03 November 2013

Aku mohon :)

Salam.

Hari ni dah masuk 4 November 2013. Cepat masa berlalu kan? Pantas. Banyak benda yang berlaku dalam dua-tiga minggu nih. Sekelip mata datang dan pergi. Benda-benda yang melemahkan dan benda-benda yang menguatkan semangat. Alhamdulillah takde lah sampai tersasar dari jalanNya. Harapnya, aku sentiasa di bawah jagaanNya selalu. Smoga aku diberkati. Mohon rezekiku melimpah ruah dan berpanjangan selalu. Amin. Insya-Allah.

Departure Hall, Subang Skypark Terminal March 2013
Austin Chase.

18 October 2013

syukur!

Salam.

Alhamdulillah. Masih diberi nyawa oleh Allah swt untuk menghirup udara segar milik-Nya. Alhamdulillah jugak sebab masih diberi rasa dan perasaan untuk terus menyintai makhluk Allah yang bernama suami dan anak-anak. Serius lama betul tak singgah menulis di blog ni. Rindu macam waktu dulu. Tapi, apakan daya. Masa tak ada untuk semua ni. Sebulan sekali boleh la.



Dalam 2-3 bulan ni, mood dan emosi tak berapa cantik. Tak molek. Tapi, masih boleh tersenyum. Cuma, apa yang sudah terjadi, saya jadikan khilaf dalam meneruskan kelangsungan kehidupan. Indah sebenarnya hidup ini. Kita yang menghiasinya dengan seadanya kita. Namun, sebagai insan, kita tak lari dari kelalaian dan kealpaan. Alhamdulillah, masih dikurniakan ruang untuk kembali kepada fitrah. Allah masih bersama. Syukur.

Semoga jumpa lagi. Assalamualaikum ^___^

17 October 2013

1434 H

Salam.

Happy eiduladha 1434 H from us!
much love =)





Note3

Salam.

My wishlist - 2013/2014 - Samsung galaxy Note 3 =)
Insya-Allah 


21 August 2013

Choww & Good Night

Salam.

Yes. Lama sungguh tak singgah lama-lama kat sini untuk sesi meluahkan isi hati. Maklumlah, keje takdelah banyak mana pun, duk goyangkakikepalalutut je kejenye. Macam ada sorang ***** nih, pangkat cantek jugak, tapi kejenye kat situ sama macam kite. Haha. Biarlah dia, memang gaji dia tinggi. Banyak lah jugak kalau nak di bandingkan dengan aku yang gaji ciput cukup-cukup makan anak beranak aku. Eyhhh! Lupakanlah cerita ***** tuh. Sakit tangan menaip pasal dia. Haha.
(mood, tak baik cakap macam tu!)

Ok. Sambung.

Semenjak dua menjak ni, hati rasa tak tenteram. Aku nakkan sesuatu, tapi aku tak RETI nak bagitahu kat orang tu. Risau kalau-kalau kata-kata aku nanti disalah-anggap oleh semua yang berkepentingan. Bukan apa, susah tau nak puaskan hati orang. Hati kita pun tak pernah puas, apatah lagi hati orang. Hati orang hati KERING. Hehe. Eh takdelah. Kalau kau terasa, maknanya kau lah tuan empunya badan. Hadoi. 

Serius, lama tak buat muka ketat-ketat, sebab aku ni tak pandai nak buat muka KETAT walau ada masalah sekalipun. Aku tak pandai lah beb! Aku suka senyum je. Kan kan? Kalau kau cakap aku sombong, memang kau salah lah beb! Kau kot yang sombong. 

Hokei. Sampailah masa untuk chill kan soul yang hangat membara nih. Dah cukup entri marah-orang untuk hari ni. Serius dah lama tak MARAH orang. Aku blah dulu wei. Kalau kau baca post entri aku, harap kau senyum lah ye. Sebab aku BUKAN marah kau PUN! Relax lah weiii ^____^

Chow!
Good night

17 August 2013

Eidulfitri 1434 Hijriah ^___^

Salam.

Selamat hari raya Aidilfitri, rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan. Kita semua kan masih dalam mood raya. Hiks! Suka la tuu dapat beraya bersama yang tersayang kan. Sama lah jugak macam kita. Alhamdulillah, raya tahun ni sama seperti sebelum ni. Cuma raya tahun ni banyak makan dari yang dulu-dulu. Maklumlah, kawan-kawan ramai yang dah naik pelamin bergelar raja sehari. Raya tahun ni kena beraya dalam konti, beraya bersama dengan pendengar Radio Malaysia Kelantan FM tak kira anda beraya kat mana! 

Apapun, selamat hari raya yee! =)

Me with hubby & sons!

07 July 2013

randomness

Salam.

Lama rasanya tak muatnaik gambar-gambar, sekian lama bertapa di dalam GUA, maka ini malam, kita kasi can untuk tengok sekitar awal tahun 2013. Banyak lagi gambar, semua ada dalam facebook. Layan kan aja. Jom cuci mata tengok mak budak nih.

 Masa ni tengah kusyuk tengok adik-adik sekolah rendah menyanyi dan menari sempena Program Turun Padang KelantanFM ke Kg. Tanah Puteh Gua Musang sekitar April 2013.
Ralit mummy!

 Yang ini pun sama. Memang suka amik gambar, itu ajelah rutinnya. 


Kali pertama dan kali terakhir jadi Emcee majlis. Lepasni, TAK MAHU dah. Tak lulus! Haha
Rakaman Muzika Ria Di Dewan Pusat Sivik, Gua Musang.

Di majlis perpisahan Kak Wan & Pak Cu Ebby Kelantanfm , bertukar ke Radio Malaysia Klasik Nasional. Makan best! Masa ni kat Anjung Seni Radio Malaysia Kelantan FM =)
 

 Baca berita wilayah RTM1 untuk berita dari Negeri Kelantan. Gugup jugak, rekod 10 minit DAN siar tak sampai 3 minit. Good enough! Mummy suka. Kenaling!

Nah! Inilah hasilnya. Muka pucat even kena touch up macam orang nak berlakon pentas CINA, opera cina lagi nipis dari ni. Haha. Tapi, still nampak pucat. 


Bersama dengan DJ Sarah Kelantanfm. Sahabat dan adik paling baik. Single but taken! 
Wah statement. She is sooooo cute ^___^
.............................

Dah habis cerita bergambar. 
Ada masa dan ketika, ruang dan kesempatan, aku sambung lagi.
I Let My Pictures Do The Talking.
Lots of love, ZATUL HERNANI, 7 Julai 2013, Ahad 

kaca

Salam.

Baik-baik pilih intan,
takut keno baghe kaco!

Selamat tidur.

27 June 2013

Salam.

Oo Allah, I need you. Always.


Malam ni tak boleh nak lelapkan mata. Dari habis kerja pukul 12 tad sampai sekarang ni dah masuk pukul 3 pagi, mata tak menunjukkan sebarang tanda mengantuk. Menguap jauh sekali. Termenung saja dari tadi. Dahtu, airmata ni laju la pulak nak mengalir. Aduhai. Hati punya pasal. Semua benda tak boleh nak fokus dah. Uwa. Apa hal nih?

Dah masuk 2 minggu perasaan macam ni, macam tak tentu arah. Muka ceria aje, tapi HATI ni, Allah saja yang tahu betapa ralit bermain dengan perasaan. Dah, rasanya ini bukan bidang aku, aku dah tawar hati. Macam orang bercinta, kalau dah benci, memang takkan pandang walau sekali hatta kerlingan mata sekalipun. Hati dah robek. Amboi. Macam lagu Mas Idayu pulak. Robek hatiku. Kan?

Macam mana nak buat ye? Nak mintak pandangan siapa? Siapa yang nak dengar luahan hati ni? Ada jugak rasa nak berkongsi masalah, tapi, aku tengok semua orang sekeliling ada masalah. Tak mahu nak bebankan mereka. Biar kita pendam seorang diri. Okei je kot. Selagi terdaya aku pendamkan saja. Aku pun tak suka orang tahu masalah aku. Sebab itu aku punya, bukan kau punya. Haha. Kerek.

Ada orang yang ada masalah, tapi, tak nak cerita. Rasa macam tak nak kongsi dengan orang. Sebab itu masalah kita kan? Buat apa nak peningkan kepala orang. Lepastu, ketawa gila-gila. Buat macam tak ada masalah. Oh. Itu aku lah. Haha. Memang jadi macam tu lah. Ada lagi yang macam tu, aku tahu siapa. Tapi, biarlah rahsia. 

Last word, aku tunggu sampai cukup 2 tahun aku kerja. Lepastu, aku nak blah. Boleh?

Boleh lah kannnn? Selamat malam. Jumpa lagi KALAU nyawa masih di badan. 

20 June 2013

Jumaat & Jumaat . Salam Jumaat

Salam.

Jumaat datang lagi. Rasanya ini Jumaat yang pertama setelah berbulan-bulan lamanya tak buka blog diari ni. Sibuk katanya. Katanya. Masa tak ada nak buat banyak benda dalam satu-satu masa. Tapi, bila dah jumpa dengan hari cuti macam ni, banyak kerja yang dapat disudahkan. Kerja tak usah kira, banyak sangat. Kerja surirumahtangga pun banyak nak kena selesaikan. Al-maklum lah sebab bukan tinggal dengan suami. Kalau tinggal dengan suami, tak ada lah banyak kerja sangat. Paling kurang, basuh baju lipat baju sapu sampah kemas bilik. Ini tinggal dengan KELUARGA. Semua benda kena selesaikan. Semuanya dalam kuantiti yang besarrr, ramai katakan. Tapi, itu tak jadi masalah. Melainkan hari bekerja, memang TAKKAN sempat. Semput adalah. Hehe.

Jumaat penghulu segala hari. Sementara anak-anak masih di rumah pengasuh, aku sudahkan semua kerja yang tertunggak. Petang nanti mahu ke pejabat sudahkan kerja untuk esok pagi. Kerja macam ni memang tak tentu masa. Kalau ada di antara kaum keluarga yang makan hati, silakan. Aku tak marah. Hehe. Kena ambil masa untuk renung dan fikir,  nasib kan? 

Jumaat jugak, masa untuk aku rehatkan kepala ni dari berfikir dan tubuh ni dari penat. Tapi Jumaat datang sekejap saja. Tak sempat sudahkan semua benda, Jumaat akan pergi. Bila tiba Sabtu, otak dah mula ligat nak buat itu-ini. Badan kena bersedia untuk menerima segala kepenatan dan keletihan. Itulah proses kehidupan, nak tak nak, kena terima. 

Okey. Ada jodoh kita jumpa lagi. Selamat tengahari semua. Senyum.

19 June 2013

bole jadi BOLEH ;)

Salam

Dua tiga malam ni mata susah sangat nak lelap macam selalu. Macam-macam benda datang menerobos lubang otak, menggegarkan akal yang tak berapa nak panjang nih. Haha. Entah apa yang aku fikir pun aku tak tahu dan tak pasti. Pening dibuatnya. Mata oii, pejamlah kau!

Pukul 1.02 pagi, anak-anak semua dah tidur. Tunggu mak dia je sekarang ni. Tapi, mata masih segar, mungkin sebab white coffee petang tadi terbawa-bawa ke malam. Dahsyat betul. Orang lain minum kopi sampai bergelas-gelas pun dapat tidur nyenyak. Aku minum separuh gelas, rasa macam sekarang ni pukul 9 pagi. Segar. Cuma otak je yang tak berapa nak betul. Hihi. 

Malam ni, 20 Jun 2013, rasa macam gemuk dari biasa. Gemuk sikit je. Jari-jemari rasa macam gemuk sangat. Tadi ratah ketam 3 ekor. Belah dua, 6 ketul semuanya aku ratah. Nasi tak jamah lagi sepanjang hari ni. Tapi, kenyang sampai sekarang. Patut la kurus, kata orang. Kata aku, aku dah gemuk dari dulu. Haha. Tuannya pendek saja, badan pun tak gemuk dan tak kurus sangat. Sedang-sedang saja. Kira okay lah kan? Sebelum kahwin, berat badan cecah 38 kilogram, kau makan lah burger tiap-tiap malam, nasi 4 kali tiap hari, badan kau tetap macam tu. Metabolisma tinggi sangat. Makan-buang, makan-buang, begitu lah sampai kau kahwin. Hee. Dah beranak-pinak macam ni, berat badan dah cantik, cecah 48 kilogram. naik 10 kilogram dalam masa 3 tahun kahwin. Tapi, badan masih macam dulu. Tak nampak gemuknya tang mana! Alahai... berserah :)

Cerita lain. Perangai dari kanak-kanak hingga remaja terbawa-bawa ke dewasa adalah, aku tak suka pakai MAKE-UP kat muka. Haih. Rasa rimas yang amat. Be more natural. Aku ikut mak aku, mak aku dari muda sampai ke umur dia 53 tahun, tak pernah dia calit make-up depan aku. Pakai lipstik warna merah cili api saja dari dulu sampai sekarang. Melainkan ada event atau acara rasmi yang menuntut untuk dimerahkan muka dan tak adalah tebal pun, asal nampak berseri sikit, sudah! Sama jugak macam aku. Again, memang RIMAS. Tak suka sebab melekit-lekit dan berminyak. Tak cantik pun tutup muka dengan kosmetik. Lagi nampak tua dan berusia adalah. Hehe. Just joking. Ada orang kena pakai kosmetik baru cantik, baru nampak gorgeous. Ada orang, tak pakai pun dah nampak lawa dan menarik. Terpulang kepada individu tu macam mana. 

Okay, dah pukul 1.18 pagi, mata masih segar dan tak mengantuk. Cuma, badan dah penat. Rasanya, dah sampai masa untuk berbaring di atas katil empuk tu. Solat Isyak belum lagi. Sudah kan semua, baru tidur sampai pagi esok. 

Suami, isteri doakan semoga suami sentiasa sihat dan bersemangat dalam menempuh hari-hari mendatang. Isteri sayang suami sangat-sangat. Adat berjauhan, bukan selalu dapat jumpa. Isteri harap, kita akan dapat tinggal bersama satu hari nanti ye suami. Hehe. Tidurlah wahai suamiku nun jauh di sana. Kami disini sentiasa doakan yang terbaik. Insya-Allah. 

Selamat malam semua. Sampai jumpa lagi. Bye.

18 June 2013

Anak-anakku, hartaku, duniawi, ukhrawi =)

Salam.

Sekali lagi datang menjenguk apa yang kurang, apa yang perlu ditambah kat sini. Datang bersama sekeping hati yang gembira. Gambar anak-anak. Pengubat luka di kala duka. Harta dunia dan akhirat. 

Anak-anakku, semoga kamu menjadi orang soleh. Aku titipkan doa di akhir solatku. Sayang kamu.

Wan Muhammad Khalish Nasr Rifq
&
Wan Muhammad Khilfi Nasr Rifq

pa ha t =)

Salam.

Lama tak titip sesuatu kat sini. Tapi, hati memang selalu rindu nak belek-belek blog ni. Cuma masa tak izinkan untuk terus tatap lama-lama. Sekejap singgah untuk lepas rindu lepastu terus pergi.

Sejak kebelakangan ni, semenjak ada anak DUA orang, memang dah tak sempat nak bukak blog lepastu catit diari seharian macam selalu. Jika dulu, YA. Sekarang dah tak sempat. Masa memang selalu cemburu kan? Tapi, tak mengapa. Asalkan blog ni terus terpahat dalam jiwa, sampai bila-bila. Eh, jiwang jugak aku ni. Haha. Jarang-jarang dapat melepaskan RINDU. Tak mengapa lah =)

18 Jun 2013/Selasa/9Syaaban 1434H, aku masih lagi bernyawa dan diberi nafas untuk terus menghirup rasa nyaman dunia milik Allah swt ni. Tapi, tak tahulah sampai bila. Hanya Allah saja yang tahu takdir hidup aku. Berserah. Tapi, bukan bermakna mengalah. Aku masih kuat seperti dulu dan akan terus KUAT untuk keluarga tercinta. Kasih mereka sampai aku mati takkan pernah berubah. Itu janji aku.

Cakap pasal kerja, semua ditanggung beres walau adakalanya aku rasa macam dah tak bermaya nak teruskan. Banyak cabaran, banyak dugaan, banyak sekali yang datang menghimpit perasaan. Tapi, sehingga hari ini aku dapat bertahan. Mengeluh tu tak usah bilang. Banyak kali. Tapi, biasalah manusia ni. Ada masa kita mengeluh panjang. Ada ketika, kita marah bila ORANG lain mengeluh. Hehe. Lupakan. Kerja tetap kerja walau ada rasa nak lari dari semua ni. Tapi, kat mana nak pergi? Kat mana nak lari? Sanggupkah aku? Hurm. Mengeluh lagi. Sabar. Tak baik mengeluh. Seakan kita tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah swt bagi selama ni kan? Sabar. Sila bersyukur. Tamat pasal kerja.

Tamat untuk malam ni. Sambung esok malam. Jumpa lagi. Tinggal dulu =)


Tak mudah untuk menjadi IBU & BAPA sebenarnya. Saya dah melalui proses itu dan saya tahu. Anak-anak perlukan perhatian. Berdosa kita marahkan anak sebab kesalahan kita. Banyak lagi ilmu yang kena pelajari untuk bergelar ayah dan ibu, bukan hanya pada nama dan gelaran. Semoga kita di berkati selalu.

Selamat malam. Jumpa lagi.

23 May 2013

maaf-kan-daku

Salam.

25/Mei/2013 - 1.48 a.m - jumaat

kasih, ku mungkir akan kata janji ku....padamu =(

maafkan daku kekasih hati
cinta kita berakhir
maafkan daku
kernaku memungkirinya
maafkan daku kekasih hati,
cinta jadi begini..
maafkan daku,
ku mungkir bahagia

22 April 2013

J R C C =)

Salam.
siapa nak menang hadiah , JOM sertaiiiiiii share&menang :)
SHARE this photo with your OWN caption.
Caption yang TERBAIK, pihak JR JUWITA RESOURCES menyediakan HADIAH untuk anda. Cepat ! 

''SHARE this photo with your OWN caption''
Senang saja kan?

Terbuka kepada semua L/P : 

1) post THIS picture at your wall
2) use your own words/captions(do your best)
3) click post 
4) share with your friends
5) tag me Zatul Nani, after your post/share is DONE !
6) wait for your mystery gift ( 5 yang BERTUAH )

Untuk pertanyaan/pembelian, hubungi Zatul 019-909 6633

21 April 2013

JR Cappuccino Collagen 1

Salam.

Alhamdulillah. Pasaran untuk JR Cappuccino Collagen keluaran JR Juwita Resources amat-amat memberangsangkan. Rasanya, tak perlu lagi nak perkenalkan produk kesukaan ramai ni. Banyak khasiat yang terdapat dalam campuran kopi ni dan istimewanya ia di perkenalkan kepada kaum hawa. Tak kira yang sudah berkahwin mahupun anak dara. Hanya ibu-ibu mengandung yang di larang amalkan JR Cappuccino Collagen. Khasiat untuk wanita/perempuan yang inginkan tubuh yang cantik seusia anak remaja. Ini lah rahsianya. Penggemar kopi, anda di sarankan untuk mencuba dan ia bakal mewarnai pagi anda dengan aroma yang sungguh wangi. Terbaik untuk anda. 

Di dalamnya terdapat herba-herba untuk kecantikan luar dan dalam. Tak payah susah-susah masuk kampung cari herba segar untuk direbus dan diminum. Hanya dengan amalkan minuman kesihatan JR Cappuccino Collagen, anda akan rasa kelainan. Ada yang penat dan letih seharian bekerja di pejabat, bekerja di rumah sebagai ibu dan surirumah, ibu yang aktif, perempuan yang mengalami masalah haid tidak teratur, darah haid keluar sedikit-sedikit dan mengganggu waktu solat, jerawat, kulit kaki merekah, tapak kaki kasar, selalu mengantuk dan tak bermaya, ini UNTUK anda. Saya jamin 101% khasiat dia memang yang TERBAIK. (Anda dinasihatkan juga untuk TIDAK mencampur JR CAPPUCCINO COLLAGEN dengan minuman/makanan kesihatan lain untuk kesan yang cepat). Cuba hari ini, anda pasti akan puas hati.

Antara herba-herba yang terdapat di dalam JR Cappuccino Colagen:

- Kacip Fatimah
- Pueraria Mirifica
- Pueraria Lobata
- Habbatussauda
- Manjakani
- Sireh
- Vitamin C
- Kolagen 
- Kopi Arabika
- Krimer bukan tenusu

Cara hidangan :
Satu peket untuk secawan air (150ml), masukkan air panas dan kacau. Sesuai diminum pada waktu pagi.

Jangan khuatir, JR Juwita Resources sudahpun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran KT0317250-D sejak November 2012. 




Kepada anda yang ingin mencuba, anda boleh hubungi Puan Zatul 019-909 6633. Sebarang pertanyaan boleh hubungi/sms 8 pagi - 10 malam.

18 April 2013

semalam punya cerita

Salam.

Habis je kerja pukul 12 tengahmalam tadi terus pecut kereta pulang ke rumah. Hajat di hati nak membeli makanan nak buat bekal sebelum tidur malam ni, tapi tak jadi sebab jalan malam ni agak lengang. Takut jugak sorang diri malam-malam buta macam ni pandu kereta kan. Apalagi, terus padam niat nak ke McD Wakaf Che Yeh tu. Okei. Tiba je kat rumah, tengok anak nombor DUA dah tidur. Suka la kan tak payah susah-susah nak mendodoi. Tetiba jek, dia bangunn pulak! Waa. Tak sempat mummy nak duduk, budak Khilfi bangun. Takpe, mummy tak penat sangat hari ni, cuma mengantuk sebab tak cukup tidur je. Dodoi punya dodoi, tido balik. Fuh nasib baik. Tak de lah penat sangat malam ni nak berjaga sampai ke pukul 2 pagi dodoikan dia. Yess. Mummy boleh tido awal. Abang Khalish pulak, mummy balik ke dari keje terus peluk mummy dan tarik mummy masuk bilik nak mintak dodoikan dia. Tepuk-tepuk punggung 3 kali, dah terus tidur. Baik betul abang Khalish ni. Good boys. 

Mummy pulak, bila anak-anak dah tidur mula lah nak merayau tak tentu hala mencarik makanan. LAPAR beb balik kerja tengah-tengah malam ni buta macam ni takde lauk. Haha. Nampak maggi tu macam sedap je kan. Tapi, malassss lah nak rebus. Minum milo suam lepastu mengadap blog. Nak solat Isyak lepastu tidur je lah. Makin lama mengadap benda alah ni makin tak mengantuk jadi nyee. 

Okei, esok cuti sebelum kerja SABTU nanti. Sabtu ni 20 April 2013, hari penamaan calon PRU13. Kerja tetap kerja. Esok nak rehat dan kemas bilik. Rehat sepuas-puasnya dan tidur. Good night. Lain kali jumpa lagi =)

Suami merangkap kekasih hati ku =)

me of course! =)

16 April 2013

eh. ku nampak PELANGI =)

Salam.

Sempat lagi melenggang-lenggok menjual kangkung kat dalam nih. Haha. Lemauu!
Sebelum mata lelap, nak upload lagi gambar-gambar kek yang sempat saya buat dan jual semalam. Semua habis terjual (termasuk booked oleh customers). Esok kerja pagi pukul 6 pagi, seperti biasa kena bangun pukul 4.30 pagi lagi. Hoho. Memang marvelous lah masa-masa gini masih belum tidur lagi kannn. 
Esok matiii arrr nak bangun susah! Okeyh. Got to go & off to bed.
Jumpa esok di udara Kelantan FM, Radio Pilihanraya Anda =)




Rainbow doodle cake =)

JR Cappuccino Collagen APRIL 2013

Salam.

JR Cappuccino Collagen (JR Juwita Resources)
RM 39.00 / kotak
15 sachets x 25 gm

SIREH
- Menghilangkan jerawat, jeragat dan parut jerawat di muka
- Melicin dan menegangkan kulit
- Membantu mencerahkan, melembap dan menyerikan kulit wajah
- Menghilangkan gatal kepala dan kelemumur

LOBATA
- Mengecutkan dan mengembalikan rahim kepada bentuk asal
- Merawat keputihan
- Mengembalikan keanjalan kulit
- Menegangkan dan menghaluskan struktur kulit

MANJAKANI
- Mempercepatkan pemulihan rahim dan saluran peranakan
- Menegangkan payudara dan otot2 badan
- Menguatkan, menegang serta mengecutkan otot selepas bersalin
- Berkesan untuk merawat keputihan

AKAR SERAPAT
- Menegangkan dan mengecutkan kulit ( awet muda )
- Menguatkan otot dan sendi
- Membantu memulihkan luka-luka dalaman dan memberi tenaga
- Membuang toksin dalam badan

MARIN KOLAGEN
- Memejalkan payudara, otot, dan punggung
- Menyihatkan rambut dan kuku
- Melambatkan proses penuaan dan mencegah kedutan
- Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghilangkan parut

VITAMIN C
- Melindungi jangkitan selesema, serta meningkatkan sistem imun
- Menghasilkan hemoglobin dan sel darah merah
- Mencantikkan dan melicinkan kulit muka dan badan
- Mengurangkan alahan




Sangat lah lama tak update blog nih. Tiba-tiba datang bawak produk pulak! Haha. Mari beli-mari beli. Ini hanya untuk kaum hawa. Larisssss di pasaran sekarang. Hello ladies out there, this is for you. Memang takkan rugi beli sebab kandungan dalam cappuccino ni TERBAIK untuk kaum wanita. Semua wanita boleh minum, anak dara mak dara nenek dara kecuali wanita mengandung saja yang tak boleh. Cuba lah, memang takkan rugi. Saya dah amal minum almost 3 months, everyday minum dan sakit SENGGUGUT memang HILANG !!! Sesiapa yang ada masalah senggugut, ini jalannya. Every month punya period memang confirm teratur. Bukan saja senggugut boleh hilang, malah macam-macam lagi yang anda rasa bermasalah pada anda. Kalau nak cuba, meh hubungi saya, (Puan Zatul - 0199096633)

10 March 2013

Rentas Kampung :)

Ahad . 2-6 petang, program Rentas Kampung di Parlimen Kubang Kerian Dun Pasir Tumboh bersama penduduk setempat dan penyampai Radio Malaysia Kelantan FM :)




Ada jodoh, ada pertemuan, kita jumpa lagi =)

16 February 2013

bila sedar diri

Salam.

17 Februari 2013/Ahad/2.10 pagi

Dalam hidup ni kita mesti ada motivasi untuk terus berjaya dan terus pandang jalan kejayaan. Jangan di sebabkan kata caci kata maki, kita terguris hati lantas menidakkan keupayaan diri-sendiri. Ada di kalangan rakan-rakan kita yang mudah tersentuh hati pabila diberi teguran, dan ada pula yang jenis kuat semangat. Tak kira macam mana dugaan datang menjelma, kita cekalkan hati dan teruskan langkah. Itu juga motivasi, tapi lebih kepada motivasi dari dalam diri-sendiri, tak perlu nak ada sesiapa yang datang gosok belakang sambil cakap, 'sabaaar lah, itu semua dogaaan!', kita semua dah besar panjang. Tak perlu harapkan motivasi daripada sesiapa, melainkan kalau kita betul-betul rasa lemah dah tak berdaya lagi nak bangun. Itu lain lah. Kalau kes itu, memang kita sangat-sangat dan SANGAT memerlukan kata-kata sokongan dan nasihat untuk bakar balik semangat kita yang hilang. Tak semua manusia dalam dunia ni macam tu, setiap orang ada rasa nak BERJAYA dan ada cita nak jadi HEBAT. Kita terlalu bergantung harap kepada NASIB semata, padahal kita TAHU yang jiwa kita besar dan kita MAMPU untuk lawan semua unsur negatif yang ada. 


Tak payah nak harapkan MOTIVASI lah kalau kita sendiri tak pernah ada SEMANGAT nak berjaya macam orang lain. Kalau asyik dengkikan orang, memang kita tak akan berjaya! Apatah lagi nak melangkah setapak untuk berjaya MACAM orang lain. Kan? Tepuk dada tanya SELERA. Selera nak selalu selesa, lantas kita mencantas. Kejayaan orang di katakan kejayaan kita, walhal, kita yang selalu memburukkan ''kecantikan'' orang. Fikir lah wahai kawan, tak tumbuh tak melata - tak sungguh orang TAK kata. 

HIDUP 
BIARLAH 
BERBAKTI 
WALAUPUN 
TIDAK
 DI PUJI

Salam. Semoga jumpa lagi. Datang dengan motivasi dan jiwa besar! 

07 February 2013

not so-critical thinking

Salam.

Kadang-kadang, dalam hidup ni kita kena banyak mengalah. Bukan dengan manusia, tapi mengalah dengan KEADAAN. Selagi termampu, dapat lah kita kuatkan semangat. Kalau satu hari nanti dah tak mampu nak menanggung, kita serah semua kepada ALLAH swt untuk menentukan hala tuju kehidupan. Umur pun bukan muda lagi, saban hari saban tahun, makin TUA. Takkan nak ikut hawa nafsu saja? Kena jugak fikir masa depan. Kalau lah satu hari nanti, kita di takdirkan untuk berpisah, saya mohon, lepaskan. Saya pun ada kehidupan yang harus diteruskan bersama suami dan anak-anak. Takkan selamanya kita nak bersama. Tengoklah, dua tiga tahun lagi. Kalau jodoh hanya di situ, saya redha. Patah tumbuh hilang berganti, sama juga dengan MANUSIA. Bila sudah pergi, ada yang akan datang mengganti. Harap segala pengorbanan ini ada maknanya. Tapi, semua itu untuk apa? 
mood : selalu terfikir sesuatu yang tak mungkin kunjung tiba 
(8 FEBRUARI 2013/JUMAAT, 1.24 pagi)

10 January 2013

cerita keluarga 2013 =)

Khamis! yeay... Sebab Khamis boleh balik awal, dah siap-siap berkemas nak balik rumah. Rehat sedap-sedap kat rumah dengan anak-anak sebabnya, esok lusa kerja. Banyak kerja kat pejabat tapi semua selesai. Okei, masa untuk scroll down your mouse! Bye. Selamat berhujung minggu buat semua. Love yaa!
my beloved husband. kerja kerja kerja katanya, kena IKHLAS dan JUUJUR.
Tak gitu? <3 p="p">

Abang Khalish with his mimik muka. 
Macam-macam ada, tapi yang ini mummy setuju sebab tak nampak riakkkk. 
Haha :)

Khilfi yang suka menangisss. Ini lah dia budaknya. 
Hari ni 10 Januari 2013,genap lah usia Khilfi 5 bulan. 
Alhamdulillah, anak-anak membesar dengan sihat dan aktif.

 Okeyh! Sampai jumpa lagi semua =)

05 January 2013

kek ooOooo kek !

Rindu nak buat kek lagi. Tapi, masa dah tak macam dulu lagi. Seriously, tak sempat nak godek-godek mixer dan tepung! Insya-Allah, kalau ada masa minggu ni nak buat rainbow cake. Harap-harap jadi kenyataan lah! Good day guys :)





Semua yang kat atas tu, customers punya. Teringin nak buat untuk diri sendiri. Hehe. I can dooo it!

03 January 2013

JR Cappuccino Collagen


Alhamdulillah. Sebulan JR Cappuccino Collagen berada di pasaran. Ramai pelanggan yang bagi positive feedback. Insya-Allah dalam 2-3 minggu lagi, new look of kotak akan keluar. JRCC ni khas untuk kaum wanita tak kira yang dah kahwin atau masih bujang. Khasiat dia sama saja dengan kopi kosmetik yang lain tapi yang ini saya jamin TAK MANIS dan TAK KERAS macam sesetengah kopi lain. Kaum hawa sahaja ye, yang lelaki punya in progress. Alhamdulillah, kami dah ada stokis negeri. Tak susah nak bergerak kesana-kemari untuk agihkan stok, cuma kena rajin bertanya khabar saja. Kalau ada yang berminat nak cuba JRCC ni, hubungi Puan Zatul - 0199096633. 

- Bermasalah dalam pembuangan air besar.
- Senggugut yang teruk.
- Menghilangkan bleeding dengan tiba-tiba.
- Sakit urat kalau buat kerja berat.
- Mengecutkan rahim/peranakan selepas bersalin.
- Untuk hubungan suami&isteri.
- Melancarkan perjalanan darah haid.
- Mengecutkan jerawat. 
- Melicinkan kulit.
- Menegangkan kulit.
- Menghalang kedutan.
- Menghilangkan letih-letih badan.
- Menghilangkan keputihan yang berlebihan.

*ini antara positive feedback from customers. Anda yang bermasalah seperti di atas, tak rugi mencuba. Insya-Allah berkesan. Untuk pertanyaan, hubungi 0199096633 (ZATUL) 

JR Cappuccino Collagen keluaran JR Juwita Resources dah masuk beauty shop.

Sesi membungkus parcel untuk diposkan kepada new customer. Previous customers boleh ambil dengan dealer kat tempat masing-masing :)
Insya-Allah esok (4 Jan 2013), saya senaraikan nama-nama dealer ye..
TQ.

malam mesra 2012

Malam Mesra Keluarga Kelantan FM, Dewan Puteri Saadong, Hotel Grand River View.

Backstage after Rancangan's performance.
Tak bestttt TAPI sangat KELAKAR!
Sukeee =D

Berkejaran nak bergambar dengan penyanyi pujaan!
Penyanyi dikir moden Kelantan, Aris Kapilla, Man Khan dan Jeming Intan Berlian.
(me in royal green mini kurung)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...