Salam.
Hoh.
Fuyyo !
Saya berjaya peram gambar-gambar comel ni
beberapa bulan lamanya. Memang berjaya lah. Kasihan my dear
Yna Dona sebab beliau asyik menanyakan bilakah saatnya saya akan
upload gambar comel ni. Huhu.
So sorry my dear. Bukan apa. Sejak kebelakangan ni,
sejak dua-tiga-empat menjak ni, serius saya malas
upload gambar. Bukan main banyak cerita yang mahu di kongsi dengan blogger tapi masa seakan menghalang. Tambah-tambah dengan keadaan saya sekarang.
Mengandung. Kadang-kadang
mood macam ombak laut. Kejap tenang, kejap macam
Tsunami. Hoho. Yang jadi mangsa, tentulah Encik Suami. Kasihan lah beliau. Hehe. Tapi takpe. Nasib baik sekarang ni beliau banyak memahami. Apa saja keinginan saya, beliau dengan rela hati menunaikan. Suka tao! ;p
Okeh. Ini antara gambar yang sempat saya
capture dengan dearie
Yna Dona. Sorry dear, tak banyak sebab waktu tu malam, kamera cikai tu
tak berapa sihat kalau malam menjelma. Huhu. Sebenarnya,
planning nak bukak puasa sama-sama dengan Yna Dona & her husband. (oOopss! Terkantoi. Gambar bulan PUASA lagik!
Peram BAIK punya. Hehe) Tapi, macam mana entah. Dia orang makan di tepi sungai Kuantan, kami pulak makan dekat UiTM. So, plan nak jumpa lepas berbuka lah. Nasib baik masa tu
terniat terasa nak ke ARIANI Gallery Kuantan. Puan Yna pun sama. So, kami kesana lah. Sambil-sambil cuci mata tengok jualan murah masa tu. Tapi, tak beli pun. Tak berkenan dengan
printed design dia. Kalau yang plain, cantik sangat dengan awning yang terbaik. Tapi, malam tu tak berapa melekat di hati.
Just tengok-tengok saje. Kira okey lah.
At least tahu jugak harga semasa di Ariani kan? Hehe ;p
Okey lah.
Enjoys then !
Hohoho. Semua gambar sama je kan? Kami kebuntuan tempat. Kat situ takde tempat-tempat cun nak berposing sakan. Kedai mamak ade lah ! Huhu. Anyway, nak say sorry again to my dear Yna Dona. Lain kali we meet up okeh. InsyaAllah... ;)