05 December 2012

JR Cappucino Collagen - DEEJAY CHANTIQUE

Salam

Lama tak menitip sesuatu kat blog kesayangan ni. Sekali sekala datang menjenguk dan menjengah dengan produk jualan. Tak nak cakap panjang, kali ni pun nak offer JR Deejay Chantique Cappucino Collagen. Coffee yang penuh dengan aroma dan khasiat untuk kaum hawa. Memang superb! Ini wajahnya...........

Masih BARU dalam pasaran, namun aroma memang CUKUP menggoda. 
Saya boleh angkat IBU JARI =)

Cappucino Collagen JR Deejay Chantique memang lain dari yang lain. 
Semua khasiat untuk kaum hawa dan PENGGEMAR kopi tegar boleh cuba ini.

Pamplet untuk JR Cappucino Collagen. 

Saya syorkan anda untuk mencuba. Ini bukan rekaan. Rasa coffee memang asli. Boleh release tension kepada yang menggemarinya.. Harga untuk SATU kotak RM 39.00 , untuk promosi harga RM 30.00 SAHAJA. jom grab!!

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 019-9096633 (ZATUL)
Saya syorkan anda untuk mencuba. Memang terbaik dari ladang! =) 

12 October 2012

r i n d u :)

Salam.

Hai semua. Ya ampunnn! Dah lama tak bukak blog ni, dah lama tak godek-godek blog ni macam dulu. Sibuk punya pasal, habis semua cerita hilang macam tu saja. Tak dapat nak melakar memori seperti dulu-dulu lagi dalam blog kecintaan saya ni. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan anak-anak, sibuk dengan urusan seharian sebagai seorang anak, seorang kakak kepada adik-adik, seorang isteri, seorang IBU kepada 2 orang hero. Ouh lupa nak bagitahu, saya sudah selamat bersalin anak ke-dua pada 10 Ogos 2012 yang lalu, seriously memang tak sempat nak update pasal anak-anak. Anak ke-dua dah masuk 2 bulan baru sempat bukak blog then update. Huhu. Diri sendiri pun macam tak terjaga dah. Haha. Kelakar pulak rasa. Apapun, terasa ingin buat comeback sebagai penulis blogger tegar. YAKIN. Itupun, kalau sempat lah. Hihi. Kalau nak ikutkan jadual kerja, memang tak terlayan semua benda, namun alhamdulillah, ALLAH swt kurniakan saya seorang suami dan anak-anak yang baik. Alhamdulillah syukur Ya Allah. 

Banyak perkara yang berlaku selama 3-4 bulan ni. Alhamdulillah, semua tu saya lalui dengan tenang dan senang. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu dan dalam satu masa kena buat itu buat ini. Namun, apa yang saya rancang berlaku dengan mudah dengan izin daripada Allah swt. Banyak yang saya pelajari semenjak bergelar isteri dan juga, ianya mengubah saya menjadi seorang yang lebih baik dari semalam. Saya tahu, saya bukanlah seorang yang sempurna baik dari segi apapun, namun saya cuba untuk jadi yang terbaik untuk anak-anak saya, untuk suami saya dan juga untuk keluarga saya yang tersayang. Buang jauh-jauh perangai yang tak elok, ubah diri menjadi lebih arif akan sesuatu perkara baik dari segi tindakan dan juga kesan kepada diri dan semua orang. Alhamdulillah, saya lulus proses kehidupan itu. Senyum untuk diri sendiri boleh? Hehe. 

Anak yang sulung dah besar, 1 tahun 5 bulan umurnya. Agak cerdik sekarang dan banyak yang dia dah faham. Siapa yang tak gembira kalau anak-anak membesar dengan sempurna semuanya kan? Anak yang kedua dah masuk 2 bulan lebih. Masing-masing lelaki. Haih. Bila nak dapat anak perempuan pulak nih? Teringin nak timang anak perempuan, tapi tunggu lah abang-abang dia besar dulu. Tak larat rasanya nak melayan dua orang hero ni. Tak terlayan seorang diri. Terima kasih kepada keluarga yang membantu dengan seadanya. Si abang nak main itu, nak makan ini. Si adik menangis kalau lambat dapat susu. Tapi itulah cabaran, penat. Tapi, suka! Siapa yang tak mahu anak kan? Itu normal lah kan? 

Tak banyak pasal kerja yang nak di ceritakan. Apapun, memang saya enjoy dengan rakan-rakan sepejabat yang gila-gila kepalanya. Membuatkan saya selalu happy dengan kerja dan konti. Kerja macam saya, tak tentu masa jadualnya. Kena kerja pagi, kena kerja malam, hujung minggu kerja, kadang-kadang kena keluar masuk kampung. Maklumlah kami semua warga RTM, media kerajaan. Semua isu kerajaan kami kena ambik kira hatta penat sekalipun. Itu tak menjadi isu asalkan kami jujur dan amanah dengan kerja yang dilakukan. 

Apapun, terima kasih kerana sudi baca blog ni. Semoga jumpa lagi. Salam sayang. muach!

18 July 2012

Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Pengkalan Chepa.

Salam.

Pagi 18 Julai 2012 - Rabu, kami kru Radio Malaysia Kelantan FM ke Rumah Seri Kenangan di Pengkalan Chepa. Kami ditugaskan untuk menemubual penghuni di sana untuk program Sayang di Sayang sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tak lama lagi. Suasana tenang menyambut kedatangan kami berdua, ucapan terima kasih kepada pihak Rumah Seri Kenangan kerana melayan kami sampai ke hujung pertemuan. 

Di sana, sayu hati saya melihat ibu dan bapa yang kesepian ditinggalkan anak-anak di Rumah Seri Kenangan itu. Di sana, walaupun mereka terkilan dengan perbuatan anak-anak, namun mereka cekalkan hati untuk terus melangsungkan kehidupan walaupun jauh di sudut hati, mereka sedih! 

Kami menemubual 4 orang penghuni, 2 orang pakcik dan 2 orang makcik. Mereka semua boleh saya kategorikan sebagai NENEK/MOYANG. Mereka terlalu tua dan lemah untuk melalui kehidupan seperti ini (ditinggalkan oleh anak-anak) di pusat jagaan ini. Anak-anak yang leka dengan kerja duniawi rela meninggalkan ibu dan bapa tanpa bertanyakan khabar dan berita, sakit dan demam ibu ayah sendiri. Sanggup mereka layan ibu dan bapa yang melahirkan dan menjaga mereka dengan cara begitu? Memang sangat tidak berhati perut. Semoga Allah swt membalas segala perbuatan mereka dengan sewajarnya. 

Berada di sana selama 2 jam, betul-betul membuatkan saya insaf dengan kejahilan diri-sendiri. Saya juga kadang-kadang terleka dengan keseronokan dunia tanpa saya sedar, insan-insan seperti makcik dan pakcik ini terlalu ramai di luar sana, yang memerlukan pertolongan dan bantuan juga kasih-sayang. Sesungguhnya saya TERLEKA. Adakalanya terfikir, kalaulah ibu dan bapa saya diperlakukan sebegini rupa, memang takkan saya maafkan diri saya sampai hujung nyawa.

Apapun, terima kasih kepada pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan terutama kepada Penguasa, Encik Wira dengan sambutan baik yang kami terima, kakitangan dan juga kepada semua penghuni termasuk Mak Mah (baju hijau yang cacat penglihatan sejak lahir), Mak Nab (berkacamata), Pakcik Rashid (bapa kepada 4 orang anak namun tiada seorang pun yang datang menjenguk sakit bangun si bapa) dan juga kepada Pakcik Idris (penghuni RSK yang baru mendirikan rumahtangga dengan mualaf Cina dari Kuala Lumpur yang juga menghuni RSK)

Terima kasih Pakcik dan Makcik. Semoga hidup kita diberkati oleh Allah swt. InsyaAllah.

 DJ QS bersama Mak Mah (baju hijau) dan Mak Nab (berkacamata) di blok asrama RSK.

 Sedih mendengar luahan 2 orang makcik ini, TISU di tangan menjadi bukti airmata saya mengalir laju. 
SAYU !

Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin.

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

09 July 2012

Pesta Bakar Kuih AKOK 2012

Salam.

Karnival 66 Tahun RTM - Radio Malaysia Kelantan FM.

 bersama DJs dari KLfm =)

 bersama DJ dari Asyikfm =)

 Bersama Che Awe dan Abe Jali Salam Pantai Timur, geng Kelantanfm ;)

bersama Mr.Os, first time datang Kelantan! =)

13 April 2012

Saya budak KECIL .


Baby bump Mummy nak masuk 6 bulan daa. Cepatnya masa berlalu kan?
Khalish bakal ada adik baru, tapi, confirm dia korek-korek mata adik dia, sebab masa bakal adik dia lahir nanti, umur Khalish 1 tahun 3 bulan. 

Nama saya Khalish Nasr Rifq, saya sudah besar dan gemuk !

Saya ada gigi, tapi 6 batang saja. Tapi kalau saya gigit orang, confirm orang tu SAKIT =P

With Ayah Teh, lama tak jumpa dia sebab dia belajar jauh =D

Saya ni memang tak suka tengok kamera. Hurm.. Letih Mummy panggil nak snap gambar saya. Kasihan Mummy !

Okey lah, saya pun dah letih. Kita rehat dulu.... tata =)

11 April 2012

be MINE =)

so, this is L.O.V.E right ?
(tidurlah wahai mata, esok kerjaaaaaaaa !)

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR HUSBAND =)

Hari ni 11 April 2012, genap 33 tahun usia suami. Selamat hari lahir sayang, semoga hidupmu akan terus bahagia bersama keluarga dan anak-anak. Tak seperti tahun-tahun lepas, tahun ni saya tak dapat nak celebrate birthday suami sebab kekangan masa dan tuntutan kerjaya. Dia jauh nun di sana, dan saya di sini (Kuantan-Kota Bharu). Jarak yang agak jauh, mungkin. Next week kita celebrate lah ye sayang. Banyak kerja yang nak disudahkan minggu ni. Macam tak sempat nak siapkan kek koko macam yang dia mintak. Hehe. So sorry! Bukan tak nak buat, tapi masa tak izinkan untuk saya berada di dapur lama-lama. Anyway, wish you all the best for your life. Thanks for being with me all the way through. Selamat selamat selamat semuanya untuk suami tercinta. Mummy, Abang Khalish & Baby LOVE you Papa =)

Mummy, Khalish & Papa @ Tiara Beach Resort, Port Dickson.
(10, 11 & 12 Mac 2012)
Family Day HCM Group of Companies

Nah! Amik lah kek koko ni (chocolate cake), makan kenyang-kenyang ye.

Happy Birthday to you my love =)

03 April 2012

d e m a m =(

Hari ni 3 April 2012, hari Selasa, dah 4 buah klinik sekitar Kota Bharu kami pergi. Bawak sekali budak demam nih. Masuk hari ni jugak, dah 5 hari Khalish demam tak tahu bila nak sembuh. Tubuh asyik panas je, tapi bila jumpa doktor terus baik, demam terus hilang. Badan jadi segar dan sejuk. Tapi bila balik rumah aje, terus seperti asal, demam, monyok, sedih, letih, panas dan macam-macam lagi lah. Menangis dan merengek tak ada sangat lah, macam biasa, Khalish ni memang jarang sangat nangis. Kalau dia nangis, itu tanda dia BOSAN sangat sebab takdak orang nak layan main dengan dia. Tapi, kalau nangis, memang dia takkan buat. Bagus jugak anak mummy sorang neh. Bila demam aje, terus muka sembab tak nak senyum. Kalau senyum pun bila nampak bola dan belon aja, toys yang lain memang dia tak layan. Tapi, seriously tak suka bila dia asyik demam macam ni, bagi makan ubat pun tak sembuh jugak, padahal dah bagi ikut jam. Malam-malam mesti dia tido tak nyenyak, tersedar sebab hidung selesema sampai tak boleh nak bernafas. Menangis sebab batuk dan selesema. Bagi ubat pun tak jalan. Tapi, progress setakat ni alhamdulillah. Tak panas macam semalam dan pagi tadi. Klinik terakhir yang pergi tadi Klinik Wee depan bangunan Agro Bank cawangan negeri. Klinik panel company papa dia kerja. Dah mintak surat kebenaran daripada doktor untuk refer ke KBMC. Esok lah ke hospital. Si Khalish ni, kalau jumpa doktor terus sihat, doktor sendiri pun tak bercadang refer ke hospital, kang gelak pulak staff kat emergency room tuh. Haha. Cakap demam kuat, tapi bila sampai klinik/hospital terus sengih-sengih nampak gigi 6 batang dia tuh. GERAM betul kat budak debab kesayangan mummy ni. Mummy dah 3 hari tak masuk office, esok confirm satu hari off jugak. Aduhaiiii. Harap-harap Khalish cepat sembuh ye sayang. Kasihan papa, semalam baru sampai di Kuantan, hari ni kena balik Kota Bharu pulak. Penat memandu  tak hilang lagi tu, tapi, sebab mengenangkan kesihatan anak, terpaksa lah kan? Safe journey papa sayang. Esok pagi, kita cepat-cepat ke KBMC ye. Khalish pun dah mula panas badan dan naik ruam-ruam merah kat muka dan belakang badan. Malam ni kena bersengkang mata jaga Khalish. Okeyh, selamat malam semua. Doakan Khalish cepat sihat ye...



Bye.

31 March 2012

i need your favor.

Salam.

hellozz my love.

soy collagen apa yang sesuai untuk ibu mengandung dan tak bahayakan baby?
kalau ada info, please share. tenkiu my darling.

just drop your comment to my facebook message. tq. muah!

29 March 2012

=D

Salam.

Rindu kat budak debab nih. Malam ni Mummy tinggalkan dengan Nenek, Mama Ngah, Mama Sya dan jugak Ayah Su dia sebab Mummy keje malam. Hoho. Kalau tak dengar dia membebel memang tak sah dalam sehari. Tenkiu sayang sebab buat Mummy rasa happy dengan awak. Good boy Mummy dan Papa. 

(Geng CEKOK - Cerito Kito Oghe Kelate)
Malam ni konti dengan DJ Sarah. Penat dan letih nak habiskan konti yang berbaki 1 jam setengah. Malam ni penat sebab 2 hari berkampung di Perkarangan Stadium Sultan Mohd ke-4 untuk Program Karnival Pendidikan MARA 2012. Penat tapi happening. Terima kasih buat semua pengunjung yang datang serbu booth Radio Malaysia Kelantan fm untuk berjumpa dengan DJs kesayangan. Kami sayang anda semuaaaa.

Tapi tadi, dalam kekalutan nak pergi kerja, sempat jugak sudahkan rainbow cupcake. Maghrib pun sempat siapkan 26 biji untuk customer dan jugak untuk perut sendiri. Hehe. Pastu, berkejar-kejar nak pergi mandi dengan solat. Huhu. Penat lah jugak tapi suka sebab dapat tengok adunan kek yang berwarna-warni. Balik kerja lepas on-air malam ni, lepas lah hajat nak makan 1 biji kan? Best okeyh!

Selamat malam bebeyh. Heee =D

26 March 2012

Salam.

Lama tak blogging, rasa kekok lah nak mulakan ayat. Macam dah berkurun lama tinggalkan blog ni. So sorry yeah. Anyway, sangat-sangat tak ada masa nak menghadap blogspot lama-lama, meh sini saya tinggalkan gambar anak. Dah besyarrrrr dah tau. Hehe =)

almost 20 weeeeeks already ;)


Lilypie Pregnancy tickers

07 March 2012

Kaftan LOVER ;p

Salam.


Seriously, kaftan ni memang lawa gile dan seriously, saya memang craving. Pujuk tukang jahit untuk jahitkan kaftan ni then tambah lengan panjang, bagi longgar di bahagian dada dan perut. Tak payah ikut 100% macam dalam gambar, tak nak kain jarang. Seriously lawaaaaaaaaaaaaaa. I'm craving for moreeee! (Eyh, macam pernah ada jek. Huhu)

06 March 2012

P e n a t :)

Salam.

Hari  ni totally penat. Hari ni offday tapi datang jugak office buat kerja. Esok konti malam, lepas tu LUSA encik suami balik dari Kuantan then Jumaat bawak kite-kite pergi jalan-jalan. Jauh katanya. Takpe, hilanglah sikit stress saya ni. Penat dan tak cukup rehat memang dah jadi benda biasa. Wokei, semua benda dah selesai hari ni, time to go homeeeeeeeeeeeeee ! Tata =)
Salam.

I was sooooooooooooooooooooooooOOOoooo busy lately. FULLSTOP ! 
=)

29 January 2012

Salam.

Geng Cerito Kito Oghe Kelate (CEKOK) konon-konon berdiskusi dengan Pengarah Penyiaran Kelantan dan Timbalan Pengarah. Huhu..

Hey gu kitoooo.. 
Male ni Zatul nga Sham maghi menemey gu kito dari pukul 9 sapa ko pukul 12 tengohmale kaghe dale cekok, cerito kito oghe kelate. 
jange duk g mano-mano terrrrr... =D

QS dan Ayie dalam CEKOK, bersama gu kitooooo di Radio Malaysia Kelantan fm =)




27 January 2012

hey you !

Salam.


Belek-belek my handphone tiba-tiba terpandang this cutest pic (for me) dan dalam banyak-banyak gambar, gambar ni menampakkan kesungguhan si anak untuk senyum dan sengih. Sebabnya, dia DEMAM. Kalau demam, memang susah nak tengok dia senyum. Asyik muncung je dari pagi sampai ke petang, dari petang sampai lah ke malam. Masuk kali ni, dah 3 kali dia demam untuk 8 bulan selepas lahir tahun lepas. Boleh di katakan aktif dan tak pernah sakit langsung. Kali ke-3 adalah demam paling lama (3 hari) sampaikan susu tak nak, makan pun tak nak. bagi toys dia nak pulak. Maybe sebab colorful. Kanak-kanak biasalah. Pantang nampak toys terus terkam. Kalau macam Khalish, dia tak minat sangat toys sebab Papa dia ajar ABC sambil nyanyi, 123 yang menari-nari. Tapi, yang pasti, bola memang dia suka main. Kalau bagi toys yang macam lori, kereta kebal, truck or whatsoever, dia memang main kejap jeee. Lepas tu, terus tak pandang. Siap baling-baling lagi. Tapi, kalau bagi colorful ball, terus dia terkam dan gigit sampai basah. Boleh pulak dia tido dengan bola. Tapi bola yang selalu dia main tu, entah kemana menghilang. Kasihan hero Mummy. Nanti kita pi cari yang lain ye sayang. Demam tempoh hari memang panas sangat badan dia, terpaksa basahkan dan lap badan dia dengan air suam. Pukul 4 pagi pun bangun untuk lapkan badan dia. Takut jugak kalau terjadi apa-apa. Alhamdulillah, dia sudah sihat. Sehari lepas demam, nampak ada 2 batang gigi tumbuh. Ouh, patut lah demam. Rupanya DEMAM tumbuh gigi. Sekarang, bila dia makan biskut, dah boleh dengar Kruppppp krupp krupp dari dalam mulut dia. Hehe. Bravo my hero. I love you =)

10 January 2012

busy beeee ;p

Salam.

Huwaaaaaa. Serius. Lama giler tak update blog neh. Rindu haih. I wassss sooo busy lately. Okies, ada masa nanti, saya update cerita baru k. Salam sayang.... ummuahhhh =P

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...