28 June 2014

Salam Ramadhan al-Mubarak 1435 H =)

Salam 1 Ramadhan 1435 Hijrah - 29 Jun 2014 (Ahad)

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Alhamdulillah kita dipanjangkan usia untuk beribadah kepada Allah swt. Harapan tahun ini, semoga dapat istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim. Insya-Allah. Semoga tahun ni memberi SERIBU-SATU makna kepada kami sekeluarga. 


Sayang semua. xoxo ^___^

26 June 2014

Antara BURUNG dan MANUSIA

Jumaat - 27 Jun 2014 - 2.02 am

Hidup ini indah andainya kita pandai bawak diri. Pandai jaga hati. Pandai jaga segala-galanya. Akal. Emosi dan semua benda yang bersangkut-paut dengan kehidupan. Ada manusia yang tak pandai jaga hati. Cakap main lepas. Kau ingat hati aku macam hati kau? Mudah berbolak-balik? Memang sifat hati berbolak-balik, tapi itu bukanlah alasan untuk kamu cetuskan persengketaan. Apesal hah kau tak boleh tengok orang senang? Ada-ada je perangai kau yang menusuk kalbu. Sesak dada aku tau! Sampai mati pun kau takkan sedar. Apapun, behave yourself! Diri kau, kau jagalah ELOK-ELOK dan MOLEK-MOLEK. Sebab dosa kau, bukan aku yang tanggung! 


Anda kenal BURUNG DARI KICAUANNYA..
ANDA KENAL MANUSIA dari kata-katanya..

Anyway, good night peoples! See you again :)

24 June 2014

Jan ----> Jun = Lama nyaaa!

Rabu - 2.51 am - 25 Jun 2014

Jumpa lagi untuk mencoret mimpi yang kesekian kalinya. Jauh kaki ini melangkah. Jauh meninggalkan segala kenangan, kenangan yang indah menghiasi kehidupan. Alhamdulillah aku masih diberikan nyawa untuk meneruskan derapan langkah kaki, untuk mendengar degupan jantung dan merasa denyutan nadi. Allah Maha Kuasa. Alhamdulillah juga aku masih di sini dikurniakan kesihatan yang baik bersama keluarga tersayang, suami dan anak-anak. Mereka semua sihat dan bertambah-tambah sihat. Cuma aku saja yang semakin mengecil untuk menjadi sekeping. Umpama sekeping kayu di belah 7. Haha. Kurus dan makin rammmping! Gitulah. Aku bahagia dengan semua yang ada di sekeliling aku. Aku insan yang bertuah. Dikurniakan keluarga dan rakan-taulan yang sangat baik. Mari kita bercerita :)

Aku masih lagi di sini, RADIO MALAYSIA KELANTANfm Kota Bharu.
Sebagai penyampai radio. Alhamdulillah. 3 tahun masih lagi di sini ditemani sahabat-sahabat baik. 
Terima kasih Ya Rabb kerna memberikan aku rezeki yang tidak pernah putus. Allahu akbar.
Semoga ianya terus melimpah-ruah dan berpanjangan. Insya-Allah :)

TV1 News presenter (Berita Wilayah - Kelantan)
Ke udara setiap Rabu, jam 5-6 petang.
Aku masih hijau. Banyak lagi warna yang belum aku terokai.
Banyak khilaf. Salah dan juga silap. Belajar dan terus belajar.
Akhirnya, berpeganglah kamu kepada PENGALAMAN.
Di sini, aku hidup untuk mendapatkan pengalaman berharga. 
Untuk aku jadikan kayuhan dalam meneruskan kehidupan.

Harta aku dunia dan akhirat. 
Mereka yang akan senantiasa ada dalam jiwa aku walau apapun yang berlaku nanti. 
Anak-anakku, warisi sifat yang baik. Jadikan kesilapan sebagai pedoman. Itu GURUmu yang sejati.
Sayang kamu sampai hujung nyawa Mummy <3 nbsp="" p="">

ALHAMDULILLAH. Berita yang menggembirakan. Sesungguhnya, rezeki datangnya dari ALLAH swt melalui manusia yang berhati nurani yang pernah aku temui. Semoga penghijrahan ini nanti, dapat menyedarkan banyak pihak. Hidup ini memang indah kalau kita saling membantu. Tapi menyesakkan dada kalau kamu mengadu-domba. Alhamdulillah. Rezeki berpihak kepadaku :)

Suamiku, tetapkanlah hatimu untukku. Curahkanlah segala kasih-sayang yang ada untuk aku dan anak-anakmu. Semoga hidupmu sentiasa di dalam berkat Allah swt. Insya-Allah. Doaku, semoga jodoh kita kekal hingga ke Syurga Allah. Ampunkan segala keterlanjuranku. Halalkan makan dan minumku. Doakan semoga aku selamat, dunia dan di akhirat... Ameen :)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...