31 July 2010

Isu-isu-isu & isu

Salam.

Hari ni 3 kali saya makan nasi. Biasanya sekali saja. Paling tidak pun 2 kali. Sambil makan sambil tengok bola di kaca tv. Malam ni di TV2, Selangor vs Terengganu. Makan dengan sorak sekali. Nasib baik tak tersedak. Huiss. Bini orang tapi perangai macam tak ada suami. Haha. Memang la, suami jauh di Kuantan. Hurm... Kami ni weekend husband&wife. Hehe.

Sebenarnya saya teruja dengan isu-isu semasa yang sedang hangat sekarang ni. Ada sikit nak kongsi. Ini untuk pengetahuan diri saya jugak. Minggu depan kan exam! Rabu nanti, saya ke Cameron Highlands. Ikut suami dan rakan-rakan dia. Ada meeting katanya kat sana. So, saya mau ikut jugak sambil-sambil study kat sana. Bukan apa, saya hanya risaukan karangan tu je, sudah lama tinggalkan bidang karang-mengarang ni. Kesuntukkan modal mau berbicara. Haha. Okeh, ini dia isu-isu semasa yang sempat saya rembat dari bonda tercinta... Mmuah! Sayang kamu mom! (=
  • Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan
  • Malaysia Raises Rate
  • Power Supply for 95% of Sarawak by 2012
  • English A Must for Studies
  • Harvest Festival to Promote a Vision of 1 Malaysia
  • Malaysia Perlu Pupuk Inovasi
  • India-Malaysia Tandatangan Perjanjian Ekstradisi
  • Samseng Jalanan @ Mat Rempit
  • Gagasan 1Malaysia
  • Pointers Isu Sebatan Ke atas Kes Kartika
  • Pointers Bajet 2010
  • Bajet 2010 - 1 Malaysia Kemakmuran Bersama
p/s: tajuk je yang gempak. Tapi isinya belum khatam lagik! Banyak wooooo~

Aihhhh~

Salam.

Aiiiihhhhh.........

Belum apa-apa dah mengeloh! huis. Apa lah kan? Tak baik. Tapi, kena jugak mengeluh ni. Cikit-cikit je. Menunjukkan ada sesuatu yang tersimpan kemas dalam hati ni. Susah nak zahirkan dengan kata-kata. Biarlah apa orang nak kata. Asalkan keluhan ni tak mengganggu-gugat keharmonian dan keamanan orang lain. Okeh. Puan Zat, cuba senyum dan bertenang.

Macam ni, minggu depan on 9th of August - Monday, saya ada papers! Ada 3 bahagian exam tu nanti. Bukan teruk pun exam ni, tapi saya tak boleh nak fokus macam saya jadi students dulu. Huhu. Ngada-ngada betul! Dah lama tinggalkan buku sampaikan saya jadi buta huruf. Hahaha. Bukanlah. Rasa macam malas nak study. Nak focus-focus macam dulu. Aish. Exam dah minggu depan, ingat senang ke pengetahuan am tentang Malaysia negara kita yang tercinta ni? Terasa macam satu beban yang berat kena pikul. STUDY. Bukak saja buku, baca SEHELAI, then zzzzzZZZzZZ... Memang bukan di sengajakan. Ianya terjadi dengan sendiri okeh. Tertidur dengan buku yang entah kemana hilangnya. Bangun-bangun tengok, buku duk bawah katil. Bila masa entah berjalan masuk bawah katil. Haiyya. Haha.

Ini serba-sedikit pasal exam tu nanti. Okey, esok saya JANJI, saya STUDY okey. Ini bukan omongan kosong! Ini adalah kebenaran. Haaaa~

- Seksyen A (Soalan Pengetahuan Am)
  • Kenegaraan
  • Isu-isu Semasa
  • Ekonomi
  • Sosio Budaya
  • Media
  • Hiburan
  • Sukan
- Seksyen B (Karangan)
  • Calon akan diberi 6 tajuk mengenai isu-isu semasa & dikehendaki menulis 2 karangan. Satu dalam Bahasa Melayu dan satu dalam Bahasa Inggeris.
- Seksyen C (Terjemahan)
  • Calon diberi 2 petikan karangan yang mengandungi lebih kurang 100 patah perkataan. Satu dalam Bahasa Melayu dan satu dalam Bahasa Inggeris. Petikan Bahasa Melayu wajib diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan petikan Bahasa Inggeris wajib diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

P/S : yang pasti, petikan-petikan itu semua bukan calang-calang petikan tau. Doakan saya ye. Lulus atau gagal semua terserah kepada Yang Esa. Dia yang menentukan semua. Tapi, sebelum itu saya nak cakap, TAKUTNYEEE! Fuhhh~


Jom solat.

Salam.

Hari ni hari Sabtu kan? Semalam Jumaat kan? Esok hari Ahad kan? Kan kan kan?

Tapi, hari-hari yang berlalu, dan jugak hari-hari yang bakal mendatang, kalau tak SOLAT, tak ada gunanya LANGSUNG! Pakai cantik-cantik, pakai lawa-lawa, pakai cun-cun, pakai selendang pakai syria pun, kalau tak rukuk & sujud padaNya, tak ada makna langsung. Tak ada SERI kat muka kita kan? Kan? Kan? Percaya kan? Semua kena percaya lah. Betul. Orang yang tak solat ni tak aman hidup dia. Ada je masalah. Bukan masalah berat-berat pun. HATI dia tu yang tak tenteram. Kalaupun hidup dia bahagia, kaya-raya, sanak-saudara keliling-kelalang, nak beli apa pun dapat, nak berlibur kemana hatta OVER the SEA pun dapat, tapi kalau tak solat, ada ketenangan ke? Mesti ada SATU hari, hati kita akan rasa GELISAH tak tertanggung. Duit banyak pun pasti rasa sentiasa tak cukup! Yang tak ada duit, lagilah! Kalau tak percaya, cubalah. Cubalah. Yang tak solat, dia tahu lah kannnn? Yang solat, dia tahu yang dia tidak MUNGKIN akan meninggalkan solat, sebab dia tahu hukuman dari Allah swt itu Maha Berat........ Terutamanya kaum HAWA. Make-up bagai artis. Pakai bulu mata palsu, pakai foundation tebal nak tutup jerawat batu, pakai maskara sampai naik lebam bijik mata, pakai eye-shadow warna-warni, pakai blusher kaler oren-oren, pakai apa lagi? Owh pakai lipstik then buat macam bibir Angelina Jolie. Huhu. Sudahlah muka tak boleh nak bernafas dengan baik, tambah pulak dengan dosa tak solat. Habis la. Tak ada seri langsung. Malap aje muka. Suram. Muram. Durja. Bermuram durja lah jawabnya sehari-hari.

Tapi, saya tahu. Saya tak berhak nak menegur sesiapa. Takut nanti, di salah-anggap pulak. Biarlah, memang sebagai muslim kita wajib menegur sesama muslim. Tapi, nak dengar ke mereka? Apapun, medium saya untuk semua orang. Maafkan kalau ada yang terasa. Meh-meh nak bagi satu doa. Doa Nabi Yunus untuk mengatasi segala kesulitan.. Saya berkongsi saja. Selebihnya, andalah yang boleh jadikan ia panduan..... ;)

La ila ha'illaa antasubha naka'inni kuntuminazzolimin....

InsyaAllah, Allah swt akan memakbulkan permintaan orang Islam mahupun diri kita sendiri jika sentiasa berdoa dengan kalimah ini. Dalam kesusahan, resah-gelisah, nak bersalin atau apa sekalipun, boleh di amalkan.... Jom solat! Dah Asar dah nie... ;)

29 July 2010

Sayang gila

Salam.

Bukannya senang untuk ku jatuh cinta
Sudah banyak hati anak dara kecewa
Aku takut diikat janji setia
Selagi tak rasa yakin dengan cinta
Percaya ke tahap cinta ku kini sayang gila pada mu
Tak pernah ku merasa begini pada pacar lama ku
Percaya ke tahap cinta ku kini sayang gila pada mu
Pasti aku lemah lutut sekiranya ada engkau menyebut
bahawa kau juga rasa sayang gila pada ku
Dahulu ku pentingkan kebebasan
Kini sunyi seminit pun tak tahan
Sebelum ini ku lari dari cinta
Kerana tak mahu bermain jiwa

Gunung Stong

Salam.

Okeh. Jangan tengok lama-lama. Rasa segan yang amat lah. Sebabnya, muka I berpeloh tahap gaban! Hodoh le.. huhu ;)

Trip to Air Terjun Gunung Stong last few months together with a group of my ex-student.



Haiyya, yang ini sangat lah buruk. Berpeluh. Hoho. Tapi kan, takkan asyik nak tunjuk yang lawa+cun+cantik+perasan comel jek kannn? Buruk-buruk pun apa salahnya.. Berpeluh sakan wei. Masa ni, baru 1/2 jam naik ke puncak Gunung Stong, pit stop dulu sebab penat giler! Merangkak-rangkak saya tao sebab pagi sebelum tu dah teroka Gua Ikan dekat 4 jam jugak. Mana tak naik lenguh kaki? Students semua bersemangat, bagus betul. Ada yang buat pertama kali naik gunung ni.. Hehe. Saya dah DUA kali.. Dulu ada sekali masa form 4 masa sekolah. Agak aktif la jugak. Hurm, kalau nak tahu, saya panjat bukit, turun denai ketika hanya 1 bulan lebih majlis perkahwinan. Gila! Kalau lah, di takdirkan saya terjatuh, tergelincir, tersilap kaki melangkah, habis le patah-patah tulang-temulang. Jauh woo nak sampai ke puncak. Ambil masa lebih kurang 3 jam memanjat dan 2 jam untuk turun. Haiiih. Kalaulah........ memang tak kahwin ler saya kan kan kan? Terlantar di rumat sakit.. Entah-entah menikah pun di rumah sakit. Huu. Okai. Sudah dulu. Bye.

28 July 2010

20 July 2010

hijau.........

Salam.

Majlis perkahwinan 6 Jun 2010 - Ahad 
Zatul Hernani
&
Wan Hairy






Amin ya rabbul alaminn... ;)

18 July 2010

exam oh exam

Salam.

Untuk exam kali ni ada 3 bahagian. Pertama bahagian A, mengambil masa selama hanya 30 minit dan ianya merupakan pengetahuan am 40 soalan aneka pilihan. Bahagian B selama 70 minit minit untuk 2 essays, satu in Malay dan satu in English. Bahagian C hanya 40 minit untuk essays dan terjemahan.

Saya tidak mengharap. Kalau ada rezeki, adalah tu. Kalau tak ada, terus mahu mencari. InsyaAllah. Doakan saya ye kawan!

Exam bertempat di;
DEWAN PEPERIKSAAN, 
ARAS 10, INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL,
LOT 1363 JLN PERKASA,
OFF JLN KAMPUNG PANDAN, 
55100 KUALA LUMPUR.

15 July 2010

beaded syria design - exclusive & limited

Salam.

My new beaded design of syria. Any inquiry, PM me at facebook. Thanks. 


Yang ini saya punya. Ada 2 bunga kiri dan kanan. ;)
ehehe....

13 July 2010

Salam.
ahaks! buruk muka pengantin ni weh. hilang sudah serinya ;)


Wedding Rings ;)

12 July 2010

Salam.

InsyaAllah, saya nak pastikan ianya menjadi kenyataan. Doakan!
Sapa perlukan itu..

11 July 2010

Salam.

Mata jangan juling sudah! Nak jeling-jeling takpe~ 

Husband, I may not get to see you as often as I like. 
I may not get to hold you in my arms all through the night. 
But deep in my heart, I truly know, you're the one that I love.
I can't let you go.
I love you husband :)

09 July 2010

Salam.

Dulu lain, sekarang lain.
Dulu ada gigi, sekarang gigi dah kena makan dek ULAT~
(=


p/s - kalau dapat anak perempuan, agak-agak cute tak? Mak dia gelap, ayah dia pun gelap. Haha. Berangannnnn!!

minta tolong ni............ !

Salam.

Kepada semua gadis atau wanita, nak tanya sikit boleh......... :)

Saya nak tahu, kat mana nak dapatkan SYRIA 2 or 3 layers kat Kuala Lumpur or kat mana-mana? Yang boleh beli banyak or borong?

Please.

Need your help. Sharing is caring.
Nanti i belanja you ice-cream!
Mark my words okeh.
hihi (=

kisah inner + shawl.

Salam.

Nak beli tudung tu, nak beli tudung ni, nak beli syria tu, nak beli syria ni...
POKAI la saya!!!!!
Oh tidak...................
(=
Di hari graduasi saya. 5 hari sebelum majlis akad nikah.
Memang haru biru lah.

Shawl yang gorgeous pernah saya beli.
Cantik tau mustard color ni. Naik seri kalau pakai.
Saya pakai on my grad day, tapi habis rosak sebab tak master lagi cara pakai.

Syria grey color. Memang cantik yang ini.
Saya susah nak jatuh hati dengan kualiti kain.
Tapi yang ini memang best sangat-sangat!
Kain dia memang tak licin. Best pakai.
Kalau ada yang berkenan, PM kat inbox facebook saya.
Nanti saya cerita! Hehe.

Yang ini masa keluar date dengan ex-fiance. Hehe.
Inner saya beli asing dengan shawl tu. Shawl tu saya punya.
Banyak sangat lah koleksi shawl waima yang plain mahupun abstrak.
Huh. Jenuh tak tahu nak pakai yang mana kalau nak keluar.
RAMBANG mata tau! Huhu ;)

p/s - ada lagi tak. cukup-cukup yang ni lah. lain kali saya cerita lagi.

08 July 2010

for the rest of my life (=

Salam.

Tak ada apa. Saja nak tayang gambar. Miss this moments! My precious moment with love :)

:)

Salam.

We are here on this special day. Our hearts are full of pleasure. A day that brings the two of you close together. We are gathered here to celebrate a moment you will always treasure. We ask Allah to make your love last forever.

Let's raise our hands and make Do'a. Like the Prophet taught us and with one voice, let's all say say sayبارك الله لكما وبارك عليكما, وجمع بينكما في خير.

From now, you will share all your chores. Through heart-ship to support each other. Together worshipping Allah. Seeking his pleasure. We pray that He will fill your life with happiness and blessings, and grants your kids who make your home filled with laughter. InsyaAllah. Barak Allah.

jom lah~

Salam.

Rasa nak pergi melancong lah. Nak amik pakej yang murah and adorable to us. Sudah lama tak berlibur. Honeymoon hari tu pun HANYA satu petang jek kat Kuala Terengganu, selebihnya saya stay kat bilik hotel tunggu husband balik dari kerja. Huh. jenuh satu hari. Bukan 2 hari, 2 minggu tau! Kali ni nak pujuk-pujuk husband. Jom kita melancong. Kita cari yang jimat-jimat punya. Bolehkann? Hehe

Dalam hati rasa nak ke INDIA............. ;)

07 July 2010

Akad Nikah - 5 Jun 2010 - Sabtu

Salam.

Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Kampung Pangkal Meleret, Machang seusai solat Isyak dan berlanjutan ke jam 10.30 malam. Memang meriah sungguh majlis akad nikah malam tu. Sangat-sangat lah meriah dengan kehadiran 3 daripada 4 orang bakal pengantin yang bakal menikah. Kalau kira balik, ada 6 daripada 8 bakal pengantin di dalam masjid tu yang tunggu dinikahkan oleh imam masjid. Sepasang lagi katanya nak menikah pukul 11 malam. Apa-apa ajelah. Haha. Macam majlis 1000 orang je dalam tu. Ramai yang amat! Fotografer + videografer pun semacam jek. Ramai jugak lah antara mereka. Bagus-bagus. Good job! Berpeluh-peluh saya menunggu giliran bila lah giliran kami pula. Nasib baik Imam pilih kami pasangan yang kedua bernikah. So, tak adalah lama menanti. Bukan satu satu rombongan yang datang tau! Semua tengah lapar. Maklumlah sedari maghrib bersedia ke masjid, menunggu pihak lelaki datang, macam-macam lagi lah. Semuanya tak jamah makanan langsung. Semua tunggu majlis selesai baru nak makan. Termasuklah pengantin perempuan ni. Tak makan langsung malam tu. Huhu. Lapar tu tak usah cakap. Angin monsun timur laut pun dah masuk ke dalam perut ni!

Selesai giliran pengantin pertama, maka tiba waktu kami dinikahkah. Mama pulak suruh saya pergi duduk dekat-dekat dengan husband. Katanya, kalau nikah, bakal isteri kena duduk dekat dengan suami, nak kena dengar bait-bait perkataan yang keluar dari mulut suami. Haha. Setahu saya, hanya saya satu-satunya pengantin perempuan yang bersimpuh di khalayak tetamu lelaki yang ada dalam majlis tu. Semua mata lelaki bertumpu kepada saya. Iyalah, siapa suruh duduk di kawasan lelaki? Huhu. Yang ada semuanya pakcik-pakcik, atuk-atuk, abang-abang, adik-adik lelaki je! Bakal pengantin perempuan yang lagi 2 orang tu tak berganjak dari tempat duduk pun. Bersila di tempat solat perempuan. Muka pun tak nampak. Entah-entah kenal ke tidak bakal suami mereka. Huhu.

Saya sah menjadi isteri kepada Wan Hairy Wan Jusoff dengan sekali lafaz akad dan jam menunjukkan pukul 9.35 malam. Sempat lagi saya jeling jam di dinding masjid walaupun waktu itu, saya pakai jam tangan. Kalut punya pasal kann? Mata pun dah tak stabil. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa saya nak cepat-cepat majlis ni habis. PERUT lapar sangat okeh! Memang tak sabar tatkala Mama kata gulai kat rumah ada macam-macam lauk. Ouhhhh! Sedapnya. Kecur air liur.

Usai saja majlis, terus bergegas ke bahagian belakang masjid dengan famili kedua-dua pihak. Encik kameraman dari Photoaura nak bergambar! Owh. Lupa lah. Ingatkan boleh terus balik rumah. Hehe. So, kami bergambar selama lebih kurang 45 minit. Masjid tu gelap sangat. Pengcahayaan kurang sangat-sangat dan sangat. Silap saya jugak. Saya tidak mengutarakan pendapat kepada si fotografer untuk bergambar di rumah sahaja. Owh! Memang saya silap. Hasilnya, gambar sangat gelap. Hurm. Owh rasa nak nangessss. Harap-harap gambar lain tidak menghampakan saya lagi. Hehe.. T_T

Saya menanti hasilnya dari geng Photoaura. Saya kagumi kerja keras mereka. Bravo to their team! To Asyruff Ismail, you have a good flair! Admire all you jokes! Miss that moments~ :)

Tiba masa nanti, saya akan upload semua gambar nikah+kahwin+bertandang saya okeh. Kalau yang ada facebook saya, boleh view kat sana. Dalam ni, sikit-sikit boleh la. Hihi. Enjoy then! (=

Nanti, akan saya ceritakan serba-sedikit tentang wedding planner saya,Lyianaz Bridal. Mereka juga have done a very good job!


Pelamin angan-anganku. Berangan nak naik pelamin jugak 2 orang ni ye? ;)

05 July 2010

1 bulan

Salam.
Maka dengan ini di isytiharkan, genaplah 1 bulan perkahwinan saya dengan husband tercinta. Macam tak sangka, iye ke? Betul ke dah masuk 1 bulan ni? Macam tak kahwin jek kan? Haha. Kami tinggal jauh-jauh. Husband di Pahang dan saya di Kelantan. Jauh jugak lah. Hari-hari yang berlalu memang takkan jumpa lah. Nasib baik teknologi makin canggih. Ada telefon bimbit, ada e-mel, ada 3G, ada apa lagi? Semuanya cukup untuk mendekatkan kami berdua. Kalau sunyi sepi, alamatnya, makin jauh la jurang antara kami. Ye tak? Terima kasih teknologi. Hehe. Syukur Ya Allah. Syukur kerana aku dipertemukan dengan lelaki yang penyabar seperti dia.

Sebelum dan selepas kahwin ni, tak ada apa yang berubah pun. Semuanya masih sama. Masih di takuk yang sama, dan saya serasi dengan itu semua. Tidak ada satu pun yang menggugat perasaan. Cuma, ketika ini, saya meluat dengan 'satu pihak' yang tidak senang dengan kebahagiaan kami. Ada saja ura-ura dari 'pihak' itu. Makin lama makin &^%$# lah! Tapi, apakan daya, kita BUKAN manusia sesempurna Nabi Utusan Allah..... Kan? Kita hanya manusia yang hina yang hanya kadangkala di muliakan oleh Allah swt, manusia miskin yang kadangkala di kayakan oleh Allah. Tak kira lah betapa baiknya kita, ada sahaja mulut-mulut tembus yang mahu mengganggu-gugat keharmonian orang lain. Memang dasar tak boleh tengok orang senang-lenang. Ingat, kerana MULUT badan BINASA. Jangan sesekali menuding jari di atas kesalahan orang lain. Cerminlah diri sendiri. Siapa tahu, KESALAHAN paling besar adalah dari kita sendiri. Tapi, cakap banyak pun tak guna, kalau tuan empunya diri EGO tidak bertempat. Sama-samalah kita perbaiki kelemahan diri. Selalu saya panjatkan doa kepadaNya, mohon supaya saya di jauhkan dengan perangai SOMBONG, ANGKUH, LALAI dan TAKBUR.

Sudah dulu kawan! (:

04 July 2010

terkilan!

Salam.

'HATIKU YANG SELOKK!'

Haha. Rasa nak tergelak bila terbaca status di facebook teman baik saya Cik Shafiza ni. Ini gara-gara beliau menanyakan pendapat kakak kesayangannya untuk membina blogger yang baru. HATIKU YANG SELOKK macam best juga kan? Hehe. Mesti orang-orang yang baca blog ni pasti selokk. Cik Shafiza ni memang kelakar orangnya. Kalau have date dengan beliau, mesti ada je hilai tawa antara kami. Tak kering gusi. Ada-ada je celoteh daripada beliau.

Stop pasal Cik Shafiza. Hehe. Ada cerita lain ni.

Saya sebenarnya TERKILAN dan sangat-sangat SEDIH sebab terpaksa menolak pelawaan pihak universiti tempoh hari. Memang BETUL-BETUL terkilan. Saya di jemput menghadiri sesi temuduga untuk meneruskan pengajian masters dalam bidang gastronomi di UiTM Shah Alam. Kalau cakap hal ni, hati mesti sebak je. Rasa nak nangis je. Banyak benda yang saya usahakan untuk ini. Kesana-kemari menyelesaikan urusan sambung belajar. Tapi, bila tiba masa, semuanya saya terpaksa TOLAK. BUKAN rezeki kan? Memang tercatat di Luh Mahfuz ini bukan untuk saya. Sedihnya. Kelantan ke Shah Alam bukan dekat tau. Walaupun flight ada waktu tu, banyak yang saya fikir. Kalau dah sampai sana nanti, nak stay kat mana? Semua pakcik-makcik balik kampung uruskan kenduri saya. Ohoo. Kawan-kawan pula sedang bercuti waktu tu. Banyak benda dalam kepala nak fikir. Semua ini tak susah pun, tapi WAKTU yang menghalang. Kan?

Sesi temuduga jatuh pada hari ke-2 perkahwinan saya. Dalam waktu yang SINGKAT itu, saya tiada keupayaan untuk ke Shah Alam. Semua orang sedang kelam-kabut untuk majlis bertandang saya ke rumah mertua di Tumpat. Selesai saja majlis saya di Machang, suami tergesa-gesa pulang untuk melengkapkan majlis beliau. Huhu. Sangat lah sebak. Impian saya untuk sambung pengajian masters berkecai dalam sekelip mata!

p/s - Mungkin juga ada hikmah untuk saya dan suami. Siapa tahu kan? Rezeki semuanya daripada Allah swt. Kita hanya mampu merancang, namun, DIA yang berhak menentukan. Saya pasrah............ ;)

01 July 2010

my souviners~

Salam.

Antara souviners yang sempat saya buat just for my friends on my wedding day. Ada yang tak dapat sebab souviners ni tidak diletakkan di atas meja door gift. Sepatutnya tetamu saya dapat yang ini. Huu. So, kepada yang tak dapat tu, sila tuntut ye. Masih banyak lagi untuk kamu. Huu~










dah nasib~

Salam.

Gambar-gambar sekitar majlis dah 90% siap. Cuma belum print out lagi. Sabar ye. kekeke.

p/s - perkahwinan saya telah mengundang kemarahan "satu" pihak di atas sebab yang TERLALU kecil yang SUSAH nak di selesaikan bagi pihak mereka. Apalah nasib~

muehehee!

Salam.

Perempuan TUH dah removed akaun facebook saya! Haha. Ingatkan nak stay lagi lama baca komen-komen membina daripada saya. Rupanya tidak. PENGECUT nak mampOs! Kalau betul dia di tempat yang BETUL, takde maknanya dia nak remove akaun bagai saya ni. BODOH punya perempuan. Muahahahaha.... Hakhak! Dulu bukan saya yang ADD as friend. Dia yang request! Saya tak suka add orang, yang ada ramai-ramai ni orang yang add...... Perempuan macam tu memang tak boleh di buat kawan, apatah lagi TEMAN SEJATI. Ikut perasaan jek! Perasaan orang lain tak fikir pun. Orang sekeliling menangis bagai nak rak, dia boleh duduk gelak-gelak buat muka mangkuk! Saya yang muda daripada dia boleh berfikir secara logik. Takkan dia tak boleh? Apa daaaaa. Kasihan kan? For the sake of my life, baik saya nasihat adik-adik saya jangan lah BERPERANGAI seperti itu. Macam SI*L sangat lah! Tak boleh kena tegur langsung! Terus nak MELENTING! Apa punya orang lah. Konon-konon hidup ni ada prinsip la sangat kannnn? Prinsip apa macam tu? Nak memecah-belahkan manusia ada lah! Senget!! Kalau menyatukan ummat ok la jugak. Tak adalah nanti orang BENCI + MENYAMPAH + MELUAT. Dia masih belum kenal siapa saya. Haha. Macam mana saya yang sebenar. Sabar la. Tunggu dulu. Buat masa sekarang, kita bagi jek lah dah kalau dia nak menang kannn? Huhu.. Tiba masa nanti, baru dia tahu aku siapa. Muehehehehe~ Ok bebeh! Chow! (=

mood - nak muntah! wek~

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...