29 June 2011

Salam.

Perjalanan pulang dari Kuantan - Kota Bharu ambil masa 4 jam setengah ikut jalan Jabor, melalui Hulu Terengganu. Bertolak dari Kuantan jam 2.30 petang, singgah ke deretan kedai sebelah Terminal Makmur Pahang sebab nak cari baju murah sehelai dua kat sana. Masuk sekejap ke Alamoda untuk carikan tudung kuning yang Mama pesan suruh beli di Masjid India, tapi masa tu checked out dari hotel dah. Tak ada. Keluar, terus cari kedai makan. Lapar sebab dari pagi tak makan, save bajet sungguh-sungguh sebab duit cukup-cukup untuk tampung duit minyak kereta 2.2 cc. Kan bagus kalau guna kereta yang 650 cc jek. Murah dan save money! Makan nasi separuh saja di kedai sebelah Padang MPK2 Kuantan, nama kedai Rahimah Cafe. I thought that was kedai orang Kelantan, tapi bukan. Sebab, sedap dia boleh tahan. Macam makanan Kelantan. Enjoy the food sampai habis borak baru keluar dari kedai.

Pukul 3.15 hingga 5.15, I was in Jabor road. Serius tak tido. Mengantuk tengok jalan lengang sampai mata berpinar-pinar. Kasihan my brother, dia yang drive all the way through. Thanks. Nanti dapat gaji ni, aku belanja yep! Wait for me. Hehe. Sampai Kuala Berang, it takes only 30 minutes to enter Sungai Tong at Setiu. Sekejap saja sebab there's no car on the road. Macam tak mencabar kata my brother. He said, tak best lalu jalan ni sebab tak ada kereta then tak boleh race dengan other cars. Sakit ! Haha. Saya pesan, bawa perlahan je, sebab saya nak tido. Kalau speedy, confirm mata saya celik tak berkelip.

Pukul 7 petang sampai Machang, rest and solat rumah nenek then pukul 8.30 bertolak balik Kota Bharu. Sampai rumah pukul 9.15 lebih kurang.

Sampai di rumah, terus terkam si anak kecil kesayangan. Peluk dan cium sampai budak tu naik lemas. Hehe. Rindu sangat dengan dia. 5 Hari 4 malam tinggalkan dia. Bila tenung dan renung muka dia, rasa macam nak nangis. Sayang sangat kat dia. Hati ibu, hanya ibu yang mengerti... ;)

Good nite peeps !

24 June 2011

Salam.

24 Jun 2011 - Jumaat : OFF to Kuantan ............. ;)


Nanti saya update. Babai. Good night readers ;)

23 June 2011

Salam.

Pictures lama wooo. Dah basi baru nak upload. Buat malu je. Nampak sangat dah lama perap jadi pekasam. Woah, bestnya ikan pekasam kalau time bulan puasa kan? Goreng bagi garing then makan dengan lada burung. Terangkat woo. I like it very much. Ala, kita orang kampung jek. Makan jek apa yang ada depan mata. Kita tak cerewet pun. Haha. Jom layan pictas. Scrool down slow punyee ;)

Masa dalam bilik hotel. Ouh, lupa terus nama hotel tuh. Apa ye? 
Hotel tu terletak di Subang Jaya. Nanti-nanti lah kita ingat balik.

Jijah. Hehe. 
The one and only kiddo yang pemalu dengan saya, tapi sekarang... hah hambekk kau.
Kalau nampak saya je di area Taman Guru Kuantan tu, terus berlari datang mau peluk saya. 
Kalau pergi ke rumah dia, mesti mintak bukakan baju time mandi. 
Manja ;)

Saya teman suami ke bowling tournament di Summit tempoh hari.
Saya tengok saja, sambil jari-jemari klik situ klik sini.
Maklumlah jadi fotografer ad-hoc.
Hehe. 

Kiddo yang paling rapat dengan saya kalau di Kuantan.
Yes, you're born to be a princess dear.

Jangan tunjuk saja. Dapat bawak balik PIALA paling kecik pun takpe sayang.

Sambil tunggu tournament start, jom kita makan dulu.
Mak buyung tengah lapar masa ni.
Khalish nak makan ice-cream dengan cheese cake. Haha

My sweetHEART. I'm forever yours ye sayang.

Malu tapi mahu kan?
Ala, sebenarnya si tudung hitam tu yang mahu.
Tak boleh nampak kamera lalu depan mata, mesti senyum sampai pipi naik lenguh!

Enough. Jom tido. Esok 24 Jun 2011 ke Kuantan. Mahu jumpa hubby. Ada hal di KL. Tapi yang sedih, terpaksa tinggal KHALISH....... :((


My hero.... Love you son !

Salam.

Sambil packing the stuffs, sambil layan Khalish, sambil cuci mata tengok design fondant cake and cupcakes kat google. Cantik-cantik semua. Jatuh HATI wa cakap lu. Banyak lagi yang cantik, yang lawa, yang berkenan di hati, kalau boleh semua saya nak makan. Adorable and cute je nampak design dia. LAWA !








Banyakkkk lagi yang comel-comel. Tapi, takkan nak upload semua?? Adore lah ;)

Mama's day .......

Salam.

Nak tayang Kek jek lah.. Hihi..












happy birthday husband ! ;)

Salam.

16 April lepas sempat la celebrate my husband punya birthday walaupun tertunda 5 hari dari tarikh sebenar. Sarat mengandung pun sempat lagi saya sudahkan the whole cake seberat 1.5 kilogram. Buat sorang diri dengan perut memboyot, jalan pun terkedek-kedek sebab kedua-dua belah kaki SEMBAB tahap memang tak mahu surut. Haha. Memang memenatkan, siap saja kek sebijik, terus mak buyung terbungkang atas katil. Ouh. Buruk benar bunyinya. Tak adalah. Rehat lah sebab penat sangat. Pinggan mangkuk pun orang lain yang tolong basuhkan. 

Kami pilih Oriental Restaurant di Sabrina Court sebagai port untuk celebrate his birthday. Kat situ memang sangat-sangat best sebab tak ramai customer. Makanan pun sedap-sedap dari New Horizon Garden. Ops! Sorry. Hehe. Tapi, memang betul. Tak tipu punya. Kalau nak try, pergilah. Then, please rate them... Haha.. So, antara pictures masa hari kejadian. Enjoy !












22 June 2011

Salam.

Lately memang sangat-sangat terasa kesibukan. Banyak masa yang terluang terbuang begitu sahaja walaupun sudah ada anak kecil di sisi. Haha. Kelakar tak hengat bila tengok si anak kecil buat muka manja ala-ala mau nanges tapi tak jadi, buat mulut macam tu macam ni. Gembira semacam je si ibu. Cuma, anak kecil itu masih belum reti senyum lagi.. 

Bila dah lama tak menulis di blog, rasa macam loser sangat. Eh, trafik blog dah turun eh? Orang-orangan yang singgah pun makin lama makin merosot ye? Semua persoalan yang memang ada jawapan pasti tapi, apa boleh buat? APA pun TAK boleh ! Muehehe. Bila dah ada anak kecil ni, timing set dah lari. Mula-mula lari-lari anak, lepas tu buat marathon, lepas tu apa ye? PENGSAN terus kot ! Tak sempat nk buat itu dan ini. 

Tempahan kek cawan untuk bulan ni still in progress. Hope I can do the best for those yang booked. Tak nak DAN tak mahu kecewakan pelanggan. Tapi, tahu-tahulah. Dalam pantang macam ni, bukan semua kerja boleh buat sesuka hati macam zaman anak dara dulu. Kalau zaman tu, boleh la buat 35 kerja dalam 1 masa. Sekarang, dengan kata-kata pun orang tak yakin yang kita boleh buat, tambah-tambah lagi kalau sudah kena LARANG dek emak, nenek, kakak-kakak dan adik-adik yang terlebih dulu makan garam. Kan? Biasalah. 

Dalam waktu pantang ni, macam-macam kena follow the rules. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini, jangan makan itu, jangan telan ini, minum yang itu pun jangan. Semua undercontrolled. Saya tak boleh nak cilok sikittt pun! Sadis. Tapi, I must follow all the orders given. Kalau tak, BODY hancur tak sampai umur tua la jawabnya. Kurus sekarang bukan bermakna body akan kekal langsing seperti masa muda. Pasti situ-sana-sini jadi menggeleber kalau tak jaga. Urat saraf wanita yang bersalin ni bukan sama seperti urat saraf si anak dara jelita nan menawan okeh. Semuanya rosak teruk. Memang patut kena jaga. Makan lah apa sahaja jamu + herba untuk kembalikan kecantikan badan. Bukan tujuan promosi ye, sebab saya pun makan ubat cilok jugak. Haha. Cuma, dalam diri masih ada lagi sifat menurut ARAHAN daripada orang-orang tua. Kalau nak cantik, kalau mahu sihat, jangan makan in a big quantity. Benda tu akan menyebabkan kita menyesal satu hari nanti. Itu pasti.

Orite. Esok masih banyak kerja yang menanti. Selesaikan segala hal yang berkaitan dengan tempahan kek cawan. Semoga semuanya di berkati Allah swt. InsyaAllah. Kalau ada rezeki, pasti tidak kemana. Mohon pertolongan dari Allah itu memang PERLU.. Good night ! :)

To be brave is to cry, but still to fight on. And that's what you did, our hero, our son.....

13 June 2011

09 June 2011

Salam.

Tak baik simpan kuku panjang. 
Meh sini mummy potong! hehe..
Si jari gemuk.......... =D


08 June 2011

Salam.

Nak tayang gambar baby boy ni boleh ? Hehe.. Selamat datang ke DUNIA sayang !

Nampak macam best sangat budak ni tido kan?
Memang tak leh nak bedung langsung!
Macam frogfrogfrog aje. hihi 

Senyum, tapi tak tahu lah senyum sebab apa.
Hehe. Umur baru je lagi, tak reti apa-apa pun lagi.
;)

07 June 2011

i'm having a BABY !! ;p

Salam.

Whoah.. Lama betul tak ber'blogging'...... Sibuk sungguh ye mummy sorang ni. Berbulan-bulan tinggalkan diari kecintaan ni. Owh, i misssss you blog! Lama sungguh tak singgah di blog nih. Tak sempat sejak akhir mengandung. So, sekarang dah ada sikit masa, boleh ler mencoret apa yang patut yeah! Tak sabar nak update cerita bersalin tempoh hari. Perit dan memeritkan tapi sangat SERONOK okeh ! ;p

 3 hari sebelum bersalin 
Sempat lagi posing ^____^

 Si tembam yang dah KURUS balik.......... ;p



 my baby boy 20 minutes after laboring.
3.9 kg & 55 cm
17 Mei 2011, 8.38 pm
Pusat Perubatan An-Nisa'

Mummy, saya macam anak Cina kan?
Tapi sekarang saya dah gelap yee... hihi
;)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...