Salam.
Hurm. Semalam, sesudah perbincangan pasal tarikh ''bernikah-bersanding-bertandang'' saya tu, terus saya terduduk dan demam! Tak tahu kenapa. Malam semalam, ketika mahu tidur, tekak sakit sungguh! Perit. Tak boleh nak telan makanan. Minum air pun sakit. Memang derita. Tak tahulah apa kena dengan tekak saya. Sudah tu juga, hidung pulak beratur amik turn nak susahkan saya! SELESEMA sampai ke saat ini. Minum punya minum air kosong sampai 10 kali saya keluar-masuk bilik air. RIMAS aih! Tak tahu sebab apa. Mungkin terkejut sebab tarikh nikah sudah di tetapkan kot~ MUNGKINLAH.........
Cari punya cari ubat semua habis, yang tinggal hanyalah ubat untuk sakit urat Abah. Lepas tu, saya telan ubat TAHAN SAKIT, padahal saya ni sakit tekak saja. Tak mengapalah, yang pasti sakit tekak dah beransur-ansur hilang.
Esok pagi-pagi lagi saya ke Kota Bharu dengan Mama di sebabkan kereta ada sebijik saja sekarang ni. Satu lagi kereta bakal masud wad. Niat di hati ingin ke bridal. Sudahkan bab pelamin dulu baru fikir hal hantaran. Kalau sempat, mahu juga ke SSF Lundang tu. Lepas tu, nak ke KB Mall. Nak cari produk Gain 5 dari Dr Rozmey. Hari tu dah tengok produk tu, tapi duit tak ada nak beli. Esoklah beli. Bukan apa, sekurang-kurangnya saya berusaha untuk naikkan berat badan saya ni. Kurus kering macam lidi. Huish~ Tapi kalau bab makan, memang saya tak tolak. Saya ni kuat makan. Sepinggan macam 2 orang makan. Kalau kat UiTM dulu, saya kurang selera makan, mungkin di sebabkan makanan yang tak berapa sedap bagi saya kut. Tambahan lagi, senggugut tiap-tiap bulan mematahkan selera besar saya. Hampeh sungguh! Memang menyusahkan. Tapi, itulah hakikat seorang GADIS.... huhu~
Ramai yang cakap, produk Gain 5 dari Dr Rozmey tu berkesan. Saya tak tahulah sejauh mana keberkesanannya. Belum cuba belum tahu kan? Harganya pun comel jek! RM 200 per box. Okeh. Esok saya beli, saya cuba dan nanti saya beritahu hasilnya. Hehe~ Mahu tidur! Kang esok kalau terlajak, kena tinggal la jawabnya..
- I love you beyond paint, beyond melodies, beyond words. Hope you will always feel that, even when I am not around to tell you so -
@herneesa.hijabs coming near you sooner!
Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...
-
Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...
-
Assalam. Setiap entri setiap setahun. hihi. setahun sekali nampaknya kita berkesempatan berjumpa di sini kan? apa lah nasib. makin lam...
-
Salam. Pagi 18 Julai 2012 - Rabu, kami kru Radio Malaysia Kelantan FM ke Rumah Seri Kenangan di Pengkalan Chepa. Kami ditugaskan untuk ...