27 June 2013

Salam.

Oo Allah, I need you. Always.


Malam ni tak boleh nak lelapkan mata. Dari habis kerja pukul 12 tad sampai sekarang ni dah masuk pukul 3 pagi, mata tak menunjukkan sebarang tanda mengantuk. Menguap jauh sekali. Termenung saja dari tadi. Dahtu, airmata ni laju la pulak nak mengalir. Aduhai. Hati punya pasal. Semua benda tak boleh nak fokus dah. Uwa. Apa hal nih?

Dah masuk 2 minggu perasaan macam ni, macam tak tentu arah. Muka ceria aje, tapi HATI ni, Allah saja yang tahu betapa ralit bermain dengan perasaan. Dah, rasanya ini bukan bidang aku, aku dah tawar hati. Macam orang bercinta, kalau dah benci, memang takkan pandang walau sekali hatta kerlingan mata sekalipun. Hati dah robek. Amboi. Macam lagu Mas Idayu pulak. Robek hatiku. Kan?

Macam mana nak buat ye? Nak mintak pandangan siapa? Siapa yang nak dengar luahan hati ni? Ada jugak rasa nak berkongsi masalah, tapi, aku tengok semua orang sekeliling ada masalah. Tak mahu nak bebankan mereka. Biar kita pendam seorang diri. Okei je kot. Selagi terdaya aku pendamkan saja. Aku pun tak suka orang tahu masalah aku. Sebab itu aku punya, bukan kau punya. Haha. Kerek.

Ada orang yang ada masalah, tapi, tak nak cerita. Rasa macam tak nak kongsi dengan orang. Sebab itu masalah kita kan? Buat apa nak peningkan kepala orang. Lepastu, ketawa gila-gila. Buat macam tak ada masalah. Oh. Itu aku lah. Haha. Memang jadi macam tu lah. Ada lagi yang macam tu, aku tahu siapa. Tapi, biarlah rahsia. 

Last word, aku tunggu sampai cukup 2 tahun aku kerja. Lepastu, aku nak blah. Boleh?

Boleh lah kannnn? Selamat malam. Jumpa lagi KALAU nyawa masih di badan. 

20 June 2013

Jumaat & Jumaat . Salam Jumaat

Salam.

Jumaat datang lagi. Rasanya ini Jumaat yang pertama setelah berbulan-bulan lamanya tak buka blog diari ni. Sibuk katanya. Katanya. Masa tak ada nak buat banyak benda dalam satu-satu masa. Tapi, bila dah jumpa dengan hari cuti macam ni, banyak kerja yang dapat disudahkan. Kerja tak usah kira, banyak sangat. Kerja surirumahtangga pun banyak nak kena selesaikan. Al-maklum lah sebab bukan tinggal dengan suami. Kalau tinggal dengan suami, tak ada lah banyak kerja sangat. Paling kurang, basuh baju lipat baju sapu sampah kemas bilik. Ini tinggal dengan KELUARGA. Semua benda kena selesaikan. Semuanya dalam kuantiti yang besarrr, ramai katakan. Tapi, itu tak jadi masalah. Melainkan hari bekerja, memang TAKKAN sempat. Semput adalah. Hehe.

Jumaat penghulu segala hari. Sementara anak-anak masih di rumah pengasuh, aku sudahkan semua kerja yang tertunggak. Petang nanti mahu ke pejabat sudahkan kerja untuk esok pagi. Kerja macam ni memang tak tentu masa. Kalau ada di antara kaum keluarga yang makan hati, silakan. Aku tak marah. Hehe. Kena ambil masa untuk renung dan fikir,  nasib kan? 

Jumaat jugak, masa untuk aku rehatkan kepala ni dari berfikir dan tubuh ni dari penat. Tapi Jumaat datang sekejap saja. Tak sempat sudahkan semua benda, Jumaat akan pergi. Bila tiba Sabtu, otak dah mula ligat nak buat itu-ini. Badan kena bersedia untuk menerima segala kepenatan dan keletihan. Itulah proses kehidupan, nak tak nak, kena terima. 

Okey. Ada jodoh kita jumpa lagi. Selamat tengahari semua. Senyum.

19 June 2013

bole jadi BOLEH ;)

Salam

Dua tiga malam ni mata susah sangat nak lelap macam selalu. Macam-macam benda datang menerobos lubang otak, menggegarkan akal yang tak berapa nak panjang nih. Haha. Entah apa yang aku fikir pun aku tak tahu dan tak pasti. Pening dibuatnya. Mata oii, pejamlah kau!

Pukul 1.02 pagi, anak-anak semua dah tidur. Tunggu mak dia je sekarang ni. Tapi, mata masih segar, mungkin sebab white coffee petang tadi terbawa-bawa ke malam. Dahsyat betul. Orang lain minum kopi sampai bergelas-gelas pun dapat tidur nyenyak. Aku minum separuh gelas, rasa macam sekarang ni pukul 9 pagi. Segar. Cuma otak je yang tak berapa nak betul. Hihi. 

Malam ni, 20 Jun 2013, rasa macam gemuk dari biasa. Gemuk sikit je. Jari-jemari rasa macam gemuk sangat. Tadi ratah ketam 3 ekor. Belah dua, 6 ketul semuanya aku ratah. Nasi tak jamah lagi sepanjang hari ni. Tapi, kenyang sampai sekarang. Patut la kurus, kata orang. Kata aku, aku dah gemuk dari dulu. Haha. Tuannya pendek saja, badan pun tak gemuk dan tak kurus sangat. Sedang-sedang saja. Kira okay lah kan? Sebelum kahwin, berat badan cecah 38 kilogram, kau makan lah burger tiap-tiap malam, nasi 4 kali tiap hari, badan kau tetap macam tu. Metabolisma tinggi sangat. Makan-buang, makan-buang, begitu lah sampai kau kahwin. Hee. Dah beranak-pinak macam ni, berat badan dah cantik, cecah 48 kilogram. naik 10 kilogram dalam masa 3 tahun kahwin. Tapi, badan masih macam dulu. Tak nampak gemuknya tang mana! Alahai... berserah :)

Cerita lain. Perangai dari kanak-kanak hingga remaja terbawa-bawa ke dewasa adalah, aku tak suka pakai MAKE-UP kat muka. Haih. Rasa rimas yang amat. Be more natural. Aku ikut mak aku, mak aku dari muda sampai ke umur dia 53 tahun, tak pernah dia calit make-up depan aku. Pakai lipstik warna merah cili api saja dari dulu sampai sekarang. Melainkan ada event atau acara rasmi yang menuntut untuk dimerahkan muka dan tak adalah tebal pun, asal nampak berseri sikit, sudah! Sama jugak macam aku. Again, memang RIMAS. Tak suka sebab melekit-lekit dan berminyak. Tak cantik pun tutup muka dengan kosmetik. Lagi nampak tua dan berusia adalah. Hehe. Just joking. Ada orang kena pakai kosmetik baru cantik, baru nampak gorgeous. Ada orang, tak pakai pun dah nampak lawa dan menarik. Terpulang kepada individu tu macam mana. 

Okay, dah pukul 1.18 pagi, mata masih segar dan tak mengantuk. Cuma, badan dah penat. Rasanya, dah sampai masa untuk berbaring di atas katil empuk tu. Solat Isyak belum lagi. Sudah kan semua, baru tidur sampai pagi esok. 

Suami, isteri doakan semoga suami sentiasa sihat dan bersemangat dalam menempuh hari-hari mendatang. Isteri sayang suami sangat-sangat. Adat berjauhan, bukan selalu dapat jumpa. Isteri harap, kita akan dapat tinggal bersama satu hari nanti ye suami. Hehe. Tidurlah wahai suamiku nun jauh di sana. Kami disini sentiasa doakan yang terbaik. Insya-Allah. 

Selamat malam semua. Sampai jumpa lagi. Bye.

18 June 2013

Anak-anakku, hartaku, duniawi, ukhrawi =)

Salam.

Sekali lagi datang menjenguk apa yang kurang, apa yang perlu ditambah kat sini. Datang bersama sekeping hati yang gembira. Gambar anak-anak. Pengubat luka di kala duka. Harta dunia dan akhirat. 

Anak-anakku, semoga kamu menjadi orang soleh. Aku titipkan doa di akhir solatku. Sayang kamu.

Wan Muhammad Khalish Nasr Rifq
&
Wan Muhammad Khilfi Nasr Rifq

pa ha t =)

Salam.

Lama tak titip sesuatu kat sini. Tapi, hati memang selalu rindu nak belek-belek blog ni. Cuma masa tak izinkan untuk terus tatap lama-lama. Sekejap singgah untuk lepas rindu lepastu terus pergi.

Sejak kebelakangan ni, semenjak ada anak DUA orang, memang dah tak sempat nak bukak blog lepastu catit diari seharian macam selalu. Jika dulu, YA. Sekarang dah tak sempat. Masa memang selalu cemburu kan? Tapi, tak mengapa. Asalkan blog ni terus terpahat dalam jiwa, sampai bila-bila. Eh, jiwang jugak aku ni. Haha. Jarang-jarang dapat melepaskan RINDU. Tak mengapa lah =)

18 Jun 2013/Selasa/9Syaaban 1434H, aku masih lagi bernyawa dan diberi nafas untuk terus menghirup rasa nyaman dunia milik Allah swt ni. Tapi, tak tahulah sampai bila. Hanya Allah saja yang tahu takdir hidup aku. Berserah. Tapi, bukan bermakna mengalah. Aku masih kuat seperti dulu dan akan terus KUAT untuk keluarga tercinta. Kasih mereka sampai aku mati takkan pernah berubah. Itu janji aku.

Cakap pasal kerja, semua ditanggung beres walau adakalanya aku rasa macam dah tak bermaya nak teruskan. Banyak cabaran, banyak dugaan, banyak sekali yang datang menghimpit perasaan. Tapi, sehingga hari ini aku dapat bertahan. Mengeluh tu tak usah bilang. Banyak kali. Tapi, biasalah manusia ni. Ada masa kita mengeluh panjang. Ada ketika, kita marah bila ORANG lain mengeluh. Hehe. Lupakan. Kerja tetap kerja walau ada rasa nak lari dari semua ni. Tapi, kat mana nak pergi? Kat mana nak lari? Sanggupkah aku? Hurm. Mengeluh lagi. Sabar. Tak baik mengeluh. Seakan kita tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah swt bagi selama ni kan? Sabar. Sila bersyukur. Tamat pasal kerja.

Tamat untuk malam ni. Sambung esok malam. Jumpa lagi. Tinggal dulu =)


Tak mudah untuk menjadi IBU & BAPA sebenarnya. Saya dah melalui proses itu dan saya tahu. Anak-anak perlukan perhatian. Berdosa kita marahkan anak sebab kesalahan kita. Banyak lagi ilmu yang kena pelajari untuk bergelar ayah dan ibu, bukan hanya pada nama dan gelaran. Semoga kita di berkati selalu.

Selamat malam. Jumpa lagi.

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...