17 August 2011

Salam.

Uwaaaaaaaaaaaa ! Sangat teruja sebab terjumpa gambar-gambar lama ni. Kalau ikutkan, memang tak ada langsung dalam external hard disk. Nak tergelak pun ada, tak sangka byk jugak pictures dalam picasa yang agak zaman dahulu kala. Okeh, tersangat rindu all those moments ;)

individual platter - mine 
buruk sungguh design entah apa-apa.

3 tiers pastillage cake - wedding okei kut. Hoho
Penat tau buat menda nih.

Tak cantik pun. Tangan tak berseni. 

here is mine. hihi

cik PUAN ni sangatlah cekeding suatu ketika dahulu. 
Sekarang dah ada isi ye, sebab si Khalish yang tolong tambahkan isi mummy dia. heee

Masa ni ketika belajar di UiTM Dungun - tahun 2004-2007
Masing-masing bujang masa tu, sekarang semua dah berkeluarga.

Produk yang berjaya dihasilkan, masa ni ketika mula-mula kenal UiTM Shah Alam.
Haha. Kelakar je naik BUKIT TONGGEK !
Tahun 2007 - 2009

Tahun 2008, banyak kenangan ouh !
missss all those memories.. ;)

Salam.

Sesi membeli-belah baju si anak sudah beres, baju si ibu sudah berada di penghujung pencarian namun sesi memilih baju si ayah belum selesai satu apa pun. Si ayah ni susah sikit nak keluarkan belanja untuk beli baju-kasut-seluar hatta selipar. Haha. Hari-hari dan kemana saja kami pergi, si ayah selesa berselipar jepun. Pangkat si ayah boleh tahan, kerja bergaji, baju-seluar nampak bergaya, tapi, selipar jepun hitam jugak yang menjadi pilihan. Itulah selipar yang dipakai walau kemana saja si ayah pergi, ke kedai, ke masjid, ke pejabat, ke bandar waima ke shopping complex. Agak-agak ada apa ye dengan selipar jepun hitam tu? Tapak selipar memang licin, nipis sangat. Dah hilang bentuk sebenar tapak selipar. Tapi, kalau hati sudah suka, buruk mana sekalipun, itu juga yang si ayah rembat. Okeh, harapan Ramadhan hari ni, nak pujuk si ayah beli selipar baru untuk buat raya nanti. Harap-harap si ayah makan pujuk. Alaa, semua orang nak barang baru untuk raya, cuma lambat atau cepat je yang menjadi alasan. Hehe. Okey, sudah dulu untuk siapkan lauk berbuka. Menu mudah untuk orang Pantai Timur seperti kami. BUDU tak boleh tinggal, tempoyak berlada pun sama. Itu menu wajib untuk lidah-lidah macam kami. Ouh. Sedapnya gulai lemak cicah budu, memang perghhhhhhhhhhhh terangkat! Salam NUZUL al-Quran.. 


Jom shopping raya !
=)

i am just a little gift .

Salam.


Selamat pagi kakak-kakak dan makcik-makcik semua. Nama saya Khalish Nasr Rifq, saya bawakan legasi WAN sebab nama Papa saya bermula dengan WAN. Hehe. Wan Muhammad Khalish Nasr Rifq. Saya sangatlah tak suka sebab nama saya panjang sangatttttt. Tapi nak buat macam mana, sudah tersurat nama ini akan jadi nama saya. Hehe. Hari ni umur saya genap 3 bulan. Apa ye hadiah yang Papa dan Mummy nak bagi kat saya? Baju raya ke? Tak pun kasut raya? Ape ye? Kalau ikutkan, saya nak macam-macam hadiah daripada semua orang. Hehe. Tapi, jangan bagi saya toys. Saya tak mahu toys. Saya nak buku ABC dan 123 je. Boleh ke? Hihi. Okei, saya nak pergi tido dulu, sebab saya baru je habiskan 7 oz susu hari ni. Kenyang sangat-sangat-sangat okeh. Tata kakak-kakak dan makcik-makcik semua. I LoVE youuuuuuu ! umMmuahhh ~ =P

16 August 2011

10 August 2011

Salam.


The latest of Khalish Nasr Rifq.. Debab kan budak kecik umur 2 bulan 3 minggu 4 hari nih ! Lengan dah macam peha ayam KFC aje. Cukup makan dan cukup TIDO. Terlebih cukup rasanya. Hehe. Sampaikan kalau masa dia tido, mummy dia geram nak geletek, nak cubit, nak kiss, nak tarik hidung dan mulut tu sebab nak suruh dia jaga. Pastu bila dah jaga, boleh lah kiss kuat-kuat. Naik rimas budak nih. Haha. Eiiii.. Geram nak gigit ! ;)

Salam.



@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...