24 May 2008

.. alhamdulillah ..


hanya itu yang mampu aku luahkan untuk apa yang telah berlaku hari ini..

alhamdulillah..

ucapan syukur aku ke-hadrat Illahi kerana Dia telah memperkenankan segala permintaan aku selama ini..

selama 3 tahun aku berada di UiTM TERENGGANU untuk menghabiskan pengajian dalam bidang yang amat aku minati..

selama 3 tahun juga aku telah bertungkus-lumus untuk sampai ke tahap ini..

bukan mudah untuk berjaya.. juga bukan mudah untuk gagal..

itu kata-kata yang aku genggam sepanjang hidup aku bergelar seorang pelajar..

dalam meniti arus kehidupan sebagai pelajar, macam-macam yang aku terpaksa tempuhi..
sahabat, kekasih hati, ibubapa, pensyarah, hati, jiwa dan raga terpaksa aku jaga dengan elok supaya aku tidak terkeluar dari landasan.. tp aku hanya manusia biasa.. yang hidup mengimpikan segalanya indah.. Allah Maha Besar.. kerenah mereka semua banyak mengajar aku untuk berdiri di atas kaki aku sendiri.. hanya tuhan saja yang tahu..

segala kata nasihat dan dorongan dari mama dan abah serta keluarga tercinta aku turuti dengan rela hati.. aku tahu, hanya dengan berkat dari merekalah aku berada di tahap ini..
bukan untuk membangga diri.. tetapi sekadar meluahkan segala yang terbuku di hati..
aku sayang mereka dengan sepenuh hati aku..
tanpa mereka, aku mungkin bukan sesiapa..

hari ini membuktikan segala-galanya..
mama, abah dan seluruh keluarga aku, ucapan setinggi terima kasih aku ucapkan..
aku akan terus berusaha untuk membahagiakan kamu semua.. insyaAllah..

anakmu,
zatul hernani mohd nawi

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...