18 July 2012

Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Pengkalan Chepa.

Salam.

Pagi 18 Julai 2012 - Rabu, kami kru Radio Malaysia Kelantan FM ke Rumah Seri Kenangan di Pengkalan Chepa. Kami ditugaskan untuk menemubual penghuni di sana untuk program Sayang di Sayang sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tak lama lagi. Suasana tenang menyambut kedatangan kami berdua, ucapan terima kasih kepada pihak Rumah Seri Kenangan kerana melayan kami sampai ke hujung pertemuan. 

Di sana, sayu hati saya melihat ibu dan bapa yang kesepian ditinggalkan anak-anak di Rumah Seri Kenangan itu. Di sana, walaupun mereka terkilan dengan perbuatan anak-anak, namun mereka cekalkan hati untuk terus melangsungkan kehidupan walaupun jauh di sudut hati, mereka sedih! 

Kami menemubual 4 orang penghuni, 2 orang pakcik dan 2 orang makcik. Mereka semua boleh saya kategorikan sebagai NENEK/MOYANG. Mereka terlalu tua dan lemah untuk melalui kehidupan seperti ini (ditinggalkan oleh anak-anak) di pusat jagaan ini. Anak-anak yang leka dengan kerja duniawi rela meninggalkan ibu dan bapa tanpa bertanyakan khabar dan berita, sakit dan demam ibu ayah sendiri. Sanggup mereka layan ibu dan bapa yang melahirkan dan menjaga mereka dengan cara begitu? Memang sangat tidak berhati perut. Semoga Allah swt membalas segala perbuatan mereka dengan sewajarnya. 

Berada di sana selama 2 jam, betul-betul membuatkan saya insaf dengan kejahilan diri-sendiri. Saya juga kadang-kadang terleka dengan keseronokan dunia tanpa saya sedar, insan-insan seperti makcik dan pakcik ini terlalu ramai di luar sana, yang memerlukan pertolongan dan bantuan juga kasih-sayang. Sesungguhnya saya TERLEKA. Adakalanya terfikir, kalaulah ibu dan bapa saya diperlakukan sebegini rupa, memang takkan saya maafkan diri saya sampai hujung nyawa.

Apapun, terima kasih kepada pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan terutama kepada Penguasa, Encik Wira dengan sambutan baik yang kami terima, kakitangan dan juga kepada semua penghuni termasuk Mak Mah (baju hijau yang cacat penglihatan sejak lahir), Mak Nab (berkacamata), Pakcik Rashid (bapa kepada 4 orang anak namun tiada seorang pun yang datang menjenguk sakit bangun si bapa) dan juga kepada Pakcik Idris (penghuni RSK yang baru mendirikan rumahtangga dengan mualaf Cina dari Kuala Lumpur yang juga menghuni RSK)

Terima kasih Pakcik dan Makcik. Semoga hidup kita diberkati oleh Allah swt. InsyaAllah.

 DJ QS bersama Mak Mah (baju hijau) dan Mak Nab (berkacamata) di blok asrama RSK.

 Sedih mendengar luahan 2 orang makcik ini, TISU di tangan menjadi bukti airmata saya mengalir laju. 
SAYU !

Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin.

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

09 July 2012

Pesta Bakar Kuih AKOK 2012

Salam.

Karnival 66 Tahun RTM - Radio Malaysia Kelantan FM.

 bersama DJs dari KLfm =)

 bersama DJ dari Asyikfm =)

 Bersama Che Awe dan Abe Jali Salam Pantai Timur, geng Kelantanfm ;)

bersama Mr.Os, first time datang Kelantan! =)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...