Showing posts with label geram aku geram. Show all posts
Showing posts with label geram aku geram. Show all posts

26 June 2014

Antara BURUNG dan MANUSIA

Jumaat - 27 Jun 2014 - 2.02 am

Hidup ini indah andainya kita pandai bawak diri. Pandai jaga hati. Pandai jaga segala-galanya. Akal. Emosi dan semua benda yang bersangkut-paut dengan kehidupan. Ada manusia yang tak pandai jaga hati. Cakap main lepas. Kau ingat hati aku macam hati kau? Mudah berbolak-balik? Memang sifat hati berbolak-balik, tapi itu bukanlah alasan untuk kamu cetuskan persengketaan. Apesal hah kau tak boleh tengok orang senang? Ada-ada je perangai kau yang menusuk kalbu. Sesak dada aku tau! Sampai mati pun kau takkan sedar. Apapun, behave yourself! Diri kau, kau jagalah ELOK-ELOK dan MOLEK-MOLEK. Sebab dosa kau, bukan aku yang tanggung! 


Anda kenal BURUNG DARI KICAUANNYA..
ANDA KENAL MANUSIA dari kata-katanya..

Anyway, good night peoples! See you again :)

10 August 2011

Salam.


The latest of Khalish Nasr Rifq.. Debab kan budak kecik umur 2 bulan 3 minggu 4 hari nih ! Lengan dah macam peha ayam KFC aje. Cukup makan dan cukup TIDO. Terlebih cukup rasanya. Hehe. Sampaikan kalau masa dia tido, mummy dia geram nak geletek, nak cubit, nak kiss, nak tarik hidung dan mulut tu sebab nak suruh dia jaga. Pastu bila dah jaga, boleh lah kiss kuat-kuat. Naik rimas budak nih. Haha. Eiiii.. Geram nak gigit ! ;)

09 March 2011

kiss me ~

Salam.

Tadi lepas makan-makan dengan Encik suami, teringin pulak nak makan kismis. So, merajinkan diri untuk buat coklat simple ni untuk diri sendiri makan sambil-sambil nak habiskan coklat dalam peti sebelum balik kampung nanti. Esok Encik suami janji nak pergi ke Klinik WY KO untuk videokan pergerakan baby dalam perut. Yuhuuu ! I like lah. Boleh tengok baby lagi sekali. Rindu nak tengok HIDUNG baby boy yang mancung tu. 

Esok banyak kerja nak siapkan sebelum balik bercuti panjang di kampung. Kemas rumah cantik-cantik. Okei. Got to go. Mau tidur. Gosok baju Encik suami dulu sebelum off to bed, Encik suami pulak sudah tidur siap nganga-nganga lagi mulut. Penat sangat kerja ye? Hihi. Nite !

08 March 2011

ke-RUGI-an

Salam.

Tergerak hati ke blog Puan Yuyu tadi sebab katanya ada blog yang jual stokin animals tu. Memang ada. Tapi, tengah busy basuh kain tak sempat pulak nak tengok betul-betul. Takpe, nanti saya berkunjung lagi ye Puan Yuyu. Nak habiskan basuh kain sebelum balik kampung nanti. Hehe. Kuantan asyik hujan pagi, nak jemur kain pun terpaksa jemur dalam rumah. Bukak kipas laju-laju nak cepat kering. Satu rumah bau sabun basuh. Haha. 

Okei-okei. Sambung pasal stokin new born baby. Malam tu terbeli satu je dengan 3 pasang stokin new born yang biasa tapi agak cute jugak. Yang ada animal tu beli satu sebab harga untuk 1 pasang RM 10. Agak mahal la berbanding dengan harga yang kat dalam blog Yuyu tadi. Mungkin sebab tak banyak kat Kuantan ni kot. Agaknya lah. Comel je kan. Tapi kalau nak beli, kena beli yang sesuai untuk baby boy la. Banyak-banyak yang kat gerai tu kebanyakan untuk baby girl. Adusss. Banyak tempat kena selongkar cari untuk my baby boo ni. Huhu.

Cute kan yang ada bee tu? 
Geram. Rugi tak beliiiiiiii.. 

04 March 2011

tajuk : ahahaaaa.... :)

Salam.

Latest pictures of me sebelum 'merajuk' jalan kaki balik rumah dengan Encik Suami... huhu ;)





okeh. Itu sahaja. Sekian ;)

18 January 2011

i wish, i will...

Salam.

Antara dekorasi yang memikat hati saya.

Tengah berkira-kira dengan Encik Hairy. Agak-agak bila ye semuanya nak selesai. Saya jatuh hati dengan gambar yang pertama. Biru itu memang warna kesukaan saya. Langsir pun harap-harap nak jadi macam tu jugak. Cantik kan? Sofa sudah ada, langsir settled, meja dah jumpa yang sangat murah. Cuma sekarang ni tengah fikirkan tentang lampu hiasan berdiri 2 bentuk, bingkai gambar hitam dan putih, nak print out gambar, bunga hiasan dan macam-macam lagi lah. Harap-harap ada yang murah tetapi cantik, yang itu kena usaha untuk mencari. Rak sudah jumpa dan booked. Dalam minggu depan atau minggu lagi satu dapat lah.




pictures, credit to google ;)

06 January 2011

kalau ikutkan hati.

Salam.

Selamat pagi rakan pembaca. Hari ni Kelantan masih lagi hujan. Suasana pagi seakan malam. Langit hitam dan gelap. Sejuk tak terkata. Nak mandi pun fikir dua puluh lima kali. Mandi ke tak? Mandi ke tak? Tunggu hujan reda dulu baru mandi. Sejuk sungguh. Air di kampung tak sama macam air di bandar-bandar besar. Air di kampung sejuk macam ais. Air bandar panas, kalau mandi pagi-pagi memang best. Segar semacam rasanya. Tapi, kalau mandi pagi-pagi di kampung, sejuk sampai muka, bibir dan jari-jemari jadi pucat lesi. Itu saya akui. Air telaga lah katakan. Tapi, rumah saya tak guna air telaga. Air dari Air Kelantan juga. Sama macam orang lain. Cuma yang lain sedikit ialah, rumah saya di tepi padang luas yang senantiasa berangin. Tak kira masa. Pagi, tengahari, petang, malam hatta tengahmalam sekalipun. Angin sejuk dari padang. Itu yang menjadikan air di rumah saya seperti ais. Oho. Betul saya cakap. Tambah-tambah kalau musim hujan sebegini. Kalau tak percaya,  meh sini saya sponsor tiket, mai datang mandi ramai-ramai. Haha. Confirm ketat kepala lutut !

Bukan nak cerita pasal mandi dan air. Hari ini nak cerita pasal bilik saya. Ya Allah. Malu kalau suami balik kampung hujung minggu tengok bilik saya macam sarang tikus. Bukan saya yang buat, tapi, masa dan keadaan yang buat. Hehe. Buku-buku bertimbun. Baju situ-sana-sini, tapi tersusun ye. Tak bersepah macam bilik lelaki bujang tu. Alat-alat mekap berterabur sana-sini. Aksesori rantai gelang penuh satu bakul dan bersepah. Almari macam tak ada fengshui langsung. Almari ada dua. Satu belah depan dan satu depan katil. Menyempitkan lagi ruangan bilik. Eh awak-awak semua, ada tak siapa-siapa yang nak jadi interior designer bilik saya? Barang-barang yang lama semuanya masih saya sayang. Sayang sangat nak buang. Tapi, kalau tak buang, mana nak letak? Bila dah ada baby nanti, barang baby lagi. Barang baby bukan sedikit tau. Macam-macam dan macam-macam juga barang saya. Hadui.

Hari ini, nak selesaikan satu-persatu perkara dalam bilik ni. Tak larat nak pandang lagi. Tapi mana saya nak letak ye buku-buku dan semua barang-barang tu semua? Rumah saya tak ada stor. Kalau ada stor, confirm saya punya barang lebih besar dari stor. Haha. Sebelum perut jadi makin buncit, baik saya mula mengemas. Harap-harap selesailah masalah bersepah-sepah macam tongkang pecah ni.

Sudah dulu. Salam.

15 December 2010

buat & buat. kalau buat....

Salam.

Hujan hujan hujan. Sedap kalau tidur ni. Sejuk-sejuk macam ni, nak buat kerja confirm tak bergerak 1/2 inci pun. Berselimut memanjang. Wah. Malasnya mak dara ni. Huh. Kalaulah tiba-tiba ada insan yang tersesat nak tumpang tidur, mandi ke, solat ke, makan ke, tumpang 3-4 hari ke, haruslah MALU tahap gaban! Al-kisahnya, rumah ni luas, saya dan Encik Hairy duduk berdua. So, banyaklah benda-benda yang tak di ingini ingin menumpang dan bermanja. Ops! Bukan makhluk asing ye, apatah lagi makhluk halussss. Hanya yang ada, makhluk-makhluk kecil ciptaan Allah swt. Bapak cicak, mak cicak, anak cicak & cucu cicak. Then, kalau dah namanya binatang, haruslah macam kita kan? Hari-hari kena clearkan perut. Apalagi, habis bucu-bucu dinding rumah saya menjadi sarang dan tempat pengumpulan harta-pusaka mereka. Huh. Tahu-tahulah kan? Najis CICAK membatalkan solat. Nama pun najis kan? Penat tau. Wahai cicak-cicak yang ku sayang, janganlah berak merata-rata. Penatlah I si tuan rumah nak mengemas. Wohooo. Giler cakap dengan cicak. Alah, cicak kan makhluk Allah jugak, so, dia orang faham lah. Sekarang ni dah tak banyak encik dan puan cicak. Sebab hari-hari saya membebel depan dia orang. Alih-alih, dia orang hilang dari pandangan mata, hanya yang ada najis saja. Kira okey lah kan. Sebab saya ni alah cicak. Saya GELI. Tak boleh tahan tengok cicak. Eeeeeeiii ! Lipas ke, tikus ke, saya tak ada GELI sangat. Tapi, kalau cicak, memang meremang bulu roma tambah-tambah masa dia nak lari kalau nampak manusia. Waktu tu, macam-macam boleh jadi. Risau kalau-kalau cicak melompat datang dekat saya. Eeeeiii. Tak tahu nak cakap. Rasanya macam nampak LINTAH kot. Eeeiiii ! Tak nak cerita pasal cicak lagi. Biarkan najis-najisnya saja yang ada, jangan MEREKA yang ada. Huhu ;p

Okay. Pagi ni ingat nak rest dulu sambil layan hujan renyai-renyai ni. Breakfast pun sudah. Meatball + Anmum Materna pun kira jadilah ye. Hari ni, planning nak buat itu dan ini. Harap dapat di selesaikan cepat-cepat. Wishlist for today, tomorrow, the day after tomorrow and, and, and ! Tak larat lah nak habiskan semua.
  • Basuh baju yang bergunung-ganang tu.
  • Lipat & kemas baju Encik Hairy. 
  • Vacuum ruang tamu, dapur & dalam bilik tidur.
  • Basuh cadar, selimut, sarung bantal.
  • Goreng nasi for lunch.
  • Buat puding roti sebab roti dah nak expired. 

13 December 2010

apa kes engkau ?

Salam.


Sudah lama tak bukak blog. Bila buka je, tiba-tiba keluar benda kat atas tu (ACCESS TO THE URL HAS BEEN DENIED!) Apa dia ye? Siap ada tanda seru lagi tuh. Macam penting je. Bila tekan semua blogspot kawan-kawan, mesti keluar yang itu, bahagian atas kiri. Kenapa ye? Ada yang tak kena ke dengan blogspot sekarang ni? Ish. Patutlah lambat nak loading. Macam kura-kura jalan dengan siput bab* jek. 

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...