Showing posts with label Wan Muhammad Khalish Nasr Rifq. Show all posts
Showing posts with label Wan Muhammad Khalish Nasr Rifq. Show all posts

13 April 2012

Saya budak KECIL .


Baby bump Mummy nak masuk 6 bulan daa. Cepatnya masa berlalu kan?
Khalish bakal ada adik baru, tapi, confirm dia korek-korek mata adik dia, sebab masa bakal adik dia lahir nanti, umur Khalish 1 tahun 3 bulan. 

Nama saya Khalish Nasr Rifq, saya sudah besar dan gemuk !

Saya ada gigi, tapi 6 batang saja. Tapi kalau saya gigit orang, confirm orang tu SAKIT =P

With Ayah Teh, lama tak jumpa dia sebab dia belajar jauh =D

Saya ni memang tak suka tengok kamera. Hurm.. Letih Mummy panggil nak snap gambar saya. Kasihan Mummy !

Okey lah, saya pun dah letih. Kita rehat dulu.... tata =)

11 April 2012

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR HUSBAND =)

Hari ni 11 April 2012, genap 33 tahun usia suami. Selamat hari lahir sayang, semoga hidupmu akan terus bahagia bersama keluarga dan anak-anak. Tak seperti tahun-tahun lepas, tahun ni saya tak dapat nak celebrate birthday suami sebab kekangan masa dan tuntutan kerjaya. Dia jauh nun di sana, dan saya di sini (Kuantan-Kota Bharu). Jarak yang agak jauh, mungkin. Next week kita celebrate lah ye sayang. Banyak kerja yang nak disudahkan minggu ni. Macam tak sempat nak siapkan kek koko macam yang dia mintak. Hehe. So sorry! Bukan tak nak buat, tapi masa tak izinkan untuk saya berada di dapur lama-lama. Anyway, wish you all the best for your life. Thanks for being with me all the way through. Selamat selamat selamat semuanya untuk suami tercinta. Mummy, Abang Khalish & Baby LOVE you Papa =)

Mummy, Khalish & Papa @ Tiara Beach Resort, Port Dickson.
(10, 11 & 12 Mac 2012)
Family Day HCM Group of Companies

Nah! Amik lah kek koko ni (chocolate cake), makan kenyang-kenyang ye.

Happy Birthday to you my love =)

26 March 2012

Salam.

Lama tak blogging, rasa kekok lah nak mulakan ayat. Macam dah berkurun lama tinggalkan blog ni. So sorry yeah. Anyway, sangat-sangat tak ada masa nak menghadap blogspot lama-lama, meh sini saya tinggalkan gambar anak. Dah besyarrrrr dah tau. Hehe =)

27 January 2012

hey you !

Salam.


Belek-belek my handphone tiba-tiba terpandang this cutest pic (for me) dan dalam banyak-banyak gambar, gambar ni menampakkan kesungguhan si anak untuk senyum dan sengih. Sebabnya, dia DEMAM. Kalau demam, memang susah nak tengok dia senyum. Asyik muncung je dari pagi sampai ke petang, dari petang sampai lah ke malam. Masuk kali ni, dah 3 kali dia demam untuk 8 bulan selepas lahir tahun lepas. Boleh di katakan aktif dan tak pernah sakit langsung. Kali ke-3 adalah demam paling lama (3 hari) sampaikan susu tak nak, makan pun tak nak. bagi toys dia nak pulak. Maybe sebab colorful. Kanak-kanak biasalah. Pantang nampak toys terus terkam. Kalau macam Khalish, dia tak minat sangat toys sebab Papa dia ajar ABC sambil nyanyi, 123 yang menari-nari. Tapi, yang pasti, bola memang dia suka main. Kalau bagi toys yang macam lori, kereta kebal, truck or whatsoever, dia memang main kejap jeee. Lepas tu, terus tak pandang. Siap baling-baling lagi. Tapi, kalau bagi colorful ball, terus dia terkam dan gigit sampai basah. Boleh pulak dia tido dengan bola. Tapi bola yang selalu dia main tu, entah kemana menghilang. Kasihan hero Mummy. Nanti kita pi cari yang lain ye sayang. Demam tempoh hari memang panas sangat badan dia, terpaksa basahkan dan lap badan dia dengan air suam. Pukul 4 pagi pun bangun untuk lapkan badan dia. Takut jugak kalau terjadi apa-apa. Alhamdulillah, dia sudah sihat. Sehari lepas demam, nampak ada 2 batang gigi tumbuh. Ouh, patut lah demam. Rupanya DEMAM tumbuh gigi. Sekarang, bila dia makan biskut, dah boleh dengar Kruppppp krupp krupp dari dalam mulut dia. Hehe. Bravo my hero. I love you =)

22 December 2011

Salam.

Uwaa. Ini budak debab, umur baru 7 bulan tapi berat dah 10 kg. Mummy dia memang tak larat nak dukung lagi dah, dukung kejap-kejap boleh lah. Huhu. Nasib baik budak debab ni jenis yang tak suka kena dukung. Dia tak suka orang dukung dia, mesti merengek nak main kat bawah. Hehe. Sukaaaa mummy dia. :)

14 October 2011

he is everything to me :)

Salam.

Quick update, lama tak tayang gambar kan? Saki-baki masa raya puasa lepas. Apapun, memang Khalish dah berat ! =)

a simple way sebab tak nak bagi bahu sakit, tapi, the same thing happened to Papa. Lenguh. Masa ni kat East Cost Mall kat Kuantan, bawak Khalish jalan lagi.
Berattttt jugak budak kicik nih :)

Nah ! Hambik.
Sedebuk masuk dalam mulut. Lepastu, terpaksa mummy pegang tangan dia tuh, kalau tak, dia kesatttt air liur dia kat tudung mummy. Dah selalu kena macam tu, hahaha. Basah lenjun !

Ni masa raya ke-2. Bawak dia pegi jalan rumah nenek tapi, tidooo aja kerjanya. 
Penat mungkin, sebab dah dapat duit RAYAAA banyak kan ?

this pic, i guess after raya after siap kek after all my job selesai. 
Keluar bawak Khalish pegi jalan makan angin sambil mummy makan nasiiii.
Mummy ingat nak beli yang kipas colorful tuh, tapi entah macam mana, terLUPA lah sayang. 
Sorry ek, nanti kita pergi situ, kita beli ye. 

Haa, yang ini masa kat Masjid India tempoh hari. Nenek kesayangan Khalish duk sibuk pilih brooch and mummy pulak duk sibuk kenen-kenen nenek kat satu brooch lawa which is cost RM 80 from Korea if i'm not mistaken. Yeehaa. Memang letih tau tunggu nenek memilih walaupun nenek tak cerewet. Huhu. Terlalu banyak brooch kat dalam kedai tu sampai mata naik rambang ! Khalish apalagi, make his best decision sendiri punya kaw-kaw dia pegi TIDO lah. Mungkin dalam hati, tak nak tunggu nenek, sebab lamaaa sangat. Tido lagi best. Hahahaaa =)

12 October 2011

Salam.

Khalish Nasr Rifq dah besarrrrrrrrrrrr ! Dah menginjak masuk 5 bulan ye sayang ? Cepatnya masa berlalu ye. Berat Khalish dah 8.2 kilogram, berat ouh nak dukung. Kalau keluar pergi jalan-jalan, Mummy dukung sekejap jek, selebihnya Papa dia yang dukung. Hoho.

Khalish Nasr Rifq, bila besar nanti, jadi lah anak yang soleh yang mentaati semua yang Allah swt suruh, juga taat kepada Papa & Mummy.. Jaga kami sebagaimana KAMI jaga KAMU masa kamu di usia sebegini. Sayang selalu ;)


14 September 2011

My Baby BOo ;)

Salam.

Hiks. Terkejut sebab BLOGGER dah berubah wajah. Banyak ye perubahan. Apapun, takpe. Anjakan paradigma lah katakan. Urm. Wan Muhammad Khalish Nasr Rifq pun dah makin bambam. Beratnya mak aiiih, memang tahap lenguh berdenyut-denyut kalau dukung lama-lama. Boleh cramp bahu ye kakak-kakak dan adik-adik semua. Siapa rasa nak pegang Khalish, meh la. Meh laaaaaaaaaaaaaaaa..... hahaha ;)


Mummy dan Khalish Nasr Rifq yang debab! 
;)

17 August 2011

i am just a little gift .

Salam.


Selamat pagi kakak-kakak dan makcik-makcik semua. Nama saya Khalish Nasr Rifq, saya bawakan legasi WAN sebab nama Papa saya bermula dengan WAN. Hehe. Wan Muhammad Khalish Nasr Rifq. Saya sangatlah tak suka sebab nama saya panjang sangatttttt. Tapi nak buat macam mana, sudah tersurat nama ini akan jadi nama saya. Hehe. Hari ni umur saya genap 3 bulan. Apa ye hadiah yang Papa dan Mummy nak bagi kat saya? Baju raya ke? Tak pun kasut raya? Ape ye? Kalau ikutkan, saya nak macam-macam hadiah daripada semua orang. Hehe. Tapi, jangan bagi saya toys. Saya tak mahu toys. Saya nak buku ABC dan 123 je. Boleh ke? Hihi. Okei, saya nak pergi tido dulu, sebab saya baru je habiskan 7 oz susu hari ni. Kenyang sangat-sangat-sangat okeh. Tata kakak-kakak dan makcik-makcik semua. I LoVE youuuuuuu ! umMmuahhh ~ =P

10 August 2011

Salam.


The latest of Khalish Nasr Rifq.. Debab kan budak kecik umur 2 bulan 3 minggu 4 hari nih ! Lengan dah macam peha ayam KFC aje. Cukup makan dan cukup TIDO. Terlebih cukup rasanya. Hehe. Sampaikan kalau masa dia tido, mummy dia geram nak geletek, nak cubit, nak kiss, nak tarik hidung dan mulut tu sebab nak suruh dia jaga. Pastu bila dah jaga, boleh lah kiss kuat-kuat. Naik rimas budak nih. Haha. Eiiii.. Geram nak gigit ! ;)

23 June 2011

Salam.

Pictures lama wooo. Dah basi baru nak upload. Buat malu je. Nampak sangat dah lama perap jadi pekasam. Woah, bestnya ikan pekasam kalau time bulan puasa kan? Goreng bagi garing then makan dengan lada burung. Terangkat woo. I like it very much. Ala, kita orang kampung jek. Makan jek apa yang ada depan mata. Kita tak cerewet pun. Haha. Jom layan pictas. Scrool down slow punyee ;)

Masa dalam bilik hotel. Ouh, lupa terus nama hotel tuh. Apa ye? 
Hotel tu terletak di Subang Jaya. Nanti-nanti lah kita ingat balik.

Jijah. Hehe. 
The one and only kiddo yang pemalu dengan saya, tapi sekarang... hah hambekk kau.
Kalau nampak saya je di area Taman Guru Kuantan tu, terus berlari datang mau peluk saya. 
Kalau pergi ke rumah dia, mesti mintak bukakan baju time mandi. 
Manja ;)

Saya teman suami ke bowling tournament di Summit tempoh hari.
Saya tengok saja, sambil jari-jemari klik situ klik sini.
Maklumlah jadi fotografer ad-hoc.
Hehe. 

Kiddo yang paling rapat dengan saya kalau di Kuantan.
Yes, you're born to be a princess dear.

Jangan tunjuk saja. Dapat bawak balik PIALA paling kecik pun takpe sayang.

Sambil tunggu tournament start, jom kita makan dulu.
Mak buyung tengah lapar masa ni.
Khalish nak makan ice-cream dengan cheese cake. Haha

My sweetHEART. I'm forever yours ye sayang.

Malu tapi mahu kan?
Ala, sebenarnya si tudung hitam tu yang mahu.
Tak boleh nampak kamera lalu depan mata, mesti senyum sampai pipi naik lenguh!

Enough. Jom tido. Esok 24 Jun 2011 ke Kuantan. Mahu jumpa hubby. Ada hal di KL. Tapi yang sedih, terpaksa tinggal KHALISH....... :((


My hero.... Love you son !

22 June 2011

Salam.

Lately memang sangat-sangat terasa kesibukan. Banyak masa yang terluang terbuang begitu sahaja walaupun sudah ada anak kecil di sisi. Haha. Kelakar tak hengat bila tengok si anak kecil buat muka manja ala-ala mau nanges tapi tak jadi, buat mulut macam tu macam ni. Gembira semacam je si ibu. Cuma, anak kecil itu masih belum reti senyum lagi.. 

Bila dah lama tak menulis di blog, rasa macam loser sangat. Eh, trafik blog dah turun eh? Orang-orangan yang singgah pun makin lama makin merosot ye? Semua persoalan yang memang ada jawapan pasti tapi, apa boleh buat? APA pun TAK boleh ! Muehehe. Bila dah ada anak kecil ni, timing set dah lari. Mula-mula lari-lari anak, lepas tu buat marathon, lepas tu apa ye? PENGSAN terus kot ! Tak sempat nk buat itu dan ini. 

Tempahan kek cawan untuk bulan ni still in progress. Hope I can do the best for those yang booked. Tak nak DAN tak mahu kecewakan pelanggan. Tapi, tahu-tahulah. Dalam pantang macam ni, bukan semua kerja boleh buat sesuka hati macam zaman anak dara dulu. Kalau zaman tu, boleh la buat 35 kerja dalam 1 masa. Sekarang, dengan kata-kata pun orang tak yakin yang kita boleh buat, tambah-tambah lagi kalau sudah kena LARANG dek emak, nenek, kakak-kakak dan adik-adik yang terlebih dulu makan garam. Kan? Biasalah. 

Dalam waktu pantang ni, macam-macam kena follow the rules. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini, jangan makan itu, jangan telan ini, minum yang itu pun jangan. Semua undercontrolled. Saya tak boleh nak cilok sikittt pun! Sadis. Tapi, I must follow all the orders given. Kalau tak, BODY hancur tak sampai umur tua la jawabnya. Kurus sekarang bukan bermakna body akan kekal langsing seperti masa muda. Pasti situ-sana-sini jadi menggeleber kalau tak jaga. Urat saraf wanita yang bersalin ni bukan sama seperti urat saraf si anak dara jelita nan menawan okeh. Semuanya rosak teruk. Memang patut kena jaga. Makan lah apa sahaja jamu + herba untuk kembalikan kecantikan badan. Bukan tujuan promosi ye, sebab saya pun makan ubat cilok jugak. Haha. Cuma, dalam diri masih ada lagi sifat menurut ARAHAN daripada orang-orang tua. Kalau nak cantik, kalau mahu sihat, jangan makan in a big quantity. Benda tu akan menyebabkan kita menyesal satu hari nanti. Itu pasti.

Orite. Esok masih banyak kerja yang menanti. Selesaikan segala hal yang berkaitan dengan tempahan kek cawan. Semoga semuanya di berkati Allah swt. InsyaAllah. Kalau ada rezeki, pasti tidak kemana. Mohon pertolongan dari Allah itu memang PERLU.. Good night ! :)

To be brave is to cry, but still to fight on. And that's what you did, our hero, our son.....

09 June 2011

Salam.

Tak baik simpan kuku panjang. 
Meh sini mummy potong! hehe..
Si jari gemuk.......... =D


08 June 2011

Salam.

Nak tayang gambar baby boy ni boleh ? Hehe.. Selamat datang ke DUNIA sayang !

Nampak macam best sangat budak ni tido kan?
Memang tak leh nak bedung langsung!
Macam frogfrogfrog aje. hihi 

Senyum, tapi tak tahu lah senyum sebab apa.
Hehe. Umur baru je lagi, tak reti apa-apa pun lagi.
;)

07 June 2011

i'm having a BABY !! ;p

Salam.

Whoah.. Lama betul tak ber'blogging'...... Sibuk sungguh ye mummy sorang ni. Berbulan-bulan tinggalkan diari kecintaan ni. Owh, i misssss you blog! Lama sungguh tak singgah di blog nih. Tak sempat sejak akhir mengandung. So, sekarang dah ada sikit masa, boleh ler mencoret apa yang patut yeah! Tak sabar nak update cerita bersalin tempoh hari. Perit dan memeritkan tapi sangat SERONOK okeh ! ;p

 3 hari sebelum bersalin 
Sempat lagi posing ^____^

 Si tembam yang dah KURUS balik.......... ;p



 my baby boy 20 minutes after laboring.
3.9 kg & 55 cm
17 Mei 2011, 8.38 pm
Pusat Perubatan An-Nisa'

Mummy, saya macam anak Cina kan?
Tapi sekarang saya dah gelap yee... hihi
;)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...