02 February 2011

oil - painted mode

Salam.

Guna kamera cikai macam inilah hasilnya. Haha. Macam terketar-ketar nak snap satu-satu pictas. Nak tergelak pun ada. Tapi bila tengok balik, ouh cantik jugak. Macam oil painted. Menjadi jugak walaupun blur yang amat. Masa ni dalam pukul 11 malam macam tu. Baru balik dari Bangsar South pergi makan nasi. Haha. Jauh giler cari makan. Actually, kami husband&wife ke Kuala Lumpur last weekend. Stay di hotel area Masjid India. Parking kereta memang sangat-sangatlah bermasalah di sana, jalan kaki lagi baiklah. Tapi alhamdulillah, 2 kali pusing keluar-masuk terfikir untuk park kereta dalam Semua House punya parking lot. Kat dalam sana, tak banyak kereta. So kami parking situ then keluar jalan kaki dari dalam Semua House ke gerai-gerai yang ada di area tu. Mula-mula sekali cari hotel lah. Alhamdulillah. Jumpa hotel bajet sebelah Ariani which cost 150 nett dapatlah diskaun sikit, kalau tak silap sebelah kedai mamak tu. Lupa pulak nama hotel tu. Hibiscus hotel ke apa entah. Check-in dan take a rest dulu sebelum merayau-rayau. Haha. Mandi-mandi kejap then turun membeli... Suka betul kalau dapat membeli-belah walau bukan dengan duit sendiri. Hikhik. Thanks ye Encik Suami sayang >.<

After shopping sakan tu, kami naik Semua House then ambil kereta. Dalam hati, ouh LAPARnye. Memang nak makan sangat masa tu. Perut memang dah tak boleh nak bertahan walaupun sementara. Cari punya cari siap sampai Kerinchi. Jauh giler. Ada satu kedai makan Nara Ayam Golek area Bangsar South. Agak-agak kedai orang Kelantan sebab masa nak ambil order tu, makcik tu tersasul-sasul cakap bahasa standard. Hehe. Iye lah makcik, saya pun orang Kelantan. Tak payah kecek luaiii lah ye. Haha. Siap makan, kami pulang ke hotel. Bajet dalam hati, mesti dah banyak parking kosong since masa tu orang ramai dah balik kot. Okay, memang ada parking. Ouh hati girang. Tak payah jalan kaki jauh. Masuk parking lot tu, terus Encik Suami ajak pergi jalan-jalan LAGI kat gerai area Masjid India tu. Mestilah mauu kan? Jalan-jalan sampai lebam rembat 2-3 helai daysuits lagi. Haha. Okay dah, duit tinggal sikit, jom kita balik hotel. TIDUR. Esok nak ke SOGO carik barang baby boy. Tidur awal ye. Heee ;)

Ini lah antara hasil dari tangan yang tak statik dalam kereta yang bergerak tak henti-henti dengan menggunakan kamera yang dah habis guarantee. Haha. Jari pun tak henti-henti nak klik sana klik sini. Entah hape-hape la mummy ni.... Layan ~

Ini jalan kat tengah-tengah tu, yang banyak simpang.
Naik pening tengok jalan. Nasib tak ada kereta on road. 

Ini jalan berhadapan dengan RBH Islamic Bank. 
Tak nampak macam jalan daa.

haa.. yang ini nampak agak clear sedikit dari yang atas.

Ini kat simpang nak masuk Jalan Tunku Abdul Rahman.
Berhadapan dengan Houz Depot tu.
Nampak lah jugak bumbung KLCC tu walaupun di ''oil-painted''
Hehe

Haha. Deretan kedai bersebelahan dengan Sogo.
Nampak butik Versace saje.

Jalan lengang sebab dah lewat malam.

Kedai kain berlambak-lambak.
Rambang mata saye :)

p/s : pening kepala tengok gambar ni. bila lah Encik Suami nak beli Canon EOS tu ye? ;p

01 February 2011

peram kasi masak !

Salam.

Cerita ni memang dah basi. Sudah berkurun tersimpan rapi dalam draft. Peram-peram kasi masak dulu baru kita makan ye ! Haha. Ini cerita tentang budak kecik dalam perut mummy dia. So cute okeh. Suka sangat-sangat. He's so handsome lah. Mula-mula sekali nak ucap tahniah dan terima kasih kepada perintis klinikal scanner ultrasound and the gang sebab mereka dah hasilkan satu alat yang memberi kemudahan kepada para ibu yang mengandung. Sekarang dah ada 3D dan 4D scanning instead of 2D yang biasa kita buat tu. Kira maju lah kan? Semua orang teruja bila sudah ada kemudahan macam ni. Termasuklah saya. Harganya juga berpatutan. Terima kasih daun keladi buat Stephen Smith seorang profesor yang sangat bergeliga. Kalau tak ada kemudahan macam ni, tak dapatlah kita nak tengok wajah anak kesayangan kita dalam kandungan ye? Hehe. Berbeza dengan 4D, melalui imbasan 3D kita juga dapat melihat wajah si anak tetapi yang ada hanya gambar pegun. Gambar yang agak statik, tak sama macam 4D yang mana ianya boleh menampakkan pergerakan si anak di dalam kandungan. Memang jelas dan nampak segala anggota badan anak termasuk jantina. Saya punya baby memang nampak bebird dia termasuk jugak skrotum beliau. Ouh. Anak lelaki. Syukur lah. Lagi 2 bulan lebih dapat tengok real punya. Tak sabar !

Minggu lepas, tarikh pun tak ingat. Oh. Sangat-sangatlah pelupa mummy sekarang ni ye. Nampak sangat tak kisah pasal cerita blog ni. Haha. Ok sambung. Minggu lepas sekitar jam 5 petang, saya ke Klinik WY KO di Jalan Beserah Kuantan untuk buat imbasan 4D ni. Sebelum tu, 3-4 kali jugak call klinik bertanyakan itu dan ini. Macam-macam mahu tahu sebelum pergi scan. Mana lah tahu mahal ke apa ke. Nasib baiklah harga okay. Tercapai lah jugak impian nak check jantina baby dalam perut ni. Masa mula masuk dalam bilik doktor, doktor terus suruh naik berbaring atas katil pemeriksaan tu. Cepat betul doktor buat kerja. Masa tu, saya lah patient terakhir. Sebab nak kejar masa nak tutup klinik kan. Haha.

Waktu tengah-tengah scan tu, memang clear nampak muka baby. Mula-mula sekali doktor pergi terjah bahagian bawah dulu sebab nak tengok baby punya jantina. Ouh, masa tu memang gabra. Sebab dalam hati sudah terbayang-bayang anak perempuan. Takutnya hanya Tuhan yang tahu. Bukan takut apa pun, takut nak tengok jantina anak. Haha. Sangatlah sengal. Check punya check, doktor cakap hah tengoklah ada nampak skrotum. 2 biji telur kecik-kecik dan pistol pendek. Hahahaha. Terus doktor cakap, it's a boy. BOY. Heee. BOY pun BOY lah. Asalkan keluar beliau nanti dengan sesempurna yang mungkin. InsyaAllah.

Happy jugak masa tu sebab dapat tengok keseluruhan badan si anak. Then, doktor terjah bahagian muka pulak. Masa tu, nampak muka baby tapi dia tutup dengan tangan. Tutup rapat-rapat tak nak bagi mummy dan papa dia tengok muka dia. Doktor pujuk-pujuk-pujuk pun tak nak jugak tunjuk muka. Baby pusing sini, baby jangan alihkan muka, baby tengok sini dan baby macam-macam lah lagi.. MALU ke sayang? Tahu lah awak tengah bogel. Hehe. Habis bahagian perut saya doktor tekan-tekan, picit-picit, ketuk-ketuk pun baby tak nak alihkan tangan. Asyik letak je atas dahi macam orang tengah sibuk berfikir. Huhu. Macam-macamlah anak mummy ni. Waktu doktor ketuk perut saya, obviously baby marah. Dia tolak perut saya dengan tangan kanan pastu bukak-bukak mulut macam nak cakap something. Maybe nak marah kat doktor kot sebab paksa dia palingkan muka. Hehe. Part paling best tengok masa baby menguap. Weeeeiii. Suka sangat tengok dia menguap lepas tu dongak-dongakkan kepala. Nampak gaya macam nak geleng-gelengkan kepala supaya jangan kacau dia tidur. Siap bagi amaran lagi tu. At last, doktor mintak saya keluar then masuk balik 10 minit. Huh. Geram la kat baby ni. Kasihan betul.

10 minit kemudian saya masuk balik dengan harapan baby palingkan muka. Kata doktor, baby tidur meniarap. Kadang-kadang dia berpusing dan kadang-kadang dia statik tak nak gerak. Doktor sambung scan. Agak lama lah jugak sementara tunggu baby pusingkan muka dan alihkan tangan. Lastly, baby alihkan tangah dan pusingkan sedikit muka bahagian tepi. Tak dapat nak tengok full face sebab dia pusing sekejap-sekejap. Tapi, dapat tengok hidung mancung pun jadilah. Mancung betul hidung anak mummy ni. Panjang kata doktor. Haha. Nampak hidung dia mancung, kira okay lah walau tunjuk hidung saja. nampak jugak muka baby tapi belah tepi saja. Doktor tunjuk peha baby, tangan, lengan, jari-jemari, kaki, betis. Semuanya nampak dan jelas. Tak sabar rasanya nak pergi buat video for the next month. Lagi 3 minggu dari sekarang lah. Tunggu ye. Nanti saya upload video si anak kecil ini. Kata doktor, berat baby 400 gram dan semuanya normal. Alhamdulillah. Jom kita tengok muka baby dan hidungnyaaaa... ;p

Baby tidur. Hehe ;)

Sweet kan? Dapat tengok muka anak walau masih dalam kandungan.
Tak sabar nak tunggu baby keluar nanti.
Doakan semoga semuanya selamat.

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...