07 July 2020

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam.


@herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan dulu lah bagi orang kenal kita. Orang tak kenal nanti dia tak cinta kita, dia tak sayang kita kan 😁
Pengalaman mommy yang pertama jual tudung & shawl masa study di UITM Shah Alam dulu. Masa tu umur 22-23 tahun kalau tak silap. Setiap malam minggu mommy pergi topup stok shawl/tudung dekat Uptown Shah Alam Seksyen 24. Hehe. Kalau tak dengan adik
Cikkhai MN
mommy pegi dengan kakak kesayangan merangkap radio mommy Kak
Ifa Shida Chempaka
hahaha. Kalau bawak dia, tak payah buka radio dah, dengar dia cakap pun kalah puak deejay radio. Hehee

Selalunya mommy akan ajak adinda Cik Khai la sebab mudah nak heret kesana kemari. Kadang pukul 12 tengahmalam masih di uptown lagi pilih tudung. Hehe. Dulu tudung/shawl mommy dapat harga rm5/rm6 sehelai. So mommy tak jual mahal pun, mark up harga dapatlah untung sekali ganda. Masa tu tak ingat la siapa yg beli. Tapi ada je dalam fb ni. Semua budak uitm, unisel selangor, politeknik selangor yg datang beli. Kawan-kawan friendster. Sebab banyak buat iklan dekat blogspot. Pastu ada la sikit-sikit masuk facebook. Tapi masa tu memang tak ramai lagi yang jual tudung. Yang mommy kenal penjual tudung waktu tu memang dah gelemer skrg ni dengan butik tudung masing-masing. Tapi lupa nama fb mereka. Ika, sha, rina. Ramai lagi lah.

Masa tu masih belajar dekat UiTM Shah Alam. Setiap hujung minggu kalau takde kelas, mommy pegi kerja dekat hotel cari duit poket. Dapat la rm 80-100 untuk 2 hari kerja. Hehe. Lepastu mlm sebelum kelas esoknya tu, mommy pergi stock up tudung dekat uptown ss24 guna duit kerja hotel tu. Tak pasti la uptown tu ada lagi ke tak. Dah lama tak pergi dekat 10-11 tahun rasanya 😄
Pastu kali ke-dua masa selepas kahwin. Masa tu tak ada anak lagi. Mommy buat pattern tudung sauk dengan inner sekali. Warna sama. Cantik. Ada macam-macam design manik premium. Jual pun dengan harga 120-150 sehelai. Memang handmade. Semua handmade. Manik premium. Kalau 10 kali basuh pun tak tertanggal dia punya lapisan manik tu. Tapi tak lama sebab dapat masuk kerja RTM. Masa kerja tak sempat nak meniaga. Kerja habis lewat malam. Balik tido je. Penat. Hehe.
Kali ke-3 masa hamilkan Khaleel. Suka sangat tengok orang pakai shawl halfmoon. Banyak stok halfmoon yg mommy jual. Ada yg bawal akbar dengan manik swarovski original. Mahal uiiiii sebijik-sebijik manik tu. Tapi sanggup keluarkan modal besar untuk nak bagi orang pakai cantik. Memang cantik sungguh. Berkilat. Shawl pun terletak elok. Alhamdulillah jumpa material kain yg sedap. Tailor mommy masa tu my bestfriend Sha yang tolong jahitkan. Material crepe tu takde dekat Kota Bharu, mommy jumpa di Jakel Shah Alam juga masa tu tahun 2015 sebelum bersalin ke Khaleel. Turun-naik flight dengan cik suami
WanHairy Wan Jusoff
buat peneman mommy. Tapi tak lama juga meniaga tudung shawl tu semua sebab lepas bersalin ke Khaleel, rezeki mommy dalam bidang kek & pastri melimpah-ruah sampai tak menang tangan siapkan order kek sorang diri. Penat memang penat. Tapi alhamdulillah. Semuanya rezeki kan.
Masuk kali yang ini sudah kali ke-4. Insya Allah ada rezeki lagi. Apa nak malu? Masih ada sikit rezeki lagi. Kita cuba kongsi ramai-ramai. Sebab memang minat jugak dengan tudung-tudung ni semua. Cantik. Insya Allah ada rezeki kita cuba fokus. Lagipula mommy dah kurangkan ambil order kek & pastri. Anak-anak dah besar. Semuanya dah masuk taska, tadika & sekolah. Mommy pun takmau penat-penat duduk dalam cake studio lagi. Dah tua ni tak larat nak buat bersungguh macam dulu. Dalam bidang kek ni mommy hanya buat kelas fizikal & kelas online sahaja. Selebihnya mommy buka order 2-3 kali seminggu sambil duduk saja sambil masak-masak dan tanam pokok dekat rumah 😁
Ye lah. Dari pagi urus anak-anak sampai malam. Mommy nak mulakan hidup berdisiplin. Jual benda yang readystock. Takmau dah jual benda yg from scratch. Insya Allah. Semoga berjaya!
Inilah kisah sang penjual tudung. Doakan ya. Doakan kita semua dipermudahkan urusan di dunia & di akhirat.
Pesan saya, berbuat-baiklah kepada semua orang. Semoga dengan asbab kebaikan ini, hidup kita aman tenteram ibrah daripada kebaikan-kebaikan yang pernah kita buat kepada mereka. Insya Allah.

Maafkan saya andai saya pernah buat silap dalam sedar mahupun tidak 💚

06 June 2020

hendak berjaya ke?

Assalam.

Kalau cakap pasal kejayaan, semua orang nak berjaya. Orang malas pun nak berjaya. Apatah lagi orang rajin kan. Semua orang dalam dunia ni nak berjaya. Nak ada kejayaan sendiri. Kejayaan dari hasil perah keringat sendiri. Nak ada kejayaan dari susah payah kita panjat tangga usaha sejak sekian lama. Selalu kita dengar. Usaha tangga kejayaan. Klise sangat kan? Tapi, cuba kita buka jiwa kita. Buka hati kita. Fahamkan situasi tu dengan mendalam. USAHA TANGGA KEJAYAAN. Boleh faham tak betapa mudahnya nak berjaya? Usaha aje kan? Tapi di sebalik usaha tu apa ada? Ada apa sayang-sayang sekalian? 

Pengorbanan. Yes! PENGORBANAN. Pengorbanan yang tak akan semua orang tahu.

04 August 2019

Assalam. 

Setiap entri setiap setahun. hihi. setahun sekali nampaknya kita berkesempatan berjumpa di sini kan? apa lah nasib. makin lama makin kurang masa untuk bersama. maklumlah. umur pun sudah banyak. makin meningkat usia, makin sikit umur kita. makin dekat dengan kematian. tak gitu? 

alhamdulillah untuk setiap ujian yang allah swt kirimkan. semua ujian yang mendekatkan kita dengan dia sebenarnya. moga doa kita diperkenankan ilahi dan juga allah mengampuni segala dosa yang pernah kita lakukan dalam hidup.

kita manusia hina, selalu melakukan dosa. moga semua di ampunkan dan matikan kami semua dalam keadaan yang baik dan bertaubat kepada allah swt. insya allah. sampai jumpa lagi...

pulau gajah, sabak - 2 jun 2019

13 December 2018

satu dua tiga, MULA !

Assalam. 

Hai. Apa khabar semua? Salam hari Jumaat yang mulia. Alhamdulillah kita jumpa lagi setelah sekian lama kita tak melepas rindu kan? Ececee 😻

Kali ni kita datang nak ucap terima kasih sebab selalu singgah kat sini walaupun jarang update cerita baru dan terima kasih jugak kerna sudi baca karangan yang tak seberapa sepanjang menulis. Saya sangat suka menulis. Dulu-dulu masa kecil ada diari sendiri. Siap mintak abah & ma belikan. Niat satu je, nak menulis sambil meluah rasa. Best sangat! Mengarang cerita suka duka. Menyantuni kebaikan semua orang. Terima kasih semua orang sebab sudi menyokong rasa ingin menulis ini. Wah! Macam editor buku motivasi pulak. Haha. Kalau betul, apa salahnya kan. Insya Allah kalau suatu hari nanti Allah swt izinkan. Aamiin 👏

Banyak lagi benda nak kongsikan. Tunggu entri baru la ye. Jumpa lagi. Assalamualaikum semua. 

30 November 2018

oh HELLO DISEMBER 2018

Assalam.

Setahun sekali baru sempat update blog ni. Hai apa khabar semua? Since lama betul kita tak jumpa kan? Sihat tak semua? Alhamdulillah semua getting better - our life & our path/passion. Thank you Allah swt. 

Sebulan lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2019. Hope everything will be okay as usual. Insya Allah.

Till we meet again LOVE 💙

Khaleel Nasr Rifq :)

23 October 2017

ouch! Please =P

Assalam. 24 Oktober 2017 - Selasa


So remember me, i will remember you.

13 October 2017

eh, comeback ke sis?

Assalam - 13/10/2017 , Jumaat.

Kita datang jengah blog kita ni bukan nak buat comeback pun, sebab kita tahu entah bila kita akan jadi rajin macam dulu-dulu. Setiap hari buat karangan dekat sini, tapi sekarang akibat kekangan masa blog kita jadi sarang labah-labah. Hihi.

Since hari ni tak ada cakes, so kita bukak blog nak cerita la jugak apa yang berlaku dan boleh lah di ambil iktibar untuk mereka yang sedar. Insya Allah.

Kita nak kongsi sikit tentang perkataan PENGALAMAN. Klise sangat dengan perkataan tu kan? Macam dah selalu dengar. Tambahan lagi kalau kita kaitkan dengan kehidupan. Pengalaman & Kehidupan. Lagi rasa klise dan ehh benda samaaa je lah kita dengar sepanjang hidup kita ni kan. Pengalaman mematangkan jiwa. Hurm, benda sama jugak. Bosan.


Wan Muhammad Khaleel Nasr Rifq, Oktober 2017

Tau tak pengalaman tu apa? 

Satu-satunya sumber ILMU dalam kehidupan adalah datangnya dari pengalaman. Dengan cara kita perhatikan orang jugak, merupakan satu pengalaman penting untuk kita. Saya ambil contoh, let say satu hari tu kita keluar ke bandar tak kisah la nak buat apa, mungkin sekadar penuhi keinginan makan angin saja sambil bawa anak-anak jalan-jalan lalu kita ternampak sebuah motorsikal orang kurang upaya (OKU) depan kita, perlahan saja melenggang depan kita, dan kita nampak penunggangnya seorang pakcik tua berkerepot dengan kedutan di wajah dengan kaki kiri di angkat dan diletakkan dalam bucket motor. Kita perasan, peha kiri tu nampak keras je, tak lembut macam peha dan betis biasa. Oh rupanya pakcik tua tu kudung anggota kiri. Dia tua dan cacat. Apa perasaan pakcik tu ye? Dengan cuaca panas membahang, dengan hiruk-pikuk bunyi enjin lori dan kereta. Dengan keadaan dirinya yang kurang selamat berada di tengah bandar besar.

Apa rasa hati kita? Kalau nak dibandingkan dengan kesempurnaan anggota dan diri kita masa tu? Adakah kita terfikir yang satu hari nanti kita teruji dengan keadaan macam pakcik tua tadi tu? Ada tak kita rasa kita akan jadi macam tu? Sekarang memang lah tidak. Sebab kita masih sempurna dengan kudrat yang hebat. Namun, belum tentu kita sihat dan sempurna sesempurna hari ini. Mana tau esok-esok Allah uji kita dengan kemalangan yang mungkin mencacatkan seluruh kehidupan bahagia kita? Allah uji kita dengan kematian anak, isteri, suami, mak, ayah, adik-adik serentak? Dan tinggalkan kita sorang diri terkontang-kanting melangsungkan hidup yang penuh dengan ujian? Pernah tak kita fikir apa akan jadi kepada kehidupan kita masa tu?

Itu yang selalu saya terfikirkan. Terkadang sampai menitis air mata, kerna saya tau saya tak mampu berdepan dengan kehidupan sebegitu. Sayangi dan hargailah anak-anak, isteri, suami, mak, ayah dan adik-adik sepenuh hati seadanya sekarang. Sebabnya kan, kalau nanti kita atau mereka pergi tinggalkan dunia pada hari ni, belum tentu kita dapat berjumpa lagi di syurga, ditambah dengan bilangan dosa yang kita lakukan sehari-hari di dunia. Tak tercapai impian kita tu tau.

Ampunkan kami Ya Allah, doa saya andai hidup kami singkat dan di takdirkan hanya sempat bahagia sesaat, izinkan kami bertemu dengan anggota keluarga kami di syurga-MU, izinkan kami bergembira di syurga bersama. Dengan izinMU Ya Ilahi. Izinkan kami bahagia di sana.

Pertingkatkanlah amal ibadah kita sebelum ajal datang menjemput kerna kita semua tahu yang ilmu Allah juga datang dari pengalaman kita memerhatikan manusia dan ia boleh jadi benda paling berharga dalam hidup.

Itu baru sikit ye saya sentuh pasal pengalaman & kehidupan, nanti kita huraikan lagi serta contoh-contoh yang Insya Allah boleh bukak jiwa. Soon. Salam, jumpa lagi..

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...