24 March 2011

tartlet .......... ;)

Salam.

Saja nak upload gambar. Boleh jugak cuci-cuci mata kan? Enjoy !




23 March 2011

Salam.

Dapat surat panggilan temuduga - Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41

Pengkhususan & Pengurusan Pelancongan. Tak ada kena mengena langsung dengan pengajian saya tapi dapat jugak surat panggilan. Pergi saje lah. Kalau ada siapa-siapa boleh kongsikan dengan saya. Benda alah ni pasal ape ye? Curiousssss sangat-sangat ! :((

10 March 2011

Entri khas untuk sayang semua - Blackpepper beef !

Salam.

Hello ! Selamat pagi. Sihat tak kawan-kawan sekalian? Hehe. Hari ni dah Khamis ye? Eiiii.. I suke tau! Sebab esok dah nak balik kampung terchenta. Rehat panjang sementara tunggu bersalin. Tak nak ah bersalin kat Kuantan ni sebab nanti menyusahkan famili untuk ulang-alik kesini jaga bakal mummy ni. Kasihan pulak kan sebab Ma Abah kerja, keluarga mertua pun susah nak gerak mana-mana since Aboh (father in law) dah pencen ni. Hari ni jugak happy sebab Encik suami nak bawak pergi Klinik WY KO untuk pergi buat video baby dalam perut ni. Lagi saya suke sebab dapat tengok baby boy lagi sekali. Ouh. Mummy rendu okeh!

Hari ni jugak bangun pagi-pagi gorengkan mee untuk Encik suami bawak pergi office. Asalnya, nak gorengkan untuk dia saja. Lepas tu terfikir nak terus habiskan bahan basah dalam peti. Konon-konon nak buat mee mamak, tapi pedasss nya Allah saja yang tahu. Sebabnya pes kari tu terlebih taruk. Huhu. Sebab semua nak bagi clear peti dan dapur. Nanti senang tak payah cuci lagi. (malas) Hehe.

Pagi ni banyak mesej facebook yang saya terima. Semua nak resepi beef blackpepper tu ek? Kat dalam blog pun banyak jugak. Hehe. Okei-okei my sayang-sayang. Entri ni nak share lah dengan korang semua resepi tu. Saya sukakan Italian recipe. Basic resepi saja. Saya pakai main taruk je bahan-bahan. Resepi conteng-conteng masa diploma dulu hilang, nasib baik resepi masih segar dalam ingatan. Chewwah ! Kalau nak lebih sedap lagi, alter la part yang best-best. Baru lah mengancam. Makan pun kenyang! Okeh, jom kita berkongsiii cerita.......... ;)

1 - Blackpepper sauce (saya just bagi bahan untuk 1 portion then korang agak la sendiri untuk sedapkan sos)

  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair + kicap pekat
  • gula + garam + white pepper
  • 4 ulas bawang putih - chopped
  • 5 ulas bawang merah/besar - chopped
  • air
  • minyak/butter
  • ground blackpepper - (ikut suka, kalau nak pedas, taruk banyak-banyak)
  • 10 sudu besar brown sauce - (saya taruk banyak sebab sukakan rasa dia. Kalau takde brown sauce, boleh je nak masukkan chicken stock ke Cukup Rasa ke tapi jangan banyak. Ikut citarasa masing-masing)

Method :-
1- Tumis chopped onion/shallot dengan garlic sampai nampak brown/transparent.
2- Add in sos tiram, kicap cair/kicap pekat. Kacau rata. Moderate heat ye. Kang hangit pulak.
3- Add in brown sauce, kacau then add blackpepper crush tu.
4- Lastly, season with salt and pepper. With slow heat, biarkan dia gelegak sorang-sorang atas dapur tu. Kacau sekali-sekala. Bila tengok kuah sos dah agak gelap dan pekat, boleh tutup api. Masak !

2 - Italian-Style Marinade (1 portion of Beef (180gm) for tenderloin/sirloin/daging batang pinang)

  • 1 sudu besar olive/sesame oil
  • 1 sudu soy sauce.
  • 2 sudu besar bawang putih+bawang merah - chopped.
  • 3 ulas bawang putih - chopped.
  • 1 sudu kecil paprika - untuk rasa pedas.
  • English herbs - basil, oregano, thyme, rosemary, sage, marjoram, savory.
  • blackpepper crush.
Combine all together then marinate daging then masukkan dalam peti ais selama 1 jam before roasting. Tapi saya just grill atas non-stick pan. Huhu. Lagi sedap sebab daging dia lembut bila jus dari daging keluar. 

3 - Vegetables - Blanch broccoli, baby tomato, carrot, cauliflower, capsicum, kacang peas dalam air panas 2 minit. Untuk saute/goreng, add some herbs dalam tu macam thyme + basil + oregano, seasons veges dengan garam dan white pepper. Kacau sampai herbs rata then angkat. Jangan lama-lama nanti layu.

Selamat mencuba & happy cooking ! ;)

09 March 2011

kiss me ~

Salam.

Tadi lepas makan-makan dengan Encik suami, teringin pulak nak makan kismis. So, merajinkan diri untuk buat coklat simple ni untuk diri sendiri makan sambil-sambil nak habiskan coklat dalam peti sebelum balik kampung nanti. Esok Encik suami janji nak pergi ke Klinik WY KO untuk videokan pergerakan baby dalam perut. Yuhuuu ! I like lah. Boleh tengok baby lagi sekali. Rindu nak tengok HIDUNG baby boy yang mancung tu. 

Esok banyak kerja nak siapkan sebelum balik bercuti panjang di kampung. Kemas rumah cantik-cantik. Okei. Got to go. Mau tidur. Gosok baju Encik suami dulu sebelum off to bed, Encik suami pulak sudah tidur siap nganga-nganga lagi mulut. Penat sangat kerja ye? Hihi. Nite !

ouh my baby bOo ;p

Salam.

Hari ni sudah masuk 9 Mac 2011 hari Rabu, dan pada setiap hari Rabu, umur kandungan saya meningkat minggu ke minggu. Minggu ni umur baby dah masuk 30 minggu dalam kandungan. Ada lagi 70 hari. Agak-agaknya sempat tak nak tunggu 10 minggu lagi tu? Sebabnya, perut saya sangat-sangat jatuh kebawah. Macam bulat menonjol kebawah. Baby macam nak cepat-cepat keluar. Harap semuanya akan selamat. InsyaAllah. Kata orang tua-tua, kalau baby lahir pada umur 7 bulan, insyaAllah baby akan hidup seperti yang lain setelah melalui proses pra-matang. Tapi, kalau baby lahir pada umur 8 bulan, baby akan meninggal. Sebabnya, ada seorang makcik tukang urut bagitahu saya, kepala baby masa umur 8 bulan lembik, kalau baby lahir pada umur itu, dia akan meninggal. Akan tetapi, baby akan 'hidup' balik untuk bulan ke-9. Urm. Bila dengar macam tu, takut pun ada. Ada lagi 2 minggu nak masuk 8 bulan ni. Harap-harap baby jangan keluar lagi. Tunggu betul-betul 9 bulan kalau sudah tak sabar nak keluar yee sayang.... ;)


08 March 2011

western lah pulak malam ni ;)

Salam.

Encik Hairy saya selalu sangat suruh Puan bini dia buat beef steak ni, cuma Puan bini dia saja yang buat endah tak endah. Kasihan. Katanya, sebelum balik kampung Jumaat nanti, buatlah steak tu. Rasa nak makan katanya. Mengidam lah tu. Puan bini yang mengandung, Encik Suami pulak yang lebih-lebih. Tadi, tercapai jugak hasrat Encik Hairy untuk makan. Ouh. Siap makan dengan tangan lagi, susah katanya potong-potong guna pisau dan garfu. Makan dengan tangan lagi senang sambil tengok cite Gulliver's Travels kat laptop. Makan sambil gelak-gelak. Nasib tak tercekik daging tu. 





p/s : tak jumpa cari brown sauce kat Kuantan nih. Aiiyaa, terpaksa alter blackpepper sauce yang dalam botol tu. Tak sedap langsung! Buat sendiri lagi rasa mengancam. Apapun, semua sudah habis. Semua mengantuk kekenyangan.

posing sikit bole ?

Salam.

Kekenyangan makan western dish malam ni. Apakata kita tayang muka dulu? Sambil-sambil browse nama-nama sesuai untuk bakal anak mummy ni. Cantik-cantik nama yang ada, cuma saya pening sikit nak combine. Tak tahu mana satu yang berkenan. Semua suka lah ! ;p


with Encik Hairy, baru keluar dari East Coast Mall cari barang kamera.
On the way ke UiTM Bukit Sekilau untuk dinner... ;p

ke-RUGI-an

Salam.

Tergerak hati ke blog Puan Yuyu tadi sebab katanya ada blog yang jual stokin animals tu. Memang ada. Tapi, tengah busy basuh kain tak sempat pulak nak tengok betul-betul. Takpe, nanti saya berkunjung lagi ye Puan Yuyu. Nak habiskan basuh kain sebelum balik kampung nanti. Hehe. Kuantan asyik hujan pagi, nak jemur kain pun terpaksa jemur dalam rumah. Bukak kipas laju-laju nak cepat kering. Satu rumah bau sabun basuh. Haha. 

Okei-okei. Sambung pasal stokin new born baby. Malam tu terbeli satu je dengan 3 pasang stokin new born yang biasa tapi agak cute jugak. Yang ada animal tu beli satu sebab harga untuk 1 pasang RM 10. Agak mahal la berbanding dengan harga yang kat dalam blog Yuyu tadi. Mungkin sebab tak banyak kat Kuantan ni kot. Agaknya lah. Comel je kan. Tapi kalau nak beli, kena beli yang sesuai untuk baby boy la. Banyak-banyak yang kat gerai tu kebanyakan untuk baby girl. Adusss. Banyak tempat kena selongkar cari untuk my baby boo ni. Huhu.

Cute kan yang ada bee tu? 
Geram. Rugi tak beliiiiiiii.. 

jOm jOin heartbeat !

Salam.

Pagi ni tiba-tiba nak cerita pasal heartbeat. Korang pernah dengar tak pasal heartbeat ni? Heartbeat ala-ala macam Nuffnang jugak. Dia bayar kita kalau kita click link atau banner yang macam Nuffnang tu. Cara daftar pun sama juga. Pagi tadi merajinkan diri pergi selongkar blog members pastu tertarik pulak nak join heartbeat instead of Nuffnang ni. Mula-mula rasa macam tak percaya. Tapi, bila tengok balik. Ouh, Malaysia punya. Kira dah boleh percaya la kalau tengok dia orang punya terms and condition.

Seriously, saya daftar Nuffnang dah nak masuk 3 tahun, tapi SATU SEN pun Nuffnang tak bayar. Huh. Sedih okeh! Hari-hari pergi website Nuffang untuk check duit. Tapi, hampeh. Satu habuk pun tarak. Asyik-asyik RM 0.00 tiap hari. Masa tu ada jugak rasa nak remove, tapi pujuk hati untuk tunggu sebulan dua lagi. Tapi ni dah masuk tahun ke-3 tak masuk-masuk jugak duit. So, hari ini dengan rasminya, saya tutup akaun Nuffnang dan BUKA akaun heartbeat. Di heartbeat, kita boleh order banyak barang selain dari mengumpul amaun. Website heartbeat ada sediakan servis untuk print T-shirt, photomug, cushion, cosmetic mirror, mouse pad, keychain, car sign, plate, strap dan macam-macam lagi lah yang membolehkan kita untuk letak gambar-gambar kita. Itu semua kena order lah. Bila dah daftar nanti bolehlah buat ye.

So, siapa-siapa yang pernah ada Nuffnang tapi Nuffnang tak pernah bayar kat korang, jom lah join heartbeat. Mari sama-sama kita join benda alah ni. Nuffnang punya duit kan, ikut suka Nuffnang lah nak bayar ke tak. Haha. Tapi yang pasti, Nuffnang tak pernah bayar kat saya. Huhu. So, i decided nak tukar kepada heartbeat. Mana la tahu kot-kot masyukkkk kan? =D

Okeh. Macam ni ye caranya. Jangan pening-pening. Ikut arahan saya okeh. Haha. Macam cikgu pulak !



1 - Lepas masuk website tu, click kat sini (anak panah)


2 - Klik kat Create Account (anak panah). Daftar sampai siap then baru boleh log in. 

3 - Bila dah log-in, klik sini (anak panah). MY HB!Affiliate.

4 - Bila dah siap semua, baru klik sini (anak panah) untuk dapatkan kod then copy-paste untuk letakkan dalam blog kita. Letak lah banyak mana banner/link yang korang suka. Asalkan tak nampak macam semak-samun. Buat apa saja untuk promote banner tu. Kiri-kanan-atas-bawah-tepi semua boleh. 


5 - Lastly, kalau rasa nak daftar tu, klik banner ni untuk masuk ke website heartbeat. Senang je. Macam Nuffnang jugak. Heartbeat ni agak friendly user berbanding dengan Nuffnang tu. Itu ikut kiraan saya lah. Belum cuba belum tahu kan? Mana lah tahu kot-kot dapat duit sikit untuk menampung kehidupan. Chewwah! Hahaha... Jangan ketinggalan ! ;)


p/s : selamat berjaya semua !

07 March 2011

sesi tunjuk-tayang MUKA - II ;)

Salam.

Sesi tunjuk-tayang muka dan perut kali kedua. Layansss ! ;)





Hurm. Muka laki-bini ni agak serius. Haha ;)
Salam.

Baby boy punya. Comel tak comel tak? 
New born. Kecik saja. 
Kalau ada sesiapa yang tahu area Kuantan ni, let me know ye. Hehe. 
>______<

p/s : jangan amik, nanti baby boy marah.. Hehe =D

own maternity photoshoot ^_^

Salam.

Ehem-ehem-ehem. 
Hari ni nak tunjuk PERUT boncet boleh? 
^___^

Sejak mengandung ni, tak pernah pulak nak tunjuk perut. Asyik tang muka-muka tak habis-habis MUKA. Tak pernah ada maternity photoshoot. Huhu. Dalam hati memang nak sangat pergi maternity photoshoot kat mana-mana white studio atau outdoor. Tapi, bila pikir balik, mana nak cekau duit? Kalau banyak duit okei lah. Boleh buat apa saja. Kan? Hee. InsyaAllah. Nak cuba pujuk-pujuk Encik Hairy kalau-kalau dia setuju. Wuhuuu. Tapi, tunggulah kandungan cecah 8 bulan atau nak dekat-dekat 9 bulan nanti. Masa tu boncet lagi kut. Huhu ;)



Sekian photoshOot untuk kali ini. InsyaAllah akan ada lagi. kekeke. Mummy tengah gilakan barang-barang baby yang cute-cute macam stokin yang ada animal kecik-kecik tu. Mau kumpul banyak-banyak ! (*_*)

06 March 2011

Salam.

Businesswoman 'olok-olok' tengah 'buat-buat' sibuk ! hahaha.. ;)
First shoot from my husband.. Yang ini nampak clear dalam banyak-banyak..
Maklumlah, Encik Suami terketar-ketar lagi.. Hehe ;p
Anyway, practise make perfect !! 

04 March 2011

tajuk : ahahaaaa.... :)

Salam.

Latest pictures of me sebelum 'merajuk' jalan kaki balik rumah dengan Encik Suami... huhu ;)





okeh. Itu sahaja. Sekian ;)

03 March 2011

sesi tunjuk-tayang MUKA ;)

Salam.

Woahh. Lama tak update. Tak nak tulis panjang-panjang lah. Nak tayang muka je boleh? Sebab dah lama tak tunjuk muka kat BLOGspot kesayangan ni.. ;)



ouch! Please =P

Assalam. 24 Oktober 2017 - Selasa So remember me, i will remember you.