22 December 2011

C . E . K . O . K

Salam.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga Majlis Pelancaran rancangan baru terbitan Radio Malaysia Kelantanfm iaitu CEKOK-Cerito Kito Oghe Kelate di Hotel Grand RiverView semalam. Suka sangat dengan majlis tu. Siap ada sidang media lagi tau, dengar cerita ada keluar dalam akhbar Utusan Malaysia hari ni (23 Disember 2011), tapi saya belum sempat beli lagi. Ouh tak sabar nak baca. Apapun, Tahniah buat semua yang terlibat. Majlis semalam memang hebat dan meriah. Meja memang penuh sampai ada yang terpaksa kena berdiri. Hehe. Thank you dan terima kasih buat semua yang terlibat. Much love untuk semua. Selepas ni, masa untuk bekerja keras kepada semua penyampai radio yang terlibat dengan CEKOK. Apapun, KEMAH GU KITO!

 Penari-penari Mak Yong. Haha. Muka ''tebal'' kena make-up beb ! huhu

 while waiting for the majlis, berdebar tak hengat sebab kami ber-ENAM kena berlakon on stage. 

Penyampai Radio Kelantanfm, yang pakai baju kurung tu bebudak praktikum dari Universiti Malaysia Kelantan, Graphic Department. Mereka lah yang bertungkus-lumus siapkan bunting, kad jemputan, edit gambar kami semua. hehe. Official pictures ada dengan jurugambar, tunggu yeee... ;p

Salam.

Uwaa. Ini budak debab, umur baru 7 bulan tapi berat dah 10 kg. Mummy dia memang tak larat nak dukung lagi dah, dukung kejap-kejap boleh lah. Huhu. Nasib baik budak debab ni jenis yang tak suka kena dukung. Dia tak suka orang dukung dia, mesti merengek nak main kat bawah. Hehe. Sukaaaa mummy dia. :)

18 October 2011

pav lo va ;)

Salam.

Malam ni nak buat PAVLOVA............................ Hehe. Teringin nak makan. Dah lama tak buat !

Australian - New Zealand jangan gaduh-gaduh lagi pasal benda ni. Origin dari negara KAMU lah jugak, penduduk negara KAMI (Malaysia) mau makannnn dengan berselera !

=P

16 October 2011

ada rasa nak rasa ?

Salam.

My favorite cake and design from my collection =)

Chocolate indulgence cake with fruity

Colorful layered cake - Rainbow with fondant

Red Velvet cake with cream cheese frosting and fruity

Chocolate moist cake with ganache and fruity

Chocolate moist cake with cream cheese frosting and fondant

xoxo

Salam.

My dear Allah, tak tahu nak pilih warna apa yang comel. Please guide me :)

uweekss! Haha. Kawan-kawan, warna apa ye yang cantik? Hijau CANTIK, Jingga HOT, Merah CUN. Mana satu pilihan kalbu niiii ?


Cepat lah buat keputusan ! 
=D

14 October 2011

he is everything to me :)

Salam.

Quick update, lama tak tayang gambar kan? Saki-baki masa raya puasa lepas. Apapun, memang Khalish dah berat ! =)

a simple way sebab tak nak bagi bahu sakit, tapi, the same thing happened to Papa. Lenguh. Masa ni kat East Cost Mall kat Kuantan, bawak Khalish jalan lagi.
Berattttt jugak budak kicik nih :)

Nah ! Hambik.
Sedebuk masuk dalam mulut. Lepastu, terpaksa mummy pegang tangan dia tuh, kalau tak, dia kesatttt air liur dia kat tudung mummy. Dah selalu kena macam tu, hahaha. Basah lenjun !

Ni masa raya ke-2. Bawak dia pegi jalan rumah nenek tapi, tidooo aja kerjanya. 
Penat mungkin, sebab dah dapat duit RAYAAA banyak kan ?

this pic, i guess after raya after siap kek after all my job selesai. 
Keluar bawak Khalish pegi jalan makan angin sambil mummy makan nasiiii.
Mummy ingat nak beli yang kipas colorful tuh, tapi entah macam mana, terLUPA lah sayang. 
Sorry ek, nanti kita pergi situ, kita beli ye. 

Haa, yang ini masa kat Masjid India tempoh hari. Nenek kesayangan Khalish duk sibuk pilih brooch and mummy pulak duk sibuk kenen-kenen nenek kat satu brooch lawa which is cost RM 80 from Korea if i'm not mistaken. Yeehaa. Memang letih tau tunggu nenek memilih walaupun nenek tak cerewet. Huhu. Terlalu banyak brooch kat dalam kedai tu sampai mata naik rambang ! Khalish apalagi, make his best decision sendiri punya kaw-kaw dia pegi TIDO lah. Mungkin dalam hati, tak nak tunggu nenek, sebab lamaaa sangat. Tido lagi best. Hahahaaa =)

12 October 2011

Salam.

Khalish Nasr Rifq dah besarrrrrrrrrrrr ! Dah menginjak masuk 5 bulan ye sayang ? Cepatnya masa berlalu ye. Berat Khalish dah 8.2 kilogram, berat ouh nak dukung. Kalau keluar pergi jalan-jalan, Mummy dukung sekejap jek, selebihnya Papa dia yang dukung. Hoho.

Khalish Nasr Rifq, bila besar nanti, jadi lah anak yang soleh yang mentaati semua yang Allah swt suruh, juga taat kepada Papa & Mummy.. Jaga kami sebagaimana KAMI jaga KAMU masa kamu di usia sebegini. Sayang selalu ;)


19 September 2011

Lagu ku HANYA untuk mu ;)

Salam.

Malam tadi tertidur awal sebab terlalu penat, habis satu badan sakit dan lenguh-lenguh penangan drive kereta kesana-kesini. Memang dah set jam biologi nak bangun balik untuk solat Isyak. Malam tadi, tak tahu lah kenapa. Satu badan gatal-gila tak boleh nak tahan. Garu punya garu sampai LUKA, pedih nya sikit je. Uis. Geram nak gi berendam dengan air garam. Kasi gegar sikit ke-gatal-an tuh. Alahan betul dengan debu dan habuk. Saya memang tak boleh langsung dengan TEMPAT berdebu ataupun yang ada sikit habuk. Mesti satu badan termasuk muka gatal. Naik merah-merah, siap bengkakkkkkk lagi tao! Uh, sadis la. So, pengajaran cerita kat sini untuk saya ADALAH, esok sila BASUH cadar ye. Cadar tu dah banyak binatang kecil / kuman-kuman yang sedang bergembira bersuka-ria. SILA basuh. haha. *amik kau malas sangat ! =D

Haaa. Petang tadi, tercapai hajat nak buat OREO CHEESE CAKE. So happy. Senang je nak buat, tapi teknik saja yang penting. Kalau resepi dalam buku, tak semuanya betul unless ianya tested recipe. Mujur lah masa belajar di UiTM Dungun dulu ada banyakkk belajar pasal cheese ni. Kat Crowne Plaza Mutiara Hotel pun sama. Belajar dan belajar sampai berjaya. Terbaik ah ! Cheese dia remeh sikit ya. Tapi tak sangat bagi saya. Best. Kalau dulu, masa hotel training kat Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, hari-hari terperap dalam chiller sebab nak 'ngappp' cheese cake with strawberries. Aummm. Sangat best dalam keadaan sejuk dapat makan semua buah yang ada dalam chiller tuh. Termasuklah cheese cake. Teruja. Hari ini, dapat buat sendiri guna recipe yang tested, mesti la happy kan? Alteration untuk recipe memang menjadi kegilaaaan saya. Sebab kita dapat bubuh apa yang kita suka dan kita buang apa yang kita tak suka. Masuk itu masuk ini, maka jadilah OREO cheese cake. Hehee ^________^

Masa untuk melelapkan mata. Mau jadik sleeping beauty untuk seketika. Esok banyak kerja nak kena buat. Busy-busy-BUSY lah menjelang Jumaat ni untuk 200 pieces fruit tartlet. Nak kena sudahkan shell dulu sebelum godek menda lain. yuhuuu. Pintu rezeki sentiasa terbuka. Alhamdulillah. Nah ! Lagu ini saya dedikasikan untuk semua pembaca blog 'www.zatulnani.blogspot.com' , i really love you, forever and ever. Muaach ^____^



15 September 2011

semua nak cerita .

Salam.

Mata tak boleh lelap. Sekarang dah 2.30 pagi dah. huarghhhhhhhhhhh! Tiba-tiba rasa nak buka blog. Tadi tak buat apa, tidurkan Khalish lepas tu tengok The Chronicle of Riddick @ 8TV. Tak tahu nak tengok cerita apa. Siaran lain semua tak menyengat malam ni. Hambar. Tawar. Tak ada gula langsung. Masin pun tak ada. Siaran berbayar pun sama. Malam ni malam tak buat kek, patutlah rasa semacam je. Ada rasa tak best. Tak seronok kalau tak godek-godek sambil gedik-gedik kat dapur kesayangan mama saya tuh. *sayang ke? messy ye !

Petang tadi around jam 5 ke Kota Bharu ambil adik kat pusat tusyen area Jalan Che Su kat Kota Bharu, sambil hantar kek customer. Comel je Puan customer saya tadi. Manis dan lembut saja orangnya, semanis dan selembut kek yang saya hasilkan untuk beliau. Tak banyak songeh Puan customer yang saya jumpa tadi. Tak macam sesetengah customer yang punyai fi'il perangai yang entah hape-hape yang sengaja nak jatuhkan maruah baker macam saya. Huh. Menyampah I youuuuuuuuuuuu ! *eyh. Ok. Just forget it. Tak baik mengata. Berdosa aibkan orang. :)

Selesai kat situ, mama ajak pergi Tesco. yahoo! Boleh shopping fresh udang dan ketam untuk buat maggi malam ni. yeah. Beli ketam 6 ekor which cost RM 13 something dan udang tak ingat nak kira berapa ekor berharga RM 3.40 satu plastik tu. Lepas tu pusing lagi pergi cari full cream milk untuk agenda kek saya yang rainbow-rainbow tuh. Siap semua, turun ke food court sambil mata melilau cari anak dan nenek dia yang hilang entah kemana. hehe. Jumpa, tapi tengah syok order yee mee hot plate. yuhuuuu, my favorite dish kalau turun kat food court tu. Sedap tapi yee mee dia SIKIT sangat. Alah, tak kisah lah. Asalkan kenyang perut. Anak, saya riba. Sambil mulut nganga luas-luas bedal meeeeeee! ^____^

Teringin nak buat kek rainbow masa kat rumah malam tadi, tapi, maggi ketam+udang macam mana? Mana satu nak mula dulu? Nak buat kek ke atau nak buat maggi? ish. ish. Pening kepala pikirkan. Siap boleh termenung lamaa kat dapur. Nak buat kek, tapi bukan untuk customer. Buat untuk penuhkan ISI perut yang senantiasa tak penuh-penuh. FikirpunyaFIKIR, teringatkan udang dan ketam tadi. Kalau simpan lama mesti dah tak segar kan? Maka, malam tadi terjadilah agenda menari bersama kuali dan senduk. Maggi jugak yang menjadi pilihan... Tak apa. Hendak sedapkan hati, ESOK nak buat kek lepas tu MAKAN sorang diri. Haha. *taik idung masinnnnnnnn betul.

Hari ni, sehari suntuk menunggu jiran sebelah rumah bukakan wireless line dia. Dari pagi sampai tengahari, dari tengahari sampai petang, dari petang sampailah ke malam. Menunggu macam orang sasau. At last, pukul 1 pagi DIA bukak ! yeay. update blog sementara mata terkatup. Boleh jugak berkongsi cerita kan kan kan? Wokei. Dah habis cerita untuk hari ini. So, marilah kita sama-sama melelapkan mata. Jom-jom-jom..

Jom tidur lah.




14 September 2011

cerita sang pencerita :)

Salam.

Masa untuk tidur. Esok banyak benda nak kena selesaikan. Maklumlah, jadi surirumah dan businesswoman ni banyak benda nak kena fikir. Ingat senang ke nak jadi suri rumah tangga? Tapi, sangat lah "best" sebab tak payah susah-susah kena buat kerja susah kan? Hanya duduk rumah diam-diam, jaga anak, makan-pakai, buat kek. Itu saja. Duit masuk. Tak bosan, SUKA adalah. Hehe. Betul, ini memang kisah benar. Jadi surirumah tangga sepenuh masa + duit masuk hari-hari memang sangat syok. Di tambah lagi duit nafkah daripada sang suami. Isteri mana yang tak gembira? Hoho. Ini lah kisah saya. I love everything just around me. Hiks ;)

Tempahan kek untuk malam ni dah siap then i just need to wash my face and ambil wuduk. Masa tidur dah tiba. Khalish pun dah nyenyak tidur dengan nenek dia. Biar lah. Kasihan dia, sudah 2 malam tidur bertemankan nyamuk. Habis satu muka berbintik-bintik merah. Nyamuk geget Khalish. Kasiiiihan. Siapa yang tak sayangkan anak sendiri kan? Menangis saja Khalish, terus hati saya berdebar. Tak boleh tengok dia menangis keluarkan airmata. Macam satu masalah BESAR buat saya kalau si anak menangis. Rasa nak tumpang menangis sama dengan dia. Erm. Memang pernah terjadi. Si anak menangis terus saya yang mengalir air mata. Kalau tak percaya dan NAK merasa, cubalah mengandung then beranak, pastu cuba tenung wajah anak lama-lama. Apa perasaan kamu? Hehe. Klise ;)

Esok, bangun pagi-pagi nak pergi hantar mama ke office since kereta yang lagi satu hantar servis kat workshop. Pastu, tengahari sikit, ambil si adik kat sekolah, pastu petang sikit lagi, amik si adik yang satu lagi kat sekolah jugak. Jauh sikit lah sekolah yang itu. Lepas tu, hantar kek yang pelanggan dah book. Then, balik rumah. Siap sedia untuk tempahan yang lain. Banyak benda nak kena buat esok. Eyh, baru teringat yang ising untuk kek tadi belum buat. Huh. Esok kena buat lah. Jangan lupa pulak. Kasihan customer. Esok jugak, sang suami balik dari perantauan. Cuti lama katanya sempena Hari Malaysia. Mujurlah. Boleh lah duduk lama-lama dengan dia sambil merengek nak itu nak ini dengan dia kan? hehehehe.

Selamat malam. Eyh, nak pos satu gambar buat pengubat RINDU peminat setiaaaaaaaaaaaa ! =D

Ini hari raya aidilfitri ke-2. Raya sakan dengan si anak dan juga suami!
*sorry, kasut & wedges kat belakang tu nak tumpang menyibuk. 
=) 

My Baby BOo ;)

Salam.

Hiks. Terkejut sebab BLOGGER dah berubah wajah. Banyak ye perubahan. Apapun, takpe. Anjakan paradigma lah katakan. Urm. Wan Muhammad Khalish Nasr Rifq pun dah makin bambam. Beratnya mak aiiih, memang tahap lenguh berdenyut-denyut kalau dukung lama-lama. Boleh cramp bahu ye kakak-kakak dan adik-adik semua. Siapa rasa nak pegang Khalish, meh la. Meh laaaaaaaaaaaaaaaa..... hahaha ;)


Mummy dan Khalish Nasr Rifq yang debab! 
;)

17 August 2011

Salam.

Uwaaaaaaaaaaaa ! Sangat teruja sebab terjumpa gambar-gambar lama ni. Kalau ikutkan, memang tak ada langsung dalam external hard disk. Nak tergelak pun ada, tak sangka byk jugak pictures dalam picasa yang agak zaman dahulu kala. Okeh, tersangat rindu all those moments ;)

individual platter - mine 
buruk sungguh design entah apa-apa.

3 tiers pastillage cake - wedding okei kut. Hoho
Penat tau buat menda nih.

Tak cantik pun. Tangan tak berseni. 

here is mine. hihi

cik PUAN ni sangatlah cekeding suatu ketika dahulu. 
Sekarang dah ada isi ye, sebab si Khalish yang tolong tambahkan isi mummy dia. heee

Masa ni ketika belajar di UiTM Dungun - tahun 2004-2007
Masing-masing bujang masa tu, sekarang semua dah berkeluarga.

Produk yang berjaya dihasilkan, masa ni ketika mula-mula kenal UiTM Shah Alam.
Haha. Kelakar je naik BUKIT TONGGEK !
Tahun 2007 - 2009

Tahun 2008, banyak kenangan ouh !
missss all those memories.. ;)

Salam.

Sesi membeli-belah baju si anak sudah beres, baju si ibu sudah berada di penghujung pencarian namun sesi memilih baju si ayah belum selesai satu apa pun. Si ayah ni susah sikit nak keluarkan belanja untuk beli baju-kasut-seluar hatta selipar. Haha. Hari-hari dan kemana saja kami pergi, si ayah selesa berselipar jepun. Pangkat si ayah boleh tahan, kerja bergaji, baju-seluar nampak bergaya, tapi, selipar jepun hitam jugak yang menjadi pilihan. Itulah selipar yang dipakai walau kemana saja si ayah pergi, ke kedai, ke masjid, ke pejabat, ke bandar waima ke shopping complex. Agak-agak ada apa ye dengan selipar jepun hitam tu? Tapak selipar memang licin, nipis sangat. Dah hilang bentuk sebenar tapak selipar. Tapi, kalau hati sudah suka, buruk mana sekalipun, itu juga yang si ayah rembat. Okeh, harapan Ramadhan hari ni, nak pujuk si ayah beli selipar baru untuk buat raya nanti. Harap-harap si ayah makan pujuk. Alaa, semua orang nak barang baru untuk raya, cuma lambat atau cepat je yang menjadi alasan. Hehe. Okey, sudah dulu untuk siapkan lauk berbuka. Menu mudah untuk orang Pantai Timur seperti kami. BUDU tak boleh tinggal, tempoyak berlada pun sama. Itu menu wajib untuk lidah-lidah macam kami. Ouh. Sedapnya gulai lemak cicah budu, memang perghhhhhhhhhhhh terangkat! Salam NUZUL al-Quran.. 


Jom shopping raya !
=)

i am just a little gift .

Salam.


Selamat pagi kakak-kakak dan makcik-makcik semua. Nama saya Khalish Nasr Rifq, saya bawakan legasi WAN sebab nama Papa saya bermula dengan WAN. Hehe. Wan Muhammad Khalish Nasr Rifq. Saya sangatlah tak suka sebab nama saya panjang sangatttttt. Tapi nak buat macam mana, sudah tersurat nama ini akan jadi nama saya. Hehe. Hari ni umur saya genap 3 bulan. Apa ye hadiah yang Papa dan Mummy nak bagi kat saya? Baju raya ke? Tak pun kasut raya? Ape ye? Kalau ikutkan, saya nak macam-macam hadiah daripada semua orang. Hehe. Tapi, jangan bagi saya toys. Saya tak mahu toys. Saya nak buku ABC dan 123 je. Boleh ke? Hihi. Okei, saya nak pergi tido dulu, sebab saya baru je habiskan 7 oz susu hari ni. Kenyang sangat-sangat-sangat okeh. Tata kakak-kakak dan makcik-makcik semua. I LoVE youuuuuuu ! umMmuahhh ~ =P

16 August 2011

10 August 2011

Salam.


The latest of Khalish Nasr Rifq.. Debab kan budak kecik umur 2 bulan 3 minggu 4 hari nih ! Lengan dah macam peha ayam KFC aje. Cukup makan dan cukup TIDO. Terlebih cukup rasanya. Hehe. Sampaikan kalau masa dia tido, mummy dia geram nak geletek, nak cubit, nak kiss, nak tarik hidung dan mulut tu sebab nak suruh dia jaga. Pastu bila dah jaga, boleh lah kiss kuat-kuat. Naik rimas budak nih. Haha. Eiiii.. Geram nak gigit ! ;)

Salam.



23 July 2011

Salam.

Happy Saturday dear !
Jom balik kampung. Hari ni pagi-pagi lagi Khalish bangun mintak susu, then mandikan dia sebab Papa dia nak bawak pergi office. Nampak macam seronok je pagi ni sebab dapat pergi jalan-jalan kan? Pukul 8 pagi lagi dah siap mandi tau. Kalau mandi, mesti merengek. Tapi, pagi ni siap senyum menggoda lagi you! auwwww. Suka la tu. Okeh, Mummy pun suka sebab dia tak kacau Mummy kemas rumah pagi ni. Sekejap lagi nak balik Kelantan. InsyaAllah sampai petang nanti. Esok lusa tulat nak siapkan tempahan kek sebelum masuk bulan Ramadhan nanti, sebab bulan puasa ni Mummy stay kat Kuantan. Ok. Out. Tata :)

20 July 2011

Salam.


Always remember to be HAPPY, because you never know who is falling in LOVE with your smile =)

Salam.

14 July 2011

Salam.

Duk taruk banyak-banyak gambar sampai lupa nak introduce anak kesayangan ni. hehe

He is WAN MUHAMMAD KHALISH NASR RIFQ.... Papa & Mummy dia panggil Khalish.. :)


07 July 2011

the ARTs ;p

Salam.

Semalam was my first time playing with fondant and their difficulties since saya tinggalkan 4 tahun yang lepas. Actually, masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu ada buat fondant, gum paste, pastillage and all things that relates with sugar yang melekitttt-lekittt tuh, nama kursus tu Pastry & Confectionery, bukan basic ye, tapi ADVANCE. Huhu. Tapi, sebab lama tinggalkan dan di tambah pula dengan TAK MINAT, so cita-cita dan impian tu berkubur macam tu saja. Tapi, tak tahulah sebab apa minat tu datang balik. Mungkin sebab banyak request and cake order from my friends kot. 

Masa masuk akhir trimester itu hari, minat nak buat kek dan tart datang tergedik-gedik. Tak tahu sebab apa. Terfikir jugak, kalau lepas bersalin nanti jadi MALAS macam mana? Sebelum bersalin beria-ia buat kek dan tart yang customer tempah sampai kaki bengkak dan sembab dan lenguh sampai menangis malam-malam sampai tak tahu nak mengadu kat siapa lagi. Hehe. Sebelum bersalin itu hari, memang ramai customer yang order sampaikan saya terpaksa reject order. TAK LARAT nak berdiri lama-lama. Paling banyak buat pun, 200 biji cheese tart saja untuk sorang customer. Kalau yang nak tempah sampai beratus-ratus lebih dari 200 biji memang saya tolak. Tak larat woo.. 

Lepas bersalin, rasa macam malas nak teruskan kerja buat kek ni. Tapi semangat tu tetap ada. Hehe. Sebelum bersalin saya ada terima tempahan 170 biji chocolate moist cupcakes topped with fondant dan 150 biji butter cake topped dengan fondant jugak, so, terpaksa la siapkan. Customer ni memang kita kena jaga hati dan perasaan. Macam kita jaga hati mak ayah kita, hati kasih-kekasih dan skandal kita lah. Hahaha. Minggu lepas selesai sudah job yang memerlukan 7 hari untuk siapkan. Hehe. Saya hanya menolong walaupun itu job saya. Saya pass kepada besties. Alhamdulillah beliau sedia membantu. Terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk attend interview kat Jalan Cenderasari. Pergi sebab mengharapkan rezeki. Kan? 

So, lepas tengok cara dia buat, saya tahu yang saya boleh buat. Cuma tak mahir sebab dah 4 tahun tinggalkan benda remeh-temeh ni. 4 tahun tu memang lama tau. Sebab, practice makes perfect. Kalau tak practice, macam mana nak menghasilkan sesuatu yang perfect? Betul? Tapi gambar cupcakes yang kat bawah ni, saya tak practice pun. Sebab tu nampak tak perfect. Main belasah jek. Tapi, still boleh makan. Cuma, sayang nak makan sebab warna-warni. Layan je lah ye.. ;)




Lain kali, lain hari, kita play with fondant lagi ye. 
Suka sebab boleh buat kita jadi kreatif. 

Okeh. 

Out. 

Anak dah menangisssss mintak susu.... ;p

03 July 2011

if i were a cupcakes, what flavor would i be ?

Salam.

I would like to be a -- FRANGIPANI .... =)

Wedding cake stand, made by ME..

- amour ' love -
















and, many MORE...... 

Tempahan masih di buka sehingga hujung bulan Julai. 
Tempahan terhad untuk Kuantan dan Kota Bharu.. 

Thanks for viewing dearies ! ;)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...