28 June 2010

Allah bless you!

Salam.

Dearest Puan Zatul Hernani, I convey my congratulations to you. Please do your best among the best in your examinations. InsyaAllah, semoga ianya baik-baik saja.



isn't it?

Salam.

I don't care with what HE stated. I don't blamed him. HE is rather selfish. Well, I will go my on way. Because I know, I want to do my best to EVERYBODY. The most important thing is that, I am not doing anything wrong. HE was misunderstood me. But then, lets gone be bygone. No need to think it. Again, HE is rather SELFISH!

p/s - Toys Story 3 sangat-sangat sedih. Atau saya yang berhati sayu? Eh tak, suami saya pun mengalirkan airmata tau! ;)

25 June 2010

Alhamdulillah.

Salam.

Pagi ni tetiba rasa nak buka website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebab dah lama tak hopping kat situ, dan tetiba jugak, terkejut tengok keputusan ujian suara hari tu dah keluar. Hurm. Cuak jugak nak tekan butang SEMAKAN KEPUTUSAN tu. Seingat saya, hari tu saya tak bersedia langsung. Terketar-ketar masa buat assignments. Ada 3 orang bodyguards dari Pahang FM yang mengawal kami agar tiada yang meniru. Muka garang beb. Body macam Malek Noor pun ada. Fuh..

Ada 4 assignments seingat saya. Pertama dan kedua, baca text in Malay, text in English. Dua-dua kena baca bagi lancar jangan bagi tersekat-sekat, nanti fail! Assignment ketiga, kena pandai mengolah berita dan lepas tu baca bagi semua orang faham gaya penyampaian dan juga intonasi suara. Baca macam pemberita TV tu baca lah. Keempat, assignment in conty atau dengan kata mudah, yang macam deejay radio duk pot-pet-pot-pet tu. Haa. Macam itulah semuanya. Masa yang di beri untuk preparation ialah 20 minit sahaja untuk kesemua 4 assignments. Masa untuk mengolah pulak hanya 2 minit ke 3 minit sahaja. Hurm. Memang lah mencabar kan? Nama pun exam! Kedekut tau. Huhu.
Alhamdulillah. Saya LULUS untuk voice test ni. InsyaAllah, the second exam will be around the corner. Semoga saya bersedia dan dapat menjawab all the questions given. Huh. Exam SPA memang killer paper lah bagi saya. Banyak pengetahuan am yang saya kena tahu. Doakan saya ye. Moga-moga rezeki kahwin saya di sini! InsyaAllah......... ;)

pesanan buat SUAMI.

Salam.

credits to Google :)

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge.

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami ''degil'' tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

24 June 2010

marsya maisara :)

Salam.

Ala mucuk-mucuk. Mai kat auntie maiii.. :)
eh, dah jadi auntie ke?



p/s - she is a daughter of my best friend - Masidayu Mehat. Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

balik kampung!

Salam.

Sementara menunggu suami pulang dari kerja, saya dengan semangat yang tinggi kemas apa yang patut dalam bilik hotel ni. Kemas semua barang yang akan dibawa pulang petang nanti. Rasa tak sabar nak balik Kelantan setelah dua minggu saya berada jauh dengan keluarga. Hehe. Ke Kuala Terengganu, ke Kuantan, ke Kuala Lumpur dan ke Kuantan balik. Hurm. Ada sedikit rasa bosan. Bukan bosan dengan suami, tapi bosan dengan keadaan sekeliling. Asyik-asyik duk hotel. Macam tak ada life. Muahaha. Dah pandai life-life-life pulak dah. Saya impikan satu rumah dengan suami. Jadi, tak adalah bosan sangat. Boleh masak, boleh basuh baju, boleh jemur baju, boleh buat apa saja yang saya suka. Guling-guling macam budak pun boleh kan? Tapi, tak tahulah bila saat tu tiba. Kan kan? Sabar sajalah bak kata suami saya. Okei. Saya sabar lah, dan juga SABAR nak pulang ke kampung halaman petang nanti. Doakan saya ye. Jauh jugak tu, 5 jam perjalanan boleh cramp bontot! (-_-)

22 June 2010

mula membebel :)

Salam.

Hari ke-dua di De Palma Hotel, Ampang.

Sudah lama saya tidak membebel seperti selalu. Membebel seperti mak nenek yang selalu saya buat tu. Huhu. Selalunya, saya rancak bercerita itu dan ini. Ada saja cerita dan gambar yang ingin di kongsi, tapi masa selalu mengejar. Karangan pun panjang berjela-jela sampaikan tidak ada titik. Tapi tak lah selalu kan? Hehe. Banyak nye SELALU. Jom lah baca selalu. (*.*)

Pagi tadi, pagi-pagi lagi bangun disebabkan terkejut dengan suami yang datang ke katil. Orang tengah sedap bermimpi makan spaghetti oli-olio ni dia kacau lak! Ishhh. Al-maklumlah, kami tidur katil asing-asing. Bilik fully booked, yang ada tinggal bilik berkatil single saja. Nak tak nak, kena tidur jauh-jauh. Encik suami pulak, lepas solat subuh, terus dia pasang tv kuat-kuat, pasang air-cond high punya level. Nampak sangat dia cemburu akan saya. huh! Geram. Geram. Tapi takpe, bangun je pagi tadi, terus ke coffee house. Breakfast lah. Tapi tak banyak pun makan. Mata still mengantuk. Muahaha. Dalam hati, lepas saja makan-makan, lepas encik suami ke office, saya mahu TIDUR............ ! (=

Semalam, saya ke Pinggiran Batu Caves, ke rumah pakcik untuk makan malam. Tak jauh sangat, dalam 15 minit je perjalanan. Dalam perjalanan ke sana, saya terpandang kedai Home Decor area Flamingo. Fuh! Memang mengancam. Sejak dua-tiga hari yang lalu, saya berkenan dengan satu bunga ni. Ini semua gara-gara saya berlibur dengan teman saya di Kuantan tempoh hari. Bunga ala-ala English Style. Cantik dan simple. Huda Nabihan, kamu memang mempengaruhi saya. Seronok dapat keluar jalan-jalan dengan beliau dan dapat tengok BUNGA tu dalam kereta beliau. Hehe. Apa yang penting, saya mahu SATU! Nasib baik kat area hotel ni ada kedai ala English Style tu. Hehehehe. Nampak gayanya, kena keluar duit lah. Saya mahu beli~

Nak apa? Nak BUNGA ke? Okei, nanti petang ni kita pergi beli ye!
hehehe~

Petang nanti, saya tak ada rancangan untuk kemana-mana. Tunggu sajalah suami balik dari kerja. Nanti kami fikirkan. Pergi dulu.

21 June 2010

tinggal daku seorang diri......

Sekarang saya di Ampang, menginap di De Palma menemani suami selama 3 hari dan saya tahu, saya pasti kebosanan seorang diri di bilik hotel tiada teman untuk menemani. Hoh. Jiwang lah pulak dah! Makan tidur tengok tv sajalah kerja saya sementara menunggu suami balik kerja. Huh! Okei. Nak tidur. Nak fikir esok nak buat apa. Nak buat apa ye esok? hurmm. mengeluh buat kali ke berapa entah. haha :)


p/s - mau pujuk-pujuk sampai dia setuju, mau keluar jalan-jalan after dia balik kerja. mau mahu mahuuu~

the lucky day ;)

Tak sempat nak pose kat puncak Genting Highlands tadi. Ramai sangat orang sampaikan terlupa nak capture the moments. Huu. Memang ramai orang walhal hari ni hari Isnin, adik-adik sudah mulai bersekolah kan?? Ramaiiii~ Hujan pulak tu. Puncak tak sejuk sangat. ;)




ops! Nak jugak bergambar kenangan ye?

the 'bulan-madu' 5

Genting Highlands, Pahang.






Dari Kuantan saya ke Bentong dengan suami. Selesai saja majlis perasmian di Dataran Bentong, saya pujuk-pujuk si suami mahu ke Genting Highlands pulak. Banyak songeh betul la minah ni ye? Hanya berada di puncak Genting Highlands for only an hour! but then, it was syiOkkk.... got 2 big & medium lucky bear. huhu. how lucky i am... ;)

('',)


the 'bulan-madu' 5 will be coming sOon! 
(=

the 'bulan-madu' 4

My last day in Kuantan, also last day in Teluk Chempedak.
hehuuu~ 


the 'bulan-madu' 3

An evening in Teluk Chempedak, Pahang.


the 'bulan-madu' 2

On our way to Kuantan.
TAK NAK duduk Kuantan, nak duduk Kelantan!
Muahaaaa~ Mr.Husband, jangan mara yep..


the 'bulan-madu'

Primula Beach Resort - Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. 






16 June 2010

Salam.

Macam-macam versi yang saya dengar pasal peristiwa nikah-kahwin saya 2 bulan lepas di Tumpat. Perempuan tu dah canang macam-macam berita dan jugak cerita sensasi kepada teman-temannya yang memang tak tahu hujung pangkal.. Owh PEREMPUAN, memang engkau sengaja carik pasal kann? Saja je nak suruh aku tunjuk perangai aku kann? Lagi sekali aku dengar cerita kurang enak, aku jumpa kau. Aku nak basuh HOTAK engkau sekali! Behave la weiii.. Engkau kan MAK budak! Ish.......... !
Saya dalam gambar di atas yang dikatakan MENGIKIS harta suami sendiri. Hahahahaha. Gile kelakar! Orang tak KIKIS harta suami weh, kalau nak KIKIS, kikis lah masa tengah syiok COUPLE~
Bodoh punya kenyataan. Dahtu, habis semua orang dia bagitahu pasal yang TAK BAIK tentang orang-orang sekeliling dia... Muahaha.. Apa yang saya dengar dari mulut-mulut saudara dia, dia CEMBURUKAN saya sebenarnya. Haha. Sila lah cemburu banyak-banyak. I lagik la sukee~
Chow! (=

tag from my sis ;)

Salam.

Actually, tag ni dari facebook, tapi macam susah sangat nak jawab dalam tu, saya bawakkan ke blog. hurm, silalah baca ye adikku~ ;)

1. Apa tindakan anda bila dengar bunyi kilat dan petir?
- baca La haulawala quwwatailla billa hil aliyyul 'azim... :)

2. Reaksi anda bila ada orang mengutuk anda?
- kutuk je la, awak yang dapat dosa, saya dapat pahala. anyway, tenkius! huhu

3. Reaksi anda bila terjumpa dengan artis kegemaran anda?
- biasa-biasa je. tak excited pun. paling kurang, amik gambar kot. huhu :p

4. Maxis or celcom. which one ur refer?
- Maxis + Celcom. tamak punya pasal kan?

5. Nyatakan 3 bad habit anda.
- memang kaki tidor kalau takde keje. ganti balik tido-tido yang tak cukup dulu..
- boros!!!! seriously, sangat boros.... :(
- suka beli magazines, tapi just tengok gambar jek. isi nya tak baca pun. huhu

6. Apa yang akan anda lakukan jika org lain sibuk mengenai hal anda?
- sibuk je. ish ish ish. hehe. suka jugak, sebab nampak sangat mereka ambil berat pasal saya. kan kan?

7. Adakah anda mempunyai ramai peminat?
- urm, takde kot. biasa-biasa macam orang biasa jek.

8. Apa reaksi anda bila terkentut kuat/busuk di khalayak ramai?
- wah, memalukan i jek tanya soalan nie. hehe. apalagi, lepas kentut tu, blah je la.. buat apa nak tunggu lagi? malu kot! huu ;p

RANDOM QUESTION ABOUT YOUR RELATIONSHIP

1. State the date u have declared with ur first couple?
- huh! when i was 15th years old.. muahaha... dah-dah, aku dah menikah dah weh! ;)

2. Adakah anda akan terus berhubung dengan bf/gf anda sekiranya clash?
- kalau tak gaduh, boleh je berkawan. tapi agak-agak ar, hubungan kan dah terputus. ;p

3. Apa yang akan anda lakukan sekiranya merindui bf/gf anda?
- ops! no no no. cinta sudah tiada dalam hati. hikhik~

4. Adakah anda mempercayai bf/gf anda seratus peratus?
- owh tidak sama sekali. si dia boleh jujur & juga boleh berpura-pura...

5. How ur first date with ur first couple?
- biasa jek. cinta monyet katakan...

6. Adakah anda rasa bf/gf anda pandai memujuk?
- semua lelaki memang kaki pujuk. tak gitu? :)

7. Apa reaksi/tindakan anda bila bf/gf anda menghabiskan kredit utk org lain?
- alah, benda biasa je tu. kita kena tolerate la kan? kata nak hidup bahagia hingga ke hujung nyawa. huhu~ dedicated to my lovely husband... ;)

8. What are u going 2 do if ur besties have a relation with ur ex?
- dah itu suratan takdir. kita carilah yang lebih baik dari dia... ;)

9. Adakah anda menelefon bf/gf anda bila disuruh?
- hoho. soalan apa ni? peliknya.

10. Apakah reaksi anda bila bf/gf anda masih berhubungan dengan ex mereka?
- kalau bf tu, ikut suka hati merekalah. tapi kalau husband i, urm, i peluk u kuat-kuat. hahaha ;))

kemerahan inai :)

Salam.

Berinai beberapa jam sebelum menikah ;)
Thanks a lot to Lyianaz Bridal & the gang for the great services.



p/s - inai di jari saya masih merah :)

13 June 2010

birthday girl....

Salam.

A day before i am getting married.. :)
Hubby, thanks for those wishes & thanks for everything....
"aku sayang kamu, selamanya...."





p/s - Rasa mau makan Cheese cake jek... huhuu~

wedding photoshoot

Salam.

Cepat giler 10Bucks Gang, En Nakif + En Faiz selesaikan tugas-tugas mereka. Bravo!
Credits to them lah..... Pinjam gambar nak tayang dalam blog. Huhu.. Layan~

12 June 2010

bertandang - sambut menantu

Salam.
Hype!
Ini hari majlis sambut menantu ke Tumpat.
Mujur inai di jari masih merah. Huhu ;)

Selamat datang semua! Doakan kami berdua sejahtera sentiasa. Love my hubby ;)

11 June 2010

;)

Salam.
Alhamdulillah, 2 majlis berjalan dengan lancar, dan esok, majlis bertandang ke Tumpat.
Doakan semuanya selamat dunia & akhirat. InsyaAllah ;)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...