20 January 2014

Swinging into new LIFE. Welcome 2014. i HEART you =)

Salam.

Lama kiranya tak menjengah ke sini. Maklumlah masa yang lapang dah makin sempit tak sama macam dulu. Masa yang ada sekarang ni pun belum tentu cukup untuk meneruskan agenda sehari-hari. Anak-anak pun dah besar dah banyak peel dan ragam, dah banyak songeh dan perlukan perhatian si mak. Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yang baik-baik, suami yang sentiasa memahami dan sentiasa sokong dari belakang. Alhamdulillah. Suami yang penyayang dan sentiasa ambil berat tentang anak-anak dan isteri tersayang. Cuma kadang-kadang, isteri dia ni macam budak-budak sikit. Hee. Mintak ampun wahai suamiku sayang. Halalkan makan dan minum isterimu ini. Kadang-kadang terkasar dengan suami, nasib lah suami penyabar orangnya. Kita ni manusia, ada masanya kita jadi bodoh yang amat. Ada masanya kita terlebih cerdik. Hehe. Tapi, alhamdulillah dan insyaAllah semoga perkahwinan yang kami bina atas dasar kasih dan sayang ini kekal selamanya. Tiada yang sempurna di dalam setiap diri individu bernama manusia. Terpulang kepada kita macam mana cara nak selesaikan permasalahan. Kalaupun ada masalah, cuba beri MASA dan RUANG untuk masing-masing berfikir akan caranya untuk selesaikan segala kekusutan. Insya-Allah akan ada jalannya. Jangan cepat menuding jari dan usah cepat melatah. Tiap orang ada masa di uji dan teruji. Pandai-pandailah membawa diri.


Semoga di permudahkan segalanya. Insya-Allah. Ameen. Semoga PENGHIJRAHAN kali ini membawa khabar gembira dan dipermurahkan lagi rezeki buat keluarga tercinta. 

Jumpa lagi. 

18 January 2014

Khalish Nasr Rifq

Salam.

Ops! Dah lama kiranya tak jenguk sini kan? Takdak apa yang nak cakap. Just nak share gambar terbaru anak lelaki kita. Lama dah tak upload kan since dulu-dulu. Rindu nak ber-blog tapi apakan daya.. Masa tiada. Ok. Kita enjoy!!! :)




12 January 2014

oh. baru ku tahu erti rindu :)

Salam. 1 Okt 2016. RINDU. Rindu sebab dah lama tak bersua. Sepanjang 2 tahun ni banyak benda berlaku dalam hidup. Ada suka. Ada duka. Tapi...