16 February 2013

bila sedar diri

Salam.

17 Februari 2013/Ahad/2.10 pagi

Dalam hidup ni kita mesti ada motivasi untuk terus berjaya dan terus pandang jalan kejayaan. Jangan di sebabkan kata caci kata maki, kita terguris hati lantas menidakkan keupayaan diri-sendiri. Ada di kalangan rakan-rakan kita yang mudah tersentuh hati pabila diberi teguran, dan ada pula yang jenis kuat semangat. Tak kira macam mana dugaan datang menjelma, kita cekalkan hati dan teruskan langkah. Itu juga motivasi, tapi lebih kepada motivasi dari dalam diri-sendiri, tak perlu nak ada sesiapa yang datang gosok belakang sambil cakap, 'sabaaar lah, itu semua dogaaan!', kita semua dah besar panjang. Tak perlu harapkan motivasi daripada sesiapa, melainkan kalau kita betul-betul rasa lemah dah tak berdaya lagi nak bangun. Itu lain lah. Kalau kes itu, memang kita sangat-sangat dan SANGAT memerlukan kata-kata sokongan dan nasihat untuk bakar balik semangat kita yang hilang. Tak semua manusia dalam dunia ni macam tu, setiap orang ada rasa nak BERJAYA dan ada cita nak jadi HEBAT. Kita terlalu bergantung harap kepada NASIB semata, padahal kita TAHU yang jiwa kita besar dan kita MAMPU untuk lawan semua unsur negatif yang ada. 


Tak payah nak harapkan MOTIVASI lah kalau kita sendiri tak pernah ada SEMANGAT nak berjaya macam orang lain. Kalau asyik dengkikan orang, memang kita tak akan berjaya! Apatah lagi nak melangkah setapak untuk berjaya MACAM orang lain. Kan? Tepuk dada tanya SELERA. Selera nak selalu selesa, lantas kita mencantas. Kejayaan orang di katakan kejayaan kita, walhal, kita yang selalu memburukkan ''kecantikan'' orang. Fikir lah wahai kawan, tak tumbuh tak melata - tak sungguh orang TAK kata. 

HIDUP 
BIARLAH 
BERBAKTI 
WALAUPUN 
TIDAK
 DI PUJI

Salam. Semoga jumpa lagi. Datang dengan motivasi dan jiwa besar! 

07 February 2013

not so-critical thinking

Salam.

Kadang-kadang, dalam hidup ni kita kena banyak mengalah. Bukan dengan manusia, tapi mengalah dengan KEADAAN. Selagi termampu, dapat lah kita kuatkan semangat. Kalau satu hari nanti dah tak mampu nak menanggung, kita serah semua kepada ALLAH swt untuk menentukan hala tuju kehidupan. Umur pun bukan muda lagi, saban hari saban tahun, makin TUA. Takkan nak ikut hawa nafsu saja? Kena jugak fikir masa depan. Kalau lah satu hari nanti, kita di takdirkan untuk berpisah, saya mohon, lepaskan. Saya pun ada kehidupan yang harus diteruskan bersama suami dan anak-anak. Takkan selamanya kita nak bersama. Tengoklah, dua tiga tahun lagi. Kalau jodoh hanya di situ, saya redha. Patah tumbuh hilang berganti, sama juga dengan MANUSIA. Bila sudah pergi, ada yang akan datang mengganti. Harap segala pengorbanan ini ada maknanya. Tapi, semua itu untuk apa? 
mood : selalu terfikir sesuatu yang tak mungkin kunjung tiba 
(8 FEBRUARI 2013/JUMAAT, 1.24 pagi)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...