11 August 2010

owh ikan owh ikan~

Salam.

Kat Kuantan ni kalau tiba je waktu lunch, hari-hari saya makan nasi dengan ikan patin masak tempoyak! Dengar nama pun dah tahu kan? Pahang memang terkenal dengan ikan patin. Tambah-tambah kat Temerloh, dah memang bandar ikan patin. Tersohor gitu kan? Memang sedap sampai tak pandang langsung lauk-pauk lain! Craving to the max. Macam orang mengigau jek kalau tak dapat makan ikan patin. Haih.

Kalau bercakap hal memasak ikan patin tempoyak, bukan saya tak pandai buat. Kalau kat Kelantan, dalam sebulan, adalah dalam 5-6 kali saya masak ikan patin tempoyak untuk famili. Siap pegi curik tempoyak kat umah nenek kesayangan lagik. Sampaikan habis satu balang tempoyak dia. Ini memang kes naya. Saya tak MAKAN durian, tapi TEMPOYAK is my favorite dish. Kena ada masam-masam sikit dan WAJIB kena ada budu. Saya memang peminat setia BUDU. Kalau tak ada budu, memang tak lalu makan melainkan masakan tu tomyam, atau apa-apa lauk yang tidak memerlukan kehadiran budu. Hehe. Kalau lauk-pauk Kelantan, memang WAJIB okeh.

Setiap kali saya dengan suami melalui Lebuhraya Pantai Timur, pasti akan singgah di R&R Temerloh. Memang wajib. Sebab kat situ ada kedai-kedai makan yang serve ikan patin yang best yang kena dengan selera saya. Huhu. Memang mengancam sampaikan saya sanggup tak nak makan nasi, tapi nak makan ikan patin tempoyak siap hirup-hirup lagi kuah sampai habis licin, siap mintak kakak tu panaskan balik dalam microwave. Memang dah tahap tak boleh nak halang dah. Lepas tu, lapar sangat-sangat tak hengat dunia, dan ikan patin lain pulak yang menjadi juadah bila tiba kat Kuantan. Hahaha. Ada satu kedai berdekatan dengan office suami yang serve ikan patin tempoyak. Selalu makan kat situ. Dah tak ingat berapa kali. Sampaikan pelayan kedai panggil saya Mak Datin. Haha. Tapi, memang best dan sedap. Pedas dan masam dan masin dan manis semua dalam satu rasa. Biasalah budak SENI KULINARI kan? 5 tahun belajar masak, sedap-sedap pulak tu. So, haruslah nak makan yang sedap-sedap saja. Kita dah masak macam-macam lauk. Takkan nak makan lauk tak sedap pulak kan?

Kalau lah ada makcik-makcik & kakak-kakak warga Temerloh yang pakar masak ikan patin tempoyak ni, saya nak sangat-sangat belajar buat dengan mereka. Nak yang Temerloh saja. Haha. Yang lain tak nak. Kalau yang lain, saya pun boleh buat. Senang je kan? Saya tahu, memang senang saja, tapi saya nak resepi asli daripada orang-orang Temerloh. Pernah saya singgah makan di R&R Benta menghala ke Kuala Lumpur, ada satu kedai makan ikan patin sedap. Haaa, yang itu memang sedap. Sebab pedas dia memang mengancam. Saya kan suka pedas-pedas. Hee~ Owh IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK.......... ;)

eh, comeback ke sis?

Assalam - 13/10/2017 , Jumaat. Kita datang jengah blog kita ni bukan nak buat comeback pun, sebab kita tahu entah bila kita akan jadi ra...