31 August 2010

Second Collection

Salam.

Interested? See my collection on facebook. zat.nani







Thanks for viewing.... :)

30 August 2010

Iftar II

Salam.

Update laju-laju punya konsep! Huhu :)
Berbuka puasa @ IKEA, Mutiara Damansara on 27th August, 2010 (+_+)

25 August 2010

iftar (:

Salam.

Petang tadi, saya dan husband ke sini, untuk berbuka puasa. M.S Garden Hotel Kuantan. Satu meja di booked dan kalau tak silap saya satu kepala RM 40.++ sahaja. Kami semua sekali 9 orang. Kira ok lah kan? Tak adalah mahal sangat. Lagipun buffet. Tahu-tahulah kalau buffet. Semuanya ada, dari makanan melayu sampaikan makanan barat. Sampaikan saya mengalah. Rasa sangat-sangat full. Dah tak boleh nak telan. Tapi, air banyak pulak saya minum. Especially air tebu. Padahal saya ni bukanlah penggemar air tebu. Apa-apa sajalah. Asalkan perut kenyang sudah.

Ini yang sempat saya rembat tadi. Banyak yang amat. Gila kuasa ke hape? Makan tak adalah habis pun. Haih. Membazir jek. Tapi, nasi habis lah. Daging kambing gulai je yang tak habis. Hamis la bau dia. Huhu.

Yang ini saya punya. Menterakedarah lah ni. Tak boleh nampak makanan sedap-sedap. Terus amik banyak, tapi semua habis ye. Yang tinggal daging kambing dan dalca saja. Sebab tak sedap sangat. Hehe. Sorry.

Ini pulak grilled chicken with mushroom sauce and roasted lamb with blackpepper sauce. Sedap jugak lah. Tapi, sebab dewan tu sejuk sangat, daging pun keras. Nak gigit pun susah dong!

Ini pulak husband punya! Dia amik semua lauk yang ada dalam insert tu. Habis semua insert dia terjah. Fuuhh. Nasib baik dia habiskan semua. Sudah tu, tersedu sampai lah kami balik rumah. Huhu. Tak cukup air punya pasal kan?

Okeh. It's time to bed. Sudah 12.27 tengahmalam. Mahu tidur. Esok geng abang lori perabot nak datang hantar barang. Bangun pagi kena kemas rumah dulu before ke KL petang nya... ;)
Selamat malam~ 

Noodle Station punya kisah !

Salam.

Ahad lepas bertolak dari Machang sekitar jam 8.30 pagi dan tiba di Kuantan jam 1.30 tengahari. Kira-kira 5 jam perjalanan tanpa henti la tu. Tak makan tak minum, buang air kecik pun tak terasa lah. Sedap borak-borak dalam kereta, sedar-sedar dah sampai Kuantan. Husband bawak kereta perlahan jek. Dia bukan jenis yang suka racing. Nasib baik. Kalau tak, confirm terjerit-jerit saya dalam perjalanan. Okeh. Bukan nak cerita pasal kereta ke apa ke. Saya nak cerita hari saya membasuh dapur tu. Penat dan penat dan penat. Serius sangat penat. Habis satu dapur saya basuh. Mula-mula tu husband tolong lah jugak, sebab dia memang balik waktu rehat tengahari. Sedang asyik dia berguling-guling badan atas comforter, terus saya jerit mintak dia tolong saya. Haha. Sungguh dahsyat. Ye lah. Saya pun penat apa? Dapur rumah sewa baru ni banyak sangat kabinet. Kabinet lama pulak tu. Kalau ada kabinet, tahu-tahulah apa ada kat dalam kabinet tu. Rumah ni bukan ada orang sewa sebelum saya masuk. Sudah bertahun tak ada orang sewa. Kamilah pasangan yang telah membuat satu anjakan paradigma. Ececece... Gedik punya ayat. Ok. Serius. Betul. Tak tipu punya. Rumah ni BERHABUK. Banyak tahik cicak! Nasib baik perut saya tak meragam tak tentu pasal. Nasib tak termuntah dengan itu itu semua. Alhamdulillah. Kalau tak, dah terbatal puasa tau. Niat ikhlas nak bersihkan rumah terpesong kalau muntah. Habis nanti saya mengomel tak henti. Hehe. Husband tolong kejap saja sebab dia pun nak balik ke office. Saya teruskan misi suci murni sambil tahan isi perut janganlah terkeluar nanti. Then, SIAP! Terus berehat. Masa duk rehat-rehat tu, tiba-tiba teringat kat Noodle Station. Alahaiii.. Alangkah sedapnya kalau dapat berbuka dengan Mee Tomyam kat Noodle Station malam nanti. Terus mengidam tak henti. Siap inform husband. Fuh. Nasib baik dia setuju. yey! Dapat jugaklah makan Sup Tomyam yang pedas tu kat East Cost Mall, Kuantan. Berbaloi dengan saya yang panjat kabinet tengahari tadi. Nasib tak tergelincir dek lantai yang licin tu. Haha ;))

Malas cakap panjang lagi. Dah. Stop. Layan saja gambar ye.

Tomyam favorite saya ni dah jadi nombor 16 dari nombor 32 old book menu.
Tak akan tertukar punya sebab memang favorite kan?

Ini husband punya nasi. Ada ayam apa entah. Saya merasa sikit je. 
Sebab Tomyam saya lagi sodap! Hehe

Dapat kurma. Maniss. :)

Hidangan kami untuk iftar tempoh hari. Boleh la..
Balik malam tu, perut sakit tak tertahan dek terlalu pedas.
Haih. Pedih perut I. Seharian puasa, berbuka dengan makanan pedas. 
Habis lah rosak tali perut. Hoho

Okei. Ini dia husband saya. Dia suka sangat minum air saya tau.
yang dia punya, dia minum cepat-cepat kasi habis then lepas tu dia minum air saya pulak sampai HABISS jugak :((

Okei. Lain kali takmau bagi husband minum air saya dah. 
Nanti saya tak ada air nak minum. Huhu.

16 August 2010

15 August 2010

weh udang jahat!

Salam.

Keranamu UDANG, habis jariku LUKA berdarah.....

Memang tak sedap makan nasik cicah BUDU weh. Pedih jari-jemari dek tercucuk kulit udang yang tajam tu. Haduii.. Tapi apapun, memang mengancam lah udang hari ni. Masak lemak kuning udang ler waktu berbuka tadi, mulut tak henti mengunyah masa memasak. Tak puasa punya pasal. So, natijahnya, kulit udang tercucuk jari telunjuk!! Hehe. Sampaikan pinggan-pinggan kotor terpaksa minta suami basuhkan, I duduk sebelah beliau, peluk-peluk pinggang sambil pujuk beliau habiskan pinggan dalam sinki. Hehe. Gile jahat isteri beliau~ Hoho... ;)

owh udang jahat. 
pedih jari I tao!
Salam.

Sabar

Tapi, memang dah tak sabar. Sangat geram + menyampah dengan whiteheads! Jaga la korang yek. Esok memang wajib I tamatkan riwayat korang! ;)
RM 32.00, 75ml
Salam.

Saya dah makan GCB dari McDonald tu. Cuma nak tanya, sedap ke GCB tu? ;)

14 August 2010

Salam.

Tak sempat nak pose manja-manja kat Cameron Highlands tempoh hari di sebabkan kesuntukan masa. Saya kesana hanya untuk menemani suami yang meeting. Menginap di Hotel Kavy. Sejuk sangat, sangat dan sangat sampaikan jari jemari jadi BEKU! Saya kesana memang suami ajak dan memang saya nak pergi pun. Hehe. Tapi, habis saja meeting, kami bergegas balik ke Kuantan memandangkan suami kerja keesokkan harinya. Kiranya, satu malam je lah kami stay kat situ. So, tak banyak lah pictures yang kami rakam. Tapi yang paling penting, teh berperisa memang harus di borong! Berkotak-kotak teh yang ada perisa kami rembat. Haha. Bagi dekat Mama dan jugak dekat Mak. Nanti kalau ada masa, nak lagi kesana dan posing maut gitu! Tunggu lah ye..... Itu hari tak sempat nak ke ladang teh. InsyaAllah nanti nak pergi round satu Cameron Highlands. Eh, larat ke? Huhu. Enjoy the photos then. Sorry, gambar suami tak ada. Haha.... =D





p/s : kalau ada trip ramai-ramai kan best...
Salam.

Tadi saya ada blog-hopping kat website yang ada tulis cerita pasal Rafidah Ibrahim @ Feeda ni. Sebab terlalu sangat nak cari cerita pasal dia, so saya ke website yang ada cerita pasal dia. Sebenarnya, nak cari facebook Feeda, tapi tak jumpalah. Cerita lain pulak yang jumpa. Banyak jugaklah cerita enak dan tak enak yang saya baca. Macam-macam versi. Ada yang kutuk lah. Ada yang puji melambung lah. Ada yang suka dan ada jugak yang menyampah dengan Cik Rafidah @ Feeda ni. Tapi apapun, kita tak payah la kutuk-kutuk dia. Kasihan. Biarlah dia nak menggedik ke, menggatal ke, atau apa saja yang membuatkan kamu sakit mata. Dia tak kacau kita kan? Dia pun nak cari rezeki jugak. Apapun, saya suka lakonan Feeda dalam Epilog Syurga Cinta. Tambah-tambah kalau scene dengan Zizan Nin tu. Wallawei, memang tak berkelip mata hokei! Uit uit uit, Puan, awak tu dah ada husband. Sila behave! Haha. Anyway, credits to them sebab membuatkan saya tertunggu-tunggu depan kaca televisyen. Kalau tertinggal, terus bukak Tv3 online.. hehe ;)
p/s : suka tengok adik Mia Sara Nasuha jadi adik kepada Zizan Nin. Macam tak sesuai je, tapi, adik angkat. Kira sesuai la tu... ;)
Salam.

Itu hari saya dan suami ke Shah Alam, niat mahu meronggeng dengan si adik-adik kesayangan. Rancangan asal nak pergi makan Char Kuew Teow Aimar kat Seksyen 13 TTDI Jaya, yang sorang tu demam rindu, yang sorang tu berkhemah ke Ulu Yam pulak, minggu Induksi katanya. Apa-apa sajalah. Tapi yang demam tu, bila saya cakap nak ke i-City terus tak demam. Terus sihat. Terus pakai baju then tunggu saya datang ambil kat Kolej Melati. Huh. Hurm. Okeilah jugak. Dapat jugak merasa kelip-kelip cahaya lampu kat i-City tu. Kalau jalan kaki pun sampai, tapi penat banyak lah kan? Ramai betul orang sampaikan tak ada tempat nak park kereta. Kami parking kereta di tapak pasar malam Seksyen 7 tu. Jalan aje lah. Kuatkan stamina katakan... Layan ajelah pictures yang sempat kami rakam. Berpeluh basah lenjun sebab jalan kaki. Malas nak bersesak-sesak punya pasal, jalan kaki saja. Kami kesana hari minggu, so, memang berduyun-duyun orang keluar masuk ke i-City. Apapun, enjoy then! (=

Gambar PERTAMA yang dirakam. Tengoklah. 
Postur badan pun senget macam nak terbalik. 
Kaku lagi ni. Kejap lagi pose manja-manja la gitew!

Owh. Suami-isteri ni berpelukan di khalayak ramai! 
Aihh. Tak berdosa kannnn? Huhu

Pose dah mula menggedik-menggatal. 
Pose ala-ala kemanjaan zaman remaja gitu. 
Kalah anak dara woo!
i like green very much~

Owh yang ini merah. Merah betul Makngah!
Dari hijau ke merah, naik juling bijik mata. 
Berpinar-pinar. 
Silau!

Haha. Masih mahu pose di warna merah. 
Pening kepala tengok warna merah.
Patutlah husband tak suka warna merah. 
Rupanya PENING kepala weh!

Si adik yang demam rindu. Hoho.
Berteduh di bawah pokok yang redup.
Panas dan rasa berasap walaupun redup!
Lampu tu panass~

Aiihhh~ Di bawah pokok yang redup itu lagi.

Okeh, yang ini si rama-rama yang payah nak terbang.
Asyik melekat kat batang pokok aja. 
Kasihan dia..... ;)

a married woman fall in love with a married man!
I LOVE You Husband.

Duri kaktus yang tajam. 
Tertusuk duri membuatkan jariku luka.
Sakit wooo~

Pray for us.....

Salam.
A long journey begin with ONE step..
Pray for our happiness 
InsyaAllah.. 
;)


Location - Batu Buruk Beach, Kuala Terengganu, Terengganu, Darul Iman...
Salam.

13 August 2010

Salam.

Hari ni nak makan semua ni boleh tak? Boleh la boleh~

Double Cheese Burger


Ikan Siakap Kukus

Solok Lada

Budu yang ada tempoyak!

Ikan Cencaru sumbat Lada

Tomyam Udang.

Ikan Patin kegemaran! :)

p/s : mengalahkan orang puasa jek! Hehe... Selamat berbuka puasa! (=

oh. baru ku tahu erti rindu :)

Salam. 1 Okt 2016. RINDU. Rindu sebab dah lama tak bersua. Sepanjang 2 tahun ni banyak benda berlaku dalam hidup. Ada suka. Ada duka. Tapi...