30 November 2010

:)

Salam.

Rasanya dah lama tak kena 'tag
Hari ni Ibu Qaleesya 'tagged' saya.
Okei. Mai sini nak bagitau jawapan. hehe ;)

..........................................................................
Nombor 1
Mula-mula sekali, nak ucapkan berbillion-billion lemon kat Ibu Eesya.
Ini pertama kali kan Ibu tag?
(Ibu Eesya ni rakan satu sekolah masa saya belajar dulu)

Nombor 2
Ibu Eesya nak saya 'tag' bloggers seramai 15 orang!
wahhhhhaaa.. ramailah Ibu.
Saya 'tag' semua yang datang menjenguk di http://zatulnani.blogspot.com ni..
hehe.

Nombor 3
- 7 perkara mengenai diri saya -

seorang ISTERI kepada seorang SUAMI
bakal menjadi IBU. InsyaAllah
sangat suka MEMASAK & makan !
suka berceloteh dengan rakan sampai tak hengat dunia ;p
sukakan kecantikan & suka tengok gigi yang tersusun.
seorang yang suka membeli MAJALAH tapi hanya membelek gambar sahaja tanpa membaca.
suka BUANG duit. hehe (shopping!)
............................................................................

p/s : itu sahaja buat masa ni ye Ibu.. hehe ;)
Salam.

Esok genap 4 bulan pregnancy
Esok ada appointment dengan doktor. 
Esok jugak kena kuatkan semangat dan stamina, kena cekalkan hati. 
Esok doktor nak ambil sample darah.
Banyak jugak ye kalau satu tabung tu.
Saya ingatkan macam blood test yang dia ketip dekat hujung jari tu jek! 
Alaa, yang macam HIV test or diabetes tuu...
Huuwaaa !!
(Ya Allah, sihatkanlah tubuh badan aku esok ye)
Nak drive kereta pulang ke Machang lagi. 

TAPI,

Kalau dah decide nak jadi seorang ibu, saya memang dah kuat semangat. 
hehe. saja je nak bagi gempak takut darah.
sekarang dah tak takut apa-apa sekarang ni. 
cekalkan HATI wahai Puan Zat !

29 November 2010

sila, sila dan sila........

Salam.

To all my new blog readers, please leave your blogspot link address here.
Senang untuk saya follow & link blogspot kepunyaan kamu.
Sekian.
;)

p/s : Mari bersama-sama rapatkan ukhwah di antara kita. Selamat bersahabat !

24 November 2010

Salam

Tiba-tiba teringat zaman belajar dulu. Ini saja gambar yang ada dalam external hard disk, yang lain entah kemana menghilang. Ini masa degree. Masa diploma dulu banyak jugak posing mengancam dalam kitchen. Tengah masak pun kira ON kalau kamera tiba-tiba lalu depan mata. Rindu nak masak ramai-ramai macam dulu dan lepas tu, bawak balik makanan yang sudah dimasak, leftover, kutip semua bahan basah yang lecturer nak buang. Haha. Kami recycle balik bila dah sampai rumah. Macam-macam makanan yang terhasil. Best. Dapat masak lepas tu jamu pulak kawan-kawan yang datang ke rumah kami. Hehe. It's a priceless moments! Tengah-tengahmalam pun, bangun masak lagi. Gian betul budak-budak culinary ni. 

Masa diploma paling best sebab selalu masuk kitchen. Tiap-tiap semester ada subjek dalam kitchen. Basic lah, advance lah. Macam-macam lah. Macam-macam makanan yang kami masak. Individu pun ada, berkumpulan pun ada. Paling gerun masa cooking assessment untuk individu. Haha. Tapi masa degree, kami dah rasa biasa. So, bila ada ujian ke, individual assessment ke, kena masak yang susah-susah ke, dah tak ada rasa takut. 3 tahun main masak-masak masa diploma dulu banyak memberi kami pengalaman berharga. Masa degree pun sama. Semuanya syok. Puas hati bila dapat masak lepas tu sedap pulak tu. Huhu. Betul ni. Tak tipu punyaa... Kepada adik-adik, abang dan kakak-kakak yang baru belajar kursus ni, tak kira di IPTA atau IPTS, belajar elok-elok ye. Catit apa yang anda belajar dari mula hingga akhir. Kerana, semua info itu adalah penting untuk anda tak kira apa saja anda lakukan. Hehe. Good luck babe !

with Yana & Pian.
Waktu ni kami masak makanan Indonesia.
Tak susah, tapi makanan Malaysia lagi sedap sebab lidah kita ni lidah Malaysia.
Tapi, setiap makanan tu, ada kelebihan masing-masing.
hehe ;)

Sebenarnya, tunggu nak ngap! je tu.. hehe..
Posing dulu 1-2 rounds. Lepas tu......... ;p

Last year dinner di Glenmarie Hotel Shah Alam.
Chinese set menu sampai kenyang. 10 orang 1 meja, memang tak cukup makanan! 
Huhu. Tapi, sedap.... ;)
Salam.

Ouh. Tak sabar nak membeli-belah barangan baby kecik. Cuma tunggu masa je la. Husband pun beria-ia minggu depan. Beli awal-awal tak salahkan? Maklumlah anak sulung. Keterujaannya lebih dari biasa. Beli sikit-sikit je dulu. Beli yang mana patut. Baju baby tu beli yang 6 bulan ke atas terus. Sebab, baby ni cepat membesar. Kalau beli yang kecik-kecik pun, pakainya tak lama. Beli 5 helai boleh lah. Selebihnya, cari yang besar terus. Cuma, saya tengah cari idea pasal tilam, botol susu, beg dan semua tu. Tengah survey jugak ni. Ada jumpa 4 blog untuk dijadikan panduan. Nanti saya update kan. Minggu depan, nak ke klinik buat blood test then nak mintak doktor periksa jantina baby kecik ni. Lelaki ke perempuan? Lelaki dah ramai. Keluarga husband pun sama. Semuanya Lelaki. Perempuan boleh bilang dengan jari je. Tapi, tak kisahlah jantina apa pun. Asalkan baby lahir dengan sempurna fizikal dan juga mental. InsyaAllah. Kandungan dah nak masuk 4 bulan. Rasanya baki masa 5 bulan lagi tu, amat pantas kalau kita tak rancang dengan sebaik-baiknya. Kan?



Salam.

Hari ni kandungan saya masuk minggu ke-15. Macam biasa lah, macam yang dulu-dulu, tak ada mual, tak ada loya, tak ada muntah teruk. Pagi ni rasa senak sikit saja sebab tak sarapan pagi lagi. Ingat nak goreng nasi pagi ni, tapi bahan basah masih keras. Sementara tunggu daging lembut, tiba-tiba rasa teringat kat zatulnani.blogspot. Serius, saya tak ambil serius pun kat blog. Kecian. Huhu. Tapi dua-tiga menjak ni, rasa nak cerita semua kisah-kisah yang sudah basi dua-tiga minggu lepas. Hehe. Gian lah katakan. Sebab, sejak dari dulu memang kaki BLOG sebelum adanya facebook tuh. Kadang-kadang, layan facebook pun muak. Tak ada pembaharuan langsung. Kadang-kadang je lah. Selalunya, memang layan jugak sampai larut malam kalau tak ada kerja. Tapi, sekarang ni, status jarang sangat bertukar-tukar macam dulu. Malas punya pasal. Malas. Uh. Memang malas lah.

Mak buyung yang malas. 
Tapi, kalau bab masak, memang saya nombor satu yang ke dapur !
Best tau main masak-masak ni. Rasa puas hati yang amat~

Hari ni, bukan nak tayang gambar mak buyung dengan perut boncet tu. Tapi hari ni nak kongsi sedikit ilmu tentang kehamilan, petua dan juga nasihat. Jom baca ! 2 tips saja ye. Selebihnya, di hari yang lain. Hehe.

  • Bayi rambut kerinting : Makan 5-10 isi kerang rebus setiap hari dari awal mengandung hingga cukup bulan. Ala, makan kerang rebus je. Senang kan? Tapi, jangan makan banyak kerang tu, tak pasal-pasal rambut anak kita nanti tak boleh di sikat. Huhu
  • Anak berkulit cerah : Kalau parents bergulip gelap, dan menginginkan anak berkulit cerah, memang ada cara. Saya pun baru baca. Ibu mengandung haruslah memakan banyak sayur-sayuran iaitu sayur bayam. Amalkan sehingga melahirkan anak. InsyaAllah. Kita usahakanlah.
Kepada ibu-ibu yang di luar sana, marilah kita pakat amalkan. Semoga usaha kita yang sedikit ini akan dimakbulkan oleh Allah swt. Selamat menjadi ibu !

21 November 2010

Salam.

Sekitar hari raya aidiladha 2010.

 Semasa proses melapah daging. Husband saya takut lembu! 
Pegang tali pun macam nak larik. hoho

 Bertungkus-lumus sebelum masuk waktu makan tengahari. 
Tak sabar nak masak dan MAKAN ramai-ramai.

Ini antara gambar raya yang ada dalam kad memori kamera saya. 
Selebihnya, file error di sebabkan penternakan virus paling berjaya dalam lappy my sister. 
Habis file gambar rosak ! 
T___T
Sedih tahap gaban !

My cousin. Auni. 
Ada lesung pipit. 
Sangat cute. 
Tapi kalau hilang mama, satu rumah tahan telinga dengar suara dia... ;)

20 November 2010

Salam.

Cuti raya tempoh hari saya isikan dengan bertandang ke rumah sahabat handai yang melangsungkan perkahwinan. Tak banyak, namun sedikit sebanyak, dapat juga mengubat hati yang lara yang teringin sangat makan gulai! Jom kita layan gambar. Di majlis perkahwinan Saliza-Fakhrul, Kota Bharu. Selamat Pengantin Baru di ucapkan. Moga berbahagia ke akhir usia hendaknya. InsyaAllah ;)



15 November 2010

Salam.
Sakit hati betul dengan orang tua perasan nak jadik muda/anak dara nih.
Tak sedar diri langsung !
Muka berkedut, ada hati pergi 'merenyam' dengan jantan lain. 
ish. Allah swt melaknat kaum-kaum seperti ini.
Semoga Allah swt membalas segala perbuatan kaum ini dengan balasan yang setimpal.
Wahai orang tua, silalah bermuhasabah diri dengan sebaik mungkin.
Anda seharusnya menjadi teladan & pedoman. 
Bukan sebagai pembuka jalan kepada golongan kami untuk melakukan perkara yang sama sepertimana anda telah lakukan.
Sedarlah, Allah swt sedang melaknat anda..... 

08 November 2010

Salam.

Minggu lepas, perut saya memang sakit mengada-ngada. Pagi sakit, tengahari reda, petang sakit pulak, malam tak sakit, tengah-tengah malam mula lah merengek minta disapukan ubat. Saya hanya guna minyak Yu Yee Cap Limau. Minyak untuk baby kan, jadi, tak adalah panas sangat. Then, pagi semalam saya nekad ke Klinik Perdana untuk check-up sambil terus buatkan kad mengandung. Hurm. Memang dah lama tunggu nak buat kad ni. Masuk 3 bulan je, berkira-kira nak ke klinik yang mana satu. Lama tunggu tu beb! Tapi tunggu pun berbaloi sebab baby sihat walafiat. Niat di hati mahu ke Pusat Perubatan An-Nisa' tapi bila dihubungi, tak ada pulak orang angkat. Sudah tu, saya ke Klinik Perdana yang dekat Bangunan Tabung Haji tu, kat celah-celah pakcik-pakcik teksi tu. Agak tersorok sedikit, tapi sebab sudah biasa ke sana masa nak buat medical check-up masa masuk UiTM dulu. Tak rasa susah lah. Doktor pun sangat-sangat baik hati. Tabik spring kat Doktor Nazeli !

Masa tengah scan(ultrasound) tu, perut saya memang sakit. Rasa perit. Semalam masuk 12 minggu 4 hari kalau ikut perkiraan doktor. Ada saya tanyakan pada doktor, KENAPA saya tak ada loya & muntah-muntah yang teruk macam orang lain? Saya sekadar nak tahu dari segi sains sebab saya tahu, lain orang lain ragam dan perangai sakitnya. Huhu. Saya tahu, saya BERTUAH sebab dihilangkan oleh Allah swt dari rasa loya-loya dan muntah yang teruk sepanjang saya hamil trimester pertama iaitu 1 minggu-12 minggu. Serius memang tak ada. Kadang-kadang saya pelik. Cuma masa mula-mula dapat tahu saya mengandung masa kandungan berusia 5 minggu, memang ada loya dan muntah tapi itu tidak ketara sangat. Loya dan muntah cuma 5 minit lepas tu baik. Berlarutan sampai ke minggu ke-9 sahaja, itu pun sehari dalam seminggu. Lepas tu, terus tak ada rasa mual. Cuma KALAU saya termakan nasi yang keras, confirm muntah balik satu isi perut. Yang itu, memang kes naya. Sebabnya, saya akan lapar sepanjang malam walau saya ganti balik makanan yang terkeluar tadi. Huuu. Seingat saya, hanya 3 kali termakan nasi keras, itupun kat kedai makan je. Kalau kat rumah ni, nasi lembut-lembut je. Heee =)

Masa saya tanya soalan tadi, doktor senyum je. Mak aihh memang manis senyuman dia. Walaupun dah berumur tapi nampak macam anak dara. Hoho. Dia senyum manis je dengar soalan saya, dia hanya jawab, 'This is your babyyyy, nampak tak kaki dia bergerak? Tangan dia bergerak?'. Then saya pun telengkan kepala nak tengok lah. Yup memang betul. So sweet okeh! Kaki baby kecik tengah terhayun-hayun, tangan gerak kanan gerak kiri. Baby kecik terlentang sebab tu nampak kaki dia bergerak laju. Ohoo sangat pedih masa tu. Patutlah pedih perut saya, rupanya baby kecik duk gerak-gerak dalam rumah dia. Huu. Kata doktor, 'This is why awak tak perlu risau kenapa awak tak loya dan tak muntah. Tengok, baby awak sangat-sangat aktif. So dia sihat lah'. Saya bertuah sebab tak ada rasa mual. Mungkin baby perempuan? Huu. Teka je lah. Dari pembacaan saya, kalau anak yang dikandungkan itu lelaki, si ibu akan cepat penat, cepat lelah, loya dan muntah yang teruk sepanjang masa. Betul jugak. Anak lelaki kan lasak. So, habis tenaga dari badan ibu dia, dia rembat! Huuu..

Lepas scan tu, kertas print pulak habis. So, tak boleh nak bergembira dengan gambar baby in my womb ni. Sudah rezeki tak dapat kertas print, tengok di skrin sudah. Doktor beritahu yang kedudukan baby kecik saya sangat-sangat normal. Terletak elok je dalam kantung. Ukuran kepala baby kecik dari atas ke bawah genap-genap 12 minggu. Padan muka Encik Hairy. Tak dapat tengok baby kecik dia bergerak-gerak. Itulah. Orang minta masuk klinik cepat, dia duk kalut jaga kereta sebab takut kena kunci tayar. Ye lah. Parking kat tempat tak sepatutnya, dah tu, parking sebelah kereta 4 wheels MPKB yang atasnya ada besi kunci tayar warna kuning tuh. Huuu. Nasib lah.... ;)

Apapun, best lah jadi bakal ibu ni, sakit pening lenguh semua orang jaga terutama si suami. Kalau dah jadi ibu best tak? Haaa. Bila anak-anak dah besar dah nakal dah lasak dah tak nak dengar kata? Fikirlah sendiri ye. Tak kuasa nak berfikir sekarang sebab perut lapar nih. Kikikiiii ;)

Peace no war !
Jom breakfast.
;)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...