19 April 2015

Pesan kepada D I R I =)

Assalam.

Malam-malam macam ni hirup kopi panas sambil di temani oleh bau-bauan pavlova dalam oven memanggg mengasyikkan! Eh dah pukul 2.59 minit pagi daa. Sambil-sambil belek album picasa dari zaman anak dara sampailah ke zaman awal kahwin memang kelakar. Haha. Oh nak gelak dulu baru nak mula bukak cerita. Zaman belajar dulu memang aku ni gila kamera. Sebab tu sampai sekarang senyuman tak pernah lekang dari bibir ni. Tidak pernah tidak. Kugirangkan senyuman paling lebar kepada semua yang aku sayang untuk menzahirkan kegembiraan di waktu itu. Waktu dulu, yang tak pernah akan datang kembali kepadaku. Andai diingat kembali, pasti tersenyum sorang diri. Maklumlah agak nakal waktu dulu. Kehulu-kehilir bersama rakan taulan mencari pengalaman hidup. Andainya diberi kesempatan untuk ke waktu dulu, banyak benda yang aku nak betulkan. Betulkan segala kekhilafan dan kesilapan. Namun, aku terima seadanya semua ketentuan Ilahi. Ujian untukku dalam meniti sebuah kehidupan. 

Zatul Hernani, pesan kepada diri. Usaha itu tangga kejayaan. Teruskan melangkah. Sesekali toleh ke belakang untuk melihat apa yang sudah kamu lakukan sepanjang hidupmu. Ambil iktibar dari semua itu dan teruskan melangkah. Pesan lagi kepada diri, usah mengharapkan pertolongan orang. Lakukan sedaya yang mungkin! Pesan lagi kepada diri, usah takbur. Bersyukurlah dengan apa yang kamu ada. 

*Sampai jumpa lagi =)




25 February 2015

i - g

Assalam.

Instagram

Follow me @ instagram,
Thanks.

23 February 2015

2015 & onwards , tahun kejayaan :)

Assalam.

24 Februari 2015, serasa lama sungguh hendak menghabiskan sisa-sisa hidup di negeri orang ni. Tak senang duduk walaupun tinggal beberapa hari saja lagi nak meninggalkan Negeri Bersejarah Warisan Dunia nih. Semenjak sibuk bekerja selama 4-5 tahun ni, jarang saya dapat kemaskini blog kesayangan ni. Insya-Allah lepas ni tak ada halangan lagi nak update blog. Entry akan datang lebih banyak berkisarkan tentang perniagaan kek dan pastri yang akan saya usahakan kelak, dengan sebaik mungkin. Doakan kejayaan saya. Amin ^__^


2015.
Tahun kejayaan.
Sama-sama doakan.

ouch! Please =P

Assalam. 24 Oktober 2017 - Selasa So remember me, i will remember you.