha. Takut punya pasal dengan dentist, saya rela menyorok belakang sekolah, gosok gigi kat situ siap ajak teman untuk menemani. Di situ, duduklah 2 orang kanak-kanak tadika yang berumur 6 tahun menggosok gigi tanpa ada pantauan dari dentist dan cik misi. Hoho. Lepas tu, kalut la cikgu-cikgu saya mencari 2 orang kanak-kanak hilang. Haha. Sengal betul la masa tu. Ada ke patut saya takut sangat dengan dentist. Bukan dentist tu nak cabut gigi saya dengan penyepit besi pon! :p

Dan hari ini, saya di puji melambung oleh dentist yang memeriksa! Wah~ Bangga la sekejap kan? Kembang semangkuk. Habis melayang-layang saya di udara. Siap terbang-terbang sampai ke BALI SPA lagik! Eh, melalut dah. Haa, itulah. Saya teringin sangat DAN mahu berbulan madu ke Bali Spa, Indonesia. Sangat cantik view nya. Mahu mahu mahu. Eh, gi gi gi gi gi~

Okeh. Berbalik kepada cerita ''gigi'' tadi, dentist tu puji gigi saya. Katanya, cantik dan tak ada gigi yang rosak, berlubang pun tarak ada okeh! Hoo. Malu seketika siap blushing-blushing lagi. Cuma yang ada, plak-plak 'hodoh+bodoh' yang menyerupai gigi saya yang cantik ini. Haha. Oleh yang demikian, maka jari-jemari doktor perempuan itu merayap di kawasan mulut saya DAN.................aaahh! NGILU gile masa dia scaling tuh. Tahan sajalah. Dalam hati Tuhan saja tahu betapa ngilunya gigi saya. Habis semua celah-celah gigi diterokai oleh doktor tu. Hurm, tak mengapalah, asal gigi saya BERSIH dari plak-plak yang menodai selama ini. Alah, sekejap aja rasa ngilu tu. Kalau tak percaya, cubalah..... :)
Owh. Ini bukan saja-saja nak tunjuk gigi LAWA tau!
yang ini, ketika saya ber'karaoke' dangdut dengan my fiance & my siblings di Wisma Teruntum, Pahang Darul Makmur.
Serak beb! :)

p/s - dan saya kagumi kecantikan gigi Mahima Chaudhary!

26 May 2010

meh meh nak kongsi petua (=

Salam.

Tadi saya call mama sebelum dia on-air, cakap dengan dia esok hari saya mahu ke bandar Kota Bharu. Nasib dia izinkan. Takut jugak weh nak minta acapkali. Tahu-tahu la dia sangat garang! Huu. Saya cakap dengan dia, esok saya nak cuci gigi. Nak simenkan gigi yang berlubang ni. Nak gigi saya CANTIK macam gigi mama. Saya teruja tengok gigi mama. Gigi dia cantik. Bersih dan tersusun dari muda sampai ke umur tua. Pandai dia jaga gigi. Saya pun nak jadikan gigi saya macam dia. Nak cantik-cantik, muka tak cantik pun tak apa. Asalkan gigi cantik. Sudah! Haha.

Eh, apa ni? Semua pasal gigi-gigi ni? Ayyak! Meh saya kongsikan petua saya jaga gigi bagi putih. Gigi saya tidaklah secantik gigi Datuk Siti Nurhaliza... :)

Eh, Datuk Siti senyum tak nampak gigi lah!


Siapa tak nak gigi cantik macam dalam gambar di bawah ini??
Petua-petua lama untuk memutihkan gigi. Saya pernah amalkan dan ada antara petua ini yang memberi kesan. Jom scroll down!
  • Goreng biji asam jawa tanpa minyak sampai garing dan tumbuk hingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi setiap pagi dan malam sebelum masuk tidur.
  • Tumbuk kayu arang hingga menjadi serbuk, then gosokkan pada gigi sekerap mungkin. Kalau nak gigi cepat putih, hari-hari kena buatlah.
  • Abu daun kelapa yang dibakar dihancurkan menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi.
  • Ketika menggosok gigi dengan ubat gigi, campurkan sedikit garam halus dan gosoklah gigi seperti biasa. Dalam bilik air saya masa kat Shah Alam dulu, selalu saya pastikan garam ada. Sampaikan kawan saya tanya, ''eh, dalam bilik air pun kau masak jugak?''. Haha.
  • Gosok gigi menggunakan serbuk penaik sebelum digosok dengan ubat gigi.

bakal graduan + bakal bini :)

Salam.

Ahad 30 Mei 2010 nanti saya bakal bergraduasi dan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian setelah berpenat-lelah menelaah pelajaran selama 2 tahun untuk pengajian ijazah. (Eh, iye ke? Bukan asyik duk layan blog ke dulu?) Huhu. Dapat 1 bintang pun jadilah dari tak dapat BINTANG langsung. Apapun, syukur alhamdulillah. Nama saya adalah yang terakhir dalam senarai kelas Ijazah Kedua Tertinggi, Ijazah Sarjana Muda Sains (Kep) Pengurusan Seni Kulinari. Itulah, siapa suruh mama dan abah letak pangkal nama saya Z? Terpaksalah jadi orang yang terakhir kan? Jenuh nak menunggu nama saya dipanggil oleh pengacara majlis.

Masih saya ingat sewaktu menerima Diploma Seni Kulinari 2 tahun lepas, saya siap tidur lagi dalam Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam tu. Mengantuk beb! Berpuluh-puluh kali saya ternganga menguap tatkala menanti nama ZATUL HERNANI BT MOHD NAWI yang bernombor giliran 264 dipanggil...... jenuh menunggu!

Untuk hari Ahad nanti pun sama lah jugak. Angka giliran ke-247. Lama tu nak tunggu. Tapi tak mengapa. Bukan selalu pun dapat naik ke atas pentas yang gah sebegitu kan kan kan? Hehe. Tapi, tapi, tapi, KASIHAN lah mama dan abah nak menunggu nama anak dia dipanggil naik. Nanti nak suruh mama dan abah bawak MP3 dan earphone. Sambil-sambil menanti, boleh la my parents dengar lagu. Haha. (good idea) Ye dok? =p

Sebelum saya lupa, hari graduasi saya jatuh pada hari ulangtahun pertunangan saya yang pertama. Hari itu, genap SETAHUN saya menjadi tunangan kepada Encik Wan Hairy. Urm. Memori bakal tercipta lah kan? Harap-harap Encik Tunang-tunang datang membawa kek ulangtahun, hadiah cantik-cantik, fresh flower, kad ucapan yang besar, kad wangi-wangi, bunga yang ada anak patung tu, dan apalagi ye?

Tapi sempatkah beliau datang? Hoho. Lupa-lupa. Borang kebenaran menikah luar mukim belum lagi selesai. Hah! Sila selesaikan wahai Encik Tunang-tunang. Kalau tak, tak MENIKAH la kita nanti. Tak datang ke majlis konvokesyen saya pun tak mengapa. Saya tak sedih pun. Saya lagi sedih dan terharu kalau-kalau malam 5 Jun 2010 tu kita tak dapat dinikahkan oleh imam. Iye dok? :))

Apapun,
SELAMAT BERGRADUASI Cik Zat!
(:

Dan, ini semua merupakan ex-classmates saya.
Congratulations all~ :)

HM225 – SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) PENGURUSAN SENI KULINARI

KELAS PERTAMA
226. Firdaus Bin Abd Hanan **
227. Siti Nurhanifah Binti Sulong **
228. Suzana Binti Mohd Hasbi **

KELAS KEDUA (TINGGI)
229. Ahmad Fauzan Bin Badiuzaman *
230. Ahmad Sofian Bin Abd Razak *
231. Asrar Firdause Bin Jamaluddin *
232. Aziah Binti Thalaha *
233. Hazelita Binti Ismail *
234. Ida Farida Binti Abdul Azis *
235. Ikmal Ibrahim Bin Jamal *
236. Lydia Binti Pius *
237. Nor Diana Binti Ismail *
238. Nor Fuziana Binti Omar *
239. Norhidayah Binti Mohd Yunus *
240. Norsyamimi Binti Md Ismail *
241. Nur Julita Binti Munab *
242. Nurul Amira Binti Abdul Rahim *
243. Roszita Binti Sulaiman *
244. Ruminah Binti Mohd Yusof *
245. Siti Aishah Binti Zainudin *
246. Siti Nornadiah Binti Ishak *
247. Zatul Hernani Binti Mohd Nawi *

KELAS KEDUA (RENDAH)
248. Abdul Hafiz Bin Mastor
249. Ahmad Ridzwan Bin Mohamad Khairi
250. Albert Anak Sanjan
251. Azatul Husni Binti Ab Wahab
252. Azizah Binti Ahmad Sah
253. Evelynda Madang
254. Fatin Farah Syazana Binti Md Noor
255. Junaidah Binti Mohd Jan Jang
256. Lailatul Azura Binti Zani
257. Louis Anak Bettie
258. Mohammad Halim Bin Jeinie
259. Mohd Ashraf Bin Daud
260. Mohd Fairuz Bin Mustaffa Kamal
261. Muhammad Kamel Bin Abdullah
262. Norhazwani Binti Ismail
263. Norhidayah Binti Halim
264. Nur Hanis Binti Mohamed Nor
265. Nuraisyah Binti Kamaruddin
266. Nurul Liyana Binti Abu Bakar
267. Radhiah Binti Mahmood
268. Rashidah Binti Abdul Wahed
269. Sharatul Amirrah Binti Othman
270. Tajul Arif Bin Mohd Shukor

p/s - terasa ingin cepat-cepat menjejakkan kaki ke Bandaraya Anggerik.. :p

25 May 2010

mereka juga mau menikah! =p

Salam.

Sedang asyik kalut-malut dengan majlis sendiri, terlintas di fikiran tentang 3 majlis perkahwinan yang bakal saya hadiri di bulan yang sama. Semuanya setelah saya bergelar PUAN nanti. Tapi, yang pastinya, kehadiran saya bukan dengan bakal Encik Suami. Tapi, kalau nak paksa bakal Encik Suami pulang ke kampung pun okei je kan? Haha.

Fieyza & Azfar
10 Jun 2010
(Khamis)
Sahabat saya yang ini namanya Fiza, bekas officemate masa kat kolej. Cantik orangnya secantik kad undangan daripada beliau yang saya terima. InsyaAllah akan saya usulkan kepada keluarga. Hehe ;)

Asmawati & Fazly
12 Jun 2010
(Sabtu)
Hari perkahwinan beliau jatuh pada hari majlis bertandang saya di Tumpat. Oleh kerana itu, tak dapatlah saya ke sana. Susah juga ye nak berkejar-kejar pada hari yang sama. Semoga kamu berbahagia! :)

Nik Diyana & Marwan
19 Jun 2010
(Sabtu)
Yang ini juga merupakan ex-officemate saya di kolej. Lemah lembut saja orangnya, bertuah bakal suami beliau. InsyaAllah kalau tidak ada aral melintang, sampailah saya ke sana nanti.

p/s - Kepada bakal-bakal isteri di luar sana, saya juga mendoakan yang terbaik buat kamu. Semoga berbahagia selamanya.

:)

Salam.

Owh.
Tak sangka kami sudah bersama selama 2 tahun, 3 bulan, 3 minggu & 3 hari.
Such a long journey of my life.

Daisypath Anniversary tickers

adui dui dui~

Salam.

Tertekan pabila memikirkan tentang referee master dan majlis itu.
owh.

Kenapa tarikh penting itu datang sekaligus?

Mahu print out borang by today. Isi cepat-cepat sebelum tarikh interview di fakulti nanti.

Mahu mintak tolong Chempaka Exora a.k.a Siti Nurhanifah hulurkan kepada my referee. Moga-moga tidak ada yang menyusahkan nanti. (Kak Efa, itulah. Sape suruh duk Shah Alam?) Haha~

Semoga semua majlis berjalan dengan lancar. InsyaAllah. (:

24 May 2010

kalaulah...

Salam.

Sangat tertekan malam ni. 4 jam berada depan lappy tapi macam orang hilang keupayaan berfikir. Sangat-sangat-sangat pressure! Tak tahu sebab apa. Ah! Mahu tenangkan hati dan fikiran. Mahu melelapkan mata. Sakit otak kalau selalu macam ni. Not in mood~ :(

Esok ada appointment dengan doktor. Nak cuci gigi, nak scrub wajah, nak itu nak ini. Tapi DUIT tak berapa NAK ada. Selamat malam semua!



Kalau lah time-time macam ni dapat bercuti ke pulau nan indah. Alangkah girangnya HATI.... ;)

. . . . .

Salam.

Hari-hari duk kira benda alah ni jek. Alahai. Satu kerja pun belum siap sepenuhnya. Souviner lagi la, ada dalam 80 bakul lagi belum di riben kan. Rama-rama lagi nak cari. SSF saja yang ada jenis macam tu, colorful macam tu. Tapi, yang pasti, memang saya harus KIRA benda alah ni. Sebabnya, benda alah inilah yang menjadi penanda aras majlis perkahwinan saya. Kalau tak ada kiraan hari, mau pengsan saya. Tup-tup dah sampai ke hari persandingan, tapi SATU pun belum sudah saya selesaikan. Apapun, malam ni ada pasar malam di Machang. Saya mahu makan itu yong tau fu. Mahu beli dan makan seorang diri. Cet! Kedekut taik hidung masin. Hoho.

Jumpa lagi (=


morning sunshine!

Salam.

Good Morning World!

Zat, wish u a very good day~
Kemas rumah sebaik mungkin ye sayang.. =p

credits to Google's image

23 May 2010

honeymoon oOo honeymoon

Salam.

(*.*)

Pusing kepala weh memikirkan hal 'honeymoon' kami. Agak-agak, kemana ye kaki akan melangkah wahai bakal suamiku? Kepala bakal isterimu sudah naik fening memikirkan akan hal ini. Banyak jugak tempat yang kami berkenan. Banyak jugak PAKEJ yang melekat di hati. Namun, satu keputusan pun belum kami buat lagi. Aduii... Kalau ikutkan HATI saya, saya amat-amat-amat dan teramat ingin ke BALI SPA. Tak tahu mengapa. BALI senantiasa di hati sejak dulu dan kini. Tambah-tambah BALI SPA. Memang sejuk je nampak. Tapi tak tahulah. Dalam gambar semuanya menipu. Hatta gambar saya pun! Huhu. Ada kesan pencerahan di sana-sini. Walhalnya, tidak sama sekali. Gelap macam arang jugak. Hikhik~ (^.^)

Okei. Ini pakej-pakej ke Bali yang sempat saya tengok di website INI. Ada jugak yang saya berkenan. Tapi, saya harus pastikan ianya tidak melampaui bajet kami. Kalau tidak, susah la. Kami nak hidup bukan 1 atau 2 minggu. Selepas kahwin, banyak lagi tanggungjawab weh. Nak tak nak, duit WAJIB ada. Kalau tak, makan airmata lah jawabnya.

Ini antara pakej-pakej ke BALI:



PAKEJ 3 - Bali Spa 4D 3N

PAKEJ 4 - Bali Ubud 4D 3N

Owh. Rambang mata okei. Tak tahu mana satu pilihan kalbu. Semuanya macam okei. Ada cadangan tak tentang keempat-empat pakej tu? Sila la bagi komen & cadangan. huhu ('',)

22 May 2010

zatnani

Salam.

Apakah perkahwinan kita akan kekal hingga ke hari mati? Atau sekadar sampai ke anak cucu dan kemudian bercerai bertemankan uban dan kedut di wajah, atau gerhana di tengah jalan?

Kecantikan, biar secantik mana pun kita, akan pudar jua dengan perjalanan masa....

21 May 2010

Lagi 15 hari owh!

Salam.

Sedar tak sedar, lagi 2 minggu majlis itu bakal berlangsung. Serius, saya tak ada perasaan gementar. Dalam hati memang ada cinta, namun kekalutan dalam menyudahkan persiapan membuatkan saya tak ada rasa takut + gabra. Relaks la beb! Huu..... (*.*)



-Wedding Card Invitation: Percetakan Nik Daud. Kad sudah HABIS okeh!
-Bunting/Banner: Ex-Schoolmate. Puas HATI sangat-sangat walau terpaksa bersengkang mata di Kemaman Kopitiam dengan Akok Ija...
-Photographer: Nikah&Sanding, Photoaura. Second man Aween, Asyruff Ismail.. I'm waiting for you!
-Photographer: Bertandang&Outdoor, 10BUCKS. Nakif will be there :)
-Kursus Kahwin: Balai Islam. Settled!
-Baju Nikah: Nony Pengantin, Pasir Mas. Be alert, AMBIL petang Khamis on 3rd of June 2010.
-Baju Sanding: 1 Pasang, Lyianaz Bridal. 3 Pasang, Nony Pengantin. Khamis 3rd of June 2010.
-Baju Bertandang: 2 Pasang, Nony Pengantin. Khamis 10th June 2010.
-Wedding Ring: Kota Bharu. Mak mertua cakap TASTE kita sama okeh! Settled.
-Wedding Ring for husband to be:
Kota Bharu.

-Pre-wedding shooting: bonsai photo studio. Settled. Tak sabar mahu 'frame'kan.

-Bakul Hantaran: Megalace/SSF. ada 4 lagi belum siap spray. Esok lah!

-Dekorasi Hantaran: SSF. Nasib baik ada my makcik yang suka benda alah ni!

-HIV Test: Klinik Kota Bharu. Settled! Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh.
-Mama Souviner: 500/1000 pieces, Rantau Panjang. Settled!
-Canopy:
Majlis Daerah Machang.Settled!
-Jamuan:
Gotong-Royong.Settled!
-Make-up: Desa Permai Wedding Planner. Settled!
-Full Set of Pelamin: Lyianaz Bridal. Belum finalized lagi. Khamis ni mungkin!
-Wedding Cake:
Family/Ranz Culinary World. Settled! Cun woo!
-Bunga Telur: Untuk Keluarga LELAKI, Megalace. Settled!

-Borang Nikah: Machang. Settled!
-SPA Treatment: Nicque Boutique/Safah SPA.Settled!

20 May 2010

tak ada CERITA :)

Salam.

Tak ada mood nak menulis. Mood datang hanya mau tunjuk-tunjuk gambar lama saja. Layan lah. :)





19 May 2010

puas!

Salam.

Kasut ni takde lah mahal pun. Tak sampai pun ratus-ratus macam orang kebanyakkan beli tu. Saya beli murah je, asal sedap pakai. Saja nak puaskan hati. Sudah lama hati ini teringin memiliki wedges. Asyik kasut tumit tinggi saja. Lenguh lah kaki. Nak tidur malam pun berurut. Baru lega sengal-sengal kaki. Itu penangan mengenakan kasut tumit tinggi. Mulai hari ini, saya mahu memperbanyakkan koleksi wedges. Kasut tumit tinggi TOLAK ke tepi.......... :)


p/s : esok mahu cari lagi SATU wedges shoes! Hoho~ (-_-)

wishlist :)

Salam.

Matanya LIRIK-LIRIK selalu,
rupanya MANIS-MANIS ayu!

(^_^)

sedang mengira detik itu~
Lagi 2 minggu, jangan lupa datang ye!
Saya jemput semua datang untuk memeriahkan majlis..

Salam.
Tambatan Kasih,
janji DUA hati.

16 May 2010

from heart

Salam.

Kami membilang waktu, menghitung hari dan mengira detik juga saat untuk di satukan.. InsyaAllah 5 Jun 2010 akan tiba jua.. Do pray for our happiness...


Sibuk menguruskan our big day.
Menyemak senarai barang yang belum di beli.
Hopefully our big event will going smoothly.
InsyaAllah.

On phone with one of my wedding sponsor, mintak-mintak bil Celcom tak MELAMBUNG lah bulan ni ye!
Tapi tadi dah check, RM 150.00 sudaaa~

I love cheese cake to the max!
Sebab terlalu sayang, saya rela makan sikit-sikit.
At last, semut yang TOLONG habiskan... oho my cheese cake.

You are invited to celebrate the wedding of,
ZATUL HERNANI & WAN HAIRY

Fiance, thanks for everything.
I will love you till the end of my life :)
Salam
I am in LOVE with my LIFE (^_^)

14 May 2010

ini cik minah illy~

Salam.
Minah ni baru 4 tahun, dah sekolah. dah pandai posing. dah pandai berfikir. fikir macam orang tua. fikir yang tak terfikir oleh kita. owh minah. minah illy.... huhu~ miss her damn much! ('',)

at LAST!

Salam.
Idam warna kuning, tapi dapat all black pun kira okei lah kan? huhu~
Nice picture and sound! Tunggu Nokia C3 release, at last rembat yang ni.. :)

13 May 2010

12 May 2010

Salam.

6 - 8 Mei 2010,
Khamis+Jumaat+Sabtu
Gunung Stong State Park Resort, Dabong.

The last sweet memories with my students before i get married~ >.<

Lokasi - Puncak Gunung Stong.





11 May 2010

w e d d i n g ~

Salam.

Kuala Klawang 2009
Azura's Wedding Day.
>.<

Ada maksud tak 'GAMBAR' ni? Hoo~ :)

03 May 2010

Wedges - jom beli

Salam.

Kasut lain dah tak cantik. hoho. Mahu beli ini kasut. Wahai Ibunda, bagi la fulus sikit~ >.<

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...